Tempat Persinggahan “Dia”

Assalamualaikum and Hi semua pembaca FS, terima kasih admin kerana publishkan cerita yang mungkin tidak seberapa nak seram ni. Okey let’s start, nama aku Dee dan kisah yang aku nak ceritakan ni it’s happened almost 2 years ago. Time ini berlaku ketika aku menuntut di sebuah universiti dekat perlis and mostly kawasan dia hutan dan berbukit. Masa dekat sana aku join satu badan uniform ni, life dia memang 24H kau kena standby sebab bila-bila masa je sebab jurulatih kami akan panggil pergi markas (pusat latihan) memang penat la tapi bagi aku berbaloi sebab akan dapat allowance. Dalam unit kami ni terbahagi kepada 3 peringkat (senior,intermediate,junior) dan pada masa ni aku berada di peringkat intermediate.

Ok aku start ea, ada satu malam ni jurulatih panggil peringkat junior ke pergi markas time tu rasanya dah pukul 9 malam, siap meeting semua ada la dalam pukul 11 lebih baru diorang dilepaskan balik kolej (kalau kat uni aku panggil asrama tu kolej). Time tu boleh pula 2 orang senior ni (sebagai pengiring sebab bahaya nak lepaskan junior pergi sendiri lagipun dah malam) suruh diaorng berlari balik kolej sebab senior kan ikut je la kata kalau tak nanti kena hell. Malam ni la bermulanya kisahnya..

Time tu junior baru je sampai kolej, kebetulan aku dengan Nina tengah duduk dekat tangga borak-borak sambil tunggu turn nak basuh baju (kami memang basuh baju tak kira masa, lagipun tu malam sabtu jadi kolej tu even pukul 12 tengah malam pun still riuh macam pukul 9 malam). Kami tegurlah junior yang lalu kat tangga tu kata bersihkan diri,before tido solat dulu la,semua balas kata baik puan kalau yang tak larat tu pun senyum tapi sampai je part sorang junior (Intan) ni dia boleh jeling lepas tu tenung kami dalam-dalam, dalam hati kami nak kena hell junior ni.. heheee (gurau je kami intermediate semua baik-baik). Selamat ada kawan dia datang back up kata dia penat sangat. Tapi time tu aku dah rasa lain sebab junior ni 24H senyum je lagipun dia jenis happy go lucky, tapi aku tak de la ambik port sangat biar je la.

Tak sampai setengah jam, aku dengar riuh sangat dekat floor aku, nampak orang berlari la dekat koridor. Aku dengan Nina pun bergegas la lari naik atas nak tengok apa yang jadi (time tu aku dekat ground floor aku stay tingkat 3). Sampai je aras 3, Alya suruh ambik yassin and then pergi ke bilik junior (Intan) kami pun turut je lah. Sampai je bilik junior ni tengok dia dah terjerit-jerit ada yang keliling dia sambil pegang dia and 2 3 orang baca yassin. Dalam hati patut lah dia nampak lain macam je tadi rupanya da kena rasuk. Aku dengan Nina dan yang pun duduk bersila dekat luar bilik niat nak baca yassin tiba-tiba ada sorang puan senior ni datang kata siapa yang period pergi stay dalam satu bilik dan kamu Dee boleh solat tak, aku kata la boleh je. Tapi puan senior ni suruh juga aku stay dalam bilik tu mula-mula aku berkeras juga tapi nanti kalau ingkar kena hell so ikut je la. Jadi aku dah tak tahu apa yang jadi time tu sebab da kena kuaritin.

Keadaan dah reda, semua dibenarkan balik ke bilik masing-masing ( kami 1 bilik 2 orang) disebabkan tak berani kami kumpul dalam 1 bilik tu dalam 5 6 orang, kalau aku stay dengan geng aku semua 9 orang. Biasa la bila ramai-ramai kumpul bukannya terus tido, borak-borak dulu, makan-makan dulu dan nak dijadikan cerita time ni aku sentap dengan sorang ni sebab mulut dia memang tak reti nak jaga hati orang. Aku malas nak hadap muka dia lagi aku pun terus balik ke bilik aku, time aku bukak je pintu bilik aku rasa ada angin kuat terpa ke muka aku, aku rasa macam lain tapi disebabkan sakit hati aku masuk juga ( time ni roommate aku stay bilik kawan dia), aku baring atas katil tapi tak sampai seminit aku bangun terus aku capai patung bear dan terus keluar.

Aku pergi ke bilik kawan aku yang tadi tu balik, “kau pergi mana Dee” aku tak jawab pun soalan diaorang aku terus baring atas katil sambil peluk bear aku tu. Time tu aku tiba-tiba je menagis mula-mula slow je tapi makin lama makin kuat pula aku nagis, tangan aku genggam semahunya lepas tu aku ingat-ingat sedar je. Ramai juga yang datang baca apa yang patut, panggil ustaz (biasa la bila ada kes macam ni dekat asrama mesti bersangkut 2/3 orang). Bila dah reda ustaz suruh aku makan sebab ustaz kata aku lapar sangat and then ustaz pesan dekat kawan aku suruh sorokkan bear aku seminggu dua ni. Aku rasa penat sangat, aku ada kata dekat diorang yang tangan aku lengguh tapi masing-masing da penat semua terus tertido.

Pagi tu classmate (Linda) aku ajak teman pergi KFC sebab ada study group aku pun on je la lagipun Linda ni bukan tahu pun apa yang jadi semalam sebab kami tinggal lain-lain kolej. Dia ada kata ‘wei berat gila kau ni’ aku senyum je la. Time discuss pun aku banyak diam je. Malam tu kolej aku ada perjumpaan dengan ustaz yang rawat aku tu tengah ustaz tu bagi speech tiba-tiba junior aku ni (Intan) buat hal balik kali ni lagi teruk dari semalam. Aku pula senior dah bawak jauh-jauh dari Intan ni, tapi biasalah nak elak pun aku tetap kena jugak. Kali ni kawan-kawan aku kata aku tak seteruk semalam, lepas je ustaz berubat baru aku rasa release sangat-sangat kalau tak aku terasa je sakit dekat tangan.

Mesti korang kata punca dia dari junior aku Intan ni kan tapi dia pun sebenarnya perantaraan, lepas je settle semua baru lah puan senior aku cerita sebenarnya Dia sukakan salah seorang senior aku puan Wani ni. Memang Dia dah lama usha puan senior ni dan dah ada pun sebelum ni yang kena macam Intan ni sebab nak dekat dengan puan senior ni. Kebetulan Intan ni dia macam ada penjaga orang kata macam ‘syeik’ aku pun tak pasti tentang hal ni, kalau aku pula hanya tempat persinggahan Dia je. Salah aku juga ye la awal-awal lagi puan senior da bagi warning suruh behave tapi disebabkan ikut perasaan marah,sakit hati Dia datang la lagipun benda-benda ni kan suka.

Sekian, maaflah atas kekurangan. Salam Dee

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

3 thoughts on “Tempat Persinggahan “Dia””

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.