Sebagai orang yang pernah melalui saat bujang terutama sekali kaum Adam (Lelaki) sudah menjadi kebiasaan. Kisah ini seperti yang di ceritakan sendiri dari pengalaman Abah aku semasa zaman mudanya dulu. Pada waktu itu Abah aku berserta 4 lagi rakannya menyewa sebuah rumah teres 2 tingkat. Man, Sani, Amir, Ali dan Mat (Abah aku dan semuanya bukan nama sebenar) mula menjejakkan kaki bersama-sama masuk ke rumah berkenaan tanpa ada rasa syak dan pelik.
Semuanya nampak biasa, rumah yang agak luas bagi anak bujang, bahagian bawah ada dapur, 1 bilik air dan di atas 2 bilik tidur, 1 bilik air. Mereka semuanya bekerja kilang yang agak berhampiran dengan rumah sewa mereka tinggal. Kebetulan juga pada waktu itu mereka berlima bekerja pada waktu yang sama, pergi dan balik bersama-sama. Kisahnya bermula pada satu malam, hari minggu yang esoknya hari Isnin akan mula kembali bekerja. Pada malam tersebut terdapat tayangan filem ‘Dracula’ di kaca TV, sambil kesemuanya melayan filem tersebut dengan santai, ‘sliding door’ kaca yang di buka luas untuk mendapatkan angin malam sepoi-sepoi bahasa.
Apabila tamatnya filem tersebut, tiba-tiba jam di dinding berdetik, “ting! tong! ting! tong!….” betul-betul tepat jam 12 tengah malam! Dan waktu itu juga tidak semena-mena ada seekor anjing berwarna hitam berdiri betul-betul di hadapan pintu pagar besar rumah sewa sambil menyalak yang jauh dari kebiasaannya, ” Aaaaaauuuuwwwwww….” seperti dalam filem-filem seram bunyinya. Terus mereka berlima berpandangan sesama sendiri dalam muka yang agak pelik, runsing dan tidak senang duduk.
Man bersuara, “dah, dah.. tutup pintu tu cepat! Kunci semua pagar, tutup lampu, kita semua naik tidur, dah lewat dah ni, esok nak bangun awal pergi kerja”. Tanpa berlengah, Sani dan Amir bergegas tutup pintu dan kunci kesemuanya, dan lampu rumah di padamkan, semua bergerak naik tangga menuju ke bilik masing-masing. Man, Amir dan Ali tinggal bersama di bilik utama yang besar, manakala Mat (Abah aku) dan Sani tinggal di bilik sebelah yang agak sederhana, cukup muat untuk 2 orang sahaja. Setelah semua masuk ke bilik masing-masing, di dalam rumah semuanya sunyi sepi tiada lagi kedengaran apa-apa kecuali di luar bunyi cengkerik dan cicak di dinding rumah.
Bilik Abah aku dan Sani mempunyai katil 2 tingkat, di mana Sani tidur di bahagian atas manakala Abah aku di bahagian bawah, maka tidaklah ruang bilik itu terasa sempit walaupun berdua. Seperti umumnya, apabila kita berbaring di atas katil, tidak semestinya kita akan terus terlelap, betul kan? Pastinya akan bermula otak berfikir bermacam-macam perkara sama ada yang telah terjadi ataupun belum terjadi. Abah aku sambil berbaring di atas katilnya di bahagian bawah cuba memanggil rakannya di atas iaitu Sani, “Woi Sani, dah tidur ka?”. Ternyata pertanyaan Abah aku tak di balas, sudah pasti tidur nyenyak. Maka tinggalah Abah aku melayan mata yang hampir-hampir sahaja nak lelap.
Tiba-tiba, sedang abah aku berbaring di mana bahagian kepala katil mereka terletak di bahagian tingkap bilik, dan berhadapan dengan pintu masuk bilik (boleh bayangkan?) Jika berbaring, pandangan hadapan kita ialah pintu bilik, dan di belakang kepala kita ialah tingkap bilik, mudah faham. “Tik! Tik! Tik!….” bunyi seperti ada batu kecil yang di baling ke tingkap kaca bilik Abah aku, Ya! Betul-betul berada di bahagian kepala Abah aku!. Abah aku cuba dengar sekali lagi, “Tik! Tik! Tik!…” masih bunyi yang sama, dalam fikirannya hanyalah, “ni mesti ‘member’ (kawan) nak ajak lepak kat luar la nih!”, ujar Abah aku dalam hatinya.
Di cuba angkat kepala sedikit ke tebing tingkap yang hanya berada di belakang kepala beliau, lalu di pandangnya ke arah bawah lorong belakang rumah sewa berkenaan, hanyalah gelap kesamaran cahaya bulan pada malam itu menyuluhi waktu itu, dan tiada sesiapa pun berada di lorong itu. Pelik! Tiada siapa pun yang berada di situ. Abah aku kembali baring seperti pada mulanya. Hatinya berkata, “Ahh, biarkanlah, esok aku nak kerja awal pagi!”. Masih melayan mata yang hampir-hampir layu untuk tidur, tiba-tiba terdengar, “Krek, krek…” tombol pintu bilik di pulas, dan pintu di tolak perlahan-lahan, “Eeekkk………”. Terdetik kembali dalam hati, “Aduh siapa pulak ni nak masuk bilik tengah malam ni!”, selalunya si Ali atau Amir akan datang untuk minta pinjam pemetik api untuk bakar rokok. Sambil mata Abah aku acah-acah pejam, diintainya sedikit di dalam kesamaran gelap biliknya melihat tepat ke arah pintu bilik yang di tolak tadi, sambil menanti siapakah dia yang membuka pintu.
Terbukanya pintu bilik, terpandang satu sosok tubuh seorang lelaki, berbaju singlet putih, berseluar pendek, dengan berkeadaan sedikit bongkok pinggangnya, kedua tangannya dipegang ke belakang tubuh, berjalan perlahan menghampiri katil Abah aku! Abah aku yang tadinya hampir tidur, terus terdetik dalam hatinya, “siapa pulak ni? Lain macam gayanya ni?”. Semakin lama, semakin hampir ke katil Abah aku, dekat, dan dekat dan dekat lagi. Abah aku berpeluh tubuhnya, namun matanya masih acah-acah pejam sambil perhatikan siapakah dia itu. Semakin di amati dalam kesamaran gelap biliknya, wajah sosok tersebut semakin hampir, namun wajahnya tidak dapat kelihatan memandangkan Abah aku tidak berani membukanya dan di saat itu peluh mencurah-curah.
Sosok tersebut semakin hampir ke katil bawah Abah aku. Seperti menjerit namun tidak bersuara, “Allah!!!!” dalam hati Abah aku hanya Tuhan yang tahu, sosok tersebut membongkokkan dirinya lalu wajahnya menghampiri muka Abah aku, dan pada waktu itu Abah aku dapat melihat bentuk mukanya yang pelik! Mukanya panjang le bawah, dagunya panjang!!!! Allah…. apakah itu! Di tenung muka Abah aku dengan jarak yang agak dekat, Abah aku tidak berani membukakan matanya, di baca surah-surah yang terlintas pada saat itu dalam hatinya. Selepas beberapa minit, Abah aku memberanikan dirinya membuka sedikit ruang matanya, di lihat sosok tadi telah hilang, tiba-tiba, “Praap! Praap! Praap!…” terdengar ada sesuatu yang memanjat tangga katil Abah aku. Alangkah terperanjatnya, sosok tadi sedang melangkah naik ke katil kawan Abah aku iaitu Sani yang sedang tidur nyenyak di atas!
Abah aku cuba menjerit sekuat mungkin, namun di rasakan suaranya tidak dapat keluar, kaki dan tangan Abah aku juga bagaikan di ikat rapi tidak boleh bergerak sedikit pun. Dengan kekuatan dan sebutan kalimah, “Allahuakbar!” terpancul dari mulut Abah aku, lalu kaki kananya di angkat tendang di bawah katil atas Sani bagi mengejutkan kawan Abah aku itu. Maka Sani terlompat dan terkejut, “Wooii!!!”. Terus sahaja Abah aku bangun dan membuka lampu bilik. Sosok yang tadinya telah pun ghaib! Sani masih terpinga-pinga, sambil berkata, “Apa yang dah jadi Mat?!” sedikit bingung. Dalam sedikit iuh itu, Man, Amir dan Ali pula datang, “Apa dah jadi ni?” tanya Man pada Sani dan Mat (Abah aku).
Abah aku terus berkata, “Ada orang masuk bilik aku tadi, dia masuk datang kat aku dan naik ke atas katil Sani, sebab tu aku tendang katil Sani dari bawah!”. Semua terdiam dan pelik, bertanya pula si Amir, “Orang mana yang masuk? Mana dia?”. Abah aku berkata, “Entah, lepas aku buka lampu, dia hilang”. Man, Amir dan Ali memandang tajam ke arah Abah aku. Lalu Man pun berkata, “Ahhh sudahlah, esok nak bangun awal ni, dah 2:30 pagi ni, tidur lah! Tak ada apa lah!”. Man, Amir dan Ali pun kembali ke bilik masing-masing. Sani pula sambung kembali tidurnya, Abah aku masih berpeluh dengan kejadian tadi. Dengan tiba-tiba, bagaikan nak runtuh rumah sewa mereka ibarat gempa bumi atau di goncang sesuatu! Sani terjaga, terjun dari katil atas, lalu berlari kedua-duanya turun ke ruang tamu bawah rumah.
Di lihat, Man, Amir dan Ali telah pun berada di bawah dalam keadaan panik! Sani, “Apa yang bergegar tu! Apa nak jadi ni?”. Semua memandang muka sesama mereka. Man, sebagai seorang yang agak alim dan kuat agama berkata, “Benda tu marah!”. Semua yang berada di situ tercengang. “Takpa, jangan risau, kita tunggu kat bawah ni sampai semuanya ok”, ujar Man lagi. Pukul 3, pukul 4 pun berlalu, masing-masing tak dapat melelapkan mata, mengenangkan apa yang terjadi tadi. Semua berkumpul setempat, tidak berani bergerak kemana-mana, yang kencingnya di tahan juga ada kerana terlalu takut. “Emm, dah tak ada apa kot, jom naik tidur, tinggal berapa jam saja lagi nak subuh ni”. Kata Man pada yang lain.
Semuanya mengekori di belakang Man sambil menaiki tangga, lampu ruang tamu di tinggalkan terbuka. Sedang menujuk ke bilik masing-masing, sekali lagi rumah mereka di ‘tampar’ dengan begitu kuat bagaikan gempa bumi, bertempiaran lari kelima-lima orang turun ke ruang tamu. “Ini tak boleh jadi ni, dah dua kali bergegar rumah!”, kata Abah aku. “Apa yang jadi kat bilik kau tadi Mat?”, tanya Ali pada Abah aku. Lalu Abah aku menceritakan dati detik mula terjadinya perkara itu. Selepas selesai bercerita, Man berkata, “Aku dah pesan awal-awal tadi, jangan buka pintu ruang tamu malam-malam, sampai ke tengah malam terbuka luas, tak elok!”. Tunduk ke bawah yang berempat lagi. “Aku tak nak tinggal sini lagi, rumah ni ada hantu!”. Ujar Sani dalam keadaan ketakutan.
Amir dan Ali juga berkata sedemikian, “Kami nak cari rumah lain lah, bahaya sini!”. “Emm baiklah kalau macam tu, lepas subuh nanti, kita semua kemas bag baju semua siap-siap, lepas balik kerja kita keluar dari rumah ni cari rumah lain, lebih selamat.” Kata Man pada yang lain. Semua anggukkan kepala. Menunggu Subuh terasa terlalu lama bagi mereka. Dalam keadaan ketakutan, trauma yang masih belum hilang. Masing-masing melihat jam dinding berulang kali. Tiada siapa pun yang tidur bahkan terlelap. Sejurus itu, kedengaran laungan azan, “Allahuakbar, Allahuakbar……”. “Alhamdulillah, dah Subuh, jom berjemaah sekali” kata Man pada yang lain.
Selesai solat Subuh, semua berkemas seperti yang disuruh Man. Bag semuanya di letakkan di ruang tamu siap-siap, tidak berani lagi nak naik ke atas nanti. Kesemua mereka masuk kerja dalam keadaan mengantuk, sugul, mata merah, dan lemah. Semuanya diam seribu bahasa, dan yang paling terkesan adalah Abah aku, masih terbayang dalam ingatannya, sosok tubuh yang membongkok, tangan ke belakang, berbaju singlet putih, berseluar pendek, dan yang paling menakutkan wajahnya yang panjang, dagunya panjang! Sudah pastinya tidak dapat di lupakan oleh Abah aku. Betul-betul merenung depan muka Abah aku. Bayangkan muka berdagu panjang merenung muka kita yang masih belum tidur dalam jarak yang agak dekat!
Itulah kisah zaman bujang Abah aku. Jika ada masa lagi, aku akan menulis lagi kisah seram yang agak banyak dalam kehidupan aku bersama keluarga aku. Assalamualaikum. -MNS-
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Mcm pnh bc je ???
Cerita ulangan
Kaannn…
Rasenye dlu tajuknye Hantu Dagu koottt…
dejavu lagi sekali la kak yuliee
pernah dihantar cerita ni…tapi cerita tu penulisnya tu orang yang kena tenung oleh hantu tu…jadi kononnya yang ini ni anak penulis tu…apa bendalah curi cerita orang
Kopipes
ni mmg cerita hantu dagu…da pnah ada
nda ko suruh sauk urg yg bdagu pjg atu eh.. mun nya aku, ku sauk ya mngajut dri siring biar ya tau rasanyaa dagu singit..