Tangisan Matematik

Lepas habis SPM, aku sambung belajar dekat Matriks P. Memang lawa matrik ni. Aku pon seronok sangat dapat sambung study kat sini. Roommate ade 4 orang, 2 orang negeri P je and lagi sorang sama dengan aku asal negeri S.

So nak dijadikan cerita, after aku dah settle daftar diri, aku pegi la hostel mengangkut segala barang aku daripada kereta (macam nak pindah rumah)! Haha. Nasib baik bilik aku tingkat 1 je, itu pon nak naik tangga angkut barang memang penat gile! Masuk2 kawasan hostel aku dah start rasa lain macam sebenarnya, ye laa, cuba kau bayangkan semua bilik kat tingkat ground floor tu berkunci and takdak orang duduk. Aku dah start fikir bukan2 dah! Tapi sebab first day aku act cool je. Seram sejuk babe lalu depan bilik2 kosong tu semua. Entah berapa kali aku baca selawat dengan ayat kursi pon aku tak ingat dah. Bilik aku betul2 depan tangga. Aku lega dah bilik depan tangga and toilet pon dekat. Happy dah. Haa ni nak masuk bilik pulak.

Happy and excited tapi bila tengok condition bilik aku nampak lain macam sikit, sebelum bukak pintu aku nampak tingkap atas pintu tu ade cover dengan surat khabar. Dah start rasa tak sedap hati tp bukak jugak pintu…. weyh bukak pintu bilik masyaAllah terkejut aku. Setiap penjuru bilik tu ade tampal ayat kursi dekat dinding. Like seriously setiap penjuru bilik ade 2 keping kertas ayat kursi. Bilik tu gelap sebab langsir tutup rapat. Seram sejuk juga masuk bilik tu. Tapi sebab parents nak balik cepat, aku kemas barang cepat2.

Lepas tu aku berkenalan pulak dengan roommate aku, minah, tipah dengan pipah (bukan nama sebenar). Minah dengan tipah asal dari negeri P. Pipah pulak asal negeri S sama dengan aku. The whole week orientasi so takda laa bende sangat. Balik tengah malam semua tido je. Everything was alright. Start minggu kedua, kami start pi kelas dah. Penat. Masa tu bonding dengan roommate strong dah. Weekend tu student dibenarkan balik. Since minah dengan tipah orang situ, depa balik. Aku ngan pipah stay sebab jauh.

Malam jumaat haritu, aku duduk dekat meja study aku, sebelah tingkap nak study math. Biasa laa study math haruslah kau sumbat earphone dengar lagu. Hilang stress gitu. Pipah pulak duduk tepi katil study chemistry. Masa tu aku dengar lagu it’s all about you by Mcfly. Kalau time buat math memang almost maximum level volume aku bukak. Tiba2 aku dengar ade orang humming lagu tu. Aku dok pandang pipah tapi dia pakai earphone jugak and mana dia taw aku dengar lagu ape. Aku buat tak tahu. Dalam hati, “maybe aku salah dengar kot…” so aku pon teruskan study.

Tapi, masa aku dok khusyuk buat math tu, ade suara tangisan sayu aku dengar. Aku pusing belakang tengok pipah, dia elok je dok buat kerja diam2. Aku dah start rasa tak sedap masa tu. So aku kuatkan lagi volume mp3. Makin aku kuatkan makin kuat jugak bunyi tangisan tu. Mendayu dayu. Lepas tu aku tengok tangan aku, ade goosebumps. Ya Allah ape laa bende ni kacau aku pulak. Aku pon tutup buku, tutup mp3, ambik quran sebelah meja, naik katil pakai selimut. Pipah somehow pelik sebab aku suddenly stop and naik katil. Sebab cuak dia pon kemas buku and naik katil.

Masa aku dok berzikir dalam hati menghadap dinding, aku tiba tiba rasa ade orang pegang bahu aku. Ya Allah boleh m**i kejung masa tu. Si pipah yang datang kat aku muka pucat dia cakap, ” aku nak tido sebelah kau. Esok aku cerita”… so kitorang tido laa atas katil aku berdua sebab takut punya pasal. Lampu pon kitorang tak tutup.

Esok tu kitorang sama sama solat subuh jemaah. Mengaji sama sama. Dalam kul 7.30 macam tu, aku beranikan diri tanya pipah,

Aku: “weyh kau kenapa semalam?”

Pipah: “masa aku baring nak tido, aku rasa ada tangan sejuk pegang kaki aku”

Aku: “serius ah weyh? Kau ada dengar apa2 tak semalam?”

Pipah: ” takde dengar tapi aku rasa seram sejuk”

Aku: “aku dengar suara perempuan nangis mendayu dayu… sebab takut aku stop buat semua bende”

Pipah: ” weyhh aku takut…”

Lepas tu ktorang pi rumah warden. Ktorang dah start suspicious ape sebenarnya yang pernah jadi dekat block ni and kenapa takde orang dekat tingkat bawah and kenapa bilik kitorang condition dia macam tu. Ye laa takut pon, kau kene tahu ape yang berlaku sebelum kau cari jalan penyelesaian.

Warden pon cerita, sebenarnya ade budak pernah b***h diri dekat bilik bawah bilik kitorang. Dia pregnant and gantung diri dekat kipas. Lepas tu untuk elakkan bende buruk jadi, depa decide untuk lock all the rooms kat tingkat bawah and hanya tempatkan pelajar start tingkat 1.

So yeah itulah yang berlaku. Lepas kejadian tu banyak jugak laa kejadian aneh yang kami lalui. Nanti aku cerita lagi.

Sayonara!

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

15 thoughts on “Tangisan Matematik”

  1. Banyak matrik start hufur P. sy dlu matrik Penang. Mmg ground floor semua bilik xde org duduk walaupun lengkap dgn katil. katenye sebab banyak anai2.. rsnye bukan matrik penang kot.

    Reply
  2. Best kalau panjang lg best.
    But that’s fact right?
    Cite Pendek Pendek la. Panjang panjang la.
    But whatever, idc. This is so best to me!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.