Tandas Syarikat Berhantu

Thanks admin sebab siarkan cerita ini. Actually saya nak perkenalkan diri saya, nama saya Ana (nama panggilan). Cerita ini berdasarkan pengalaman saya dan kawan saya yang bernama Shila (nama panggilan).

Ceritanya bermula macam nie, kami pelajar kolej vokasional tahun 4, actually kami dah habis dah pon so kami kena bermula practical. Kami dua memang la kawan baik bagaikan isi dengan kuku haha. Kami cari tempat untuk practical pon tempat yang sama iaitu di satu syarikat yang berdekatan dengan rumah di Sungai Petani. Mula tu memang tak ada apa-apa yang menyeramkan sangat. Kami pergi kerja seperti biasa. Pada minggu ke 5, saya dan Shila rasa macam nak ke tandas tapi tandas yang kami selalu guna tu tutup. Kami pun baru kerja dekat situ, staf yang memang dah lama bekerja kat situ pon tak bagi tahu kami kenapa tandas tersebut tutup. Kami cari tandas, meronda satu company cari tandas. Tiba – tiba ada seorang pekerja (aunty cina) lalu, saya tanya dekat dia dekat sini mana ada toilet dia terus kata ada di atas (jari tunjuk tangga disebelah).

Nak pendekkan cerita, company yang kami bekerja nie sebahagian daripadanya telah dipindahkan ke tempat lain sebabnya aku tak tahu la. Ok sambung balik, kami pun terus naik ke atas. Kami naik, kami jumpa barang – barang lama yang mereka guna dulu untuk buat peralatan komputer. Kami teruskan perjalanan mana tahu boleh jumpa tandas kan, haha. Kami dah jumpa tandas tapi jalan nak menuju ke toilet agak jauh. Tapi kami lihat tandas itu dari tangga rasa macam dekat tapi perjalanan tu jauh sangat. Badan saya rasa tak sedap dah, meremang bulu roma satu badan. Saya bagi tahu Shila, “baik kita turun”. Kami terus turun dari tangga dan tanya kak yang bekerja satu ofis dengan kami mana tandas. Tempat yang kak itu bagi tahu tu belakang ofis kami ja. Saya tertanya tanya kenapa tadi aunty cina itu tunjuk jarinya di atas padahal toilet tu belakang ofis ja. Lepas itu saya pun biarkan sahaja mungkin dia nak buli kami ka apa kan, budak practical la kata kan.

Beberapa bulan just passing macam tu sahaja tiada kacauan, ada satu hari toilet yang saya kata kunci tu tiba-tiba buka, kami tak tahu siapa yang buka. Saya seperti biasa pemalas sikit, malas nak jalan sampai ke belakang ofis untuk ke toilet saya pergi ke tandas yang saya pergi selalu depan dengan front office tapi front office tak ada orang yang bekerja tempat (company) kami nie memang macam berhantu sikit. Setiap kali saya nak ke tandas ada ja rasa macam orang ikut dari belakang, orang tengok saya masuk tandas. Dalam tandas time nak tengok cermin nk perbetulkan baju n ect rasa macam ada orang perhatikan saya, bulu roma saya selalu meremang bila ke tandas itu. Tapi saya ingat cuma saya yang rasa macam itu.

Pada minggu lepas, kawan saya yang bernama Shila tiba-tiba mengalami demam panas yang agak teruk dan pada masa yang sama time tu dia period. Dia rasa ada benda yang tak kena dengan badan dia pada minggu itu. Ini dia cerita dekat saya time kami duduk di kedai dan cerita pasal tandas tersebut. Dia bagitahu saya yang sebelum dia kena demam panas macam ini dia kata dia pergi ke tandas yang berdekatan dengan front office itu. Dia kata time nak perbetulkan tudung dia kata macam ada orang tarik baju dia dengan kuat. Nasib baik dia kata dia pegang singki. Shila kata lepas itu dia rasa badan dia lemah sangat-sangat.

Next day, Shila pergi ke tandas yang sama (yang dekat dengan front office). Time tu dia kata dia ada nampak period ada lagi pada pad-nya. Selepas beberapa saat periodnya hilang tinggal pad bersih, dia lari menuju saya. Dia dengan muka cemas, cuak semua ada. Saya tanya dia kenapa, apa yang terjadi, dia bagi tahu apa yang berlaku dalam tandas tadi. Saya rasa lembik lutut terus apabila dengar perkara tersebut, saya rasa seram sejuk bulu roma aku meremang gila sampai aku rasa sakit kepala. Muka kami memang cemas waktu itu, time tu ada member practical yang bekerja dengan kami nama dia Im (nama pangilan,) dia tu boleh lah pandai berubat juga, tapi time tu dia memang tak ada masa sebab dia kena hadiri event dekat Penang, tapi sempatlah dia tegur kami. Kami cerita dekat dia apa yang terjadi waktu itu, dia kata, “aku boleh tolong tapi bukan hari ini”. Shila kata, “takpa wei aku balik suruh ayah aku berubat aku, aku rasa takut sangat tak pernah jadi macam ini tiba-tiba jadi”. Selepas beberapa minit kami bertolak dari situ ke rumah.

Dekat rumah pula, malam tersebut saya dengar bunyi macam orang ketuk pintu tandas. Saya ingat ada orang dalam tandas la kot, saya terus main handphone. Tiba- tiba botol kicap yang terletak di tengah-tengah meja makan jatuh pecah. Heran saya kenapa jadi macam itu. Saya tak fikir banyak, terus keluar dari bilik untuk bersihkan botol kicap yang pecah tu. Takut nanti adik-adik pijak kaca. Tiba-tiba time saya dok bersihkan kaca tersebut, saya rasa ada orang tolak saya dari belakang. Saya terus jatuh kena kaca di bahagian paha, tapak kali, betis, lengan, nasib baik saya tak letak kepala kalau tak kaca yang tajam tu kena kepala saya, memang nasib lah! Banyak d***h yang keluar, sampai saya tak boleh nak berjalan. Time tu mak saya baru balik dari meeting, dia terkejut bila tengok saya macam nie dia terus bawa saya ke tandas dan bersihkan semua d***h yang melimpah dan bersihkan kaki saya yang berlumuran d***h. Keesokan hari saya tak dapat berjalan dan tak pergi kerja 4 hari cuti tak pergi kerja.

Cerita minggu ini pula, Shila still demam tapi period dah tak ada. Kaki saya still sakit, bila lalu ja depan tandas luka di kaki rasa macam ada orang gigit sakit sangat. But still dia ada di tandas tersebut sampai sekarang..

Sampai sini sahaja cerita saya, nanti kalau kesempatan saya akan cerita apa yang berlaku nanti. Kalau ada typing error maaf yer. Type laju-laju la kan. Bila nak type cerita nie pon meremang bulu roma satu badan. Haiiiii takut sangat and this is my first experience. Bye take care semua…

ana

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

5 thoughts on “Tandas Syarikat Berhantu”

  1. Main kasar benda tu. Jangan putus asa berubat, semoga Allah melindungi kita selalu.

    PS: Jangan tinggalkan solat. Solat itu diibaratkan pendinding, bila kita tinggal 1 waktu maka robohlah 1 pendinding kita.

    Reply
  2. Allahuakbar….takutnya. Amal Bismillah 5, Ana. Lepas solat, nak tidur, keluar rumah, masuk rumah dan nak mula kerja…sentiasa amal. Ia ikrar kita bahawa tiada yang lebih berkuasa ke atas sesuatu melainkan Allah dan tiada yang mampu memudaratkan kita tanpa izinNya.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.