Tinggal Berseorangan di Rumah

Assalamualaikum wbt

Maaf kalau story ni membosankan pembaca fs semua hehe

Cerita ni berdasarkan pengalaman aku sendiri beberapa tahun lepas, tahun Spm.
Waktu ni kami sekeluarga hendak berangkat ke Melaka. Fuh, memang semua pakat kalut sebab tiba2 kereta buat hal so kena hantar workshop. Mak aku macam biasa, dah bising2 kat kakak aku sbb taknak check awal awal. Yang aku ni pulak satu hal, study last minute. Bayangkan seminggu je sebelum Spm. Bukan tak study langsung. But aku just nak make sure aku faham betul2 apa yang aku study.

Last2 aku cakap kat mak aku, aku nak duduk rumah je. Alaaa mak aku pergi 2 hari je. First mmg mak aku berat hati nak tinggalkan aku. Anak bongsu kan. Manja dia tu melebih aa hahaha.

But luckily mak aku kasi aku tinggal rumah. Duit semua dia bagi. Cuma nak beli je. Tapi duit tu aku masuk tabung jela sbb malas nak pergi kedai. Melantak je la apa yang ada.

Ok sorry. Terpanjang lak. Jangan baca sekerat udah leerr

Family aku bergerak dalam nak 3 petang cemtu. Lepas aku suada suis yang terpasang, terus aku terperap dalam bilik. Konon nak study. 30% study 70% tu aku rasa aku main game.

Ok. Kali ni aku study betul2 sampai tak sedar dah pukul 6. Aku buat apa yang patut semua then aku study balik. Aku tulis apa yang aku faham kat buku nota aku. Ada jugak aku buat lukisan kartun yang bertemakan seram sebab aku memang minat horror2 ni. Nak dekat maghrib cemtu, aku stop. Buku semua aku biar bersepah and aku terus keluar bilik. Damn! Macam mana lampu semua terpasang? Yang membuatkan aku pelik lagi bila kat ruang tamu penuh dengan bekas plastik keropok super ring. Pundek makan tak ajak. Sedap tu super ring. Boleh buat cincin lagi. Konon dalam ultraman

Argh. Aku dah mula seram sejuk. Setahu aku. Rumah ni tadi bersih je. Mak pantang betul kalau keluar, rumah tak kemas. So mana mungkin tiba2 banyak bungkusan plastik. Adoi, so aku biar je. Pandai makan, pandai kemas. Aku tutup semua lampu terus kunci diri dalam bilik. Mujur ada bilik air. Tak perlu aku keluar bilik semata mata hendak amik wudhuk.

And lepas mandi solat semua, aku sambung study. Lapar memang lapar. Tapi kalau iman pun senipis kulit bawang, hm duk jela dalam bilik. Otak aku dah mula terbayang super ring tadi.. Cb tul..

Lepas bape minit, kat luar bilik terdengar bunyi budak lari2. Hey…. Apala nasib aku ni.. Aku cuba berfikiran positif yang ni rumah sendiri. Buat apa nak takut.

Selang beberapa minit. Bunyi tu macam kat tempat aku solat tadi. Salam x bagi, main masuk je.. Bda’ah la kalo aku cakap aku tak takut. Nak nangis dah rasa. Tapi sebab anak jantan, kena kuat.

Hilang mood study aku. Aku tutup buku. Aku terus baring. Lampu dibiarkan terbuka. Aku main handphone sebab nak hilangkan rasa takut. Ayat ruqyah yang diambil dr youtube aku pasang sekuat kuatnya. Bior panas badan hang setaaannn

Alhamdulillah. Stop jugak. And aku terus tidur. Terlalu merdu bacaan surah tersebut hingga lena aku.

Ceit. Ada jugak yang tak puas hati aku tidur. Dalam pukul 2:45 pg, aku tersedar. Yang peliknya, pintu bilik aku terbukak. Sumpah aku rasa nak menjerit dah time tu. Hilang status macho kang.

Aku bangun dan terus hempas pintu kuat2. “Jangan nak kacau aku laa. Aku tak kacau kau!” Aku sekadar berbisik. Mungkin korang fikir aku menjerit. Tapi nanti “dia” naik angin cemano? Payah aku woi

Aku naik atas katil terus selubung diri dalam selimut. Perasaaan takut ni ya Allah, tak dapat nak luah.

Tak habis lagi… Dengar dalam bilik air ada orang bersiul2 sambil mandi. Ok aku give up.

Aku amik phone terus call mak aku. Lantaklah orang nak ckap aku ni anak mak ke apa. Janji aku boleh tidur.

Hmm sayang betul mak kat aku. Terus mak aku angkat call. Aku cerita semua yang jadi. Mak aku cakap tu semua bayangan je. (Ayat biasa orang guna sebab nak sedapkan hati.) Pastu mak aku dah marah cakap “siapa suruh tak ikut. Kan dah kena” hadesh, lain yang aku harapkan, lain yang mak aku bagi.

Pastu aku suruh mak aku jangan letak call. Kitorang sembang lama2 sampai aku tertidur. Haii.. Sayang mak.

Tak habis lagi rakan pembaca sekalian, kali ni lagi teruk. Aku terjaga dalam pukul 4 pagi. Sedar2 ada benda yang miang dok baring tepi aku. Muka tak nampak. But aku sedar memang rambut natang tu betul2 tepi aku!! Dalam hati aku dah baca surah kursi. Aku baring arah bertentangan sambil mata aku terpejam rapat. Bacaan tu aku kuatkan sedikit. Hampir setengah jam aku ulang benda yang sama. Alhamdulillah. Aku dah tak rasa apa2 tepi aku. Tak taula dia bertenggek atas almari ke apa. But akut terus ambil wudhuk and buat solat tahajjud. Mungkin ini caranya Allah nak kejutkan aku untuk tahajjud.

Selesai solat. Aku terus tidur. Tiada gangguan dah lepas tu. Lena smpai aku bangun2 dah pukul 9 pagi. Subuh ke laut.

Dalam pukul 9 aku bangun terus mandi. Semalam tak mandi so badan ni dah bau macam bunga dah. (Ada bau ke?)

And tuptup lepas mandi tu terus mak aku call. Tanya makanan untuk harini macam mana. Aku just cakap lepak mamak dengan member. And at the same time aku minta izin mak aku nak bawa 2 orang member aku tidur rumah. Serik apa jadi kat aku semalam.

Happy gila when mak aku bagi green light. Just dia suruh jaga rumah. Jangan bagi sepah. Ha simple je

Lepas mak cakap jangan sepahkan rumah, terus aku teringat malam semalam. Kat ruang tamu tu.. So habis on call dengan mak aku. Aku pergi ruang tamu. Aik, bersih pulak. Termakan jugak kata2 aku “pandai makan, pandai kemas” tu. And seperti biasa, aku masuk bilik, study. Kedengaran bosan, memang bosan.

Aih. Kalau aku cite ni memang sampe malam tak habis. Aku lompat terus lah. Sorry.

Lepas Asar. Dua ketul manusia ni pun muncul depan rumah aku. Ceh, ingat diorang nak bawak buku revision banyak2. Tapi yang ada kat tangan cuma beg plastik yang berisi baju. Okay, kalau tengok dari sudut luaran, aku rasa diorang ni bawak boxer je.

Bila aku tanya baju and tuala mana, dedua ekor sengih tengok aku. Haih. Dari sini dah nampak yang mereka akan mengamalkan budaya ‘sharing is caring’ sebentaq lagi

And dari pukul 5 sampai 7 kitorang study, buat nota, and ada time aku cuba fahamkan pastu ajar diorang supaya masuk otak terus.

Lepastu masuk maghrib kitorang siap2 mandi solat and ingat nak study balik. But sorang kawan aku ni lak, ekoi. (Jgn mempersoalkan nma dia haha)
Ekoi dah mula ajak tengok movie kat depan. First2 aku reject. Aku bagi dua ekor tu tengok dulu. Heh, 5 minit je mampu bertahan. Aku tutup buku terus join diorang. Nafsu sememangnya sukar untuk dikawal. Lama jugak kitorang tengok. Tengah syok layan, sekali black out. Haih.. Aku keluar rumah, nasib bukan rumah kitorang je yang tiada lampu. Satu perumahan gelap. Terus kitorang decide nak berjimba kat luar. Lagi sekali, masa dihabiskan begitu saja. Sepanjang kat luar tu aku perati member2 aku ni senyap je. Dalam fikiran aku dah terbayang macam2. Tapi aku cuba fikir positif maybe diorang tengah nak ingat balik formula yang study tadi. Cun kan alasan?

Dalam 30 minit, lampu ada balik. Kitorang masuk rumah. And apa yang aku nampak memang mengejutkan. Depan tv, ekoi dengan jat tengah syok tido. Time tu aku dah beristighfar panjang2 … Rasa nak cabut lutut aku do

Sat.. Dahtu siapa yang duduk berjimba dengan aku kat luar tadi? Aih, meremang segala bulu aku. Aku kejut jat dengan ekoi. Dedua tengah mamai. Pastu aku tanya kenapa diorang ada dalam rumah. Bukan tadi kat luar?

Semua muka konfius. And aku syak ada benda yang nak main dengan aku lagi ni. Aku cerita sampai A-Z. Terkejut diorang dengar sebab diorang tak sedar apa2 pun. Time dedua tengah layan movie, aku masih study. And diorang cakap tak sedar pun waktu aku join tengok movie. Sedangkan AKU BARING BETUL2 TEPI JAT TADI.

Dalam hati aku ni dah ragu2 kalau depan aku ni hantu yang “berlakon” ataupun mereka berdua yang sebenar. Aku tengok jam baru pukul 10.

Ceh, ini baru permulaan.

Sial betul. Time macam ni la makhluk ni nak kacau. Dah lama aku duduk rumah ni kenapa baru sekarang nak kacau? Pelik.

Nak elakkan benda tak elok berlaku, aku terus tutup tv and kitorang sama2 masuk bilik aku. Kali ni aku letak meja berat depan pintu. Takdela malam2 pintu terbuka ke apa. Yang si ekoi ni dah pelik kenapa aku buat benda ni semua. Bukan taknak jujur, tapi aku takut kalau2 diorang yang kencing dalam seluar satgi. Hahaha

Nasib katil aku muat untuk tiga orang. Aku tutup lampu and baca surah kursi sekuat kuatnya. Kalau orang lain tengok, mesti anggap yang kitorang ni macam tiga orang budak kecil yang hendak tido. Haha. Bukan apa, last aku baca doa tido dan kursi kuat2 pun time sekolah rendah dulu. Tu pun sebab mak ada.

Anddd kitorang pun tido dengan lenanya..

Okay, game bermula.

Pukul 2 pagi aku dah terjaga sebab jat kejut aku. Aku dalam keadaan mamai terus duduk dan sandar ke dinding. Jari Jat betul2 tunjuk dekat pintu bilik. Tangan dia dah menggigil-gigil. Terkejut aku waktu pandang kat pintu tu..

Siapa yang tak terkejut kalau nampak member sendiri tengah main ketuk2 pintu banyak kali? Sambil tu mata dia tak lepas tengok arah kiri. Betentangan dengan tempat kitorang tidoq

Sudah.. Asal ekoi ni? Ya Allah.. Kali ni lebih 2× ganda takut aku.

“Dah bape lama dia macamtu Jat?” Aku tanya dalam nada berbisik

“Aku tak tau. Dia yang kejut aku. Tapi tak kejut hang. Dia pergi kat pintu bilik terus ketuk banyak kali. Meremang aku weh..”

Okay ni creepy. Siapa je yang sanggup bangun malam malam semata2 nak ketuk pintu? As if ada orang pulak kat luar tu..

Aku kaku terus. Lidah aku dah kelu. Nak baca ayat2 suci pon tak boleh. Macam ada batu berat diletakkan atas lidah. Kau rasa? Sape tak takut wehh

Tertanya tanya juga kalau2 ekoi ni selalu mengigau. Mungkin ya. Mungkin tak.

“Koi.. Asal hang nih? Weh okay ke?” Haa bersuara pon kau Jat! Ingat malu nak keluarkan suara kau yang semanis gula ke apa.

Pertanyaan Jat dibiarkan sepi.

Dah pandai main bluetick pulak member aku sorang yang bernama ekoi ni.

“Jat.. Hang baca surah apa2 dulu. Kuat2 tau” aku arah. Bukan aku taknak baca. Tapi aku seolah2 lupa semua surah aku tau!

Kali ni arahan aku pula dibiarkan sepi. (gais jgn cari member jenis suka bluetick ni. Silap2 korang sembang dengan diri sendiri jela #foreveralone)

Kali ni takkan aku nak biarkan dia ketuk pintu bilik tak henti2. Tak kisahla tangan dia luka esok. Aku hanya perlukan keamanan untuk tidur.

Terus aku pasang surah ruqyah kuat2. Alhamdulillah, stop jugak akhirnya. Lepas dia stop tu, macam takde apa yang berlaku. Ekoi kembali ke katil dan meneruskan tidurnya.

Hehehe. Benda ni kan, sekejap ada sekejap takda.

Tak sampai setengah jam aku tidur, surah yang aku pasang tadi pulak macam ada orang main pause/play berulang2 kali. Attention seeker betul lahai.

Aku pusing tepi, pandang Jat. Dia pun pandang aku. Handphone yang aku letak kat kepala katil tu aku amik semula. Aik okay je. Bacaan masih diteruskan. Kenapa tadi dengar macam lain je?

Argh! Susah la kalau aku ni macam orang tak cukup tidur je. Mana aci!

Lepastu, aku dengan Jat tak boleh tidur langsung. Nak pandang ekoi pon aku takut. Tadi dia main ketuk2 pintu. Takut lepasni dia terus nyanyi “knock knock, mahuku perhatian. Talk talk..” Ha tak pasal2 jadi ekoizabeth tan kat sini. Susah aku.

Haha gelak sikit geng.

Tapi alhamdulillah. Itu jela yang terjadi kepada kami bertiga malam tu. Sedar tak sedar, aku dan Jat berjaga sampai subuh. Mujur ada 2 ekor ni. Kalau tak, entah apa jadi kat aku..

Bila family aku balik. Aku cerita semua kat diorang. Kakak aku siap gelak cakap aku ni anak manja sebab call mak pagi2

Apa sajalah.

Mak aku ada panggil ustad ni. Katanya sengaja makhluk ni nak bersinggah. Tapi sekarang dah okay dah sebab ustad tu dah ada buat bacaan yasin dalam rumah ini.

Apa2 pun, aku just nak ingatkan kalau sebelum tidur tu bacalah surah2 dan jangan lupa solat dulu. Jadi macam aku nanti tak boleh tido kome.

Sorry if tak seram. Tapi kalau kena kat batang hidung sendiri, ha nasib.

Assalamualaikum wbt 🙂

– fiq ✌

6 comments

  1. hahaha. ni memang lawak. tapi best la. cuma pembetulan sikit. Kursi bukan surah. dia ayat.

    ayatul kursi. bukan surah. kalau surah, ayat kursi ni ada dalam surah albaqoroh.

    #Sharing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *