“Tepuk-tepuk”

Assalamualaikum Fs. Aku kenalkan diri aku F. Kisah yang aku nak ceritakan ni berlaku 2 tahun lepas, masa tu aku berumur 16 tahun. Parents aku berpisah sejak aku kecik lagi dan lepas tu aku terus dijaga oleh kakak aku sebab dua-dua kawin lain. Dia ambik aku duduk dengan dia dekat perak, sekolah dekat sana. Bila cuti sekolah je, aku mesti balik rumah ayah dan mak aku (diorang duduk asing tapi rumah dekat jugak lah).

Nak dijadikan cerita, masa tu cuti sekolah panjang so aku decide nak pergi rumah mak aku dekat pekan sebab dia selalu jugak bawak aku jalan-jalan. Suami mak aku ni(ayah tiri aku lah kiranya) dia bekerja sebagai guard dekat 1 tempat(terpaksa rahsiakan). So dekat tempat dia kerja tuh ada la rumah untuk kemudahan dia sebab kerja dia ni ada shift. Ada satu hari tu dia kerja shift malam, mak aku ni memang selalu teman kan ayah tiri aku bila dia kerja shift malam. So, aku pun terpaksa la ikut sebab dekat rumah takde sape.

Malam tu dalam pukul 12 malam, semuaa dah tidur. Mak aku tidur dekat luar(betulĀ² depan pintu bilik yang aku tidur tuh), aku pulak tidur dalam bilik sorang-sorang. Malam tu aku memang takboleh tidur, pusing sana pusing sini still takboleh tidur. Aku tengok jam dah hampir pukul 2 pagi. Tengah aku syok guling-guling tu tetiba aku dengar macam ada orang seret ranting kayu dekat atas simen dekat luar rumah. Aku malas nak layan, aku biarkan jelah tapi dalam hati ni memang dah takut sangat dahlaa tidur sorang. Tak lama lepas tu bunyi orang main tepuk-tepuk dinding bilik aku, bunyi tu sayup je macam orang main tepuk amai-amai tu. Aku diamkan diri je, takberani nak tengok dekat tingkap tu sebab kat luar gelap(hutan). Tak lama lepastu bunyi tu terus hilang.

Ingatkan dah takde dah ganguan, so aku ingat nak tidur je sebab mengantukk. Elok je aku nak lena dibuai mimpi, “tuk tuk tuk!” Bunyi pintu bilik aku diketuk tapi cara dia ketuk tu slow je tapi macam orang main gendang ada irama bagai. Biar betul! Takkan la mak aku pulak, padahal mak aku dah tidur. Haa sudah, badan aku dah mula berpeluh. Aku terus menyorok dalam selimut sebab takut jugak dia bukak pintu tu, mati lanakkk. Lama jugak dia ketuk pintu tu, ntah lagu ape la yang benda tu gendangkan. Aku yang takut ni pejam je mata, tak berani nak bukak. Bila aku sedar, tau-tau je dah siangg rupanya.

Esoknya aku tanya mak aku, ade ke mak ketuk pintu bilik aku semalam. Tapi mak aku cakap tak dan dia pun takde dengar bunyi ape-ape. Tapi mak aku bagitahu dekat tempat kerja ayah tiri aku tu memang keras. Mak aku pun biase kene tapi dah lali (biasalah orang tua). Lepas daripada kejadian tu aku dah tak berani nak tidur dekat situ lagi, kalau mak aku ikut ayah tiri aku keja shift malam pun aku tak ikot dahh.

Itu jelah cerita aku yang tak berapa nak seram ni tapi bagi aku memang seram sebab aku tak pernah kena ganguan macam ni. Terima kasih sebab sudi baca. Sekian.

::Hantar kisah anda di fiksyenshasha.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *