Assalamualaikum —
Aku nak share pasal gangguan yang aku alami sekarang.
.
.
Tahun lepas (2015) aku pernah mimpi menyusukan baby. Tapi aku tak ambil peduli pasal mimpi tu. Aku abaikan and lama-kelamaan, aku lupa langsung.
Masa aku mengandungkan anak kedua, aku bermimpi benda yang sama. Aku mimpi melahirkan dan menyusukan baby lelaki. Mimpi ni berlaku sebulan sebelum aku bersalin pada August 2016, baru-baru ni. Aku ceritakan pada seorang sahabat yang pandai bab-bab ilmu ghaib ni. Dia nasihatkan aku untuk pergi ‘scan’. Tapi masalahnya, setiap kali aku tergerak nak pergi, mesti ada saja halangan. Lama-lama aku jadi culas.
Masa berpantang, aku balik kampung rumah parents aku. Selepas sebulan baru balik rumah sendiri. Masa ni lah gangguan bertubi-tubi datang. Masa awal-awal pindah dulu (bulan 6), tak ada langsung gangguan yang bukan-bukan. Setakat dengar jiran sebelah bertukang tukul dinding setiap malam je lah tapi sebenarnya bukan jiran aku yang bertukang tu. Haha.
Mula-mula rasa seram tapi lama-lama jadi geram sebab anak aku yang sulung (2tahun 6bulan) asyik menjerit ketakutan time malam and tangan melilau tunjuk hantu. Paling banyak dalam bilik utama which means bilik kami laki bini. Itu yang dia cakap lah. Kadang-kadang dia gelak and cakap kat dapur banyak hantu. Kau rasa?
Pertama kali aku dapat nampak entiti ni 3minggu lepas (October). Pagi dalam pukul 7++ kalau tak silap sebab aku tengah bersiap nak pergi kerja. Aku masuk bilik nak kejutkan suami. Pintu bilik aku renggangkan sebab anak sulung tengah menyusu kat depan tv and baby tengah tidur. So aku boleh nampak semua dari belakang pintu. Adik perempuan aku yang tinggal dengan aku tengah mandi. Tiba-tiba ada tangan orang dewasa capai tombol pintu and terus tutupkan pintu bilik aku tu. Aku nampak jelas tangan tu sebab dia macam terhulur panjang sikit then baru capai tombol. Bahu aku tepi tombol tu je masa tu. Aku ingatkan adik aku tapi m**i-m**i dia cakap bukan dia sebab dia tak keluar bilik air lagi time tu.
Esok malamnya, aku dengar orang menangis belakang rumah. Sayup sangat-sangat. Dekat sejam lebih juga lah benda tu dok merintih. Entah apa yang sedih sangat tak tahu lah. Aku buat tak tahu je. Selagi dia tak masuk rumah, kira aku selamat. Hahaha.
Dua minggu lepas aku, suami, anak-anak and adik pergi Ijok nak beli satay. Laki aku parking tepi jalan and berhadapan dengan pokok mangga besar. Belakang pokok mangga tu ada pondok macam stor, separuh papan tiang batu. Masa tengah menunggu satay siap, adik aku ni ternampak ada benda menyorok belakang tiang tu dok usha-usha kami yang ada dalam kereta. Dia suruh aku tengokkan sebab dia kata benda tu dah lama pandang kami.
Aku pun gigih lah pandang apa bendanya yang dia beriya sangat suruh tengok tu. Tahu apa? Cik pon kalau tak silap aku sebab nampak rambut and kain putih je main cak-cak kat belakang tiang. Adik aku ni degil. Aku dah cakap bukan orang, masih lagi tegur benda tu. Sekali bila kereta dah gerak, baru dia tersedar tu bukan orang. Hahaha. Padan lah muka. Malam tu dari pukul 12 sampai 12.30, ada benda mengetuk pintu dapur rumah aku. Tak reti lenguh gamaknya tangan dia.
Paling latest, pagi Isnin (24/10/2016) baru-baru ni dalam pukul 3.30 pagi. Aku terbangun selepas mimpi ngeri. Tapi memang aku letih sangat-sangat lepas dapat mimpi tu. Aku mimpi bertarung dengan jin. Kelakar kan bunyi dia. Dah macam Alif Dalam 7 Dimensi. Hahaha. Jin tu pegang kuat tangan aku kiri kanan tak bagi aku bangun. Bila aku cuba melawan, dia menyeringai je. Dia ada mulut je okay. Mata hidung semua tak ada. Bangun-bangun je rasa lenguh. Time bangun ni lah benda paling seram jadi.
Kami anak-beranak tidur depan tv. Laki aku tidur atas sikit dari tempat aku and anak-anak. Betul-betul kat kaki sofa. Tahu apa yang aku nampak and dengar? Atas sofa belakang laki aku tu, ada budak kecil dalam umur 2,3 tahun tengah main lompat-lompat sambil mengira satu, dua, tiga and gelak-gelak. Aku kaku terus. Nasib baik tak lama. Huuu.. Terngiang-ngiang lagi suara dia weh. Still meremang kalau teringat. Aku tulis dalam blog. Masa tengah menulis tu, ada hembusan nafas orang lelaki depan hidung aku. Kenapa aku cakap lelaki? Sebab bau nafas tu busuk and berbau macam rokok. Sedangkan aku sorang je dalam office ni.
Minggu sebelum tu adik aku dengar suara aku laki bini tengah bergurau gelak-gelak kat dapur pukul 1.30 pagi. Sedangkan masa tu kami laki bini tengah tidur dalam bilik. Lagipun tak ada kerja eh nak bergurau senda pepagi buta macam tu. Habis tu, suara siapa?
Entah sampai bila kena hadap gangguan ni. Semoga cepat lah hilangnya.
Thanks,
Fara.
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Kalau mimpi menyusukan bayi, maksudnya petanda xbaik…tp apapun, kena rujuk pada yg pakar…lgpun bahaya kalau dibiarkan lama-lama…andai kata byknye halangan, minta tlg pd sesiapa yg boleh dipercayai…kalau ad gangguan mcm ni sentiasa, hidup pun xtenang dan sentiasa diselubung ketakutan…wallahualam…
Mgkin keturunan ad membela..
Mmpi susukan bayi ni selalu dikaitkan dgn saka..
Pegi la berubat
Yess . Mimpi mnyusukan baby ni kalau ikut prubatan islam adalah saka. Tp wallahuallam lah. Apa2 pn cpt la p brubat kt prubatan islam. Bnda mcm ni tak boleh biar.
Ye betul tu, kemungkinan petanda saka dapat dekat awak, pergi la berubat. Wallahualam
owh nie petanda saka ye..bru taw
Done komen