Terkunci di Tandas RnR Titiwangsa

Assalammualaikum.
Nama aku lynn. Biasa orang panggil aku Riko. Cerita aku takdalah seram sangat. Tapi bagi aku, akan jadi satu pengajaran buat diriku. Cerita ni berlaku tahun lepas. Aku ni nakal juga, suka menyakat orang dengan menakutkan orang. Nak dijadikan cerita, hampir setiap hari suka menakutkan kawan baik aku yang sememangnya penakut. Kadang-kadang sampai dia terbawa-bawa ke mimpi sebab terlalu memikirkan apa yang aku cerita pada dia.

Suatu hari, aku dengan kawan baik aku pergi bercuti ke Kelantan. Dari Penang ke Kelantan mengambil masa lebih kurang 4-5jam perjalanan. Kami memang berniat untuk bertolak pagi, tetapi hari yang kami nak bertolak pelbagai masalah timbul. Akhirnya kami terpaksa bertolak disebelah malam. Pada mulanya aku yang pandu kereta, tiba di sekitar Hutan Royal Belum kami bertukar kerana aku da keletihan. Kawan aku pesan jangan tidur selagi tidak sampai ke Rantau Panjang. Tapi aku tidak tahan mengantuk, Dalam keadaan mengantuk sempat lagi aku menyakat kawan baik aku. “kalau ada lembaga kat depan, langgar je tau. Jangan berhenti”. Kawan aku sempat cubit bahu aku dengan nada marah. Selepas itu, aku terus berlayar kerana terlalu keletihan di siang hari.

Aku tersedar dari tidur kerana kawan aku berhentikan kereta di kawasan rehat Titiwangsa. Aku dalam keadaan mamai lihat jam tepat jam 11.00 malam. Kawan aku kejut dan mengajak ke tandas. Aku mengiyakan untuk teman dia ke tandas. Ketika itu hanya kami berdua sahaja yang berada di tandas. Hati masih nakal untuk mengusik kawan aku. Tetapi dia hanya berdiam sahaja dalam tandas. Mungkin marah pada aku agaknya. Selesai sahaja dia keluar dari tandas, aku pula masuk ke dalam tandas. Sempat aku beritahu dia supaya dia tunggu di kereta sahaja. Dia jawab “okay”.

Nak dijadikan cerita, selesai melepaskan “hajat”, aku cuba buka pintu tandas tetapi gagal. Macam – macam cara aku cuba buka pintu tersebut. Hati mula rasa tidak sedap. Bulu roma mula tegak berdiri, jantung berdegup bagaikan nak tercabut. Mula la aku rasa nak maki pada diri yang suka mengusik orang, akhirnya diri sendiri terkena. Tatkala aku cuba buka pintu, aku rasa tepukkan kuat dibahu kiri berkali-kali. Mulut aku terkunci hendak menjerit minta tolong. Nak pusing tengok siapa yang tepuk tapi terasa takut sangat. Tepukkan beralih arah ke bahu kanan pula, berkali-kali. Kali ni dengar suara yang garau memanggil nama ku dan mengilai. “Lynn..lynn..lynn”. Aku tetap cuba buka pintu, nangis semahu-mahunya. Aku cuba baca ayat kursi banyak kali didalam hati, tetapi suara dan tepukkan masih tetap ada. Tiba-tiba pintu boleh dibuka. Aku cuba nak lari sekuat hati tetapi rasa berat sangat kaki. Kali ini, makhluk tersebut muncul betul-betul dihadapan aku. Rambut panjang mengurai, baju lusuh putih kekelabuan dan mata terbeliak merah dan lidahnya panjang sehingga ke lantai. Makhluk tersebut cuba hendak menerkam aku. Pada saat itu, aku terus rebah dan tak ingat apa yang berlaku.

Aku tersedar apabila ada orang sapukan air pada muka aku. Aku tengok kawan aku berada disebelah aku sambil memanggil nama aku. Aku terus peluk dan nangis sambil meminta maaf pada dia. Aku berjanji tidak akan mengusik dia lagi. Kawan aku beritahu, sebelum masuk ke tandas, dia terasa ada sesuatu yang dia langgar dibahunya dan cepat-cepat dia membaca ayat pendinding diri. Tetapi dia tidak sangka aku yang terkena dengan mahkluk tersebut. Dia tunggu aku di dalam kereta hampir 1 jam dan dia berasa tak sedap hati, terus ke tandas hendak melihat keadaan aku. Tetapi aku sudah terbaring di atas lantai tandas.

Sejak dari kejadian itu, aku tidak lagi menyakat atau mengusik sesiapa lagi. Dan ini la pengajaran paling besar buat aku.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

1 thought on “Terkunci di Tandas RnR Titiwangsa”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.