Tak Kusangka Kembarku

Assalamualaikum, aku sama salah seorang daripada peminat tegar fiksyen shasha. Apa yang aku nak story kat korang ni dah lama jadi dan baru saja terjadi hari ini. Okey let’s go forward. Aku dan kembarku. Dia abang aku adik. Ikatan kami sangat kuat. Family aku ni ada problem kaitan benda benda mistik ni la macam sihir ke apa ke tahun ni makin menjadi jadi lah. Sampai arwah bapa saudara aku meninggal. Al Fatihah untuk arwah.

Beberapa hari lepas bapa saudara aku ni meninggal, kembar aku bongkar rahsia yang dia sorok selama ni korang tahu rahsia apa? Dia beritahu family aku apa yang dia nampak selama ni kira dia boleh nampak apa yang kita tak nampak senang kata hijab dia terbuka. Berbeza dengan aku. Aku hanya dapat merasa kehadiran benda itu sahaja.

Dia cerita balik apa dia nampak dari kecil fuh dia ingat semuanya. Korang tahu apa reaction aku? Aku terkejut semua cerita yang dia ceritakan ada yang aku nampak cuma aku tak tahu sama ada aku sedar atau mimpi. Bezanya kalau dia nampak ramai aku nampak seekor je. Apa yang kami nampak? Sekumpulan hantu raya makan sisa-sisa makanan kenduri jiran aku. Bajunya koyak rambut panjang, haish tak boleh bayang.

Selepas kembarku bongkar rahsia semua ni makin kuat aku rasa kehadiran benda-benda ni selalunya aku akan rasa kadang-kadang kerap rasa dan kena kacau di sekolah dan rumah lah. Tapi sekarang makin menjadi jadi. Aku dengar orang panggil nama aku la, ketuk pintu laa apa la. Kembar aku pun sama dia kerap dengar orang panggil nama dia dan menangis. huhuhu. Pernah kami kunci pintu tapi bila kakak kami balik pintu tu tak berkunci.

Satu hari ibu aku pasang surah Al-Jin di rumahku melalui radio Al Quran. Waktu tu petang. Aku tengah main game. Aku dengar orang jerit macam mengamuk depan pintu bilik aku 2 kali. Aku takut. Aku fikir ibu aku histeria ke apa kan. Aku ajak adik aku keluar bilik. Masa aku ajak tu adik aku memang marah, aku tak fikir apa. Aku fikir dia takut nak keluar. Bila aku keluar aku pergi kat ibu. Aku tanya kenapa jerit jerit macam kena histeria. Dia cakap apa korang tahu? Dia kata dia tak dengar apa-apa aku pun terkejut tak percaya. Aku pun cakaplah apa yang aku dengar aku yakinkan dia apa aku dengar.

Lepas tu aku lari masuk bilik abang kembarku aku tanya dia “weh hang ada dengar orang jerit tak?” Jawapan dia pun sama je dengan ibu “tak, yang aku dengar orang panggil nama aku “.  Dia maksudkan benda tu memang selalu panggil nama dia pun. Aku pun terkejut, tak mungkin aku salah dengar lalu aku pun nak sedapkan hati aku. Aku sambung main game buka volume kuat-kuat. HAHAHA memang aku penakut. Tempat mana yang aku rasa berpenghuni oleh dia aku takkan jejak kaki seorang diri even di siang hari, aku akan ajak kembar aku temankan.

Satu malam, aku tinggal berdua je dengan kembar aku. Parents kitorang keluar dating. So aku ni ditugaskan masak makan malam. Aku ni memang malas jejak kaki ke dapur. Bukan malas masak ke apa. Sebab aku takut dapur aku tu salah port favourite dia *gelak sebab nak sedapkan hati yang tengah takut ni. Aku pilih untuk masak nasi goreng je jimat masa aku.

Sebelum masak tu aku masuk bilik aku dulu. Kembar aku ingat aku di dapur, so dia pergi sana. Korang tahu, dalam keadaan dapur yang gelap, benda tu menyerupai aku. Kembarku ni dengan slambernyaa pi tegur benda tu “huii”.  Tupp. Hilang lembaga tu. Kembar aku pun tekejut tapi dia ni dah biasa dan acah rilek je.

Dia pergi cari aku di bilik aku. Haa, dia jumpa aku yang tengah main phone. Pada mulanya, dia tak cerita kat aku apa yang terjadi di dapur tadi. Pastu dia terus ajak aku masak dengan cepat. Aku pun masak lah. Selepas selesai sediakan makanan, parents aku pun balik. Pastu kitorang menjamu selera bersama-sama. Time tu lah baru kembar aku buka cerita. Aku pun terkejut bukan kepalang lah, mujur bukan aku yang ternampak hahaha. Sekian sudah cerita aku dan terima kasih fs sudi publishkan cerita aku. Assalamualaikum.

Hnylicious

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

9 thoughts on “Tak Kusangka Kembarku”

  1. Aduhh….tanda bacaan, tanda bacaan. Sila belajar mana tempat yang perlu ada tanda bacaan. Pening baca ayat hang ni dik, berulang-ulang berbelit-belit. Maaf ya.

    Reply
  2. nak tanya..gambar hiasan dekat each cerita tu FS letak atau si tukang cerita yang letak..btw, gambar yang ni seram..bukak2 page terus nampak gambar tu..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.