Usikan Di Kala Senja

Assalamualaikum semua followers FS. Terima kasih kepada FS sebab sudi publish cerita saya yang tak berapa seram ni, tapi pada saya memang seram la. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi kisah saya ni lepas baca kisah2 yang ada di FS ni. Memang minat kisah2 misteri ni. Sebelum tu saya nak declare yang kisah ni memang real experience saya. Saya takde nak menipu semata2 nak dapat like. Just berkongsi sesama peminat kisah misteri.

Alkisahnya cerita berlaku sekitar pertengahan 90an, semasa saya masih bersekolah rendah, dalam darjah 5 tak silap. Dan kejadian tu berlaku dalam rumah saya sendiri. Saya sebagai seorang budak yang aktif memang setiap petang akan main bola lah dengan kawan2 satu taman. Dan petang tu saya habis main agak lewat, syok sangat main bola sampai tak sedar hari beransur senja dan keadaan dah hampir gelap. So saya pun pulang ke rumah yang tak jauh pun dari padang bola.

Setibanya di rumah saya dapati pintu rumah berkunci, tapi lampu rumah terbuka. Dan baru saya perasan kereta abah takde. Maknanya family saya adalah ni keluar ke mana2. Nak pesan memang tak dapat lah kan, zaman tu mana ada hand phone semua. So redha je lah kena tinggal. Jadi saya tunggu je lah kat porch kereta sambil berharap family lekas pulang. Hari makin gelap..tapi takdelah takut sangat sebab rumah saya rumah teres jiran sebelah dekat2 je. Cuma lorong rumah saya ni yang paling last so dia menghadap belukar sikit.

Tiba2 saya teringat pesan mak, kalau kejadian camni berlaku dia tinggalkan kunci rumah dalam kasut. So saya terus belek2 kasut dan syukur ada kunci rumah kat situ. Terus saya buka pintu dan masuk rumah. Lepas masuk rumah saya lepak kat ruang tamu atas kerusi rotan sambil tengok TV. Ingat lagi masa tu femes game show Perdana Ria. So saya layan cite tu lah sementara tunggu family saya balik. Rumah memang sunyi sebab takde orang lain. Hanya bunyi dari TV je.

Tak lama lepas tu, tak semena-mena saya terdengar bunyi derapan kaki orang berjalan, dan bunyi itu lebih nyaring seolah2 kaki itu memakai selipar. Nak2 pulak pijak lantai rumah, memang jelas lah bunyinya kan. Dan bunyi derapan kaki itu datang dari arah dapur di belakang. Lantas saya teringatkan selipar jepun jenama Tat Sing yang mak selalu pakai bila masuk dapur. Saya jadi kaget. MANA ADA ORANG DALAM RUMAH? Siapa pulak yang pakai selipar tu?

Saya dah mengerekot atas kerusi rotan, menggigil, berpeluh, menangis takyah cakaplah. Bulu roma habis meremang semua. Saya dapat rasakan kehadiran ‘benda’ tu dan bunyi derapan kaki itu makin hampir ke arah saya..TAP!TAP!TAP! Perlahan langkahnya. Saya makin ketakutan..

Dan akhirnya ‘dia’ menuju ke arah saya. Nak tau apa yang saya nampak? Saya nampak selipar jepun mak saya tu melangkah perlahan2 ke arah saya dengan sendirinya! Bayangkan dari dapur dia berjalan sampai ke saya di ruang tamu terus maju ke arah saya hingga lebih kurang 2-3 kaki dari saya. Saya makin tak keruan. Menangis semahunya. Ye lah budak kan. Saya cuba juga baca ayat2 suci tapi perasaan takut terlalu menguasai diri..

Akhirnya Allah ‘selamatkan’ saya dengan tak semena2 TV tayangkan azan Maghrib tanda masuk waktu. Saya pun secara tiba2 dapat kekuatan dan ikut laungkan azan bersama terus langkahan selipar jepun itu terhenti di tengah2 ruang tamu. Dalam keadaan satu kat depan, dan satu ke belakang sikit, seolah2 baru ditanggalkan ‘seseorang’..

Saya cuba tenangkan diri walaupun masih takut. Tiba2 telefon berdering. Nak pergi ke telefon tu kena melintas dekat tempat selipar tu berhenti. Saya gagahkan jugak angkat telefon sebab mungkin abah saya telefon kan..

So memang ayah saya telefon. Dia kata family saya bertandang ke rumah kenalan dan dia akan balik jap lagi untuk ambik saya pulak. Saya pulak teresak2 ceritakan kejadian tadi dan suruh dia balik cepat2..

Sampai abah di rumah saya tunjukkan la kat abah selipar tu yang masih elok kat tengah ruang tamu. Abah tak cakap apa pun cuma suruh saya mandi dan bersiap. Dia alih semula selipar tu ke dapur. Lepas tu kami pun pergi ke rumah kenalan abah tu.

So begitulah kisah seram saya yang mungkin tak seram pun pada korang kan.Hihi. Yang saya tensionnya semua family saya tak percaya kisah saya tu. Cuma mak je cakap ada menda mengikut saya sebab balik lewat senja. So lepas tu tobat dah nak balik lewat2..hihi. Saya pulak lepas kejadian tu jadi ‘agak berani’ lah sikit. Maybe sebab dah pernah kena kot..huhu..Thanks sebab sudi baca ye..

MSZ

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

7 thoughts on “Usikan Di Kala Senja”

  1. aku suka baca komen dulu sblm baca cerita .
    aku ingt yg komen2 nii menganjing ke apa .
    sekali aku baca , dgn aku2 meremang . peh ~

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.