ezauiiy

Tingkap!

Cerita ni berlaku dalam 2 tahun lepas sewaktu aku bekerja di selatan tanah air. Waktu tu aku menyewa dekat P11 Putrajaya. Waktu tu area P11 ni boleh dikategorikan sebagai area ‘work in progress’ kat Putrajaya. Masih banyak kerja pembinaan yang belum selesai. Sekarang ni aku tak tau la sebab dah tak pernah ke sana.

Aku menyewa bilik single dekat flat lima tingkat area P11. Rumah aku kat tingkat tiga. Aku suka tido dekat dengan tingkap. So, katil aku aku rapatkan dengan tingkap. Syok sebelum tido dok menikmati pemandangan blok depan. Tengok budak-budak main kat kawasan lapang antara blok.
Satu hari tu, tengah aku dok tido, lebih kurang dalam pukul 1-2 pagi aku terjaga sebab terdengar bunyi ada benda ketuk tingkap bilik aku. Mula-mula aku dengar sekali aku pikir mungkin burung yang patuk-patuk kat tingkap bilik aku. Pastu selang seminit dua bunyi lagi ketukan tu. Bunyi macam ada orang ketuk guna hujung kuku. Bunyi ‘tuk-tuk’ yang berulang. Jenis aku, kalau dengar bunyi bunyian pelik ni, aku mesti nak cari bunyi tu datang dari mana. Jadi, aku buka tingkap tengok luar. Tengok kiri kana atas bawah semua tak ada apa, aku tutup tingkap dan nak sambung tido.

Dalam aku separa nak lelap tu, tetiba ‘pap’ tingkap aku macam kena tampar dengan tapak tangan. Kuat pulak tu. Bila aku tengok kat tingkap, memang berbekas tapak tangan kat tingkap bilik aku. Besar dan panjang-panjang kesan jari ‘dia’. Aku dok tingkat tiga kot. Terus aku tarik selimut tutup muka.

Esok pagi, terus aku tarik katil aku pegi tepi dinding. Sejak dari kejadian tu, aku memang tak suka biar tingkap bilik aku tertutup. Memang aku akan buka tingkap. Aku pon tak tau mana lagi menakutkan. Buka atau tutup. Tapi memandangkan pengalaman seram aku dengan tingkap bertutup, maka aku lagi rela biar tingkap terbuka. hahahah,
Adios.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *