Jam menunjukkan pukul 12 malam. Aku pergi ke dapur untuk menghilangkan sedikit hausku. Aku terlihat masih ada sampah yang belum dibuang. Ibu pernah pesan, sebelum tidur, jangan biarkan ada sampah yang belum dibuang. Nanti Jin atau makhluk halus suka bertandang ke dapur kita memakan sisa-sisa tu semua.
Aku pula, sudah menjadi kebiasaan untuk memastikan tidak ada sampah sebelum aku masuk tidur ke bilik.
Isteriku sudahpun lena diulit mimpi di bilik. Aku akhirnya menguruskan sampah tadi, mengikat dengan kemas dan memasukkan ke dalam satu lagi bekas plastik sampah. Ini bagi memastikan sisa-sisa tidak tertumpah.
Aku angkut sampah tadi dan hendak membuangnya. Rumahku di tingkat 5, aku perlu menekan butang lif turun ke ground floor.
Ting! Sampai di Ground Floor. Sunyi sepi tingkat paling bawah. Tidak ada seorangpun yang kelihatan. Agaknya sebab esok hari berkerja, semua sudah masuk beradu.
Aku mengangkat sampah tadi.Jarak tempat pembuangan tidaklah begitu jauh. Cuma perlukan dalam 20 langkah untuk sampai ke ceruk penjuru.
Kira-kira dalam 10 langkah lagi aku hendak sampai ke tempat pembuangan, langkahku terhenti mendadak. Aku lihat ada satu tubuh yang berada di tepi tong sampah. Anjingkah??
Aku cuba menyergah!Shhh! Shhhh! Sambil menghentak kaki.
Tak berganjak.”Eh apa benda pula ni”. Aku bermonolog di dalam hati.
Sampah sudah ada di tangan, takkan aku biarkan je letak kat tengah jalan tu dan balik ke rumah.
Aku gagahkan diri mengorak langkah ke hadapan. Aku berfikiran mungkin orang kurang siuman sedang mengacau-kacau sampah.
Entah dari mana keberanian aku datang. Aku letakkan sampah berdekatan longgokan sampah lain. Dan tubuh tadi betul-betul di hadapanku.
“bang, buat apa tu bang?”. Aku mengeluarkan butir bicara.
Bila difikirkan balik, agak bengong jugak diri ini bertanya benda tu.
Bila aku tanya, makhluk itu mendengus dan seraya memalingkan mukanya ke arahku!
Bagai nak jatuh jantungku. Apa yang aku lihat. Satu makhluk bergigi tajam, muka menggerutu.Matanya sedikit bersinar. Benda tu kemudian mengacah-acah aku seakan menyuruh aku lari dan jangan ganggu urusannya.
Allahuakbar! Itu sahaja ayat yang mampu aku ucapkan. Kakiku automatik mengorak langkah seribu terus menuju ke lif.
Cepat-cepat aku tekan lif untuk naik.Takut benda tadi ikut sama mengejarku.
Entah kenapa lama sangat lif ni nak terbuka. Seakan dalam movie seram.
Akhirnya lif terbuka dan aku cepat-cepat menekan butang ke tingkat 5 . Terbuka sahaja lif, aku berlari selaju mungkin ke rumahku. Termengah-mengah aku.
Aku masih dalam keadaan terkejut, apa benda yang baru sebentar tadi aku nampak??
Oleh kerana dari tingkap rumaku ini boleh lihat kawasan longgokan sampah tadi, aku mengintai sedikit. Alangkah terkejutnya aku.
Aku lihat makhluk tadi masih ada di situ. Dan bukan satu, tapi ada tiga semuanya. Ketiga-tiganya sedang menyelongkar sampah-sampah tadi.
Jantungku masih lagi berdegup kencang. Aku basuh tangan dan kaki. Kemudian masuk ke bilik dan tidur.
“Abang dari mana tadi?”isteriku terjaga.
“Jumpa kawan”. Aku jawab malas hendak terangkan apa yang baru jadi sebentar tadi.
“kawan mana pula?”Balas isteriku.
“Adalaaah. Dahlah,jom tidur…”
sejak dari kejadian itu, aku selalunya akan memastikan sebelum pukul 9 lagi sampah sisa-sisa makanan akan aku buang dan tidak biarkan berada dalam rumah. Dibuatknya benda tu masuk dalama rumah??Haa.lagi naya.
Okaylah. Itu sahaja dari aku. Para pembaca sekalian pun, harap dapat biasakan. Jangan biarkan sampah sisa makanan terbiar di dalam rumah.
hantar kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Perghhh
cerita rekaan ke betul ni
cerita ni pernah keluar thun lepas kat website mana ntah or page one of kisah seram kat fb …tmpat kejadian sama tp penghuni adalah housemate lelaki….kalau x silap lah penulisnya org sama kot..
Seram siot
Yes ada. Aku baca jugak.