Assalamualaikum uols. Terima kasih fiksyen Shasha sebab sudi publish cerita mektie. Ini pengalaman mektie yang mektie alami sepanjang tiga tahun di UiTM Arau Perlis. Terserah pada korang nak percaya pada mektie atau tak, mektie hanya berkongsi apa yang mektie ingat.
Mektie hanya gadis biasa dari pantai timur, tak terbukak hijab atau apa-apa pun. Tapi mektie suka kisah mistik. Heheh.
Sepanjang mektie belajar di UiTM Arau, mektie duduk di kolej(hostel) Dahlia 2. Macam-macam jadi tapi mektie cerita tajuk kat atas je k.
Masa mektie part 1, mektie duduk dengan roommates yang asalnya orang utara. Diorang baik, alhamdulillah. Alkisahnya masa bulan puasa ni. Mektie and roommates masa tuh , tengah buat kerja kat meja study masing-masing.
Diorang menghadap tingkap and mektie menghadapi dinding, jadi boleh nampaklah dari sisi kat ruang kosong dalam bilik kitorang tuh. Tengah kitorang buat kerja masing-masing, mektie tetiba nampak ada bayangan putih yang baru nak rukuk. Terus mektie berpaling ke sisi, tapi takde apa-apa pun.
Tapi bila mektie berpaling ke hadapan balik, nampak bayangan putih tuh terus solat jugak. Lepas ‘benda’ tuh habis solat, mektie tanya kawan-kawan mektie, ada rasa apa-apa tak. Diorang cakap tak and bila mektie bagitau yang mektie nampak ada orang tengah solat muka masing-masing kecut lah wuuuu. Mektie bagitau diorang, ada jin islam tumpang solat kot. Bulan puasa kan, tak kan ada hantu . Diorang pun iyakan jelah, malas nak ambik peduli sangat.
Ini kisah masa mektie sem 2 pulak. Masa ni mektie baru balik dari study group dekat kolej Kesinai, and mektie sampai bilik dekat nak maghrib gitu. Roommates mektie, Ida and Fara (bukan nama sebenar) ada atas katil masing-masing. Fara dekat katil atas double decker and Fara atas katil single dia.
Mektie baru balik, jadi sempatlah berbual dengan diorang kejap sebelum masing-masing main phone. Mektie kuar gi ambek wuduk, lepas mektie balik bilik Fara pulak keluar. Jadi tinggal mektie and Ida je dalam bilik. Alang-alang tunggu wuduk kering, mektie balas whatsapp kejap, tak pedulikan Ida (pun main phone jugak).
Tak lama lepas tu, Ida pun keluar ambik wuduk jugak. Mektie pun siap-siap pakai telekung nak solat sebelum Ida masuk.
Ida : Eh bukan hang dah solat ka tadi mektie?
Mektie : Mana ada. Aku baru pakai telekung ni hah.
Ida : Habis sapa yang aku tengok solat depan aku tadi?
Masing-masing dah gerun dah.
Ida : Wehh hang jangan main. Aku nampak muka hang tau dakk.
Mektie : Aku dak main pun. Aku duk main phone kat situ dari tadi lagi.
Tiba-tiba Fara masuk. Dengan gaya baru balik dari kelas.
Fara: Ampa pasaipa?
Mektie: Hang dari mana? Bukan hang kuaq ambik wuduk ka tadi?
Fara: Ambik wuduk apa pulak? Aku baru ja balik ni.
Mektie and Ida berpandangan. Habis siapa yang ada dengan diorang tadi?
Ida: Jin islam kot mektie. Tumpang solat.
Mektie: Ya kot nohh. Takpa ahh. Meh solat.
Mektie ngan Ida sambung solat. Kami bagitau Fara lepas tuh hahaha.
Malam esok pun jadi lagi. Mektie tak boleh solat. Jadi mektie buat keja kat meja study sementara Ida pakai telekung. Sebelum tuh, Ida hampar sejadah kecik dia dulu, pastu dia berpaling ikat kain telekung.
Dari sisi mata, mektie nampak ada orang bangun and sujud dekat sejadah Ida. Mektie berpaling tapi takdak orang. Jantung tak payah cakap memang dupdapdupdap lah. Ida tengok mektie dah mula takut, ambik sejadah and solat tempat lain. Mektie sengih2 je.. Dia dah paham lah tuh.
Sem 3 and 4 lebih kurang. Masa mektie tengah solat, tetiba ada yang sujud dekat sebelah. Even mana ada orang dalam bilik . Mak oiiii nak meluncut telekung mektie berlari keluar bilik. Sorang-sorang tak berani lah awokk. Mektie tahan penakut jugakk. Sem 5 alhamdulillah tak ada yang tumpang solat.
Yang jadi musykilnya, mektie berpindah bilik kolej setiap kali naik sem baru. Dua tahun jadi benda gitu. Even masa bulan puasaā€¯ . Kawan cakap bilik mektie tenang, sebab tuh dia khusyuk solat. Hahahah. Wallahualam.
Ini pengalaman mektie, kalau ada sambutan mektie bagitau citer mistik lain k.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
bestla cerita mektie
Terima kasih Aziq ?
Hai mektie.. mgkin masa mektie crite ni,mektie dah hbis blajar kot ye.. untung mektie dpt tukar2 blik tiap sem..kitorg x bertukar blik..spnjg pengajian ddk blik yg sma( nearest surau dahlia1- dr 2010-2013). Nice story anyway.
Hai Aries ? . Alhamdulillah . Dua tahun mektie duduk dahlia 2 . Dr part 1 – 4 . And tak pernah dpt bawah dr tingkat 2. Masa part 5 mektie dapat dahlia 1. Jenuh angkut beg baju n buku ke sana. Hujung dunia dia bagi hahaah. Terima kasih Aries sbb sudi baca ?
hai mektie. nanti kalau nak keluar cerita baru, letak la hastag #mektie. hahaha. bukan apa senang nak tahu cerita siapa.
Wpon dia cuma tumpang SOLAT, yakni dlm bentuk positif iaitu ibadat, tapi hakikat cuak tu tetap meluap2 kot…
Huhuhuhuuu…
aah..tau xpe, sy dh la sllu kne tgal sorang, suami balik keje xmnntu, kdg2 xbalik, aishh jangan ar lps ni nk solat xkhusyuk plak tringt cite ni,
Hi mektie, time mektie tu batch tahun berapa ya? Saya pun byk kisah dekat UITM arau jgk ?
breh2 mek dio…sambung la cito hop lain lg