#TangkapMimpi

Kepulangan disisi anda, saya Chinese kalau salah silap tatabahasa, mohon dimaafkan. Yang kenali saya dari #Thailand #PopoSaya, kini saya kembali untuk menyeramkan Anda sekali lain. Kepada ibu yg berbadan dua, adik-adik bawah umur dan anda keseorangan di rumah, office mahupun di mana2 anda berada. Kemungkinan anda tidak kesorangn, kemungkinan ada org lain di sisi anda.

Kali nie, kisah bermula dari kepercayaan dari dulu. Baru2 nie kalau anda perasaan kebanyakan Chinese tak kisah Chinese dari latar belakang apa asalkan kepercayaan buddha, pasti mereka akan ke Ching Ming. Ching Ming dikatakan seperti membersih kubur moyang atau org dah meninggal dunia. Jika anda ingin tau apa itu, Google it.. Tapi hari nie bukan kata history tentang hari itu, yg nk dikemukakan ada nie kisah bermula dari pak cik saudara saya kemudian kepada siapa siapa yang disayangi.

Gelap 10 tahun, nenek saya telah tinggal dunia nie dah pulang ke dunia lain. Dalam Chinese belief, hidup selepas kematian ada sentiasa jadi kata tanya2 kepada kaum lain. Yg pasti atau tak, kitorg pun tak tau. Walaubagaimana, dunia nie penuh dengan misteri tapi yg pasti sesuatu hari nanti, sape yg lebih maha berkuasa, itulah dia.

Kebiasaan Ching Ming nie, keluarga kita akan berkumpul dan sembah atuk dan nenek kita. Tapi perkara aneh berlaku, biasa semula 2 minggu sebelum kita nk gi ke ching ming. Alang terkejut, confirm ada sape yg ada hubungan dengan nenek, ‘dia’ akan cuba berhubungan dengan keluarga yg terdekat dengan pelbagai cara, biasa cara mimpi, ada yg bagi kecelakaan seperti jari kaki terlanggar sesuatu bermaksud ‘dia’ nk kasut baru, kalau ‘dia’ nk kerusi message, ‘dia’ akan bg mimpi kepada anak2 cucu2 kata ‘dia’ sakit tulang belakang, ada setahun itu, mak saya dapat mimpi yg kata org gaji malas, buat kerja pecah pinggan mangkuk, nie bermaksud kita membeli org gaji ‘org kertas’ untuk bakar. Ibu kata masa bakar org kertas itu, biasa org kertas itu akan dilukis dengan mata, hidung, mulut. Lebih aneh, apabila masa bakar, org kertas itu mula bagi senyum manis kepada ibu saya.

Tidak kurang saya juga bermimpi apabila saya sendiri pulang ke rumah nenek dan ‘dia’ kata peti sejuk rosak. Masa itu, saya masih kecil, saya tak pasti, so perkara nie saya tidak bgtau kat ibu. Selepas ching ming, tiba2 rumah saya peti sejuk lampu rosak. Lepas itu saya bgtau ibu sama seperti saya pernah mimpinya, jarang sekali kalau lampu peti sejuk rosak. So, masa itu saya bgtau ibunya, ibu kata biasa mimpi pasal nenek masa dalam bulan 3 (lunar calendar) dengan signal itu, bermakna ‘dia’ nk peti sejuk baru..

Tapi adakah benar seseorg yg telah meninggal dunia akan pulang dan memohon sesuatu melalui mimpi sebelum Ching Ming? Ada yg kata, kalau kita tidak pulang untuk bersih kubur ‘moyang’ kita mungkin tahun tersebut tidak akan lindungi dari anak2 atau cucu2 ? Anda benar mereka benar2 wujud dan lindungi anak2 atau cucu2nya.

Teringat setahun itu, masa sembahyangnya. Dengan Iphone 5, sepupu saya suka2 ber‘selfie’ masa sembahyang dan nk share kat Facebook. Biasa org selfie nie, bukan sekeping, tak tau la boots keping. Apa yg terjadi ? Sabarlah untuk #TangkapMimpi2

#TangkapMimpi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4]

13 thoughts on “#TangkapMimpi”

  1. Kepulangan disisi anda,

    Kemungkinan anda tidak kesorangn, kemungkinan ada org lain di sisi anda.

    dua ayat ni buat aku gelak sorang2 …pandai ea u gurau2….. tq sebab pulang disisi kami post cerita hehehe…barulah ku paham kenapa kat kedai jual brg2 sembahyang cina ada astro..peti sejuk…kerete BWM…rupa nya kalau mimpi tu maksudnya ‘dia’ nak so kene bakar lah ye…kalaun ada masa share lagi cite ea amoi

    Reply
    • Oooo…
      Ade memacam replika ekk brg2 sembahan kat kedai tu??
      Yg keta tu akk penah nampak diorg buat depan kedai…
      Besar gak replika keta tu, saiz keta bebudak yg leh naik tu…
      Pasni klu dapat awek gold digger yg ngengade nk itu ini, pegi je beli kt kedai brg sembahan tu bg kat awek tu…
      Harap2 terus senyap xde nk merengek2 dah…
      Lg bagus klu trs putus…
      Hehehehehee…

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.