Terkena Buatan Orang

Assalamualaikum. Nama aku N. Terima kasih sebab sudi baca kisah aku. Takdelah seram sangat tapi ianya jadi kenangan terindah dalam hidup aku. Arwah ayah aku pengamal perubatan tradisional, so banyak jugaklah aku tengok benda mistik nie. Paling banyak kes tuju kt orang akibat tak puas hati. Termasuk aku sekali. Buat pengetahuan kalian, sekarang aku dalam proses berubat. Nie bukan sekali dua tapi dah banyak kali kena.
Kisah 1
Hal nie terjadi kat anak aku. Orang nak tuju kat aku tapi terkena kt anak aku. Ank aku tetiba naik bintik merah besar sampai bengkak muka. Asal maghrib jer sampai dalam mata merah dan dia mampu nangis jer. Pergi masuk hospital pon, doktor buntu nak bagi apa sebab keputusan d***h normal. Nak kate alergik selama nie tak pernah kena pulak. Sampai dos maksimum ubat diberi, tak baik2 lg sakit anak aku. Korang bayangkan 4hari aku berkampung di hospital sampailah doktor suruh aku berubat alternatif lain. Sehinggalah ayah aku bagi anak aku air bacaan yasin malam tu, dan dengan izin Allah esoknya segala bintat besar kt tubuh ank aku hilang. Tak tahu aku nak kata apa tapi itulah terjadi. Menurut ayah aku ade orang nak kenakan aku tapi terkena kat anak aku. Sedih aku. Tapi tak lama lepas tu aku pon kena gak. Asal maghrib jer aku tergaru macam beruk. Sampai dalam mata bengkak dan merah. Siksa tuhan sajer yang tahu. Dalam seminggu lebih jugak laaa aku menderita penyakit pelik. Namun aku pulih gak setelah aku berubat.
Kisah 2.
Nie terjadi kt aku dalam minggu lepas. Asal kena kat tempat kerja, belakang kepala aku sakit macam orang cengkam. Aku tahan lagi mungkin aku ni tak cukup rehat. Sampailah malam tu aku tengah mandi, tetiba belakang aku rasa benda merayap.serius ko.aku ingat binatang apa merayap, bila tengok cermin takde apa pun. Tapi sakit belakang aku macam orang gigit. Tengah basuh pinggan, aku leh rasa benda bertengkek kt belakang aku. Aku dah tak sedap hati. Nak tidur tu, aku baca apa yang patut. Makin aku baca ayat kursi, makin kuat dia cengkam belakang aku. Aku pejam mata, terasa seolah benda tu rapat muka nya kat muka aku. Aku ulang bacaan ayat kursi terakhir sebanyak 7x lagi sakit belakang aku tapi selepas tu sakit pelan2 hilang. Ingat habis situ jer, tak lama tu, bunyi barang jatuh.bunyi ketuk ketuk almari.bila aku suluh lampu.xde apa plk.huhuhu.
Esoknya aku pergi jumpa ustaz dan cerita kat dia. Dengan selambanya ustaz tu bagitahu aku ada benda bertenggek kat belakang aku.gilo! Siap beritahu lagi duk peluk aku tu haaa. Mahu nak gugur jantung nie.huhuhu.alhamdulillah.aku pulih gak akhirnya. Rupanya orang antar benda tu kat tempat keje aku lak. Sebab umah aku dah dipagar. Aku tahu sape makhluk tuhan yang antar semua benda kt aku. Cuma aku leh kata.sudahlah benda dah lama.tak payah dengki atau sakit hati. Masing masing ada kehidupan sendiri. Balik ke pangkal jalan.hidup nie sementara jer.
Semua pembaca yang sudi baca kisah aku.terima kasih. Nanti aku cerita lagi kisah seram aku.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

 

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 19 Average: 4.7]

5 thoughts on “Terkena Buatan Orang”

  1. Cepat dan padat. Org tua aku pn pengamal perubatan tradisional gak.tp bkn bomoh mahupun dukun.just ayat2 lazim al quran. Menda2 ni base jadi dlm hdp aku anak beranak.marah org tua aku,dia kaco aku n anak bini aku.smpi satu ketika ada pompuan tua hodoh duk kaco tido.. Btw,aku pn gifted ckt2 ngubat org ni..opps..Allah yg ubatkn,aku perantara je.. Mnta ayah awak ajarkn amalan mudah tangkis semua tu.kalau nak saya blh kongsi.tp tanyala pada yg berhak dulu.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.