Tapak Perkhemahan Angker

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Kalini aku ingin berkongsi pengalamanku kira-kira 11 tahun lepas ketika aku masih menuntut di sebuah universiti awam, kampus ?..biar aku rahsiakan..
Pagitu kepalaku berasa berat dan sakit sekali,mataku juga kepedihan bila terkena cahaya.

“Malasnya nak bersiap”getus hatiku.Kebetulan 3 hari berturut-turut aku ada perkhemahan JPA di Johor.Kakak sebilik semuanya balik rumah masing-masing sabtu dan ahad minggu tersebut.”Kalau aku tak pergi,tinggal aku pula sorang dalam bilik” bebel ku sendiri Dahlah sepanjang bulan tu juga sana sini kejadian histeria,darilah blok J sampai blok aku sendiri,blok M.

Aras aku ni sahaja dua kali budak junior nampak si”abang bungkus” dan “kakak cun rambut mengurai”. Kadang-kadang terus terang aku katakan aku pun stress bila syaitoonn, iblis,jin ni mengganggu,mana tidaknya aku antara orang yang paling kerap diminta membantu untuk “menyetelkan” battle antara siswi dengan syaitooonn, jembalang dan ada juga saka nenek kau hijau! Letih weh!MPP kerohanian kunun kan,jadi hadaplah masalah-masalah negara mendatang ni.

Ada juga sesetengah kes yang buat aku kadang-kadang nak terbuang,terketaq kepala lutut, luruh jantung,terkejut cheq, terpaksa dihadap dengan wajah control kiut ecehhh..walaupun hakikat depa tak tau cheq ni penakut piang.Okay, cheq pikiaq pilihanraya akan datang cheq nekad tak mau jadi calon lagi,adalah lebih baik tumpu pada study dan makan choki-choki panjat koridor sambil goyang kaki.Kohkohkohkoh.

Melalut dah.Sambung cerita.
“Nenonenoneno!”telefon bimbitku berdering.Tertera nama Ustaz Din di skrin telefon. Aku sibuk bersiapni si Din telefon pula hishh.Aku tekan punat menjawab.” Assalamualaikum ya Ustaz”. “Waalaikumusalam,ustajah” Ustaz Din menjawab. “Banyaklah kau punya ustajah”getus hatiku. “Jangan lupa harini punya program tau” dia mengingatkan ku.”ustaz,saya macam tak sihat lah harini,kepala sakit,mata sakit,badan lemah rasa macam umur tak panjang dah”aku separa bergurau dengan nada suara mohon belas kasihan.”Kau jangan cari alasan,wajib pergi!” Ustaz Din mengarah.

“Yelah,saya pergilah ni.Tengah bersiap” Aku mengalah. “Saya tunggu di gelanggang tennis” dia menyambung kemudian mematikan perbualan.Ustaz Din salah sorang pensyarahku ketika itu dan juga AJK bagi program perkhemahan yang akan aku hadiri.Aku dan dia memang suam-suam kuku baik.Ngeee.Selesai bersiap aku pun menghadirkan diri ke tempat yang dijanjikan.

Aku lihat Anwar,Dhia,Su dan yang lain-lain sedang memasukkan barang dalam bonet kereta salah sorang pensyarah.Anwar dari kejauhan ku lihat memandang ku dengan muka kehairanan.Sampai je aku berhampiran mereka,Anwar meneguruku “Kau apasal mata merah menyala ni?dah macam lampu ultraman masa nak abis kuasa aku tengok”. Aku kelip-kelipkan mataku.

“Peduliklah mata aku.Aku kan memang ultrawomen” sambil letak tangan kebahu bola mata hitam keatas.Mereka tergelak.Memang benar mataku kemerahan diikuti denyutan dikepala yang menyakitkan.Namun aku lawankan juga sakit deritaku itu yang aku sendiri tak tau puncanya. “Weh,aku dengar tempat kita nak pergi ni angker.Aritu group Si Mira kena ganggu kaw kaw punya” kata Dhia. Menurut Dhia lagi, Mira and the gang ceritakan tempat tersebut berdekatan dengan gunung Ledang dan dikelilingi kelapa sawit. Setiap malam ada sahaja gangguan Hantu Tinggi,Langsuir,makhluk tak berkepala dan sekufu dengannya.

Aku tak ambil berat nanang pun perkara tu dan hanya meneruskan kerja-kerja menyusun barang-barang keperluan perkhemahan.Aku AJK masakan dan makanan ketika tu.Memang kerjaku nanti asyik memasak je bila sampai di sana. Setelah selesai semua,kami semua termasuk Ustaz Din bergerak ke tapak perkhemahan tu.

Sampai sahaja,aku rasa kawasan tu memang agak menyeramkan.Tengah-tengah kawasan kelapa sawit.Dan tiada penduduk kampung berdekatan.Yang hanya adalah kawsan perkhemahan, beberapa astaka,surau,binaan bangunan seperti kantin lama sekolah dan chalet sederhana besar yang dijadikan tempat penginapan “orang-orang penting”.Hehehe.

Aku bukan orang penting,aku orang terpaksa pergi.Jam menunjukkan pukul 6.30 petang,kami diarahkan untuk bersiap solat maghrib dan menghadiri kuliah agama di surau.Nak elakkan beratur mandi, aku mandi siap-siap selepas selesai masak makan malam kemudian aku patah balik ke dapur untuk kira stok makanan.Aku buka peti sejuk untuk mengira stok ayam,ikan,serta sayur-sayuran.

Kemudian kira stok makanan kering.Ketika tu hanya aku di dapur.Tengah khusyuk menulis dan mengira,tiba-tiba “Ketang,ketang,ketang” bunyi seperti sudip besi diketuk pada kuali.Bunyinya hampir sekali denganku.Aku menoleh kearah dapur gas tempat kami memasak dan menyusun kuali-kuali serta peralatan memasak.Tiada orang.Aku teruskan mengira.Beberapa minit kemudian,”Ketak,ketak,ketak” berkali-kali.Bunyi seperti kau sedang menghidupkan gas stove.Aku menghentikan catitan ku.Ku mengundur kebelakang tengok benda stove tu.Api tengah marak weh,dua-dua pula tu.Aku yakin benar memang tiada makhluk sejenis seperti aku ketika itu,hanya aku! Kemudian aku matikan api dan chan chin chow.Okay bye bye syaitoooonnn,jin,iblis.Aku bergegas ke surau.

Malamtu selepas kuliah dan solat isyak aku hanya diam-diamkan diri.Makan supper tidak,gelak ketawa pun hambar dan tidak membusykan diri.Suhu badanku naik,seperti nak demam.Sakit kepala menyerang kembali.Sekali sekala aku lihat mataku dicermin.Masih merah menyala.”Zie,kau ok tak ni?”tanya Kak Rina padaku.Aku diam.Dia datang dekat padaku lalu menyentuh dahiku.”Panas badan kau, demamni” mukanya menampakkan kebimbangan.Dia menyuruhku berehat seketika,kemudian keluar dari khemah.Aku mula menggigil dan rasa tak selesa.

10 minit kemudian,Kak Anis dan Kak Rina datang.Aku diarahkan tidur di chalet “orang penting” malamtu.Disana nanti ada “orang-orang penting” boleh tengok-tengokkan ku.😂.Aku ikut sahaja arahan.Didalam chalet tersebut terdapat 6 buah katil queen dan kebetulan hanya sebelas orang yang hadir.Selepas menelan Panadol,aku baring dikatil.Malamtu aku berkongsi katil dengan Kak Anis.Aku terlelap beberapa ketika.

Aku terjaga,dalam gelap di sebalik tirai tingkap kaca aku melihat ada cahaya merah seperti obor api di luar diikuti bunyi derapan tapak kaki.Kedengaran seperti sekumpulan orang.Fikirku mungkin ada AJK Keselamatan meninjau kawasan.Aku meraba-raba tepi katil mencari telefon bimbitku.”Tappp!”ada sesuatu terjatuh ditepi bawah katilku.

Aku bangun tanganku di tarik.”shuuuuttt” kak Anis mengarahkan aku baring kembali.Aku mengiring ke arahnya.”Zie,dengar tak ‘benda’ kat luar tu” dia berbisik padaku.Aku mengiakan.Dia menghulurkan telefon bimbit Nokia 3310 nya.”Kau baca” bisiknya lagi.Aku baca mesej yang terpapar di skrin.”Tiada siapa buat rondaan,kalau adapun lebih baik gunakan torchlight dari obor api,korang ingat ni zaman tok nadok ke nak berobor api bagai”. Okay,aku faham.

Aku membatu seketika.Kemudian melihat kembali keluar tingkap,masih ada cahaya obor dan derapan tapak kaki malah semakin dekat pada chalet kami.Mataku masih melihat kearah itu.Ada bayang-bayang tubuh tapi hanya sekerat pinggang.Dia seperti berdiri tetap di tingkap itu.Tidak bergerak.

Cahaya obor kalini sangat jelas.Aku cuba menutup mataku,kemudian kedengaran seperti perbualan halus.Suara lelaki.Bahasa tidak dapat dimengerti.Kak Anis kulihat mengiring kearahku sambil jarinya gigih menekan punat abjad di telefonnya.Selang berapa saat dia menolak perlahan-lahan telefonnya kepadaku.”Korang baca ayat kursi,dan 3 Qul,itu bukan manusia tapi jin separuh badan!” Aku mula berpeluh sejuk.

Teringat cerita Dhia dan kejadian aneh didapur petang sebelum tu.Ketika tu perasaan ingin terkencing dan membuang pun datang.Bayang-bayang tu masih tetap disana.Bisikan-bisikan tadi masih kedengaran.Aduhhh..terasa dihujung-hujung kucil.Aku sebenarnya dah menggigil-gigil seram. Masa tu baru rasa pentingnya nikmat waktu tanpa gangguan dari segala kacau bilau.”Krikk krikk krikk” bunyi ketapan gigi.Berselang seli dengan “khakkk..khakk..khakk”. Aku amati bunyi kedua tu. “khakk..khakk..khakk” . “Lena tidur ya sampai berdengkur” suara menegur..Hihihihi.Aku dekati kak Anis serapatnya lalu kami berpelukan..”eeeeee!!” tu ja suara yang mampu terkeluar dari mulut kami.Suara parau jantan yang menegur tadi ya.Terketar-ketar kami berdua.

Terkumat kamit bibir membaca ayat kursi berkali-kali ada yang betul ada yang tunggang langgang.Rasanya hampir 15 minit kami begitu.”Kaaakk” aku bersuara dalam menggigil.”Apa?” jawab Kak Anis. “cheq qasa nak terkucil niii”aku bersuara. “Hang kencing jaa,kencing!” jawabnya separa marah dan menggigil lagi.”Kencing jaa,siang nanti kita basuh dan jemur tilamni”sambungnya.Aku tak bergurau,ok.

Tapi malu weh,besar-besar terkucil ditilam.Nasiblah,menahan lah aku sampai siang.
Keesokan paginya, Alin datang bertemu denganku.”Zie,lepas supper semalam kau ada bagi tak kunci dapur pada sesiapa?” Seingat aku memang tiada.Kunci dapur hanya aku dan Alin yang pegang.Menurut Alin,ketika dia masuk kedapur pagitu telur 5 tray dan ayam 5 ekor hilang.Aku gagahkan diri kedapur diiringi Puan Mastura pensayarahku dan Alin.Bila dikira balik semua dengan apa yang aku catatkan memang betul telur dan ayam tu hilang.

Aku ke yang salah kira?atau….Lepas berbincang hal itu diantara AJK dan beberapa orang pensyarah,aku masuk kebilik dalam keadaan otak yang masih kebingungan dengan badan saiz panda ku ini yang tak sihat serta keletihan.Stress aku…ku buka zip beg lalu mengambil beberapa batang choki-choki.Haa..itulah benda paling aku suka makan bila time stress.

Petang selepas solat Zuhur,aktiviti flying fox dijalankan.Aku hanya mampu lihat siswa siswi lain beraksi kerana masih kurang sihat.Tiga kali tiga kala aku memberi semangat kepada mereka.”Chaiyok,chaiyook”jeritku.Tidak lama kemudian,Alin mendekati ku.”Zie,kau ok tak ni?kalau masih tak larat petangni aku ajak orang lain bantu aku masak”. “Aku masih tak berapa sihat,tapi boleh juga aku bantu sikit-sikit”jawabku.Alin diam.”Kau rasa siapa ambil ayam dan telur tu ya?”Alin menyoalku.”Entah Alin,aku pun masih terfikir-fikir” aku menjawab lalu menarik nafas kerisauan.

“Kau rasa pencuri masuk ke?tapi kita sendiri dah tinjau seluruh kawasan,hampir mustahil pencuri masuk kecuali ada orang yang mahir kawasan ni.Mungkinkah pekerja kawasan ni yang mencuri?”dia menduga.Otakku penat berfikir,dengan kepala sakit ni,aku suruh Alin sahajalah menyuarakan kata hatinya kepada pegawai dan pensyarah yang berkenaan.Selesai aktiviti tersebut, aku,Alin dan beberapa orang lagi AJK makanan menyiapkan makan petang dan malam.

Selesai supper malamtu,Alin mengajakku kedapur sebentar untuk mengambil botol air dan tupperwarenya. Sampai didepan pintu dapur,kami mendengar seperti orang sedang mengunyah kuat diiringi dengusan. Alin membuka pintu perlahan-lahan.Gaya kami melangkah ketika itu seperti perompak menghendap-hendap sasarannya.Hukhuk..langkah kami terhenti di pertengahan antara peti sejuk dan sinki.Dalam kesamaran lampu luar kami terpandang satu jasad bermuka buruk mata membuntang, berambut panjang mencecah lantai tergantung terbalik ditembok dapur yang tingginya 8 kaki, mengunyah ayam mentah.Kulit telur berselerakan.Aku dan Alin menggosok mata,khayalankah? Aku tergamam.

Makhluk itu sedar kehadiran kami.Kunyahannya terhenti.Aku melihat Alin,Alin menjeling padaku.Ini bukan bayangan khayalan..ini kenyataan!! Apa lagi,aku dan Alin berlari meninggalkan dapur.Kejauhan aku dapat mendengar hilaian panjang yang menakutkan.Langkah seperti terapung-apung, segala benda kami langgar.Aku dan Alin menjerit semau-maunya.”Aaaaaaaaaaaaaa!!!” terasa bersimpang siur langkahan. “Bamm”!! Aku seperti terlanggar sesuatu.Perlahan-lahan pandangan ku kabur.Terasa seperti ada cecair mengalir membasahi pipiku.Aku rebah.

“Zie..zie..zie” kedengaran suara wanita yang begitu halus sekali. “Zie,zie,Haizie Nasuha” sekali lagi dia memanggil.Aku cuba membuka mata,tapi sakit dan pedih sekali.Aku pejam kembali.Sunyi sepi seketika.”Haizie Nasuha bintun Rashida!” Haaahh sudah! di alam barzakh kah aku? Aku cemas.Hehehehe.Ku membuka mataku secara paksaan.Tidak lama kemudian mataku terbuka sudahhh..Aku melihat wajah dihadapanku.Aku melihat sekeliling.Seperti berada di bilik kecemasan hospital.Wanita dihadapanku tersenyum manis,cantik sekali seperti bidadari kampung pisang.😇. “kenal ana tak?” dia menyoalku.

Aku cuba mengingati.Lama juga ku memerhati wajah itu. Dan menggeleng tanda tak kenal.Tidak lama kemudian ada seorang lelaki tinggi 5 inci 8 berkulit gelap manis, wajah tak berapa macho datang.Huhu.”Assalamualaikum ustajah” dia memberi salam padaku.Aku hanya diam. Wanita tadi memandang lelaki itu. “Dia tak kenal saya” wanita itu bersuara tapi dalam nada separuh perlahan.” Zie kenal saya tak?” soal lelaki itu pula.Otak ku ligat berfikir.Namun seperti ada sesuatu menghalang di fikiranku.Sambiltu aku dapat melihat kaki kiriku sedikit tergantung dan berbalut.Mataku sekejap-sekejap terpejam.Aku mengeluh sakit.”Takpalah zie,zie rehat je dulu ya”lelaki itu bersuara.Tenagaku memang zero ketika tu.Aku hanya membiarkan diriku terlelap.

Selepas tiga bulan kejadian..

“Along, ada berita gembira” Ibuku tersenyum sambil memegang sekeping sampul surat yang kukira sudah terbuka.Tercatat “URUSAN SERI PADUKA BAGINDA” . Ibu menyerahkan sampul itu padaku.Kubuka sampul.”Ini surat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam” bisik hatiku.Aku membaca isi kandungannya.Aku tersenyum bersyukur kerana ditawarkan mengikuti kursus Diploma Kesihatan Persekitaran bertempat di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu kampus dot dot dot.Bahagia kunun aku.Aku mula berfikir,bolehlah aku makan choki-choki sambil beristirehat dengan tenang tanpa gangguan iblis,syaitooonn,jin,histeria.Ahakss.Tapi itu hanya mimpi moon aku,okay.😂

Keterangan kejadian,hari pertama gangguan aku memang padamulanya tidak berniat untuk menceritakan hal tersebut kepada sesiapa kerana tidak mahu apa-apa ketakutan melampau terjadi pada orang lain.Kejadian malam pertama,semasa aku tidur,Kak Anis dan beberapa “orang penting” rancak berbual,tiba-tiba kelibat yang kulihat di sebalik tingkap memegang obor api itu mendekati chalet.Lalu Kak Anis menghubungi Abang Saufi iaitu Ketua AJK keselamatan mengenai perkara itu.

Namun dia menafikan hal tersebut.Abang Saufi dan beberapa orang siswa ada meninjau sekitar dan apa yang mereka lihat,adalah makhluk setengah badan dan obor api yang terawang-awang! Insan yang berdengkoq tu aku tak pasti siapa.Hahaha.Pada keesokan malam tu pula,jawapan pada persoalan kemananya menghilang ayam-ayam dan telur ayam terjawab.Setelah aku dan Alin berlari,beberapa saksi kejadian terlihat iblis itu mengejar kami,namun nasib tidak menyebelahi kami berdua.

Aku terlanggar pokok depan surau dan pagar batu.Pengsan.Akibatnya aku patah kaki kiri dan hilang ingatan, paling ngeri ada darah beku kat kepala aku weh.Hurmm..Alin pula kerasukan teruk malam tu.Kesian.Dia diberi rehat seketika .Aku menjalani pembedahan,dan alami kemurungan sejam dua.Kohkohkoh.Mana tak murung kau,dahlah kena ganggu iblis syaitoooonnn,kepatahan dan kebekuan darah diotak melanda diriku.

Okay.Tapi ada rasa kesal kerana aku memang tak layak jadi MPP Kerohanian kan,sebab yang sebenarnya aku lemah semangat dan penakut piang!
Menurut mereka lagi kawasan tu memang angker dan ada beberapa tapak pemujaan iblis disekitarnya.Mataiii.Aku harap tiada mangsa seterusnya selepas group kami.Tolonglah yeee wahai pengurusan dot dot dot.Ahaks.Oh,wanita yang memanggil-memanggilku itu adalah kawan baikku Izzati.Sekian.Hingga bertemu di lain siri.

2 thoughts on “Tapak Perkhemahan Angker

  1. Cerita dah menarik..tapi banyak ayat2 tambahan yang tak perlu..sikit2 cerita choki2 la..apa la..jadi meleret cerita..fokus pembaca dah lari bila hal2 lain tu masuk..kalau kurangkan sikit dah ok cerita ni.tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *