Tak Suke Tengok Orang Senang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para admin dan pembaca FS. Aku nak cerita sikit pasal restoran yang pernah aku kerja. Sekarang da berhenti. Masa aku kerja tu umur aku 17 tahun. Baru habis spm. Okey aku skip bila aku dah start kerja.

Bos aku baru balik dari menunaikan haji. Kedai nie sentiasa ramai orang. Memang penatlah dari pukul 4 petang hingga 1 malam sepatutnya tutup pukul 11 malam, tapi memandangkan orang tak balik lagi. Ada yang baru datang jadi tutup pun lambat. Kisah nie tak berapa nak seram cume pelik jelah. Dalam restoran nie ada 11 orang pekerja. 4 orang dibelakang, 7 didepan termasuk aku. Restoran nie tiga tingkat. Tapi guna bawah je, tingkat kedua jadi kan catering. Kalau ade yang tempah nak buat dekat atas la karok pon ade.

Tingkat ketiga pulak jadi surau dan hostel untuk pekerja. Jadi nak dijadikan cerita, masa tu tak silap aku hari khamis. Yang peliknye dari pkul 7 petang hingga pkul 11 malam, tak ramai orang yang datang. Pukul 4 petang hingga 6 petang tu biasa lah tak ramai sebab baru bukak. Aku boleh kira hanya 6-7 orang saja yang datang. Aku pon takde lah pikir sangat sebab mungkin rezeki harinie kurang.

Esoknya, kami semua bukak macam biasa. Tapi pelik, jadi macam semalam. Tak ramai jugak orang begitu la hari-hari berikutnya.. Restoran nie dah bertahun bukak. Tiba-tiba jadi macam nie agak pelik laa. Bile Iwan (pekerja lelaki) bagitahu dulu pon pernah jugak jadi macam nie tapi sehari je. Tak pernah sampai 3-4 hari . Bos pon pelik tapi mula-mula tu bos tak cakap ape. Bila malam nak balik, bos kate dia nak jumpa semua pekerja. Okey lah bile nak balik semua berkumpul. Bos pon bagitahu nak jumpa ustaz tapi kedai bukak seperti biasa. Bila esoknye bos bawak garam dan air. Bos suruh kiteorang spray kan air dan taburkan garam di sekeliling kedai. Bila semua dah selesai, pon tetap sama takde orang.

Keesokan harinye barulah ramai orang semula. Memang ramai alhamdulillah. Kedai dah okey. Kami ingat setakat ikut dan selesai rupenye tak. Malam tu banyak gelas pelanggan pecah. Pecah dengan sendiri. Memang malam tu kelam kabut dengan nak ambik order dengan nak sapu kutip kaca. Memang sangat pelik kalau satu gelas pecah tu okey la. Nie pelangan punye yang pecah banyak pulak tu. Memang huru hara jugak. Bos pon tawakal. Balik tu bos jumpa lagi dengan semua pekerja. Bos harap sangat semua pekerja solat. Setiap kali selepas azan, dua tiga orang akan naik bergili- gilir untuk solat. Esoknye semua jadi seperti biasa, ramai orang dan kejadian gelas pecah takda.

Dua hari berlalu seperti biasa tanpa masalah. Restoran nie kan ade meja dekat parking kereta. Kalau dalam saja memang tak cukup, kena bukak dekat luar jugak. Jadi hari tu ada sebijik kereta nie parking dekat situ. Pada mulanya, kami ingat kejap je kereta tu parking. Tapi jangkaan kami semua salah. Sampai seminggu kereta tu parking. Restoran tetap bukak. Kami terpaksa bukak empat meja di luar saja.

Memang nampak bos makin runsing sebab tak pernah jadi macam nie. Lepas je seminggu, kereta tu dah takde. Kedai pon jadi macam sebelum nie, takde orang jugak. Malam tu, sedara bos datang tapi dia start enjin balik. Belum sempat sedara bos nak beredar, bos sempat tahan. Kami semua buat kerja macam biasa. Sebelum balik tu, bos jumpa kami semua. Bos pon ceritakan lah apa yang sedara dia sampaikan. Sedara dia cakap, kedai nie ramai orang sangat tu yang dia nak gerak. Padehal masa tu takde orang pon.

Berkali-kali kereta berhenti depan restoran lalu gerak. Banyak kereta macam tu dah. Kami semua perasan. Sebab kami lepak dekat luar. Memang masa tu semua pikir nak berhenti. Malam tu bos jumpa lagi kami. Bos cakap memang ade sesuatu yang buatkan mata pelangan jadi macam tu contoh restoran nampak ramai, r.estoran nampak macam tutup padehal masatu takde yang tutup. Sentiasa bukak. Bos sampaikan terpaksa beli lampu, nak terangkan dekat area situ. Bos pun sampai terpaksa bukak petang sebab nampak perniagaan restoran nak merosot sangat. Nak bayar gaji kami semua pon dah tak cukup. Tapi bila bukak petang lagi teruk. Hanya membazir semua makanan sebab sorang pon tak datang. Memang membazir.

Lepas nie kalau ada yang suke, aku sambung sape yang kejam buat macam tu dekat bos. Kalau tak suke aku tak post. Sekian.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

38 thoughts on “Tak Suke Tengok Orang Senang”

  1. Tolong sambung….
    Mana boleh berenti macam tu je nakk…
    Bak kata orang tua, keje ke, bercerita ke kalau sekerat jalan, nanti nasi tak masak.
    Ini bidalan orang tua…….
    Anak muda zaman ni, tah tau tah idak bidalan-bidalan yang ada.

    Reply
  2. Dey dey deeyyyyy….
    Ape ni citer x abis….
    Anti-climax btol ar ekau ni…
    Hagak2ler nk continue pon…
    Admin…
    Kalau budak ni x antar next story, sila follow up smpi die antar kay…
    Ini serius…!
    Hahahaahaha…

    *apid…nmpk noo pembaca+pengomen tegar kat sini tu sape kaannn…huhuhuhuuu….

    Reply
      • Klu dh takot ampun laieeee..
        Ni br nk rase takot dh BERSAMBUNG…
        Caaiitttt…bikin panaaassss woooo…
        Teros rase lapor jadinyeee…

        Reply
        • hahahaha kira belum dtg takut dah bersambung mmg hampa lah….dah2 jom kak kita makan bubur kacang dlu kalau lapo… xtau bila cite sambungan ni kluar

          Reply
        • Umak aaiiii….
          Tu dia bubur kacang kooo…
          Xpelah…akk arini melaksa penang…
          Kire ala2 bubur kacang gaklah berkuah2 kan…
          Akk takot citer ni xde smbgn je sbb penulis dh ketakotan kena attack reramei ni…

          Reply
  3. oitt.. sambung je la.. asal nk cerita separuh jalan ni.. kalau cmtu baik xyah post yg first tu.. org pun nk tau jgak.. ape dh jadi kn..

    Reply
  4. ngok ngek..cerita jer la…takkan la orang taknak tahu spe yg buat kat bos kau tu..daripada cerita tergantung,baik kau gantung diri

    Reply
  5. hahaha… lepas baca citer seram baca komen pulak.. lawak lah komen2 korang.. hahahahahaha.. nasib baik tak gelak kuat dalam ofis.. kekekeke

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.