Tinggal Bersama Makhluk Yang Tidak Diketahui

Assalamualaikum. Di kala aku menaip kisah ni, aku sedang bekerja shift malam pada pukul 1 pagi (seram plak rasa).

Aku mendapat tawaran bekerja pada tahun 2013 di sebuah daerah yang tak pernah aku jejakkan kaki. Bukan main seronok lah aku sebab aku memang seorang perempuan yang suka mengembara bersendirian tanpa ditemani sesiapa. Berbekalkan doa mama dan abah dari Kedah, aku gigihkan seorang diri mencari rezeki di negeri orang. Tawaran kerja aku ni dimulakan dengan program “Apprentice” yang berlangsung selama 6 bulan sebelum aku diterima bekerja secara tetap. Aku harus belajar dalam tempoh tersebut dan exam, program ni lebih kurang level Degree. Tempat tinggal disediakan sepanjang program. Memang itu point utama untuk aku bersetuju dengan tawaran ni.

Hari pertama aku melaporkan diri, aku dibawa masuk ke apartment 3 bilik yang disediakan oleh syarikat. Mulanya langkah kaki aku yang pertama, aku rasa macam ada satu gumpalan angin hembus ke muka. “Wow fully furnished. Besaq. Cantik. Bertuah gila aku berhijrah mai negeri orang ni”. Detik aku dalam hati. Aku dan bakal housemate aku, Z menjelajah la seluruh pelusuk rumah. Memang puas hati. Masak senang, tv ada, view cantik. Bukak sliding door, nampak view ala-ala laut. Apartment lain mewajibkan 5 orang dalam 1 rumah, tapi kami special la sebab 2 orang ja perempuan yang datang dari jauh. Aku Kedah dan Z dari Selangor.

Semuanya ok. Bahagia. Tiba-tiba dapat taw yang Z dah nak kahwin. Sedih campur gembira sebab rapat sangat dengan Z yang saya anggap kakak akan meninggalkan rumah ni. Di permulaan ketiadaan Z, semuanya masih baik. Sehinggalah pada satu malam, aku rasa panas, padahal rumah memang memanjang pasang aircond. Aku laras suhu paling rendah dan sambung tido. Rasa panas waktu malam ni berterusan tanpa henti. Siang atau malam, sama ja aku rasa.

Katil aku mengadap almari dan bila aku solat, mengadap cermin. Tiap kali aku solat, xkira siang atau malam, bila nak rukuk, alis mata aku akan nampak benda tu ada betul-betul di belakang aku. Memang jelas nampak. Aku solat sambil mengendahkan pandangan alis mata. “Takkanlah siang rembang macam ni dia ada kot. Merapu aih”. Aku berseloroh.

Apartment ni dia lain macam sikit susunan. Aku duduk bilik depan. Dari pintu utama, memang jelas nampak ketiga-tiga bilik sama ada pintu buka atau tutup sebab design dia straight ja. Sejak Z takda, aku memang bukak lampu dan tutup semua pintu bilik, terutamanya bilik belakang sekali. Nak masak, kena lalu jugak di bilik belakang. Tengok Tv kat ruang tamu pon sama. Di belah belakang. Hujung sekali.

Rutin aku, aku akan masak cincai-cincai janji kenyang perut aku, tengok Tv. Pukul 10 masuk tidoq. Kalau crita best, kol 12 baru tidoq. Bila aku masuk bilik untuk tidur, asal tarik selimut, dia start dah aktiviti dia. Bunyikan kerusi, hidupkan Tv, bunyi sliding door. Sebulan pertama, aku memang susah nak tidur. P kelas, muka macam budak kena belasah. Bengkak mata. Bayangkan la bila aku duduk kat meja makan (semua kerusi aku duduk n biarkan kedudukan senget benget), malam buta dia akan susun n kemas, esok pagi cantik ja dia “tolong” kemaskan. Aku tutup tv, dia bukak. Aku cabut suis pon dia pasang. Itu alkisah di ruang tamu.

Di bilik depan aka bilik yang aku tidoq, part yang paling aku tak boleh blah. Aku memang jenis tidoq mengiring ke kanan, dah biasa dari dulu. Aku akan nampak katil bujang bila mengiring ke kanan, iaitu tempat Z tidoq dahulu. “Dia” kerap jugak muncul menggantikan Z bila waktu malam. “Dia” ada kat sebelah, bukakkan pintu, muncul dalam cermin dan bercakap bahasa yang aku tak faham. Memang aku x mengiring ke kanan dah la lepas kejadian tu.

Dalam 3 bulan lepas kejadian tu, aku nekad pindah bilik belakang. Waktu tu jugak aku dapat taw sahabat baik aku, M diberi kebenaran untuk teman tinggal bersama aku. Seronok tak hingat la aku sebab akhirnya aku dah dapat partner. Aku rasa penyeksaan aku berakhir, rupanya tak. “Dia” lagi mengamuk sakan.

M duduk di kawasan sekitar jugak, dia cuma teman aku ja duduk kat apartment besar ni. Setiap hujung minggu, dia akan pulang ke rumah ibunya. Aku pulak dah la kampung jauh, minah yang ada moto ja, balik Kedah nak kena rempit. Kalau pinggang aku rasa nak tercabut, memang aku tak balek Kedah minggu tu, stay kat rumah ja.

Kemuncak hilang akal aku bermula pada satu malam minggu ketika M pulang ke kampung. Macam biasa aku tengok tv, tapi malam tu aku rasa seram sejuk lain macam, so pukul 10 aku dah tutup tv, n nak masuk bilik. Aku tutup tv, dia on. Aku tutup balik, dia on. Memang sengaja dia nak kacau aku. Trus aku masuk bilik n tutup pintu. Elok aku tutup muka dengan selimut, “dia” ketuk pintu aku dengan kuat. Rasa nak luruh jantung aku, memang aku tak taw la waktu tu berapa juta kali degupan jantung aku. “Dia” ketuk sekali tapi bunyi padat. Aku yang berselubung, bukak slow-slow selimut dan aku nampak “dia” ngah mundar-mandir depan pintu bilik aku! (aku boleh nampak bayangan hitam tu sebab pintu tu ada jarak yang agak besar dari bawah). Allah ja taw betapa menggigilnya aku waktu tu. Tak taw nak lari mana, aku kol member aku yang pandai bab alam mistik. Dia suruh aku baca 1 surah n benda tu beransur-ansur hilang.

Itu la malam kemuncak aku kena dengan “dia”. Macam-macam versi cerita mengenai apartment yang aku tinggal tu. Ada yang kata rumah yang aku duduk tu, sebelum ni ada sorang perempuan mati bunuh diri, ada yang kata rumah aku tu laluan makhluk halus, ada jugak yang kata sebelum ni rumah tu pernah dimasuki pengamal perubatan tradisional. Ntah la. Sebab free, aku hadap jugak la duduk rumah tu selama 6 bulan. Nak sewa rumah lain, mahal. Memang kenalah gelaran apartment ni iaitu “Apartment Senget Berhantu” yang digelar orang kampung sebab kedudukannya yang senget dan memang ianya berhantu.

submit kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *