TINDIH

Assalamualaikum. Hai semua pembaca fiksyen shasha. Kisah aku bukanlah kisah seram. Cuma aku nak kongsi pengalaman apa yang aku lalui. Agak panjang sebab aku malas nak buat sambungan. Maaflah kalau bosan.

Kisahnya bermula apabila aku kerap kena tindih waktu sedang tidur. Aku kerap kena tindih sejak dri zaman sekolah menengah form 2 lagi. Sampailah sekarang umur aku 21.

Masa mula2 aku kena tindih, aku rasa macam ade sesuatu menghempap badan aku. Aku tak boleh bergerak apatah lagi nak baca ayat al quran. Rasa macam bisu pun ade. Tapi aku cuba sedaya upaya baca dan gerakkan sikit badan aku. Alhamdulillah aku dapat melepaskan diri. Tapi tak stop kat situ je, lepas tu aku dengar ade hembusan nafas kat telinga aku. Aku nampak bayangan warna hitam. Cepat2 ambil telefon bukak segala surah dan ayat yang ada smpailah aku tertidur sendiri. Itulah first experience aku kena tindih. Lepas tu aku terus kerap kena tindih. Pindah rumah 2x pun kena tindih. Tidurlah rumah sesiapa pun, mesti kena jugak. Sampailah aku rasa macam perkara biasa kena tindih nie. Bila terjaga dri kena tindih aku bangun sambung tidur balik pun kena jugak. Tidur mengiring pun kena jugak. Apatah lagi tidur terlentang..

Raya baru nie aku ikut membe baik aku balik kampung dia dekat pahang. Rumah felda. Rumah tu dua tingkat. Bawah batu, atas papan. Disebabkan ramai sedara mara dia, aku dengan membe aku decide tidur atas. Tingkat atas ada 2 bilik. Tapi tingkat atas takde siapa yg tidur. Dorang buat tempat jemur baju dan solat sekali sekala. Masa naik tingkat atas tu aku dah rasa seram semacam. Macam suram je. Tapi aku buat biasa lah. Aku tidur pukul 2 pagi sebab anak aku terjaga nak susu.

Oh yee aku single mom. Aku divorced. Anak aku baru 6 bulan. Lepas anak aku minum susu dia tak terus tidur tapi dia ajak aku main. Dia gelak2 tapi gelak mcm gelak paksa, gelak dibuat2. Aku dah rasa lain, aku paksa dia tidur. Aku tutup lampu. Aku tepuk2 anak aku smpai dia tertidur sendiri. Dgn aku tertidur. Pukul 4 pagi aku kena tindih. Tapi sebelum kena tindih tu aku mimpi ade seorang perempuan dalam kurungan macam minta tolong lepaskan dia. Bila siang aku cerita dekat kawan aku dia cakap rumah tu memang ade. Tapi dah dipagar. Maybe benda tu terperangkap. So aku buat taktahu jelah. Aku tidur situ pun satu malam je.

Baru nie aku tidur rumah kawan aku hampir seminggu jugaklah. Aku kerap tidur rumah dia tapi tak pernah pun apa2 kejadian berlaku. Rumah dia nie rumah pangsapuri tingkat 4. 2 malam berturut2 aku kena tindih. Malam pertama dekat bilik tempat letak baju2. Kat situ ade buaian. Malam tu aku ingat nak tidur ruang tamu je, tapi pukul 1pagi tetiba anak aku menangis mengamuk2. Aku angkatlah buatkan susu lepastu aku letak balik dalam buaian.

Masa dia minum susu tu aku nampk dia fokus satu arah je. Dia pandang tempat lain. Padahal anak aku kalau minum susu aku selalu pandang dia, dia pandang aku. Malam tu aku decide tidur bilik tu. Aku bukak lampu, then aku tidur mengiring. Sebab jenis aku takleh tido terlentang. Confirm kena. Tapi malam tu aku kena tindih jugak, seolah2 benda tu taknak lepaskan aku. Macam nak rogol aku pun ye. Rase macam ade orang baring at sebelah. Aku tersedar jam 2pagi. Cepat2 aku bangun tidur sebelah membe aku. Aku tinggal anak aku kat buaian sorang2. Hahahaha..

Esoknya aku cerita kat membe aku dia cakap aku ade something tak kena nie asyik kena tindih. Dia pun whatsapp sorang abang nie yang boleh ubatkan orang. Dia bukan ustaz atau bomoh. Kawan aku suruh tengokkan aku dari jauh. Dia minta aku ambil air dalam gelas then baca apa yang dia suruh. Tapi aku tak fokus. Aku gelak2. Sebab kawan aku nie dengan adik dia jenis masuk air. Aku buat jugak. Bila aku minum air tu aku jadi termenung and rasa nak muntah. Abang tu cakap nie berkaitan saka. Last2 aku cakap mengarut ahh, aku takde pape lah. Aku ok je. Pastu aku lantakkan je.

Malam kedua aku kena lagi. Tapi kali nie aku kena dekat bilik kawan aku nie, aku tidur atas katil. Yang kedua aku mimpi cik ponti, cik ponti tu macam bagi aku sesuatu ikut mulut. Pastu aku kena tindih. Aku pun usaha lepaskan diri. Aku sedar2 mulut aku memang terbuka. Aku abaikan then aku tidur balik. Cerita lagi kat membe aku, dia kata kali ni panggil abang tu datang rumah tengokkan aku. Aku cakap buat apa aku taknak ahhh. Aku bukan sakit ke apa ke. Tapi dia panggil jugak abang tu datang.
Masa abang tu smpai aku taknak keluar. Aku dalam bilik. Awal2 aku dah rasa takut berdebar. Kawan aku paksa jugak aku keluar. Dengan tak berapa rela hati aku keluar jugak.

Bila time nk berubat tu dia tanya keturunan aku ade saka ke? Aku cakap aku taktahulah tak pernah dengar plak. Dia pun ok, then suruh duduk depan dia. Dia bagi aku segelas air. Dia suruh istighfar, mengucap, selawat 7kali. Aku baru istighar 2 kali tetiba badan aku rasa lain. Tetiba aku menangis..

Benda tu masuk dalam badan aku separuh je. Jadi aku sedar apa yg berlaku. Abang tu bawak 2 orang kawan dia. Kawan2 dia cakap dengan aku. Yang masuk dalam badan aku nie bisu. Tak boleh bercakap. So angguk2 geleng2 je. Hahaha. Mula2 dorang bagi salam tapi aku tak jawab. Tanya nama, aku geleng. Kiranya menda tu takde nama. Abang tu tanya ade orang anta ke aku angguk, siapa yang anta aku tak jawab.

Dorang tanya kawan sekolah ke. Aku angguk. Islam ke, aku geleng. Nak masuk islam tak? Aku angguk. Pastu abang2 tu ceritalah keindahan Mekah. Mula2 dia bagi nama Fatimah. Aku geleng. Siti Aisyah. Aku senyum angguk2. Hahahaha.. Abang2 tu bacalah ayat2 smpai lah aku rebah. Pastu membe aku kejutkan aku. Bila dah sedar abang tu cakaplah apa2 semua yang berkaitan. Kebetulan mak membe aku hidang makanan, sambil makan sambil bercerita. Pastu dia tanya aku rasa macam mana? Dah okay? Rasa ringan? Aku jawab rasa sakit kepala dengan sakit badan. Tengah2 makan terus berhenti. Rupanya ada lagi. Tapi kali nie yang lain. Yang nie dia ikut aku, keturunan aku. So berulanglah kejadian yang pertama. Yg nie aku tak ingat apa nama dia. Hehe..

Rumah membe aku kan tingkat 4. So ade balkoni dengan sliding door. Aku pandang sliding door. Tak nampak apa pun. Terus sakit bahu. Aku cakap dengan abang tu. Dia cakap lah ade lagi ke? Hahaha..

Kali ketiga nie nenek. Suara aku memang macam nenek2. Tapi dia bawak cucu cicit dia. Masing2 nak pi Mekah jugak. Dorang namakan nenek nie Siti Fatimah. Lepas tu aku rebah untuk kali ketiga. Yang nie aku sedar terus aku suruh membe tutup sliding door. Hahahaha.. Abang tu ulang balik soalan yang mula2 tu, aku cakap sakit tak hilang. Kali nie sakit bahu jugak. Aku pun layan sakit tu smpai diri aku dikawal lagi.

Yang nie lelaki. Mula2 bagi nama Maaruf, taknak. Karim pun taknak. Muhammad barulah dia nak. Masa mengucap tu suara aku kali nie agak besar. Tapi tetap suara aku. Yang nie pun bawak geng jugak. K, aku rebah untuk kali keempat. Bila aku sedar aku boleh cakap bila nak habis nie. Dah penat. Ramai lagi tunggu turn. Hahaha.. Disebabkan rasa sakit tak hilang abang tu ajar cara cmne nak buang sakit tu.

Time nie tangan aku bergerak sendiri pergi kat tempat sakit pastu aku genggam ibarat macam hancurkan sesuatu sambil pejam mata. Pun tak hilang jugak sakit. Rupanya ade lagi sorang nk masuk jugak! Kali nie perempuan. Dia bagitahu nama dia Ayu. Orangnya lemah lembut. Asyik senyum je. Terasa aku senyum smpai ke pipi. Masing2 nak masuk islam lepastu nak pergi Mekah.

Kali kelima aku rebah weyh. Hahahaha. Sakit kepala bahu dengan tengkuk aku tak hilang. Abang tu cakap jangan bagi masuk. Kalau macam nie sampai subuh tak habis. Hahahaha.. Kawan abang tu cakap yang last nie budak, tapi aku lawan tak bagi masuk. Yang kat balkoni pun ramai masing2 tunggu turn. Aku yang kesian kat dorang. Yelah siapa taknak pi Mekah.

Abang tu cakap macam mana boleh ramai sebab ada yang lalu nampak apa yang jadi. So dorang macam tumpang sekaki. Di alam dorang, dorang nampak cahaya terang dari rumah membe aku nie sampai ke langit. Seolah2 dorang terpanggil untuk tengok apa yang terjadi. Apapun syukur alhamdulillah mereka semua keluar masuk dengan tertib. Takdelah smpai aku meracau ke apa ke kan.

Yang pasti semuanya ade hikmah. Dan setiap yang berlaku tu atas izin Allah SWT. Tu jelah kot aku nak cerita pengalaman aku lalui. Minta maaf kalau ade kekurangan.

.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

3 comments

  1. kira nya ramai di kalangan member dh lama nak masuk islam kebetulan plak rumah dia ni ada cahaya smpai atas langit mungkin nur kelebihan allah bagi so jin pun tertarik nak tgok apa terjadi tu smpai kat rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.