Usik.

Assalamualaikum kpd admin dan semua pembaca setia fs. Aku ada cerita nk kongsi. Seram atau tak terpulang pada korang.

Cerita ni berlaku lebih kurang 2 tahun lepas. Aku dan rakanku menyewa sebuah rumah flat di salah satu daerah di negeri Selangor. Rumah kami di tingkat paling atas,tingkat 5. Rumah tu ada 3 bilik tapi kami buat keputusan utk tidur di ruang tamu sbb kat situ ada tv. Masa tu boleh dikatakan kami baru pindah ke situ. Tidur pon atas toto je.

Ada satu malam tu,aku keluar pergi makan. Dating la konon masa tu. Kawan aku tinggal kat rumah,dia tak nak ikut. Mana dia nk ikut org dating ye tak. Aku balik agak lewat. Aku sampai rumah,kawan aku dah tidur. Aku masuk rumah,basuh kaki dan join tidur sekali.

Cerita bermula,bila dalam pukul 3 pagi aku terjaga sebab aku dengar orang nangis. Aku syak kawan aku sebab dia memang rajin mengigau. Tapi waktu tu dia tidur membelakangkan aku. Dalam samar2 cahaya lampu,aku nampak dia macam tersengguk2. Aku sentuh dia utk kejutkan dia. Kemudian,dia diam. Aku pon rasa dia dah ok. Masa tu aku dah rasa lain macam.

Dalam 10 minit kemudian,dia sambung menangis. Ah sudah. Aku baru nk gerak dia,dia gelak pulakkk. Hikhikhik gitu la lebih kurang. Tapi masih dlm posisi membelakangkan aku. Aku tak puas hati,aku duduk. Aku gerak dia. Aku usik2 pipi dia. Bukan kata usik dah. Aku rasa aku tahap tampar dah haha tapi dia tak bangun2. Masih sambung kejap2 gelak kejap2 nangis. Lama jugak aku usaha nk suruh dia bangun. Aku tak terpikir nk bukak lampu ke apa ke.. Lama2 tu baru dia diam.

Aku baru nk terlena semula,dia tersedu2 balik. Aku rasa benda tu saja nk usik aku melalui kawan aku ni. Aku baca ayat kursi dan Al-Fatihah secara berbisik,Wallahi aku cakap,aku baca sekadar dengar kat telinga aku je. Aku hembus belakang badan dia sbb dia masih membelakangkan aku, walaupun aku dah alihkan tadi. Tiba2 dia “shhh.. shhhh! Diamlah!” tanpa pandang aku pon! banyak kali dia duk “shhh! shhh!” tanda suruh aku diam padahal aku baca berbisik jeee.Macam mana dia boleh suruh aku diam pulak kan. Masa tu baru terfikir nk buka lampu. Aku mati idea dah. Sudahnya aku buka ayat2 alquran yg ada dlm fon. Baru dia tenang dan tidur nyenyak dan sampai ke pagi la lampu menyala .

Sekian kisah aku. Terima kasih sudi baca. Nanti ada masa aku share lagi ya.. Maaf la kalau tak seram pada korang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *