Tengah Fikir Apa Tu?

Assalamualaikum semua pembaca FS dan admin. Terima kasih banyak2 admin sebab sudi kongsi cerita aku. Nama aku Nora. Aku suka gila baca FS ni nak2 time tidur, bedtime story lah kiranya. Cerita aku ni mungkin tak seram bagi korang tapi bagi aku seramlah sebab aku yang terkena. Haha.

Kisah ni berlaku di sebuah sekolah agama di utara tanah air sekitar tahun 2005. Masa tu aku tingkatan satu dan menetap di asrama. Warden asrama mengarahkan setiap pelajar wajib solat di surau, tak boleh langsung solat di dorm. Kalau solat jugak kat dorm memang akan terima ‘habuan’. Untuk pengetahuan korang, asrama perempuan sekolah aku ni tak ada surau, kami student perempuan wajib solat di surau sekolah. Surau sekolah pulak bukannya dekat, nak jalan kaki tu berpeluh-peluh jugak la dengan bertelekung lagi. Huhu.

Aku ni kurang berdisiplin sikit, haha. Member2 dorm pakat2 dah mandi, ada yang siap nak pergi solat subuh berjemaah, aku ni baru nak mandi. Diorang balik dari surau, aku baru terkedek-kedek pergi surau. Perjalanan dari asrama nak ke surau macam yang aku cakap tak dekat. Dah la gelap, lampu tiang tu ada la dua batang je. Kena lalu pulak rimbunan pokok mangga sebelah rumah Ustaz H dan rumah-rumah warden lain. Rumah Ustaz H ni walaupun rumah kayu tapi agak besar dan tak sama macam rumah warden lain. Dari cerita senior aku, rumah Ustaz H ni pernah dijadikan asrama perempuan masa awal2 ditubuhkan sekolah ni. Macam-macam kisah seram yang terjadi dalam rumah tu. Bukan rumahnya sahaja, persekitan dia pun ada ‘benda’ tu.

Subuh tu, aku jalan kaki berseorangan ke surau. Masa perjalanan pergi, alhamdulillah aku tak rasa takut sebab masih ada student yang baru pulang dari surau. Sampai kat surau, dalam hati cakap, “leganya ada lagi senior perempuan duk solat dalam ni, kalau aku sorang2 takut jugak”. Usai solat dan doa aku toleh, tinggal dua orang sahaja senior aku yang ada masa tu, diorang pun baru selesai solat. Pemandangan luar surau masih lagi gelap. “Dah la sunyi gelap, satu orang pun tak ada kat luar. Depa tu duk menyembang lagi dalam surau, nak tak nak redah je lah sorang2 pun”, getus hati. Aku pun mula buka langkah seribu nak balik.

Nak hilangkan rasa takut sepanjang perjalanan nak balik asrama tu, aku ni pun fikir dalam kepala sambil rancang apa aku nak buat lepas sampai dorm nanti. Dalam kepala masih ligat fikir, “sampai dorm satgi aku nak cop giliran iron, kiwi kasut, kemas buku, blablabla” (sambil2 tu jari aku tengah buat kira2). Masa aku melewati rumah Ustaz H, tiba-tiba ada suara besar lelaki menegurku, “Hoiiii, tengah fikir apa tuuu”. Suara tu datang dari arah pokok mangga bersebelahan rumah Ustaz H. Aku pun berhenti dan mencari si penegur yg aku kira mungkin Ustaz H (rajin pulakkan ustaz tu subuh2 kait buah mangga, ahahaha).

Tapi apa yang aku nampak? Tak ada siapa pun dekat pokok tu, rumah Ustaz H pun masih gelap. Aku pandang sekeliling dan yang terakhir aku pandang atas pokok, pun tak ada (nasiblah hijab aku ni tak terbuka). Aku yang bertelekung ni apalagi terus pecut mengalahkan orang yg lari marathon. Kalau aku fikir2 balik boleh tergelak aku sorang2, lari sambil pakai telekung, dah macam ape dah. Agaknya ‘benda’ yang tegur aku tu pun berdekah ketawa tengok aku. Sampai je dorm, kawan2 dah tegur, “hang pasaipa lari lagu tu, awat muka hang pucat”.

Aku diamkan sahaja, nak jawab pun xdak kekuatan dah kesan ber’marathon’ tadi ditambah rasa takut. Hasilnya aku demam pagi tu, haha. Dalam kelas, barulah aku buka cerita dekat kawan dorm aku tadi yang aku kena tegur dengan ‘benda’ tu. Diorang boleh ketawakan aku, part aku lari marathon tu. Mendapatlah aku nasihat2 serta tazkirah daripada kawan2 aku. “Itulah, lain kali pi solat tu jalan ramai-ramai, hang kan suka bangun lewat tak pasai pi solat sorang2, blablabla”.

Lepas daripada kejadian tu, aku pun rajin pi solat subuh awal together-gather dengan kawan aku. Tapi kejap je aku insaf dalam 4-5 bulan, haha. Lepas tu aku start dah pergi solat sendiri, kejap berteman kejap tak. Lagipun aku ni tak suka sangat nak pi mana-mana berteman ni, bergerak sendiri lagi senang. Hasilnya sekali lagi aku kena tegur dengan ‘benda’ tu. Kali ni suara perempuan pulak, waktu yang sama time subuh, pun jadi masa aku balik dari solat, lokasi yang sama di pokok mangga sebelah rumah Ustaz H.

Ayatnya aku ingat-ingat lupa, tapi lebih kurang macam ni ‘benda’ tu tanya, “hai, dah balik?”. Aku pon balas, “takkan baru nak pergi solat kot”(tipu je, kuang3). Dah semestinya aku marathon sambil bertelekung sekali lagi. Haha. Tapi kali ni aku tak demam la, alah bisa tegal biasa. ‘Benda’ tu sunyi takde teman, dia kacau aku ni pun mungkin nak ajak aku makan mangga sama2. Hihihi.

Incident tu yang terakhir lah jadi kat aku sebab masa tingkatan dua surau perempuan dah siap dibina dalam area aspuri (asrama puteri). Memang tak lalu dah pokok tu time subuh kecuali time siang, malam pun kalau lalu masa nak pergi prep/tuisyen di kelas, aku pergi ramai-ramai. Kesimpulannya, yang perempuan kalau nak pergi mana-mana terutamanya tempat yang gelap atau sunyi, ajaklah member teman. Kalau kena kacau biarlah beramai-ramai, baru best.

Okay korang, hati-hati lepas ni. Jangan seronok ketawakan orang, kena kat batang hitung sendiri baru tahu. Haha. Jaga-jaga, ada yang memerhati. Bye, assalamualaikum.

P/s : Minta korang yg muslim sedekahkan al-fatihah untuk Ustaz H, arwah baru meninggal tahun lepas. Terima kasih.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

10 thoughts on “Tengah Fikir Apa Tu?”

  1. Den nak gelak pun xjadi sbb nora siap warning last cerita…benda tu nak bergurau dah awk pun suka sorang jadi dia nak neman letew ..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.