TERSALAH BELI PULAKK (pocong)

TERSALAH BELI PULAKK (pocong)

Assalamualaikum pada warga fiksyen shasha..semoga sentiasa sihat selalu. Nama aku Mai (bukan nama sebenar).
aku nak ceritakan kisah yang pernah aku dan kakak aku alami iaitu terserempak dengan pocong. Kejadian ni berlaku pada 8 tahun lepas sewaktu aku berumur 10 tahun.

Alkisah nya ada suatu malam tu abah aku tengah bersihkan kan timbang..untuk pengetahuan korang parent aku ada niaga sendiri, kitaorg niaga sayur jadi kami ade timbang sayur tu..okay sambung balik cerita timbang sayur ni kalau dh lama and rosak lipas suka duduk dalam tu, maaf kalau korang geli sikit , jadi malam tu abah aku nk bersihkan dan repair, nak dijadikan cerita abah aku suruh aku dan kakak aku cari ubat lipas..masatu pulak kitaorg tak ingat nama dia apa tapi tahulah bentuk dia macmmana..

jadi abah aku suruh beli dan kitaorg tanya laa nama benda tu apa (ubat lipas). then abah aku pergi cakap kapas barus..yaa ubat yang untuk buat mandi jenazah tu la. aku dengan kakak aku memang masatu taktahu ape kapas barus tu jadi kitrg pon pergi la beli tanpa ade rasa pelik.

Masatu dalam pukul 9.30 malam macmtu kitaorg pergi kedai. kedai runcit tak sampai seratus meter pon dari rumah kami. waktu sampai dekat kedai tu aku pon cakap cik saya nak kapas barus cik..korang tahu tak masatu muka acik tu ngn isteri dia pelik gila tengok kitaorang. Dia cakap kau nak buat apa dik..then aku cakap taktahu ayah..pahtuu dia pon bagi laa kapas barus nyaa..waktu dia bagi aku dh pelik sbb bungkusan dia lain sangat, dia bungkus satu-satu dengan kertas. Tapi tak cakap ape laa kitrg beli je sebab itu laa yang abah kitrg sebut. Nak diajadikan cerita aku pon beli laa tiga biji benda tu.

Haa mesti korang tertunggu-tunggu kan. kisah nya bermula dari sini. Waktu dalam perjalanan nak balik tu aku pergi bukak bungkusan tu dan bau , dan aku teros cakap ke kakak aku ‘ateh asal bau macam pocong ekk’ kita salah beli ke.. kitrg pon terhenti laa jalan dan bau bersama-sama dan memang betul tu bau mayat. masatu kitrg dh rse takut tpi kitaorang diam je..mana tak seram wehh bau mayat..

kitaorang pon jalan laa nak balik. baru beberapa langkah kami berjalan aku tekejut sebab nampak pocong dekat tong sampah rumah aku ..apelagi aku terus bagitahu kakak aku sambil tunjuk kearah benda tu..and ya kakak aku pon nampak..dan kakak aku marah aku sebab pergi tunjuk dan tegur benda tu. kalau korang nak tahu kitrg tak nmpak badan ,kitrg cuma nampak kepala sahaja dekat tong sampah besar tu , pocong tu ibarat macam tengah mendagu dekat tongsampah besar tu..memang jelas tocang dia semua , muka dia hitam legam kitrg tak nmpak mata, hidung, mulut.
apa lagi kitaorang lari pusing belakang ikut dalam blok, untuk pengetahuan korang lagi aku duduk blok pangsapuri lima tingkat jadi tempat masuk ada dua..rumah aku bawah sekali dan berdekatan dengan tong sampah tu..jadi kitaorang mengambil keputusan untuk lalu dalam blok dalam keadaan lintang pukang macam tak cukup tanah.

sampai kat rumah aku teros bagi abah aku..dan korang tahu tak kitaorang kena marah ya sebab salah beli..masatu tu bapak aku mengaku dia salah sebut. lepastu abah aku suruh patah balik untuk tukar. Aku dengan kakak aku dh pandang antara satu sama lain sebab takut benda ada lagi..kitrg tak bagi tahu laa ibu abah sbb nnti dia cakap jangan penakut sangat.

sebelom nak patah balik, pergi tukar tu aku pergi tengok dekat tingkat bilik ibu aku , dari situ memang nampak tong sampah tu..dan korang tahu takk benda tu dah hilang..takada apa-apa kat situ aku cuba cari mana tahu ade plastik ke kann..takda korang..jadi kitrg pon berani la sikit untuk patah balik..ikut laluan blok juga laa tak berani la kami lalu kat tong sampah tu walaupon benda tu dah takda. sampai kat kedai tak cakap ape lagi acik kedai tu dah gelak-gelak dahh sebab tahu kami salah beli..dia pon kata yang ayah kau nak tu ubat gegat dik oi..adoi laa kau ni..masatu aku ngn kakak aku mampu diam seribu bahasa sahaja..

bila diingatkan balik sebenarnya macam kelakar tau..dan alhamdulillah kami takda kena gangguan apa-apa pon selapas tuu..alhamdulillah..untuk pengajaran korang kalau nampak sesuatu tu mulut jangan terlepas cakap dan celupar yaa..itu saja kisah dari saya..terima kasih pada sesiapa yang sudi baca.

Rating Pembaca
[Total: 63 Average: 4]

1 thought on “TERSALAH BELI PULAKK (pocong)”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.