Tangkal | Sepupu ke? | Yang Benar Berlaku

KISAH 1- TANGKAL

Cerita ni bermula lepas bapak aku pencen , terus kitaorg pindah keluar kem, taman bukit terendak name taman tu . Taman aku duduk ni bukan rumah baru,dgr kata rumah ni dah ade zaman 60an 70an lagi .nak dipendekkan cerita satu harini bapak aku upah budak askar cat rumah.lepas dia habis cat satu rumah dia tegur mak aku pasal tangkal merah yang ada kat setiap atas pintu masuk.kata dia nak mintak satu tangkal tu .mak aku pun suruh ambil je mandangkan kitaorg mmg tak percaya pasal tangkal .

Oh sebelum terlupa rumah aku tu bapak aku sewa dari orang cina .. rumah tu ada 3 pintu masuk . Sliding door ,pintu biasa dgn pintu dapur.Budak askar tu ambil tangkal yang atas pintu biasa .

Kisah seram aku bermula dari sini .Satu hari tu aku cari gunting ,mak aku cakap gunting mak aku sangkut tepi pintu biasa atas mesin jahit.aku cari2 tak jumpa,5-6 kali cari masih tak jumpa.lepas istigfar banyak2 dan pandang belakang,gunting tu elok ade sangkut dekat dinding.aku biarkan je .

mungkin aku salah lihat .sampai lah satu hari tu mak and ayah aku takda rumah,yg tinggal cuma aku dgn 3orang adik aku. Kecik2 dyeorg mase tu .rumah aku ni kategori banglo.ruang tamu besar,dapur besar,semua besar.adik2 aku tengah mandi masa tu. Diaorang ketawa2,terjerit2 main air.aku ada kat dapur,dari dapur aku jengah cuma nampak lampu bilik air terbuka sbb lampu ruang tamu aku tutup.

Tiba2 aku nampak sorang budak botak berbogel dekat ruang tamu.aku jadi naik angin ,sambil membebel aku jalan pegi ruang tamu dalam keadaan gelap samar2,bdk botak tu terus lari pegi dekat sliding door dekat ruang tamu tu . Aku masih ingt tu adik lelaki aku .jadi aku pergi sergah adik aku lagi dua orang dalam bilik air,dan tinggalkan yang menyorok celah langsir tu.bila aku tolak pintu bilik air. Adik aku tiga2 ada dalam tu ! Aku selak langsir kat sliding door tu . Takde siapa2 pun . Persoalan dia,siapa budak botak tadi tu ?
Aku tak cerita pada siapa2 sampai lah aku asyik ternampak lembaga hitam lalu lalang dekat pintu yang takda tangkal tu . Bukan nak percaya benda syirik . Tapi benda tu cuma keluar masuk ikot pintu biasa tu .

Kawan aku pernah datang rumah untuk siap2 sbb kitaorg ada latihan bola tampar petang lepas balik sekolah. Lepas je dia habis makan,dia datang kat bilik aku lepastu cakap,masa dua cuci pinggan dia pandang periuk yg mak aku sangkut dekat sinki,dari periuk tu dia nampak sorang perempuan rambut panjang tengah jengah dia celah dinding dapur,dia ingt mak aku .

Tapi aku cakap lepas mak aku jemput kita balik sekolah ,mak aku terus masuk bilik tidu.penat katanya .dan masa tu aku cuma senyum tawar je dekat dia .macam tak ada benda yang jadi .lepas je dari semua tu aku dah jadi lali bila ternampak apa2 kelibat dalam rumah tu .sampaikan kadang2 dia cuba tunjuk diri dia dgn lebih jelas.bab2 dia ngendap aku bila aku tgh tgk cermin .. atau bila aku tengah baring2 atas katil dan aku terperasan dia ngendap aku banyak2 kali..

aku jadi terbiasa.yang tak biasa nya bila dia cuba muncul dalam gamba dgn aku . Tapi cuma rambut panjang dia je yang ternampak dalam gambar tu . Aku dah padam gambar tu lepas aku tunjuk dekat kawan2 sekolah .tapi itu cerita 9tahun lepas, pengalaman mencabar betul bila kau sorang je yg kena kacau .. macam dia cume berminat dekat kau je .padahal 7orang duduk dalam rumah besar tu . Itulah pengalaman aku duduk dekat rumah taman perkasa 7,bukit terendak. Thanks sbb sudi baca 🙂


KISAH 2 – SEPUPU KE?

Salam semua, Malam ni rasa terpanggil untuk kongsi cerita sendiri. Nak kata seram tu rasanya ada lagi cerita yang lebih seram, rasanya boleh di kategorikan sebagai misteri… Hehe

Cerita ni berlaku masa aku masih bersekolah rendah di rumah lama keluarga aku. Masa tu tengah cuti sekolah, sepupu aku yang muda 2 tahun dari aku datang ke rumah keluarga aku untuk bercuti dan jalan-jalan.

Dipendekkan cerita, pada malam kejadian tu aku macam biasa baring dekat atas tilam yang dihamparkan kat bawah sebelah katil 2 tingkat bilik kami. Aku memang suka baring dekat tilam bawah sebab nak tengok tv memandangkan aku ni jenis susah tido awal. Lagipun plug suis tv ada sebelah tilam aku je, bila aku nak tido aku akan terus tutup suis sebelah aku tu tanpa perlu bangun tutup punat pada tv.

Masa tu aku tengok adik aku dan sepupu aku dah tido atas katil. Malam tu aku menonton sampai pukul 12 lebih. Tengah syok ketawa tengok cerita lawak siaran indonesia tiba-tiba mata rasa berat sangat. Aku cuba lawan mata, bila terpejam aku celik balik tp tetap mata rasa berat. Dalam keadaan mata separuh terbuka aku tengok sepupu aku dengan baju biru dan seluar hijau dia tu berdiri hujung kaki aku dengan rambut jatuh ke bahu tolong tutupkan punat tv.

Masa dia tekan punat tv tu dia tunduk je tapi yang aku betul-betul ingat jari dia. Runcing je jari dia dengan gerakan perlahan tekan
punat tv tu. Bila tv tu dah tertutup aku pun terus tertido.

Bangun pagi tu aku tengok tv memang tertutup, suis tv kat tepi tilam aku masih menyala. Adik dengan sepupu aku belum bangun. Bila dia dah bangun aku tanya dia “kau tutupkan tv ke malam tadi?”

Untuk pengetahuan pembaca sepupu aku ni tersangat lah penakut orangnya. Bila aku tanya macam tu muka dia terus berkerut dan separuh menjerit dengan muka yang agak cuak dia jawab “tak, mana ada aku tutup!”. Tapi Aku tetap berkeras cakap yang aku memang nampak dia yang tekan punat tv tu dengan jari runcing dan kuku yang sedikit panjang. Lepas tu dia dah nak nangis mati-mati cakap bukan dia yang tutup. Lepas tu aku baru perasan. Malam tu dia tido pakai baju hijau dengan seluar biru, minah yang tolong tutupkan tv tu pulak pakai baju biru seluar hijau.

Lepas dari kejadian malam tu sepupu aku serik nak datang rumah lama kami sorang2. Aku pulak asyik sakat dia je pasal minah misteri tu.haha..

Sekian sebahagian cerita misteri yang dapat aku kongsikan untuk malam ni. Terima kasih FS.


KISAH 3 – YAG BENAR-BENAR BERLAKU

Kisah 1:
Ok..ni berlaku pada diri sendiri. Masa tu umur saya 11 tahun. Sebelum kejadian, saya bukanlah jenis orang yang penakut. Tapi selepas itu, sayalah penakut yang amat.

Masa tu, saya bersekolah di pedalaman. Ikut ayah yang bertugas mengajar kat situ. Bekalan air dan elektrik pada masa tu memang tak de lagi. So seawal jam 5 pagi, ayah akan kejutkan kami untuk cuci muka di sungai belakang kuarters guru. Hari tu saya pergi dengan sepupu dan kawan-kawan yang menumpang tidur di rumah.

Saya menggosok gigi sambil menghadap ke hulu sungai..yang lain-lain pun cuci2 apa yang patut sambil borak-borak. Saya diam saja sebab sedang menggosok gigi. Tiba-tiba, ada yang melintas dari rumpun pokok d tebing sebelah kiri. Seakan terpukau saya tengok saja benda tu melintas sehinggahlah hilang di sebalik semak tebing sebelah kanan. Saya tunggu benda tu keluar balik di kawasan yang lapang sedikit tapi tak keluar-keluar.

Tiba-tiba, saya tersedar dan bulu roma meremang. Saya berpaling ke arah sepupu dan kawan-kawan dan bertanya siapa yang menyeberang sungai tadi. Yang sakit hati tu, tiada seorang pun yang menjawab tapi seolah berpakat lari serentak.

Saya pula terkejut diaorng lari tiba-tiba. sampai kat atas baru diaorang panggil saya. Saya pun apalagi. terus memecut bila tersedar saya seorang saja lgi. sampai kat atas saya tanya kenapa dorang lari. Padahal saya tanya saja. Dorang cakap, siapa lagi yang melintas sungai kalau bukan hantu sebab kami semua ada di satu tempat sahaja. Dan sejak itu, bermulalah segalanya…
(psst…imej yang melintas tu seperti pontianak yang selalu ada kat tv. berambut panjang …kain putih..takda kaki tapi kain tak cecah air. tangan tak nampak.muka tak nampak. mama saya cakap itu pontianak)

Kisah 2:
Sejak kejadian nampak pontianak di sungai tu, saya sering saja nampak kelibat. Dengar suara. Paling tak tahan saya selalu di ganggu seolah di tindih. Kadang-kadang seperti ada orang mengganggu. Saya sangat takut untuk tidur malam sebab mesti bermimpi buruk. Kalau tak mimpi, di ganggu macam ditindih tu.

Sampai naik lemah seluruh badan bila kena. Kadang-kadang saya boleh rasa bila dah kena tindih, so saya akan marah dulu..baca ayat2 suci. Pun begitu masih tetap memenatkan. Pernah sekali saya tak dapat tidur. Pusing kanan, pusing kiri..perasaan seolah ada yang memerhati. Saya pejam je mata. Tapi tetap rasa nak tengok. Sekali buka nampak bayang perempuan baring di sebelah sambil renung saya..dan dan tu saya menangis..bila tgk balik memang dah takda tapi seriau tu masih ada..

Kisah 3:
Masa belajar dulu dan menyewa dengan kawan-kawan, selain di ganggu tidur malam tak ada la gangguan besar yang lain. Cuma selalu je dengar bunyi guli bergolek di lantai malam-malam. Dengar perabot di seret tengah-tengah malam. Bunyi orang mencangkul setiap hari tengah-tengah malam buta. Yang menyakitkan hati, bila tutup mata bukan main kuat bunyi cangkul tu..bila buka mata dan teliti bunyi tu, hilang pula. pernah sebab rasa rimas sangat-sangat saya menjenguk luar jendela. nasib baik tak ada apa-apa.

GANGGUAN-GANGGUAN TU BERAKHIR SELEPAS SAYA BERKHAWIN. KALAU SEBELUM KHAWIN SAYA TAK BOLEH TIDUR TANPA SELIMUT DAN BANTAL KIRI KANAN BAWAH KAKI DAN JENDELA TERBUKA..TAPI SEKARANG, DAH OKEY DA…CUMA YANG PELIK, SEKARANG SUAMI SAYA JADI SEPERTI SAYA SEBELUM KHAWIN TU. BOLEH RASA BENDA-BENDA TU. PENAKUT YANG AMAT.

HANTAR KISAH ANDA : FIKSYENSHASHA.COM/SUBMIT

One thought on “Tangkal | Sepupu ke? | Yang Benar Berlaku

  1. Kisah 2 – Sepupu ke?

    Kalau ye pun nak menyamar jadi manusia, janganlah sampai terbalik warna baju dengan seluar…kan dah kantoi..ahahahahha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *