Tetamu #Ayu

Assalamualaikum semua.

Aku Ayu. Terima Kasih kepada admin sebab sudi approve cerita2 aku sebelum ni.So cerita kali ni
ada kaitan dengan story yang aku submit sebelum ni. buat yang x baca lagi korang kena baca dulu
(Panggilan Misteri #Ayu). Sebab apa yang korang baca lepas ni bermula dari situ.

2 minggu lepas aku dapat Panggilan Misteri dari “Maya”, aku mula dapat mimpi2 yang pelik
dan gangguan kecil tak kira la ketika di rumah atau sekolah. Benda ni jadi pada tahun 2005
waktu aku di tingkatan 4. Aku nampak bayang hitam ada di mana2. Sekilas pandang akan ada bayang
berbentuk tubuh manusia, Mula2 aku x kisah sangat, tapi lama2 aku rasa benda ni makin rumit.
Dia ada di setiap tempat yang aku ada dan rasa sedang di perhatikan itu kuat.

Pertama masa dekat sekolah. Waktu classmate aku tengah busy bersukan. Aku demam masa tu,
so aku duduk dalam kelas berehat. Tak tau berapa lama da aku tidur, aku dengar pintu kelas di buka,
bunyi tapak kaki, bunyi meja dengan kerusi yang di gerakkan dalam hati aku cuma cakap
“oo da habis sukan la ni” pelik, kalau da habis sukan kenapa sorang je yang masuk kelas?.

Demam mengalahkan sifat ingin tahu ku. Aku teruskan pejam mata. Dah niat kalau semua da masuk dalam kelas baru aku bangun. Ada orang tarik dan duduk di kerusi Maya yang ada di sebelah kanan aku. Kuat betul dia bernafas, penat bersukan agaknya.

Aku masa tu tengah tidur dalam posisi tunduk menghadap meja dan beralaskan tangan. Bila Maya
dah duduk dekat tempat dia aku pun automatik buka mata (tapi tak duduk tegak lagi), ingat nak buat2
tidur sebab nak kenakan Maya. Bila mata terbuka perkara pertama yang aku nampak adalah kerusi
di sebelah aku kosong. Maya? Yes, tiada Maya di situ. Tapi bunyi nafas berat macam orang baru habis pecut

100 meter masih ada di situ. Betul2 di sebelah kanan aku. Nak bangun tapi tak tau kenapa badan
macam dah kena locked. Bunyi nafas tu kedengaran makin dekat dengan telinga. Tiba2 ada orang teriak panggil nama aku serentak dengan bunyi tingkap kaca di pukul. “AYU!!!!!” tindakan refleks buat aku duduk tegak dan terus istighfar. Luar dan dalam kelas kosong tak ada satu orang pun. Tapi pintu kelas kami betul2 terbuka dan aku nampak bayang hitam tu berdiri di belakang pintu. Aku keluar dari kelas dan duduk di dataran sambil tengok kawan2 bersukan.

Malam tu, sebelum tidur biasanya aku akan baca Bismillah 21 kali dan 3 qul, tapi malam tu aku susah nak cukupkan Bismillah tu sampai 21 kali. Aku tertidur tanpa sedar. Dalam tidur tu aku mimpi ada sorang perempuan berjubah putih orangnya hitam, sangat hitam. Dia berdiri di luar beranda bilik. Cuma berdiri di luar.

“Assalamualaikum” kata ku. Dia tak jawab salam tapi dia tenung aku macam orang tengah marah. Kemudian dia panggil aku sambil pukul tingkap bilik dengan tangannya. Aku terjaga dari tidur dan aku nampak bayang hitam di hujung katil berlari masuk ke belakang almari pakaian. Sebab terkejut aku nangis. Adik yang tidur di katil sebelah terjaga.

“Ayu kenapa?” tanya adik. Aku minta adik panggil bapa dan mak aku. Jam lebih kurang 2.30 pagi masa tu. Bila mak dan bapa aku masuk ke bilik, aku pun ceritakan tentang bayang hitam yang ada di bilik kami dan mimpi ku sebentar tadi.

Lepas bapa baca ayat qursi dalam bilik aku rasa tenang. Aku pindah tidur sekatil dengan adikku.
Bila aku tertidur tu. Perempuan hitam tu datang lagi ke dalam mimpi. Masih berdiri di luar bilik
tapi kali ni dia macam gelisah. Mundar mandir di luar bilik.

“Panas!” cuma ayat itu yang aku dengar berkali-kalikeluar dari mulutnya.

“Kau siapa?” Tanya ku. Dia berhenti berjalan dan pandang aku.

“Kenapa kacau aku?” tanya ku lagi.
dia tak jawab pertanyaan cuma masih merenung aku. Terdetik rasa takut di hati bila di tenung begitu. Kemudian aku nampak senyuman di wajah hitamnya.

“Takut?” soalnya. “Ayu kau takut?” soalnya lagi sambil ketawa perlahan.

Tak tau dari mana datang keberanian ku untuk menjawab. “x, aku cuma takut pada Allah bukan dengan kau”. Mendengar jawapan ku dia ketawa lagi.

“Kalau x takut kenapa pasang pagar?, Kalau kau tak takut, ke sini la jumpa aku” katanya.

Aku menggeleng. “Tidak akan aku ikut syaitan seperti kau. Tempatku di dalam sini” jawapan ku kali ini membuat dia ketawa lebih kuat.

Dia kemudian berkata “Baiklah, Tapi ingat satu hal. Satu hari nanti aku akan datang bila masa kau lupa dan waktu itu tidak terlalu lama untuk aku tunggu”.

Dia berlalu pergi selepas itu. Aku terjaga dari tidur. Cuma mimpi. Tapi setiap butir bicara antara aku
dan dia begitu jelas. Siapa dia dan kenapa aku?.

P/S: Cukup sampai sini dulu. Bila ada waktu terluang akan aku sambung cerita seterusnya.

Ayu

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

2 thoughts on “Tetamu #Ayu”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.