“Udin Dah Balik ni…”

Assalamualaikum kepada semua pembaca fiksyen syasya. Terima kasih kepada admin kalau cerita aku dipaparkan. Aku nak cerita pengalaman yang aku tak boleh lupa sampai bila bila walaupun dah berbelas tahun berlalu.

Aku pindah ke rumah yang aku masih duduk sekarang bersama family aku semasa aku darjah 2. Rumah tu ada 4 bilik dan satu bilik stor. Ayah aku besarkan sendiri rumah tu (tambah satu bilik lagi dekat belakang rumah). Ayah aku sewakan kepada pasangan suami isteri yang tak ada anak. Tiada masalah sebab sememangnya diaorang okay. Setahun lepas tu adik lelaki dieorang yang baru habis spm nak merantau kerja dekat KL tapi tak ada tempat tinggal. Jadi ayah aku pun besarkan dan ubah suai bilik stor tu lalu sewakan kepada adik dia yang bernama Udin. Udin pun okay je budak kampung yang baik dan bukan jenis yang buat masalah. Udin rajin layan aku bermain, aku suka main playdoh, jadi dia selalu la main playdoh dengan aku. Dia dapat kerja tak lama lepastu. Tiap bulan gaji dia akan belikan aku hadiah sama ada mainan atau makanan.

Aku ingat malam tu hari rabu. Dah pukul 12 malam dia tak balik balik lagi. Kakak dengan abang ipar dia mula risau. Pukul 3 macam tu dapat call, Udin accident kene langgar bas kilang. Kata doctor, tempurung kepala dia retak. Dalam sebulan dia koma, dan akhirnya pada syawal ketiga, dia disahkan meninggal dunia. Sejak dia meninggal, banyak benda pelik yang jadi kat rumah aku. Aku list kan satu satu supaya pembaca lebih paham.

  1. Seminggu lepas dia meningal, kakak dia selalu mengadu ada orang ketuk ketuk pintu bilik dia. Tiap malam dia akan terjaga dari tidur. Kadang kadang pukul 2, kadang kadang pukul 3. Paling seram kes akak dia kene ganggu adalah bila dia kejutkan suami dia sebab dah tak tahan sangat dengar bunyi ketukan tu. Sebelum ni dia tak berani bukak pintu, tapi malam tu dia dengan suami dia bukak pintu setelah diketuk ketuk. Bila bukak pintu ja, bunyi ketukan tu hilang. Bunyi ketukan beralih ke bilik Udin yang dulunya stor. Dia masuk bilik Udin then tetiba ada satu periuk dekat bilik udin tu macam ada orang ketuk. Dok bunyi ketak ketuk ketak ketuk. Si kakak dah pucat teruk. Si abang ipar lebih tenang and cakap, “udin jangan kacau kakak abang ya, kakak abang penat nak tidur”. Lepas tu terus periuk tu tak bunyi dah.

  2. Benda ni terjadi dekat mak and abang aku. Ayah aku takde masa tu, outstation. Aku dengan kakak aku tidur rumah rumah sepupu aku. Mak aku terjaga pukul 2 pagi sebab terdengar bunyi orang ketuk periuk dekat dapur. Mak aku dah takut sangat sebab dah dengar cerita dari kakak si Udin. Mak aku pergi kejut abang aku. Lampu dapur pun dah kelap kelip kelap kelip. Abang aku yang dah kepenatan baru balik main futsal tengah malam suruh mak aku ignore benda tu. Mak aku tak tahan tak boleh tidur, amik penyapu dah marah, “jangan kacau keluarga aku!”. Benda tu stop tak ketuk periuk.

  3. Semua orang tak pernah nampak, hanya mendengar. Tapi tidak ayah aku. Ayah aku nampak! Ayah aku aku terbangun tidur pukul 1 pagi sebab rasa nak terkencing. Ayah aku pun bangun nak ke tandas. Tapi hanya sekerat jalan sebab dia nampak macam susuk tubuh Udin dari belakang berdiri dekat laluan nak ke tandas! Bila benda tu nak menoleh ke belakang, ayah aku dah tak mo tunggu terus masuk bilik kunci pintu.

  4. Dan ini yang terjadi kepada aku. Hujan lebat lalu semua orang amik peluang nak tidur. Maklumlah tidur masa hujan kan sedap. Aku sorang kat ruang tamu main anak patung sorang sorang. Lampu ruang tamu terbukak tapi lampu dapur tutup. Walaupun waktu siang tapi sebab hujan, keadaan dapur gelap. Nampak samar samar je dari ruang tamu. Tiba tiba playdoh aku jatuh dari atas meja. Aku kecik lagi tak paham apa so takde rasa takut. Aku letak balik atas meja dan sambung main anak patung. Sekali lagi playdoh aku jatuh. Aku amik playdoh tu dan main playdoh pulak. Tetiba aku terdengar suara mendengus dari arah dapur. Masa tu aku dah ketakutan sampai tahap aku kaku. Aku tenung arah bunyi dengusan tu datang, dalam seminit aku kaku tenung dapur sampai aku dengar suara bisik, “Udin dah balik ni”. Aku seperti orang histeria menangis masa tu dan dok ulang ulang kat mak aku, “udin dah balik”.

Lepas pada tu, aku dengan kakak aku duduk rumah makcik aku. Dalam sebulan je lepas tu aku balik rumah balik sebab rindu mak aku. Lepas dari tu ada je bunyi bunyi tetengah malam. Bunyi periuk masih ada tapi kami dah lali lama kelamaan. Mak aku pulak memang melekat dengan aku takut aku kene kacau lagi ke apa. Alhamdulillah, lama lama dalam 6 bulan macam tu gangguan tu pun hilang. Setahun lepas tu, akak dengan abang ipar Udin pindah sebab si kakak disahkan mengandung dan nak carik rumah sendiri. Aku tak pasti sama ada benda “itu” adalah Udin mahupun tidak tapi 13 tahun berlalu namun aku tak boleh lupakan peristiwa ini.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

5 thoughts on ““Udin Dah Balik ni…””

  1. Manusia kalau dah meninggal. Roh dia tak akan kembali kt dunia kecuali hari raya. Kalau nampak roh dlm mimpi atau kat luar mcm panggil2 itu bukan.itu setan. kalau roh betul dtg dlm mimpi. tapi dia tk bercakap apa2. itu roh betul.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.