TopengMimpi-WARIS HARIMAU

Assalamualaikum kepada semua reader,dan yang utama kepada group fiksyen shasha.Kali ini saya nak menceritakan tentang SAKA.  Terpulang kepada pembaca untuk menilai saka atau pesaka,dan jenis apa yang penting saya harap sedikit sebanyak cerita ini mampu menjadi iktibar kepada semua.Bukan mngaibkan,tetapi sebagai tauladan kepada kita semua.

Aku mempunyai sebuah keluarga yang agak sederhana,ayah ku berasal dari selangor manakala ibu ku dari johor,dipendekkan cerita atok dan nenek belah ayah aku menetap diselangor,namun aku tidaklah mengenali arwah atok ku kerana arwah atok ku telah meninggal dunia sebelum ayah dan ibu ku berkahwin,dari apa yang aku dengar cerita orang kampung atuk aku,atuk aku meninggal semasa ayah ku diusia remaja,dan atuk aku sangat dikenali di kampungnya, mungkin kerana ketegasan dan sikap mesranya (aku pun tak pasti,sebab aku tak pernah jumpa).

Atuk aku meninggal selepas dikatakan disantau ketika sedang duduk minum pagi bersama rakan nya,ada mengatakan atuk aku ni perawat,ada pula orang kata ilmunya tinggi,,tapi itu semua orang kata.dua orang sahabatnya rebah ketika di warung itu juga, manakala atuk aku dikatakan balik kerumah,dan meninggal selepas beberapa minggu kemudian.

Sebelum meninggal arwah atuk aku dikatakan menanam segala harta azimatnya dibawah tangga rumah.Selepas beberapa tahun dan tangga rumah pun sudah menjadi batu dan disimen,manakala bilik arwah atuk aku.tidak pernah kami cucu-cucu membuka untuk duduk didalam takut kerana dimarahi. Apa yang aku pelik dari kecil dan setiap kali tidur dirumah atuk aku,sewaktu malam hampir setiap hari apa bila tiba pukul 2/3 pagi,ketika semua sedang lena,akan kedengaran kayu papan lantai rumah berderap seakan ada orang berjalan menghampiri kami yang sedang tidur, rumah atuk ni rumah kayu atas,jadi lantai papan bila ada orang berjalan akan berbunyi.

Perkara tu bukan aku je perasan tetapi abg dan adik aku juga perasan,suatu hari kami bercadang jika sesiapa terjaga,kejut kami yang lain sebab nak intai,siapa yang selalu berjalan.nenek aku atau ayah dan ibu aku,

Malam itu aku terjaga,dan patas aku cuit abg dan adik aku.namun sia-sia sebab mereka seakan pengsan,bunyi drap kayu mula berbunyi…

“kreeekkk…..kraakkkkkk…kreekkkkkk”

Aku capai bantal yang dibuat sebagai alas kepala kepada menutup kepala aku.aku bukakan sedikit ruang agar mata aku dapat melihat siapakah yang hampir kearah aku,semakin lama semakin jelas dan ia berhenti berbunyi.Sepatutnya dari apa yang aku dengar derap bunyi kaki berjalan itu berhenti dihadapan katil kami, tetapi tiada apa-apa yang aku lihat. Ketakutan mula menguasai diri aku,dan terus aku menutup sepenuh muka aku dengan bantal lalu aku tertidur.

Keesokkan harinya aku nekad bertanya pada nenek aku bunyi apa yang berjalan kerana jiwa aku terlalu ingin mengetahui.pepagi lagi aku telah kedapur,sengaja aku buat-buat tolong tengok,dengan motif dapat bertanya kan soalan yang selalu bermain difikiran aku,dari kecil sehingga umur aku sudah 15 tahun.

“nek,yang memalam kadang dengar orang jalan tu siapa nek?”-aku memulakan perbulan
soalan aku dipandang tajam oleh nenek aku,manakala ibu aku seakan tidak mendengar persoalan aku.
“itu nenek nak tambah minyak pelita”balas nenek aku sambil menyambung semula kerja nya.

Aku mula curiga,sebab kalau nenek aku tambah minyak pelita mesti api dipadam dahulu dan pasti ada bayang-bayang aku dapat tengok kerana pelita dekat je dengan tempat tidur kami,jawapan nenek aku membuat kan aku lagi tertanya-tanya.Aku tekad kali ini masuk bilik arwah atok aku,abg dan adik aku juga setuju dengan cadangan aku.

Tengahari itu sewaktu nenek aku keluar bersama ayh dan ibu aku,kami adik beradik yang memang sentiasa tinggal dirumah terus mengambil peluang membuka pintu bilik atuk aku,apa yang buat aku dan adik beradik aku terkejut iailah apabila melihat katil yang cantik(waktu tu katil kayu ukiran dikira cantik) beserta bantal yang tersusun rapi semua nya berwarna kuning keemasan, tanpa membuang masa kami terus naik keatas katil,maklum la budak-budak lagi,pikiran pun tak matang di sisi katil ada satu almari kaca didalam nya jelas kelihatan beberapa kitab Al-Quran, sejadah dan beberapa buku.

Kemudian aku lihat pintu bilik yang trbuka luas dibelakang nya seakan ada kain tergantung elok. Terus aku bangun dan menutup pintu, terlihat lah dua helai kain panjang hampir dalam 3 depa dan lebar dalam 1 depa.satu warna hitam satu warna kuning. Selapas dengar kereta masuk kehalaman rumah, kami adik beradik terus berlari keluar dan menutup pintu bilik kembali. Khuatir dimarahi.

Ada pernah musim buah kami balik ke kampung seperti biasa la. Bila balik kekampung dimusim buah aku dan abang aku akan terus ke dusun dibelakang rumah. Jarang kami kebelakang rumah tanpa ibu dan ayah kerana ada cerita nya dibelakang rumah itu. Sewaktu kami semakin jauh ketengah kebun kami ternampak dua ekor harimau dan aku sangat yakin waktu itu aku normal dan aku sangat yakin aku jelas melihat harimau tu. Bukan aku sahaja nampak tapi abg aku juga.

Waktu itu tiada apa didalam kepala kami hanya Lari selamat kan diri,tiada langsung kami menoleh kebelakang kembali.

Sampai shaja dirumah atuk aku, aku dan abg ceritakan perkara itu kepada nenek aku. Dengan tercungap-cungap aku cerita berserta gaya tetapi cerita aku seakan sia-sia apabila nenek aku hanya cakap “tak ada apa tu,”. Selepas mendapat jawapan yang sia-sia itu aku dan abg terus naik kerumah dengan hampa kerana cerita kami umpama tidak wujud.

Bukan itu saja, pernah ketika aku sedang makan didapur aku terdengar suara orang memangil nama aku. Aku tahu itu bukan keluarga aku apatah lagi nenek aku krana suara nya garau dan besar. Pangilan nama itu bukan terhenti disitu sahaja tetapi ia berlarutan ketika aku tidur dimalam hari,membuatkan aku menjadi takut bila duduk dikampung.

Perkara tu aku rahsiakan dari ibu dan ayah aku apatah lagi nenek aku sehinggalah umur aku mencecah 25. Setiap kali balik kekampung aku akan cuba cari punca bunyi tu dan aku tetap takut. Bermacm peristiwa berlaku apabila duduk dirumah nenek aku tu,antara nya dengar orang ketawa di pagi-pagi buta sedangkan semua sudah tidur.

Pernah sekali tu aku sedang tangkap kunang-kunang aku terdengar bunyi derap kaki mengikut dibelakang aku. Dalam gelap malam masa tu aku trus lari panjat ke rumah. Satu hari aku tanya kepada ayah aku tentang kain kuning hitam dan segala nya apa yang prnah aku alami, aku bertanya setelah nenek aku sakit dan nyanyok.

Waktu itu semua mak cik pak cik aku ada. Jadi dngan peluang yang kurang elok ni aku bertanya. Apa yang buat aku terkejut jawapan ayah dan mak cik serta pakcik aku ialah kain kuning dan hitam itu mreka sendiri tidak pasti tetapi setiap kali mereka dapat anak atau ada kelahiran baru dan perkahwinan keturunan mereka, mereka harus mengantikan kain tu dengan yang baru dan kain lama itu akan di gantung atau diletakkan berhampiran bayi.

Dan ada juga kejadian dimana apabila orang nak mencuri atau niat tidak baik,mereka tidak akan nampak rumah atuk aku. Pernah juga orang nampak arwah atuk aku duduk ditangga. Selepas dengar cerita-cerita pelik tu, aku mula takut apatah lagi melihat nenek aku yang sedang tenat tetapi nak sangat balik kerumah tu dan paling aku takut adalah aku selalu mimpi rumah tu. Hari brganti hari, bulan berganti bulan, berbagai perawat dah dibawa mengubati nenek ku. Dari yang terkenal dalam tv sampai la ke kampung-kampung, tetapi masih belum ada yang serasi.

Namun pada suatu hari aku bermimpi didatangi oleh nenek aku sambil dia membawa dua ekor harimau, satu berwarna putih satu berwarna hitam dan besar tinggi nya lingkungan 7-8 kaki. Didalam mimpi itu nenek aku tidak bercakap hanya tersenyum namun aku memahami bahawa dia munyuruh aku menjaga harimau itu,aku pula setuju. Keadaan diam sunyi tetapi seakan memahami atau istilah bercakap melalui hati. Nenek aku mletakkan seekor yang berwarna putih kemudian dia berlalu pergi. Terjaga dari tidur pantas aku menelefon ayah aku bertanya kan khabar nenek aku kerana aku bekerja di johor mana kala ayah dan ibu aku di kampung,

“assalamualaikum,ayah nenek macam mana?” aku bertanya apabila pangilan aku dijawab
“waalaikumusalam, macam tu jela,kenapa” balas ayah ku seakan pelik
“tadi mimpi nenek bagi harimau,tu yang call tanya, teringat nenek. Maaf ganggu ayah pepagi buta ni”
“ohh,insyallah tak ada apa-apa,”

Selepas itu aku memutuskan pangilan dan menyambung tidur kerana pada waktu itu jam baru pukul 2 pagi. Baru sahaja mata terlelap aku dikejutkan dengan bunyi barang jatuh, terus bingkas aku bangun melihat. Khuatir ada pencuri setelah diteliti dan diperiksa tiada apa-apa. Mungkin haiwan kut hati aku berbisik sendirian.

Pada jam pukul 8 pagi aku dapat pangilan dari ayah aku mngatakan nenek aku telah meninggalkan kami semua, aku dan adik beradik terus balik kekampung diselangor. Urusan pengubumian nya berjalan lancar dan selepas selesai semuanya malam ketiga aku terdengar perbincangan mak cik dan pakcik aku tentang apa yang dilalui arwah nenek aku, rupanya arwah nenek dikatakan telah diserang benda halus yang berdendam kerana nenek seorang perawat juga. Dan mereka marah kerana menganggu urusan mereka.

Ustaz yang merawat nenek mengatakan apa bila nenek aku dah tak kuat mereka mengambil peluang itu untuk menyerang dan tidak dinafikan juga keturunan kami ada harimau yang digelar PESAKA,tetapi telah ia akan mencari waris sendiri,

Selepas aku dengar prbulan tu semua aku terus teringat kain kuning dan hitam yang berada dirumah atuk aku. Dan sejak pemergian arwah nenek, rumah itu tidak lagi dihuni malah hanya ingin disewakan, namun tiada yang berani sampailah ada warga indonesia yang menyewanya. Dan aku pernah pergi kerumah itu semata-mata ingin mengambil kain kuning hitam itu ,namun kain tu dah tak ada,dan pastinya waris yang mngambilnya, mesti mak cik atau pakcik aku.

Aku menyangka tiada yang ambil peduli akan barang yang ditinggal kan rumah atuk aku tu, rupanya hampir semua barang-barang pusaka telah diambil. Dan yang aku mula pelik. Ada kala aku sangat inginkan melihat kain bewarna kuning dan hitam, adakala aku bermimpi harimau. Pernah aku bermimpi 3 hari berturut, hari pertama aku didatangi harimau yang keluar dari semak, namun hanya kelihatan muka nya yang besar dan bewarna putih, lalu aku lari dialam mmpi itu.

Di hari kedua aku bermimpi yang sama tetapi aku tidak melarikan diri cuma melihat. Hari ketiga aku mimpi yang sama tapi aku lebih berani malah aku melangkah kearah harimau itu. Mimpi itu membuatkan aku tertanya-tanya, namun semua tu makin lama makin aku lupakan, aku masih keliru adakah ia saka,dan siapakah sebenarnya arwah atuk dan nenek aku.

Sekarang aku adalah seorang yang mengunakan kain kuning dan hitam sebagai langsir bilik tidur aku.  Adakala aku sangat perlukan wangian minyak atar dan yang pasti adakala aku jumpa harimau, kadang aku sendiri tidak percaya tapi ini lah yang terjadi. Mungkin aku waris nya atau mungkin aku hanya sekadar berilusi.

Semoga kita semua dilindungi Allah,,didunia mahu pun diakhirat kelak.
-Al-fatihah untuk arwah atuk dan nenek aku

 

TopengMimpi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

14 thoughts on “TopengMimpi-WARIS HARIMAU”

  1. arwah atok aku pun ada jugak harimau putih nie, besar gilaa , harimau tu jaga harta pusaka arwah , jaga tanah pusaka , jaga keturunan kami , jaga rumah pusaka tuu , so tak dea org luar bole buat benda tak elok. tapi sebelom dia pergi mengerjakan haji , dia dah buang harimau tu.. dulu moyang aku dari keturunan minang , so turun laa pada anak cucu dia , bila turun kat atok aku , dia tak turunkan pada kami, dia buang saka tuu.. panjang ceritaaa.. tapii tak pea laa.. hehe

    Reply
    • Oh my.. same!!! Kat rumah sy ada garage ni..Before arwah atok (belah abah) sakit, dia suruh arwah adik dia buatkan pangkin kat garage tu (untuk duduk relax petang2 sambil tea-time lah kononnye).. Bila je pangkin tu siap, arwah atok selalu tidur kat pangkin tu (malam2 pun dia selamba je tidur sorang2, sebab dia cakap sejuk tidur kat luar).. Satu hari dia cerita, dia nampak harimau besar berlegar2 kat area rumah kitorang (mind you, rumah kitorang dalam bandar & xde hutan banat yg memungkingkan harimau boleh berlegar kat kawasan tu…) tengah malam masa dia nak tidur kat pangkin tu.. Arwah atok cakap harimau tu besar & perut dia meleret cecah tanah.. Wallahualam lah, nak kata saka ke penjaga ke sebab none of my uncles/aunties pernah cerita anything about this.. Tapi pakteh saya memang boleh nampak lah benda2 natang ni sejak hijab dia terbukak lama dulu..& yes, arwah atok keturunan Minangkabau jugak.. Tu je nak share.. 🙂

      Reply
  2. kami pun ade – naga dengan buaya.penah org yg tukar bumbung umah opah nampak naga tu kat alang atas bumbung tu.tp aku ni dok dgn opah dari kecik xpenah la plk nmpk kene jamu bagai..opah ade lagi skrg cuma dh xingat ape.

    Reply
  3. Suami pun arwah ayah dia saka harimau….msa kecik sajer depa msk hutan adik beradik….sbb ada yg jaga…tp x pernahlah harimau tu tunjukkan diri hubby aku kata….cuma org kg jer la bercerita ada yg nk gaduh dgn arwah ayah terus diam x jd sbb nampak 2 ekor harimau…..tp arwah dah buang semua tu…..lps buang bertaubat arwah terus sakit….meninggal ok jer mcm biasa…..suami ank sulong…..hari tu duduk saja2 kt kedai ada org tua dtg gi tau ayah awak nie org hebat…..tp awak nie kosong…..siap ckp ank lelaki awak mungkin kena tempias ilmu nie…..takut tu….ank lelaki bru 4 thn ….mmmmm….harap2 x nk ilmu2 nie dpt…..

    Reply
  4. Hai..korng,sya nak btnya sdkit pengalaman korg@sdkit nshta dan pendpat korg….sya kerap bmimpi org yg sma..iaitu rakan 1kpg,dan utk pgthuan sya dah kwin..dan bdak tu pun da kawin…tp,mslah sya skrg sya sllu dihntui oleh mimpi2 ttg llki tu…tp,bkn mimpi buruk..mimpi yg best2..stiap 1mmpi kmi bcnta.dan yg tbaru ni smlm sya mimpi agak pelik…dlm mimpu tue,kki sya kena bham dik buaya..tp,alhamdulilah xtruk sgt…dan dlm mimpi tu jgak anak2 sya lmas..tp,slmt jgak ats pertolongan org2 kpg….harap korg dpt bgi jwapn…sirus sya cm siriau,cm ssh hti sgt dgn mimpi tu….tlg sya ye…btw,dlm mimpi sya tu llki tu ada jgak….msa tu sya tngok kki konvoi naik kereta dgn fmly msg2…tp,smpai dkt kpg tu mcm dia lbih rpt bbnding be2 dgn asben dan isteri sndri…tp,kami spend time dlm kumpul yg sya tngok dlm mimpi tue…dan dia ade ckp dlm mimpi tue dia nak simpab bju sjuk yg sya pnh guna..tp,kwn pun…dia ckp,jnji ade bau bdan sya…plizz korg sape2 yg tahu serba sdkit psal mimpi tlg bntu ye…

    Reply
  5. Mohon si amateur, penulis cerita guardian noob lancau tu plz hadam cerita ni. Ko x payah berlagak guardian sgt la sohai. Dah saka tu saka je la anjing!! Ko puasa ke x? Org riak takbur pahala puasanya berkurang la syaitan! Ko tlg baca ni b**i

    Dgn cinta dari neraka,
    Putera neraka/spm2k17

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.