Tolonglah Dia

Salam warga FS. Kali aku nak bercerita tentang betapa kita sendiri pun dapat mengubat bila terdesak. Ikutilah kisahku ini. “Pakcik. Boleh tolong mai tengok sat. Ada sorang wanita nak lompat dari flat. Dia kena rasuk”. Aku menerima panggilan talipon dari anak saudaraku. Jam sudah pukul 10.30 malam.
“Tu abang jadi ke p sana?”, tanya isteriku sebab dia pun tahu aku tidak pandai mengubat. Aku hanya nampak apa yang orang lain tak nampak. Itu saja. Aku mengiyakan saja. Terus aku ke sana.

Bila sampai sudah ramai orang dan kelihatan bising di dalam rumah. Aku mengetuk pintu. Bila pintu dibuka terus meluru seorang wanita ingin keluar dari rumah tapi dipegang. Menjerit2 dia minta agar di dilepaskan. Kata anak suadaraku dia ingin terjun dari flat. Aku melihat di luar ada lembaga berambut panjang sedang berdiri.

“Ada benda di luar yang dok ganggu perempuan ni. Sebab tu dia nak lari keluar”, aku berbisik pada anak saudaraku.

“Encik ni datang nak berubat ka?”, tanya tok bomoh kepadaku.

“Tak, tak saya datang tengok saja”, balasku. Kelihatan seperti dia tidak berpuas hati dengan kedatanganku. Aku duduk di belakang dan memerhati cara tok bomoh mengubat. Dipukulnya badan perempuan yang kena rasuk tadi dengan kayu. Menjerit perempuan tersebut kesakitan.

“Pakcik tak suka cara dia mengubat. Yang sakit tu bukan benda halus tapi perempuan tu. Tu bukan mengubat tapi m******h”, rungut aku. Aku melihat di siling. Ada benda sedang merayap2 lalu turun depan tok bomoh. Aku baca ayat al quran lalu aku hembus secara perlahan ke arah makhluk yang melata di siling. Marah dia melihat aku lalu hilang dari pandangan. Kemudian wanita tadi menangis. Begitu mendayu sekali.

“Nak buat macam mana. Kita kena terima dengan hati yang lapang. Dah..dah jangan dok menangih lagi”, pujuk tok bomoh dekat wanita tadi. Tiba2 wanita tu ketawa dengan kuat. Rupanya dia telah mainkan tok bomoh.

“Ni yang buat aku marah. Buang masa masa aku dok mengubat. Ni saka. Tak boleh buat apa dah. Bawa balik rumah”, kata tok bomoh sambil menjeling ke arah aku. Mungkin dia termalu sebab telah dipermainkan makhluk halus.

“Biasa lah tu. Kita mengaku sudah la tak mampu buat. Orang faham. Buat apa nak marah2″, kataku kepada anak saudara. Wanita tersebut terus menjerit ingin terjun dari flat. Dia dibawa oleh jiran2 masuk ke rumahnya. Aku hanya duduk di tempat tadi. Tiba2 bunyi talipon….

” Pakcik. Tok imam minta pakcik tolong tengok sat”, kata anak saudaraku dan aku melangkah keluar ke rumah wanita tadi. Datang tok imam.

“Budiman. Hang tolong p tengok sat. Kuang ajaq….masa aku p tadi dia gelak dekat aku. Dia kata tok imam ketot p balik la. Hang bukan lawan aku”. Aku ketawa gelihati mendengar cerita tok imam. Aku masuk dalam rumah. Wanita tersebut tenung muka aku. Tak berkedip matanya. Sama juga dengan aku. Kami lawan tenung tanpa suara.

“Ni sapa pula depa hantaq”, aku memegang ibu jari kaki wanita tersebut.

“Kuang ajaq hang. Sakit tau dak dok picit jari aku. Hang ingat hang pandai sangat ka”. Ditariknya kakinya kembali.

Aku menarik kakinya kembali. Aku pegang ibu kakinya lagi..

“Baikkk. Hang nak lawan dengan aku. Haha. Tunggu. Ni mai. Hang mai”. Sambil dia memberi isyarat kiri kanan agar datang. Terkejut aku dua ekor makhluk badan besar berbulu dah ada kiri kanannya

“Aku nak hang ganggu keluarga dia. Lani pi”. Dia memberi isyarat lalu hilang kedua2 makhluk. Aku dah tak sedap hati. Aku tau ini bukan permainan lagi.

“Dah panggil orang nak mengubat wanita ni?”, aku bertanya anak saudaraku.

“Dah pakcik. Ustaz dah nak sampai”, kata anak saudaraku.

“Pakcik kena balik. Dia hantaq geng dia suruh kacau makcik”. Terdiam anak saudaraku. Cepat2 aku call isteriku. Aku minta dia baca Al Mathurat. Jangan berlengah lagi. Isteriku akur. Bila aku sampai aku lihat makhluk tadi berlegar2 di luar dan tak dapat masuk ke dalam rumah.

Bila aku ada dekat, makhluk terus hilang. Aku tanya isteriku sama ada gangguan. Katanya biasa saja. Tak ada apa yang berlaku. Aku talipon anak saudaraku bertanyakan keadaan wanita tadi. Katanya ustaz telah dapat mengeluarkan saka dalam badan wanita tersebut. Jadi pengajarannya ialah zikir Al Mathurat cukup baik kalau kita dapat amalkan. Kita hafallah. Banyak kelebihannya. Sekian. Moga bermanfaat.

Ariff Budiman

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

7 thoughts on “Tolonglah Dia”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.