#TAN16 DAYAK – Kisah Seram Sewaktu Dirumah Panjang (Hantu kambak)

#TAN16 DAYAK – kisah Sewaktu Dirumah Panjang (Hantu kambak)

Hye, Pertama kali saya ucapkan Terima kasih kepada Fiksyen Syasya, yang mempublishkan cerita yang pertama kali saya karangkan . Taklah pro sangat bab karang mengarang ni, saje jer nak share pengalaman saya ngan pembaca2 sekalian. Saya tinggal di miri sarawak, haa my kampung love kat ulu skrang dekat ngan kuching miaw2. Nak balik bukan dapat hari- hari yer. Miri to kuching mengambil masa 12 jam nak sampai. Kalau naik kapal terbang,  orang sarawak panggil belon’ 45minit jer.. Guna kapal terbang tak best tak adventure. Kalau balik ke kampung gune kereta bertolak dari rumah tu haruslah pukul 3pagi gitu. Okay kite ketepikan dulu bab ni.

Kisah bermula masa aku berumur 12tahun and semasa percutian sekolah. Cuti sekolah balik la kampung love. Rindu nak jmpa atuk nenek pak su, mak su, and sepupu kita. Rumah panjang kite bnyak mintos nye, banyak pantang larang nyer. Tak leh nak main redah jer. Nahas badan. Hehehe. Kalau iban panggil ‘dunya agi latung’ bermaksud tempat yang masih panas tempat yang dipercayai banyak penghuninya. Rumah panjang kite orang masih mengamalkan tradisi lama. Susahlah nak explain sebab kite ni tak pro sngat pasal tradisi lama ni. Budak bandar katakan. ߘᅠ

Selama 12jam perjalanan akhirnya tiba juga di destinasi yang di tuju iaitu kampung love. Ketibaan kami disambut meriah oleh warga rumah panjang. Sepupu aku dan kawan meyambut kedatangan aku , dengan mengangkat bag pakaian ku dari kereta. Kite yang memang satu kepala ni yang nakal yang degil ni ada 6 orang , nama diaorang , Anyan , dadung, ebi, ulem, icat and aku yang digelar BD tau apa mksud BD ? Budak bandar..! Tak kisah dioarang nak gelar apa yang penting aku balik kampung nak main dengan diorang. Okay aku described diaorang ni , bilik kmi no.13 bilik anyan no.15 bilik dadung no.17 bilik ebi no.19 bilik ulen no.20 and bilik icat no.21. Oh lupa nak bagitau rumah panjang kita orang ada 22 bilik.

Kalau di rumah panjang tiada elektrik gune enjin generator jer. Kalau nak Mandi pun kena pergi sungai tiada air paip. Air minum pun dari air hujan , biasa nya kat rumah panjang kitaorang, kalau jiran – jiran sebelah buka enjin generator diaorang lebih awal mesti banyak yang berkumpul dibilik itu tumpang tengok tv katakan hihihi. Syok juga balik rumah panjang dapat geng banyak, dapat main, dapat swimming kat sungai . Swimming pool besar ahahha.

Torang smpai jam menunjukan pukul 1pm . Tak smpai 2minit pun duduk didalam rumah kawan2 ajak main. Sebelum keluar mak pesan jangan main sembunyi – sembunyi. Menurut kiteorang la main sembunyi – sembunyi ni ada hantu nya tau yang di gelar hantu kambak ( hantu ni boleh meyerupai manusia) boleh mengaburkan pandangan orang2. Adeh susah la nak explain natang ni, sebab tak begitu paham makhluk ni. Tak pernah tengok ni makhluk.

Kawan ajak main, aku on jer la. Confirm best, budak – budak mesti la kan. Fikir nak main jer, lepas main makan lepas makan tidur tu jer la kiteorang tau time tu, 1st anyan ajak la main kejar2 main colop. Main punya main torang pun mula berasa boring and plan nak main game lain. Lalu dadung ni suggestla main sembunyi – sembunyi. Tanpa meghiraukan pesan ibu ku tadi, aku on jer la. Kite org pun osom (kompeng) siapa kalah dia la yang jadi tukang cari. O…som .. Osom punya osom aku la yang kalah. Terima jer la hehehe.

Puas ku mencari aku pun jmpa dorang sorang demi sorang, haa problemnya, part cari dadung hampir sejam dh mencari dadung tak juga dijumpai, jangankan muka batang hidung pun kiteorang tak nampak. Yela siapa yang dh kena jmpa join la aku ni cari dadung, ujar ku pada kawan2 ku * wau pro jga dadung ni menyembunyikan drinya* aku kira dadung menyembunyikan drinya dengan teguh. Torang pun lelah mencari dadung . Dengan nada ku yang lantang dengan berharap dadung dapat mendengarnya lalu berkata ‘dung aku plai lok ngai ke mak ku ngga’ ( dung saya balik dulu takut nanti ibuku mencari) Selessai saja meningalkan pesanan aku dan kekawan ku balik ke bilik masing2. Fikir ku ‘mungkin dadung dah balik’ dia lebih tahu lagi selok belok kawasan ini kerna tempat itu adalah tempat tinggalnya.

Aku pun mandi, selesai saja mandi lalu aku duduk di ruang tamu untuk menonton tv. Atuk dah pasangakan enjin bukan main happy hati ni. Nak menonton tv , hari itu hari ahad jam menunjukan 5.30pm mestilah cerita fav ku iaitu Go Go power rangers. Selepas menonton tv pun iklan . Iklan appolo. Budak 90an jer yg tau ni ahhaha. Tok tok bunyi pintu bilik kami diketuk , atuk lalu membuka pintu bilik. Aku melihat susuk badan ayah dadung, aku memerhatikan mulut ayah dadung dengan bulu keningnya naik berseta jarinya berbicara dengan atuk ku. Lalu aku menggapai remote control tv lalu megurangkan bunyi tv , aku mencuri dengar perbualan ayah dadung dengan atuk ku, sepertinya ayah dadung mencari dadung , atuk lalu memberitahu bahawa dadung tiada d blik kami. Sebelum ayahnya pergi ke bilik kami, ayahnya sempat pergi blik anyan, ebi, ulen, icat dorang pun juga tidak tahu dimana berada nya dadung, smpai la harapan trakhir ayahnya untuk mencari dadung adalah diblik kami punah,
Lalu ayahnya memangil warga kampung untuk berkumpul di ruai. Rupa ruai seperti rajah di bawah. (Gambar hanya sebagai perhiasan)

Ayahnya menanya kepada semua warga rumah panjang sesiapa yg menjumpai dadung , semua warga memberitahu bahawa tiada melihat kelibat dadung. Slepas menanyakan kepada warga rumah panjang , kite berenam la yg kene soal siasat, mana tak nya kite org yg last dengan dadung. Kite orang cerita la a-z dan memberitahu dadung tidak dapat dijumapi sewaktu kiteorg main sembunyi sembunyi. Lalu ibu ku memarahi ku kerana tidak mempercayai pantang larang dan menganggap perkara ini sebagai tahyul orang tua, tidak sangkalah benda ni sememangnya wujud dimuka bumi ini (meremang pula bulu roma ini kalau diingat – ingatkan cerita ini).

Setelah warga Rumah panjang mengetahui kehilangan dadung, aku terdengar jeritan ibu dadung dengan suaranya yang lantang lalu berkata “Antu Kambak empu kerja tok” ( hantu kambak punya angkara ini). Aku melihat seorang bergegas masuk kebilik nya, lalu mengangkat sebuah GONG yang boleh tahan besarnya. (gong ini diperbuat daripada tembaga dan boleh tahan beratnya, dengar cerita yang aku tahu jelah. Gong ini mempunyai semangat @ jiwa dan merupakan warisan turun menurun nenek moyang yang sekian ratusan tahunnya). Lalu Gong tersebut digantungkan ditengah tiang rumah panjang lalu gong tersebut dipukul secara bertalu-talu tanpa henti. Dah rasa nak pekak dah telinga ini akibat bunyi gong yang sangat bising.

Lalu aku menanya ibu ku “namahal urang maluk gong tok mak” (kenapa gong ini dipalu ibu) lalu jawab ibu ku “nyak meh aku kerah-kerah endok ngasuh kitok main lalai nama ari silau” (itu sebabnya ibu melarang jangan bermain sembunyi-sembunyi wakut senja) mungkin bahasa iban saya ini agak berbeza sebab memang sebegitulah loghat asal ULU SKRANG. Lucu nya loghat kiteorang ni sllu jd buah mulut org .asal jer kawan tanya awak asal mane asal skrang n saratok msty diaorang tiru loghat aq . Ayat yg paling pemes yang sllu aku dengar *leko mato nuan ar * ahhahah mksud nya (biji mata kau ) sbb loghat kite orang ni ujung huruf more to huruf ‘O’. Okay ketepikan dlu la loghat saya yer. Aku berasa ketakutakan mendengar ibuku berkata sebegitu lalu bkata d hati .kur semngat hantu tu tak plih sya yang dia nak smbunyikan.

Sementara gong dipukul betalu talu, ibu dadung pun pergi ke blik no 3 untuk memanggil manang. Manang ni bermaksud (dukun) . Lalu ibu dadung memangil manang untuk ‘menangkap semengat’ ( memangil roh). Ewah meremang pula saat taip cerita ni. Hari bgnti hari dadung hilang selama 3 hari. Warga turut mencari dadung di merata tempat. Tapi malang nya tidak dijumpai.
Hari ketiganya, icat dan ebi pergi ke sungai untuk mengambil air sungai untuk keperluan di rumah, sungai terletak 1km jer pun dari rumah panjang kiteorang , belakang rumah jer pun. Jalan punya jalan sambil membawa baldi. Tiba2 dorang ternampak dadung duduk di bawah pohon karak . diorang perhatikan dadung yang bercakap seorang diri seolah olah ada orang yang tengah berbual dengannya.

Pohon karak ni ada penghuni tau. Lalu icat&ebi bergegas balik ke rumah panjamg. Anyan yang duduk d tangga terngaga melihat kepelikan icat&ebi yang tersemput sampai dirumah. Anyan lalu bertanya ‘ya lapo suai nn nyu seput seput belandok . Ai go ndai .ya kini tunggok tuju ai suai nuan deh’ yo lapo suai nn belando nyu bko keno gagai b**i babas’ ( apahal korang dua ni berlari dah macam kena kerja b**i hutan , kemana tuju air yang korang dua nak ambil). icat lalu berkata ‘a a a kuku memedak dadadadung bebaruh pun karak td’ icat yang penat tergagap menjawab soalan anyan ( aku ternampak dadung d bawah pohon beringin tadi). Anyan pun bergegas ke ruai memberitahu kepada warga bahawa icat menjumpai dadung di bawah pohon beringin. Warga lalu bergegas menuju ke arah yang di maksudkan anyan tersebut.

Setelah warga pergi ke sana, dadung pun dijumpai. Ayah dadung lalu mengdukung dadung untuk balik ke rumah dengan tangisan kegembiraan kerana dadung berjaya di jumpai. Pada waktu itu aku hanya duduk di ruai memerhatikan dadung dengan keadaan nya yang bersih, tidak kurus, tidak seperti orang yang hilang, sperti aku yang biasa2 ni. Datang ibunya menghampiri dadung, lalu berkata ‘kini nuan dung gelama tok’( kemana tuju nya awak selama ini)jawab dadung dengan tenang ‘ngau nuan mh mak’ ( dengan kamu la ibu) ibu nya tidak kehairan sebab itu la hantu kamba yang boleh meyerupai manusia dan menyembunyikan manusia, Aku mula la nak bertukar jadi conan, kononnya nak soal siasat dadung time tu. Dadung pun menceritakan kisahnya kepada ku. Sewaktu hilang tu, dia cakap dia telihat kelibat yang meyerupai ibunya.

Dia berjalan lalu mengekori ibunya, sejenak dia mengekori ibunya . Perjalanan nya tersentap kerana dia menjumpai suatu tempat yang dia lihat sperti sebuah pekan yang mengadakan satu pesta besar besaran, ramai kawan yang megelinginya memberinya makan dan minum lalu mengajaknya untuk bermain hinggalah dia merasa 3hari itu hanya 15minit sahaja. masih lagi ku ingat dadung balik membawa sebiji buah karak . Hingga sekarang ni buah tu jadi batu . Batu tu sekarang ni pak su yang jaga katanya itu pemberian orang. Pak su ni kerja jual sayur kat tamu.. menurut Pak su batu itu boleh dijadikan pelaris, dadung pulang membawa sebiji buah karak digengamannya dan seutas rambut berwarna putih yang meyerupai uban pun yang tumbuh di kepalanya.

Selesai semua perkara ni, kitaorang balik ke miri. Sepanjang perjalanan ke miri telinga ni haruslah tebal macam gajah kena lecture mak sampai la mak tetidur. Dari pengalaman ini jangan tidak percayai kewujudanmakhluk halus. Kewujudannya sememangnya wujud. Sememangnya dunia bunian itu wujud. Sekian cerita dari saya, maaflah kalau ada kekurangan. Buah jambu diluar pagar tolong ambil jolokkan, aku budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Terima Kasih.

#TAN16 DAYAK

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]

15 thoughts on “#TAN16 DAYAK – Kisah Seram Sewaktu Dirumah Panjang (Hantu kambak)”

  1. Hello,
    Tahniah sebab cerita ini telah di muatkan di ruangan FS ini.
    Jalan cerita sungguh menarik bedasarkan kisah benar walaupun terdapat ejaan yang salah dan penggunaan ayat singkatan yang agak banyak.
    By the way congratulation to you sis…….peace yo and love….

    Reply
    • Buah cempedak d luar pagar,ambik sebiji tolong jolokan,saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukan?Btw thank ibanese

      Reply
  2. “Selama 12jam perjalanan akhirnya tiba juga di destinasi yang di tuju iaitu kampung love…”

    Serius nama kampung tu KAMPUNG LOVE???
    So sweet…romantik koo…

    Pantun tu camni…

    Buah cempedak di luar pagar,
    Ambil galah tolong jolokkan,
    Kami budak baru belajar,
    Kalau salah tolong tunjukkan…

    Next story pelisss…hehehehehe…

    Reply
  3. sebab tu orang tua tua kat jangan main sorok sorok time senja nanti kena sorok… tp degil main juga, nasib tkde ape2 ?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.