Toyol Ke Tu?

Kejadian ini berlaku semasa cuti sekolah. Seperti biasa, saya, ibu dan kakak saya akan balik ke kampung halaman. Ayah saya tidak turut serta kerana urusan kerja. So bila dah sampai, macam biasalah borak petang dan main kat luar.

Malam pon menjelma. Semasa sedang menikmati makan malam, mak cik saya semua bercerita tentang seorang pak cik yg tinggal sama blok dengan rumah nenek saya. Katanya, pak cik tersebut membela toyol. Saya pon x berapa ikutkan sangat sebab saya ni penakut. Lepas makan malam tu, gosok gigi sebelum tidur, saya tengok tv sekejap dengan sepupu sampailah terlena. Sebenarnya mak saya pon alami perkara ni ( orang pertama yg perasan ). Ni mak saya cite balik.

So dalam pukul 12 malam tu mak saya tadah air masak untuk dipanaskan esok. Semasa mak saya baru nak lelapkan mata, dia terdengar macam ada bunyi ” klepek klepek ” bunyi tapak kaki org berlari pusing”. Mak saya ingatkan atok saya bersenam ke apa. Tapi x nampak pon. Kebetulan pulak tu, tempat saya, ibu dan kakak sye tidur tu betul-betul menghadap tempat bunyi tersebut. Sudahlah gelap.

Mak saya x buat endah dengan bunyi tersebut dan lelapkan mata. Mak saya masih lagi dengar bunyi tersebut. Mak saya kata setiap 1 jam dia berbunyi. Contohnya pukul 2, 3 dan 4 pagi. Masa tu mak saya dah x tahan lagi sebab takut gile yelah sebab betul-betul menghadap bunyi tu. Mak saya kejut saya suruh bangun. Saya macam kemamur lagi masa tu, bila dengar je bunyi tu, teros segar mata. Mak saya kejut mak ngah saya sebab mak ngah saya tu berani .

Nak dipendekkan cerita, saya pon baring tutup muka di sebelah sepupu saya yang kecil ( tempat mak ngah saya tidur ). Saya beristihgfar banyak-banyak. Badan saya mula menggigil . Nak tengok x berani. Mak ngah saya pon bangun bersama mak saya dan mengendap ke arah punca bunyi tersebut .

Yang kelakarnya, mak ngah saya pegang fail kakak saya yg keras tu untuk ketuk kepala pencuri tu kerana dia ingatkan tu bunyi tapak kaki pencuri. Manakala mak saya, menyangka itu hantu. Saya adalah curi-curi tengok juga. Mak ngah saya memberanikan diri untuk membukak lampu.

Dan ternyata kupu-kupu sedang berterbangan di syiling. Berbunyi kepak dia. Tapi yg peliknya, masa mula-mula saya dengar xde bunyi syiling cuma bunyi tapak kaki kat tikar je . Apalagi, mak ngah saya pon tangkap kupu-kupu tu guna penutup kuali yg berat tu. Kupu-kupu tu memang besar. Macam besar ubat nyamuk elektrik tu. Mata dia merah dan badan dia tebal ( berisi sgt ) dan tidak kelihatan macam kupu-kupu. Saya tengok jam dah pukul 5:30 pagi. Sementara menunggu azan subuh, saya, ibu, mak ngah dan kakak saya bercerita sekejap .

Pagi dalam pukul 7 tu, kupu-kupu tu hilang! Penutup tu dah lah berat, mustahil boleh terangkat. Nak kata budak-budak semua masih tido. Dan sampai sekarang, kami semua masih tidak tahu itu toyol atau pun sekadar kupu-kupu biasa. Tapi yang pasti, duit mak saya ada hilang dalam beberapa puluh ringgit selepas kejadian tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *