Telaga Syaitan (II)

#TelagaSyaitan

Assalamualaikum, haa mari kita sambung ya.

Pak cik tadi terus senyap lepas kitorang cakap dua-dua nampak. “Kau betul ke ni?” Soalan pak cik tu. Aku jawab lah “ye” lagi pun buat apa nak tipu kan? Orang tengah takut kot masa tu. Pak cik tadi tanya “Korang ni ada apa eh malam-malam lalu sini?” aku pun jawab “Takde, pakcik. Kitorang dari JB cik. Saja jalan sampai ke sini sebelum nak SPM ni cik. Buat hilang stress belajo”.

Pak cik tadi pun sambung lagi cerita. Selepas pekebun-pekebun tu gagal dalam ritual tu satu setiap keluarga yang join ritual tu akan dapat gangguan yang dasyat. Gangguan-gangguan tu termasuk lah bunyi orang cakar pintu, dengar atap rumah kena pijak kuat-kuat, dengar suara orang mengerang dan paling teruk dirasuk dan makhluk tu bawa sekali tubuh mangsa untuk santapan dia. Pernah juga pengalaman pak cik ni masa dia lalu depan ladang tu dia dengar bunyi orang menjerit tapi berdesing dan ada bunyi geseren besi.

Telaga tu dijumpai ketika golongan bangsawan masuk ketika itu untuk nak buat perumahan tak salah pak cik tu. Tapi belum apa-apa lagi dah kena kacau teruk. Seperti yang kitorang lalui. Bunyi gamelan jawa habis dan bunyi beduk tak berhenti. Mereka terpaksa batalkan perancangan mereka di kawasan tu. Pak cik tu juga pernah dengar ura-ura semasa ritual dijalanlan gamelan, beduk dan kuda kepang ada di pakai untuk menarik lagi roh-roh jahat ni. Lukisan juga dilukis dengan tulisan jawa halus dan jawi (bukan pentagram ya).

Pak cik tu tanya aku ada buat apa-apa tak dalam ladang tu? Amin cakaplah takda selain perasaan teruja kitorang yang teramat. Lepas aku keluar tandas. Pak cik tu buat muka suspen, aku ni dalam hati rasa nak marah je, cerita je lah tak payah lah buat muka macam tu. Aku takut kau tahu tak!? Dah lah dari sini ke Tampoi lagi 120KM weh. Memang rabak ah. Jam pun dah pukul 10 lebih. Mak Amin telefon tanya dia dekat mana sume.

Masa dia angkat call tu dari tadi dia duk”Haa!?, apa dia?, eh tak dengar lah, ibu bual apa ni? Tak dengar lah bu?” Dia tutup phone. Aku tanya dia apa pasal? Dia kata line tak clear. Tapi masa tu coverage masih penuh dekat Sony Ericsson dia tu.

Aku try call mak dia, “Cik, it’s me. Zul. Amin’s phone cannot be reached lah aunty” tapi mak dia senyap. Oh ya lupa, Amin ni asal dari Sengkang, Singapura. Aku dah blur dah. Aku cam “Eh amenda ni?” Lepas tu kitorang buat dekk je lah. Dengar lagi pak cik tu cerita tanpa ada usaha untuk call mak Amin lagi dan lagi.

Ladang tu lepas pukul 6PM orang dah tak lalu. Sebab selalu nampak kelibat tuju-tuju, kadang tu pontianak atau pun lembaga hitam tengah merangkak keluar dari ladang tu. Tu pasal pak cik tu saja lalu depan ladang tu tadi dan dia nampak kereta kancil. “Korang punya lah ya? Haihh, korang ni”. Amin jawab “Maaf cik, kitorang salah cik. Hmm yelah”. Pak cik tadi pun cakap “bukan apa, kali terakhir aku nampak kenderaan dekat ladang tu masa cucu aku baru lahir. Kau umur berapa sekarang? ” aku jawab “17 cik” Dia terkedu lagi buat muka suspen. Mental pulak aku masa ni haha. Dia cakap umur kitorang sebaya dengan cucu dia. Bermakna ladang tu dah tak dimasuk orang mungkin lebih 17 tahun.

Amin tanya, tapi lalang takde pun cik kalau katakan betul lah 17 tahun ditinggalkan. Pak cik tu pun cakap “Haha kau ni, dah ada penunggu mesti lah bersih sebab nak sambut korang masuk haha.” Aku dengan Amin dah macam “Erkk!” Haha. Pastu mak aku call pulak duk marah tanya aku kat mana dah lewat ni. Aku cepat-cepat bagitahu Amin yang aku kena balik. Dah salam-salam dgn pak cik tu sume tiba-tiba dia panggil “Eh, tau ke jalan balek ni?” Amin jawab “Umm, tak cik. Mana eh shortcut cik?” Pak cik tu pun “Maaf dik, shortcut takde. Korang lalu balek jalan tadi. Siapa yang drive ni?” “Saya, cik” (Amin). “Ha ko hati-hati lah eh. Pasang lah ayat-ayat suci. Jangan layan band-band” kitorang pun iyakan lah.

Masa ni dah gerak dah ni. “Eh, Min. Aku cam rasa lain macam seh sekarang.” “Apa kau mengarut ni Zul? Kan uncle tadi dah bilang suruh kita be careful je masa drive. Where got time sia nak takut-takut ni. Jauh per perjalanan kita” kata Amin. Aku pun cam “Hmmm”. Tengah drive sambil layan keadaan jalan yang sekejap gelap dan sekejap ada lampu tiba-tiba “PAPPPP!!!” Dengar macam ada benda jatuh kat bumbung kita. Fikir logik lah sebab kan lalu dekat ladang kelapa sawit mungkin buah dia jatuh. Amin pun pecut sikit. “PAPPPPPP!!” Bunyi lagi. Masa ni memang dah takut. Amin dah nak nangis. Sama lah ngan aku. Kitorang drive lagi sampai nampak rama-rama tadi. Tapi kali ni warnah merah. Aku memang dah tak fikir cantik ke ape benda sume. Lantak ko lah nak merah ke kuning ke pink ke kan.

*Amin break mengejut*

“Zulll!!! Aku nak balik Zul!! Aku dah tak tahan ni, Zull tolong drive Zull” sambil dia nangis-nangis. Aku pandang depan Ya Allah!!! Ada lembaga hitam kemerahan. Nampak jelas sebab lampu kereta direct kat lembaga tu. Mata dia takde wehh. Lidah terjelir-jelir tengah merangkak nak masuk parit. Rama-rama tu semua ikut lembaga tu. Aku type ni pun bila teringat balik rasa seram siol.

Aku pun tukar seat. Aku duduk dekat driver Amin duduk passenger seat. Aku tunggu lembaga tu hilang. Amin dah macam nak pengsan sambil pejam mata. Aku letak tangan kat dada dia degupan jantung dia macam nak meletup je. Haha. Okay, makhluk tu pun dah masuk parit. “Zull, aku tak larat Zull. Bawak aku keluar eh Zul” aku memang sayu tengok member sendiri macam tu. Walaupun badan dia sasa. Kesian sangat tengok dia. “Sabar lah eh, ko lepak jap. Rokok ada tak? Bakar lu”. Aku terus drive dengan chill. Aku jadi pelik pasal jalan tadi sama. Dia macam kau kena replay tempat yang sama. Amin ambik sweater selubung diri dia. Aku sorang weh masa tu yang hadap.

Lebih 5x ada kot kat tempat tu. Aku pula rasa macam nak pengsan. Aku cekalkan kan hati baca surah-surah apa yang patut. Tiba-tiba kereta jadi berat macam tayar bocor tu. Berat sangat. Dalam otak memang ingat tuhan jelah. Dalam keadaan berat aku tetap drive lantak lah ko nak berat ke apa ke. “PPSHHHHHHHHH” radio terbuka sendiri tapi bunyi takde signal tu. Kalau kat TV dia macam yang semut tu haha. Amin terkejut dia terus jerit. Aku cepat-cepat matikan radio tu. Bunyi jam tangan aku pun dah menunjukkan pukul 12:00AM aku dah rabak masa ni. Aku dengan Amin pakat kita baca doa sama-sama dan ulang sampai kita dapat keluar. Aku drive balik dah start baca doa sama juga dengan Amin. Daripada berat terus ringan macam tu je. Ringan gila sebab terasa macam orang lepaskan daripada tekan kereta tu. Aku dalam otak masa ni fikir macam ada tangan besar tengah tekan kereta tu. Hahah.

Aku pun pecut sampai lah kat pintu gerbang “Selamat Tinggal XX, XXXXX” kitorang stop jap nak pastikan ada tak benda ikut dari belakang. Alhamdulillah takda. Cuma masih lagi nampak macam cahaya-cahaya merah tapi aku tak pasti tu apa. Kitorang pun drive dan sebelum masuk highway isi minyak dulu. Ada sorang pak cik pandang lain macam seh masa tu. Kitorang buat dekk je. Amin pergi toilet aku pegi bayar minyak. Tiba-tiba pak cik tu approached. “Korang ni dari mana eh?” Aku cakap lah dari XX, XXXXX. Dia pun cakap “Oh yeke? Rumah kat mana?”. Rumah kitorang kat Tampoi cik. “Uish, jauh eh? Sampai rumah nanti cari mamak dulu atau mana-mana ya. Jangan terus balek eh” aku cakap “Ha yelah, cik. Tapi apa pasal eh cik?”. “Bukan apa nanti aku cakap nanti kau tak selesa pulak. Kau ikut aja aku cakap ya.” Err, hmm yelah.

“Eh, Zul. Uncle tu bilang apa dengan kau?”. “Takda apa lah, jom lah balik.”
Kali ni Amin drive dari Baru Pahat sampai lah ke Tampoi. Masing-masing sampai rumah dan tak terpikir pun nak singgah mamak ke apa masa tu. Mak aku pun dah bingit pasal aku tak pergi lawat sepupu so kena hadap jelah. Esoknya sekolah masa dalam kelas subjek Pendidikan Islam aku sekelas dengan Amin tapi dia duduk belakang aku. Masa Ustaz Syamsul tengah baca-baca ayat suci aku jadi pelik sebab dia pandang dia tepat ke arah Amin.

Aku pun pusing belakang tengok Amin dah macam kena sawan. Rebah sana sini tiba-tiba. Budak perempuan semua jerit-jerit lari dari kelas. Aku dah macam tak tentu arah. Takkan aku nak tinggalkan kawan baik sendiri. Aku tolong pegang Amin masa tu. Dah lah sado tak larat aku nak pegang sorang. Ada lagi dalam 2 3 orang budak kelas lain tolong. Jantan kelas aku semua pengecut. Huhh!

Tapi lepas pada kejadian tu. Amin mengalami depression dan schizophrenic. Dia di rawat dengan cara alternatif dan di jalankan selama lebih kurang 3 bulan setengah. Dalam banyak-banyak kawan yang dia ada. Dia nak aku sorang je lawat dia dekat rumah. Mak ayah dia memang fully 100% harapkan aku untuk bagi moral support. Kadang bila dah lepas SPM tu aku kerja part time sementara nak masuk Uni. Dia tak habis-habis call suruh aku temankan kerana nampak kelibat lah, dengar bisikkan lah sume. Tapi sekarang ni, semua tu hanya lah kenangan yang amat gelap. Amin dah pun pulih dan berjaya dalam SPM dan dapat biasiswa untuk belajar di Russia dalam bidang Aircraft Engineer. Aku kureng sikit so dapat study dalam Uni local je. Haha. Aku tak pasti apa dah jadi dengan Telaga Syaitan tu sekarang. Mungkin tengah menghantui lagi atau pun tidak.

Itu saja kisah dari saya sorry lah kalau tak seram. Saja nak share dan ingat ye, susah senang kita berkawan haruslah bersama dan jangan pentingkan diri.

Assalmualaikum.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

10 thoughts on “Telaga Syaitan (II)”

  1. sapa2 tau telaga ni kat mana ce bagitau.. kot la boleh mengelak dari lalu ikut jalan tu. kalau x bagitau, kejadian berulang lagi sekali.

    Reply
  2. Tak seram ko kata? Si Amin kata tinggal Singapura. Tapi rumah kat Tampoi? Bole kasi hint, itu kampung daerah Batu Pahat sebelah mana? Bole elakkk…

    Reply
  3. “Amin dah pun pulih dan berjaya dalam SPM dan dapat biasiswa untuk belajar di Russia dalam bidang Aircraft Engineer…”

    Perrgghhhh!!!
    Dlm pada kena gangguan pon, excellent spm siap dpt biasiswa, kos plak x hagak2 aircraft engineer…
    Fuuuhhh…
    Gempaaqqq seehhh…!!!

    Reply
  4. Kat mana eh tempat nya. Tulah, kalau boleh nak elak, sebab akunpun orang batu pahat. Kalau perigi minyak beku tu, memang tak la h nak jejak lagi pasni. Tapi, tengok kepada xxxxx yg writer post ni, lepas aku google mukim kat BP ni, paling dekat dgn jumlah missing letter tu, Kg.Linau..betul ke aku teka ni?

    Reply
  5. Pak cik tu suruh singgah sebab ade “natang” yang ikut kau orang mase tu….sbb tu klu org travel jauh kan, sebelum msuk rumah singgah kedai dlu ke ape gitu, tinggalkan benda tu kat situ so die tak ikut balik…sian amin, natang tu ikut die…nasib lah amin ok dan dah sambung belajar oversea pn…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.