Usik

Salam. firstly, thanks admin sudi post cerita aku. Sorry sebab guna banyak bahasa rojak. Nanti kata aku skema plak. hahaha. Cerita aku nie mungkin biasa, ataupon tak seram sangat. Tapi aku lalui semua nie masa study kat satu universiti awam.

Cerita 1:

Mula-mula memang tak percaya kan benda-benda halus nie boleh kacau aku. Yelah, aku bukan kategori budak alim atau budak jahat. Biasa-biasa saja. Aku baru sem satu dan mestilah stay kolej. Wajib untuk setahun. Yang bestnya dapat plak blok belakang. Aku namakan Blok 5. Satu malam tue dalam pukul 12 lebih. Masa tu tengah tengok movie dengan kak ina salah seorang housemate aku. Hujung minggu kan, baru-baru masuk lecturer tak bagi task lagi. So layan movie. Aku plak tetiba nak buang sampah tengah-tengah malam. Bukan jauh pon. Luar pintu rumah je. Lepas ketuk-ketuk sampah aku nak masuk la tutup pintu. Tetiba terpandang Blok 3 kat depan. Blok yang bertentangan dengan blok aku. Aras atas sekali tapi kira satu aras dengan aku. Aku duduk aras 3 daripada 4. So nampak la ruang ala-ala balkoni. Aku terpandang seorang perempuan. Rambut panjang tutup muka. Aku ingat lepak saja-saja la termenung menikmati keindahan malam. Tengah call bf ke. Tapi kenapa dia tunduk je? Aku tak fikir itu bukan manusia. Aku ingat situ luar bilik dia. So aku tak fikir bukan-bukan. Terus tutup pintu. Layan movie sampai habis and tido. Pastu esok pagi aku ceritalah kat kak ina. Aku nampak ada perempuan kat luar blok M masa buang sampah. Aku tanya dia ada bilik ke kat luar aras 4 tue. Guess what? dia kata mana ade bilik?! itu toilet la. Abis tue siapa yang termenung kat luar tengah-tengah malam? sorang-sorang dalam gelap. Terus terkedu aku. Tutup mulut and cakap tak ada apa-apa. Malas nak takutkan orang.

Cerita 2:
Ini jadi masa musim study week. Daripada 6 orang tinggal berdua je. Yang lain balik. Aku tak balik sebab nak teman k.ina and tak bole study kalau balik rumah. So aku duduk dalam bilik aku and k.ina duduk bilik dia. Macam -macam benda aku dengar dari study week sampai dah exam. Dia kacau aku. Masa satu malam aku tersedar, aku dengar bunyi pelik. Aku tak bole nak describe. “krukkkk krakkkk krikkkk” macam bunyi hantu dalam movie bila ada kat belakang kita tue. Aku dengar dekat sangat. Betol-betol dekat telinga aku. Tapi memang tak berani nak bukak mata. Aku tarik selimut, tukar posisi tidur and baca ayat kursi. Pastu cuba sambung tidur even takut. Aku ingat tak kacau dah. Pastu ada malam aku rasa ada orang pijak tilam aku. Masa tue aku tak tidur atas katil, aku tarik tilam and tidur atas lantai sebab panas. Siapa pulak pijak nie. Roomate tak ada. Ahh sudah, dia kacau lagi. Tengah-tengah tidur boleh pulak orang ketuk pintu tak berhenti, masa nie dah exam. So, housemate stay kat ruang tamu utk study. Aku jenis tak bole stay up sampai pagi. So masuk bilik and tidur. Roomate aku memang takda sebab gap exam seminggu. So dia balik kampung semula. Kebetulan malam tue tergerak hati nak kunci pintu. Biasa aku tak kunci. Aku rasa baru je terlelap. Tetiba dengar ada orang ketuk pintu kuat and tak berhenti. Aku tak larat nak bangun sebab ngantuk sangat. Tetiba aku terdetik. Kalau kau bagi salam, aku bukak pintu. And tak bagi salam pon sampai kesudah. Terus senyap. Esok pagi aku tanya housemate aku. Ada sape-sape ketuk pintu bilik aku ke semalam. Semua jawab tak ada. Rupanya lepas aku masuk bilik, diorang pon kemas-kemas and masuk tidur. Sah aku kena usik lagi. Sepanjang kena usik aku memang tak cerita kat roommate, sebab dia penakut. Tidur pon kene ade lampu. Even sekecil-kecil cahaya. Usikan nie habis macam tue je. Sebab dah hujung semester. And aku harap semester akan datang aku tak kena ganggu lagi. Sebab akan duduk blok lain.

Cerita 3:
Lepas dari sem 1 aku tak ada kena ganggu lagi sampai la sem 3. Aku duduk blok 2. Masa tu sorang-sorang dalam bilik. Housemate semua tak ada sebab keluar makan malam. Aku turun lambat sikit nak relax kejap. Pastu tetiba aku dengar bunyi orang tarik kerusi and bunyi printer dari ruang tamu. Eh, diorang dah balik ke? Takkan cepat sangat? Aku terus bukak pintu tengok sape yang dah balik. Tak ada orang weh. Aku cepat-cepat pakai tudung and turun makan. Sebelum nie housemate aku wani memang ada cakap dia selalu dengar bunyi printer bila sorang-sorang. Sebab dalam rumah tu dia sorang je kos lain daripada 8 orang. Tapi dia buat tak tahu je. Jenis hati keras. Tapi penakut jugak sebenarnya. Dia stay dalam bilik sampai kitorang balik kelas. Haha. Jahat aku gelakkan dia.

Cerita 4:
Yang nie jadi masa aku sem 5. Sem akhir aku duduk kolej. Masa nie roommate 3 orang. Wani cerita kat aku tiap – tiap malam dia kene “gigit” kat bahu. Lebam la kan. Aku assume la sebab dia jenis tidur lewat, pastu tidur petang, memang mengundang la kan? Dia siap pesan kat aku, tidur nanti jangan lupa pasang Yassin. Aku tanya kenapa? Dia kata tak ada apa-apa, berjaga-jaga. Start hari dia cerita kat aku tu, tiap-tiap malam aku kena kacau. Kena gigit kat kaki. Teruk tak teruk la bila malam, aku tak bole tidur, terkejut-terkejut. Kena tindih. Sesak nafas. Aku mimpi bukan-bukan. Sampai satu malam aku nampak lembaga hitam and besar tengah tengok aku tidur dalam gelap. Aku tukar posisi, baca apa yang patut and sambung tidur sebab letih sangat-sangat. Bila aku tak tahan, aku text sahabat aku dari uni lain nama dia Yan and aku cerita semua. Tanya apa patut aku buat. Macam nasihat biasa korang dengar, selalu dekatkan diri dengan Allah, zikir, solat, mengaji jangan tinggal. Pastu dia tanya aku satu soalan. Ada benci or rasa marah sangat-sangat tak kat sape-sape?. Aku cakap ada. Aku tak boleh tengok roommate aku lagi sorang. Aku benci and marah bila tengok muka dia. Padahal dia takde buat salah pon dengan aku. Pastu Yan bagitahu kes aku macam dia masa diploma dulu. Kena pergi berubat, kalau tak melarat nanti. Yan bagitahu lagi takut benda tu dah suka kat aku. Tetiba aku nangis berjurai-jurai air mata. Tak bole stop. Sampai aku sendiri pelik. Malam tue jugak aku decide balik kampung and nak cerita kat parents. Aku siap mintak nombor lecturer fakulti yang buat ruqyah. Aku fikir masalah aku tak berat mana pon and aku tak contact sampai kesudah sebab aku takut dia boleh baca siapa aku. So aku balik kampung. Bila kat kampung aku rasa tenang sangat. Aku nak cerita kat parents, tapi tak sampai hati buat parents aku risau. So, aku diamkan. Dengan kata lain aku still boleh handle semua nie. Lastly, aku balik kolej semula tanpa cerita. Tapi aku cerita kat housemate aku izzah. And ayah dia rupanya pandai ubat orang. Ruqyah jugaklah. So dia mintak pendapat ayah dia. Dia nasihatkan aku baca mathurat zikir pagi dan petang. 3 hari dia pantau aku. Tanya aku ada kena gigit lagi tak? 2 hari berturut still ada. Masuk hari ketiga and seterusnya dah ok. Tak ada gangguan lagi. Mungkin Izzah dah pagarkan rumah and bilik aku sekali. Sebab aku jarang ada kat rumah siang-siang sebab ada kelas. Apa-apa pon nie pengalaman aku. Aku just nak share. Sorry kalau tak best. Alhamdulillah aku dah abis study. Doakan aku cepat dapat posting! Allahuma Aamiin.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

3 thoughts on “Usik”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.