Telefon awam

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca Fiksyen Syasha.Nama saya Zan.Cerita yang ingin saya sampaikan ni bukan pengalaman saya sendiri tapi telah diceritakan oleh sepupu saya dimana kejadian ini berlaku kepada senior dia semasa bersekolah di asrama dulu sekitar tahun 90’an dulu. Terlebih dahulu saya nak minta maaf kiranya cerita ni pendek, ayat tak kemas,tak seram. Saya pun penulisan memang tak berapa pandai pun. hehe..

Kejadian ini berlaku pada senior dia yg saya namakan sebagai kak Jah.Sekolah menengah asrama mereka ni adalah sekolah menengah swasta dimana sekolah ini dah takde  lagi dan semua blok kelas dan asrama sekarang telah dijadikan sebagai sebahagian dari sebuah universiti di area Bangi..

Pada suatu malam tu kak Jah berhasrat untuk turun ke bawah blok untuk menggunakan telefon awam.Zaman 90’an ni memang jarang jarang orang pakai handphone. Jadi kalau nak berborak tu memang kena pergi ke public phone lah jawabnya. Ialah bukan mcm sekarang ada kemudahan komunikasi mcm whatsapp n mcm2 lagi. Masa kak Jah turun ke bawah blok asrama tu,waktu menunjukkan jam 11 lebih malam.Sampai je kat public phone tu kak jah masukkan syiling dan dail nombor kawan dia.

Dalam lebih kurang 10 minit Kak Jah berborak borak dgn kawan dia Ina. Tiba tiba dia terperasan screen kecil yang menunjukkan jumlah duit syiling yang dimasukkan telah bertambah sendiri

“Eh Ina.Aku perasan kat screen ni duit tambah sendiri lah..aku tak masukkan duit syiling pun” kata Kak Jah
“Eh bagus la Jah. Boleh kita borak lama lagi” balas kawan dia Ina

Mereka pun sambung lagi berbual tapi kak Jah perasan jumlah duit pada screen kecik tu makin bertambah sampai jadi beringgit ringgit walaupun dia masukkan syiling. Kak Jah dah mula rasa tak best..

“Eh Ina.aku rasa tak sedap hati la. Pelik betul ni. Makin lama makin naik duit aku tgk kat sini.”kata Kak Jah
“Ala kau ni. Takde apa lah. Relax lah. Kita borak je lama lama”…balas Ina

Kak Jah cuba sedapkan hati dia yang dah tak berapa nak sedap tu dan sambung berbual lagi.Tapi mata dia tetap perhatikan nilai duit pada screen tu tetap bertambah. Mereka berborak lagi lebih dari setengah jam macam tu. Bila Kak Jah betul betul dah rasa tak best dia cakap lagi pada Ina

Kak Jah : “eh Ina.aku rasa aku nak letak
lah.aku dah betul2 rasa tak sedap hati ni”
Ina          : “ala relax lah.borak2 lah lagi dgn aku”
Kak Jah : “eh.takpelah.aku nak naik letak dulu lah.
Ina           : “eh Jah!!..jangan letak dulu!!..borak lah lagi..
Kak Jah  : “aku letak dulu ya…bye Ina!

TUP….kak Jah letak terus ganggang. Elok elok je Kak Jah letak ganggang tiba2 ada satu suara muncul entah pada mana..bunyi suara kawan dia Ina  “LAAAA..KAN AKU CAKAP JANGAN LETAK!! dengan nada marah disusuli dgn suara mengilai ketawa yang nyaring…”HEHEHEHEHEHEEHEHEEEE..

Dengan tanpa berlengah lagi Kak Jah buka seribu langkah naik bilik dia. Lepas dari kejadian tu Kak Jah demam lah jugak untuk beberapa hari. Untuk dapatkan kepastian Kak Jah cuba bertanya pada kawan dia Ina ada ke tidak dia berbual dalam phone beberapa hari lepas. Ina cakap memang ada.Tapi dalam beberapa minit je mereka berborak tiba tiba line terputus.Ina ni tunggu jugak Kak Jah call balik tapi takde pun call balik. Lepas pada kejadian tu memang takde lagi Kak Jah nak guna telefon malam..hehe.

Zan

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

10 Comments on "Telefon awam"

avatar
IzZaTi

walaupn pendek……..hokay…mmg seramm…

Kak Yulie

Cik Ponti pon nk gayut gak…
Siap sponsor duit lg kooo…

ummi

Haha daripada rasa seram , terus gelak baca komen kak yulie ??

Cik Azza

Beraninya kak jah pegi public phone mlm² sorg²… klu sy x sanggup sbb takut jd cmni la…..

paris jackson

ntah kak jah ni.. sggup gyut sorg2 demi ina

Harumanis

Berani hang Jah ..

dawsa

mak jah??? alaisya… mmg seram…

Cik Sarabanun

seremmmmmmmmm….

Bob

boleh plk die hack tepon awam…

wpDiscuz