Terkena Sihir Pengasih

Assalamualaikum wbt. Thanks FS sebab siarkan kisah ni. Aku harap dapat siarkan supaya dapat beri pengajaran kat orang lain jugak dan mintak pandangan orang ramai untuk ubat lagi pengasih yang mungkkin masih tersisa ini. Sorry la benda ni taklah seram as expected. But honestly, this is traumatized me for the rest of my life.

Aku ada terbaca yang kisah pasal Rara tu, sebab aku pun pernah ada exbf yang pengongkong, pemarah dan kuat merajuk. Dia punya cemburu tu sampai dengan benda tak hidup pun dia jeles. Gila betul. Bila baca kisah dia, aku teringat kisah aku, saling tak tumpah je dan aku rasa orang yang ada ‘pendamping’ ni dia ada tiga sifat ni, kuat cemburu, kuat mengongkong dan kuat merajuk yang extravaganza sangat. Benda ni normal tapi bila melampau setan la pulak take over kan. Dia ni misterius gila mungkin aku suka type cam tu je, aku ni husnuzhon je la kat diri sendiri. Bayangkan sampai sekarang nak dekat 11 tahun aku kenal dia, walaupun skrg dia dah tak kontek aku, tapi aku tak tau pun siapa mak bapak dia, keje apa, rumah dia kat mana, keje apa dan segalanya yang details pasal dia aku tak tau. Yang aku tau, katanya dia janji nak kahwin dengan aku. Tu je la. Bodoh kan aku? Ok.

Benda ni berlaku pada awal 2008 lagi. Lama sangat dah. Aku kenal sidia dari chat, masa tu popular lagi YM. Aku dari sekolah tak penah bercinta, tapi sampai kat dia, aku rasa mudah sangat nak kawan dengan dia. Terima dia. Padahal tak kenal pun dia camne. Bagi gambar via emel, via ym gitu je. Pelik betul masa tu, sampai satu tahap tak dengar suara dia sehari boleh murung aku. Tiap minggu selalu jumpa. Waktu tu aku tak boleh fikir rasional, angau bercinta lah katakan. Tak terfikir pun benda-benda mistik ni…

Sehinggalah pada 2014, tudia lama gila kan? Waktu 2008 tu aku dah putus dengan dia tapi dalam tempoh sehingga 2014 dia selalu kacau aku (supaya kembali dekat dia dan dalam masa yang sama suruh layan apa yang dia nak). Tapi yang paling teruk 2014 sebab dia mengaku dia pernah tidur dengan ramai perempuan (aku perasan kalau org yang ada amal ilmu salah, ketagih dia dekat seks tu lain macam sikit). Tu satu, yang keduanya, dia mengaku dia ilmukan aku sampai aku berahikan dia. Dia pernah cakap awak punya tu saya punya sorang. Bayangkanlah tetiba aku tengah belajar dalam kelas, aku teringat dia dan serta merta aku rasa macam nak buat benda tu (of course la ngan dia jeee) dan rasa basah. Teruk sangat masa tu. Yang lagi teruk aku tak terfikir pun yang benda tu berkait dengan jin semua. Aku ingat memang sebab aku cinta mati lah dengan dia. Sebab aku pernah tanya dengan dia, awak ada buat apa-apa ke dekat saya. Dia kata sebab awak sayang sangat kat saya kot. Aku taktau la bodoh ke apa aku diam je. Seolah redha huhu.

Tahap yang aku rasa teruk sangat bila aku takleh tak dengar suara dia langsung dalam satu hari, kau ghaseee? Sampaikan dia mintak phone sex aku layankan saja, its really not me. Sebab aku dapat rasakan yang aku taknak, tapi bila dengar suara dia, lahai segala benda nak bagi. Aku takdeklah ternampak benda bukan-bukan macam kak ponti atau abang poch ke apa, tapi aku nampak mana-mana adalah dia. Yang peliknya bila aku nampak orang yang macam dia tu (seakan angau/gila bayang) aku jadi menggigil dan tak seronok. Patutnya aku happy kot sebab nampak orang yang aku cinta kat mana-mana.

Tapi aku takut. Sampailah entah camne aku google pasal ni. Sah, aku kena pengasih lagi. Actually aku dah berubat dalam tahun lepas aku putus sebab aku murung, sebulan tak keluar bilik. Macam orang gila dah. Setiap kali ingat dia aku menangis. Malah masa bercinta dan berjumpa dia pernah pegang aku, tapi aneh sangat aku tak rasa langsung sentuhan dia. Aku taktau kenapa. Seolah sensory aku dah mati bila dengan dia. Takpun sebenarnya aku rasa je tangan dia menjalar kat pinggang ke tangan ke tapi rasa macam tak rasa. Huhu tahla susah nak describe. Walaupun setiap kali jumpa dia pegang aku, alhamdulillah sangat, aku syukur satu sebab dia tak pernah ‘sentuh’ aku sampai tahap itu walaupun of course lah dia memang nak sangat.

Syukur tuhan jaga aku dari segi tu. Disclaimer, aku bukan perempuan yang mudah nak pegang-pegang tapi bila dengan dia, ok awak. Padahal sebelum tu siap bertegas lagi dan dia pun senyum je setiap kali. Tapi bila dia pegang aku diam tak terkata, sebab aku tak rasa, bila dia dah nak tarik tangan dia baru aku rasa. Kotornya rasa diri. Hmm.

Bila dah teruk sangat kali ni, aku google ciri-ciri dah kenapa aku angau macam orang gila sangat ni, sebab aku tau, aku taknak pun dekat dia. Sumpah taknak, tapi aku takleh ‘lawan’ seolahnya. Rupanya aku terkena ilmu pengasih gentel lada hitam. Aku menangis sorang-sorang call ustaz ni dan dia pun dah suruh buat apa yang sewajarnya lah. Alhamdulillah, aku dah tak rasa berahi, atau senang kata spenda basah lah secara tetiba atau bila terkenangkan dia.

Aku takdek kawan pun yang boleh aku percaya, jadi memang aku settle sorang-sorang je. Sebab aku fikir memang aku dah bebas dari benda-benda gini sebab aku dah berubat jugak dan sebelum ni pun ada ustaz kata aku terkena pengasih dan saka. Aku sedih sangat sebab waktu memula aku bercinta dengan dia, memang aku ikhlas sayangkan dia. Tapi rasa kalah gila bila aku bercinta dengan orang yang bukan je salah, tapi dia rosakkan sebahagian daripada hidup aku. Dah tu cinta yang aku bagi, puaka yang dibalasnya. Tak adil rasanya kekadang hidup ini tapi gitulah.

So, kalau nak kawan ke bercinta tolonglah risik-risik dulu dengan member-member rapat dia. Mungkin nasihat aku paling tepat adalah jangan percaya 100 peratus dekat seseorang. Kita takkan pernah tau seseorang itu ada sesuatu sehinggalah sesuatu berlaku pada kita. So, gais doakan aku supaya aku pulih sepenuhnya daripada dia. Ada masa tu teringat je tapi taklar rasa macam dulu. Tapi rasa pilu.

Untuk dia, susah aku nak maafkan kau.

Ann

Leave a Reply

9 Comments on "Terkena Sihir Pengasih"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
ummi

ermm, take k sis, semoga awak cepat sembuh ye

makcik gemok

Ok ambik iktibar. Tapi straight to the point ek? Adeh… FS ni segala lapisan umur boleh baca.

Kak Yulie

MG…
Akk berdebar sampai xtau nk komen cemane…
Takoootttt…

Rosse

Betul sis..sy prnh melaluinya. Sgt perit. Hanya Allah tahu sy xmmpu nk lupa apa dia prnh bt. Ilmu pengasih brlandaskan syaitan. Semoga Allah mbalas segala perbuatan dia..

Anak muda

Adik aku baca cerita ni woiii.. mohon lepas ni tulis untuk 18 tahun ke atas je boleh baca ye.

Ann

Sorry, tapi aku kena masa aku budak2 lagi. Naif, taktau apa-apa. So beware.

jendy diana

btui la..hrp ada tapisan keselamatan sblm admin publish..nnt jd genre seram dan dot dot plak.

nadey

Ya Allah dik……… smuga kau cpt sehat … sumpah akak menangis bc cite ni..
Kau kene kuat sbb mende ni leh dtg balik

dada

salam..boleh tak sy nak tau apa yg ustaz nasihat awk buat..?
sy rasa sy melalui hal yg sama skrg ni,kdg2 hati ni mmg dah sumpah seranah xnak dah ngan dia tp sy jugak yg pegi balik cari dia.
sy dah tukar kerja 3 kali sbb dia kuat kongkong and kuat jeles..bila masuk kerja je semua jd x kena dia akan cari pasal sampai sy x boleh kerja,selalu sy halfday x pun mcm sebab gaduh ngan dia. =(

wpDiscuz