Assalammualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca kisah seram yang tegar, dan tidak lupa ucapan terima kasih untuk FS kerana menyiarkan cerita saya FS memang the best! Okay back to the story, peristiwa ni berlaku masa aku form 4 pada tahun 2015 . Aku bersekolah di sekolah jenis kebangsaan cina di negeri Pahang since aku form 2 tapi takada benda yang pelik berlaku pon biasa-biasa je . Nak diikutkan cerita, aku ni jenis pelajar yang agak nakal dan suka gelak kuat-kuat kalau korang dapat kawan yang mereng korang akan tahu kenapa .
Masa aku form4 tu kelas aku di block baru dan ada member pernah cerita yang dia ternampak perempuan terbang dekat tangga bila malam dalam 12 lebih. Aku ni dengar dan takut tapi buat berani je hahahaha. Block yang aku duduk ni jauh dari segala benda cuma dekat dengan padang, bengkel, makmal komputer tu pon jarang guna. Satu hari tu aku buat perangai macam biasa, gelak kuat-kuat bergurau dengan member. Dalam geng aku ada 5 orang termasuk aku iaitu (Ain, Mon, Balqis dengan Yana ) jenis suka kacau member aku.
Tapi satu hari tu aku tak tahu apa salah aku dekat block puaka tu tiba-tiba lepas balik dari sekolah aku demam dan setiap maghrib aku rasa sejuk sampai ketar badan hah kenapa pon taktahu lah. Sampai rasa dada sakit, sendi sakit organ dalam badan semua sakit macam kena cucuk aku tak tau laa jembalang tu cucuk pakai paa. Makin hari aku makin teruk, demam aku sampai cecah 40° pergi lah klinik ambik ubat lepas tu pergi makan sebelah klinik masa tu nak maghrib dah. Depan klinik ada masjid pulak siap aku makan ubat terus azan maghrib berkumandang.
Masa tu aku terus lemah badan ketar. Dalam kereta aku meracau separuh sedar, aku baca mana surah aku ingat dada rasa nak pecah wo. Lepas tu aku rasa aku pengsan tapi mak aku kata aku dok meracau baca-baca dekat belakang. Aku sedar dah ada depan 7E mak aku dah syak aku kena “tegur”, pak aku pun belilah limau macam biasa nak berubat tapi pak aku kata payah pulak nak cari. Masa tu suppp!! Mata aku nampak macam-macam ada yang tinggi, yang hitam, yang panjang, yang lonjong. Meroyan aku bak hang.
Tapi aku pelik kakak aku pakat jadi hantu jugak, muka dia pecah tangan dia panjang ke belakang nak capai kaki aku. Nasib aku pandang mak aku memang dia orang. Pak aku bawak jumpa pakcik ni dia memang pandai bab-bab macam ni. Sampai dekat kedai pakcik tu (pakcik tu jual satay sedap bak hang), pakcik tu macam tahu ada benda tak kena. Pak aku parking kereta, aku terus terjun dari kereta. Yang aku pelik, aku bukak pintu kereta guna kaki hahaha hebat macam mana aku boleh buat.
Sampai je sana, aku lagi nampak banyak benda. Mayat atas jalan, pontianak, hantu besar atas kedai. Pakcik tu dok baca-baca basuh muka aku dengan air baru aku sedar. Pakcik tu kata aku riuh sangat dekat kelas sampai bunian tu ikut aku tumpang dalam badan awat ingat aku hotel ka?
Moral the story jangan duk riuh sangat bila sampai tempat baru . The end ?
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Jgnkn makhluk halus, manusia pn xsuka org riuh2 ni… jgn buat lg ek, tu attention seeker. Pompuan plk tu. Hehe
malas nak komen…
Adoyai finale dieee
Sembang rempit
ending mcm org dh xtahan kencing…ttbe je aik dh abis? ape daaa
hahahahhaahahahaha tak tahan kencing. yal la. hahahahahhaa
Cerita macam ni pun di publish?
Baik ko wassap cerita ni dalam group kelas ko je..hailahaii
lol