Toilet dan suara mengilai

Assalamualaikum W.B.T.
1st aku nk ucapkan terima kasih sebab sudi share kisah seram aku ni. Mungkin xseram bg korang tp bg aku kisah ni agak menyeramkan la. Aku ni jenis orang yamg takut-takut berani. Kalau ada bnd pelik aku mesti nak tengok walaupun hakikatnya aku takut.

Kisah ni jadi tahun lepas. Masa tu aku ngan family dan sorang lagi member pergi Kulim. Masa nak balik tu aku cakap kat husband nak pergi toilet sebab sakit perut dan memang dah tak tahan. Suami aku pun suruh la member dia ni singgah kat stesen minyak. Sampi je kat situ aku turun dan en.husband pn turun sebab dia cakap nak buang air kecil. Time tu kitaorang masuk toilet yg sama bilik lain2 la. Lagipun time tu xda orang pun.

Lepas tu aku dengar bunyi pintu bilik sebelah terbuka. Aku pn cakap la kat husband suruh buat susu anak. Lepas tu aku sambung membuang. Tetiba aku dengar pintu tertutup. Aku fikir mungkin member aku yang masuk kot.

Aku abaikan je la. Pastu dah selesai tu aku pun keluar. Terniat nak intai toilet sebelah sebab lepas aku dengar bunyi pintu tertutup macam orang masuk tak da pn bunyi air ke bunyi buka pintu dh keluar ke. Aku pun jenguk la. Tak da sapa pn. Aku dah xsedap hati time tu terus keluar. Sampai je depan pintu dorg semua dalam kereta. Aku dah cuak dah pastu dari dalam kereta aku perasan dorang dok lambai2 aku pun cepat2 la jalan masuk. Pastu semua diam je dalam kereta. Layan perasaan. Bila nak sampi rumah aku tanya tadi ada sesiapa masuk toilet ke dorg cakap xdak. Pastu aku cam xpuas hati tnya lagi takut dorg main2.

Tp mati2 dorg ckp memg xdak sesiapa pun masuk. Aku terdiam. Pastu suami aku buka cerita dia kata masa dia pergi basuh botol anak dia dengar suara org dok mengilai sayup2 ja. Org tua2 kata kalau dengar suara sayup2 tu maknanya benda tu dekat dengan kita. Dia pn cepat2 blah n suruh member ktorang masuk keta. Anak aku pn tetiba menangis ja. Sebab tu dorg lambai2 kat aku suh masuk kereta cpt2. Pastu masa ktorg otw blik smpi kat satu tempt ni terasa macam ada benda ikut. Sebab aku pun perasan kereta jd slow tp diamkan ja. Xberani nak tegur. Nak tgk belakang tp takut sgt n rs semacam ja. Kami xterus balik rumah.

Lepak dulu minum pastu baru blik. Pastu selang beberapa hari pastu ktorg pn cerita la dekat member yang stay area sna. Dorg ckp memg tempt tu keras pun. Tambah2 dekat pokok besar tepi toilet. Toilet ni kat bahagian belakang. Terasing dari cashier. Suami aku cakap dekat pokokntu la dia basuh botol n dengar suara mngilai tu. Mungkin cerita aku xseram mana tapi bg ak memg seram. Bila teringat balik aku jenguk toilet sebelah tu nasib xdak apa kalau la tetiba dia tunjuk apa2 agak2ny dah jd kat aku. Ntah2 dah pengsan aku depan toilet tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *