Usikan Manja

Hai. Aku nak kongsikan kisah yang berapa seram dengan korang. Hope enjoy. Okey, kisah ni berlaku masa aku study di IPTA di negeri borneo 2 tahun lepas. Masa tu aku di tahun satu dan ditempatkan di kolej kediaman dalam kawasan kampus. Bilik aku ni boleh muat 4 orang je. So kat dalam bilik tu just aku & Miza je muslim. Lagi dua orang 2 kristian. Katil aku dan miza ni sebelah kanan dan katil bebudak tu bersusun sebelah kiri dan katil-katil kami ni dipisahkan dengan loker.

Masa terjadi kisah pertama ni waktu malam, masa tu aku tengah buat assignment dan si miza tengah layan movie kat katil dia. Dalam bilik aku masa tu cuma tinggal kami berdua je. Meja study aku ni bersebelahan dengan katil dan bersebelahan dengan pintu bilik. Masa aku tengah feeling buat assignment tu tetiba aku rasa macam ada orang kipas leher aku macam kita kipas orang pakai buku dan cuma sekali je aku rasa dia kipaskan. So, aku dah stop menaip dan aku pandang kipas syiling kat atas.

Untuk pengetahuan korang, kipas syiling bilik aku bukan kipas syiling yang besar tu tapi kipas bulat yang boleh digantung kat dinding or syiling. Kalau korang nak tahu juga, meja study aku memang jauh nak kena angin dari kipas tu walaupun sipi-sipi. Punyalah panas kalau study kat meja aku ni. Tapi aku pelik mana datang hembusan angin tu.

Aku perhati je kipas tu berpusing mana la tahu kan tetiba kipas tu terlebih kipas sampai boleh kena aku kan. Dan pada hakikatnya, langsung tak kena pun tempias angin dari kipas tu. Bulu roma aku dah start cering tiba-tiba. So aku decided untuk stop buat assignment dan tido. Sebab time tu feeling aku dah tak sedap. Dan terima kasih juga la pada benda tu sebab caring pasal aku yang berpeluh-peluh siapkan assignment. Jasamu dikenang.

Okey, ni kisah kedua berlaku di bilik yang sama juga. Masa ni aku baru balik bilik dalam pukul 11 pagi macam tu la sebab baru habis kelas kan. Elok je masuk bilik, si Miza ni dah terjah aku sambil bisik. Dia tanya aku, sama ada aku ada tutupkan suis heater Vivi. Aku cakap la tak sebab aku bukannya usik barang-barang dia.

So dia cerita dengan aku masa Vivi balik kelas, dia datang kat Miza and said terima kasih sebab tolong tutupkan suis sebab dia memang terlupa nak tutup suis sebelum dia pergi kelas. Masa tu Miza ni cakap jela dia tak tutup suis tu mungkin aku yang tutupkan suis sedangkan dia dah rasa tak sedap hati. Miza ni tau aku bukan jenis yang suka usik barang orang.

Tak lama lepas tu Vivi ni balik kelas dan said TQ pula dengan aku. Aku pun iya kan jela. Muka kami ni dah berpandangan. Aii, siapa pula yang terlebih rajin tutupkan suis tu. Masa hari kejadian tu, roomate aku yang sorang lagi ada field trip. So tinggal kami bertiga je kat bilik tu. Start hari tu, kami pagarkan katil kami.

Lagipun, dari cerita senior-senior blok aku tu yang paling seram. Sebab ada banyak kes mistik-mistik ni. Aku pun tak boleh nak tido sengsorang kat dalam bilik walaupun waktu siang sebab aku rasa ada yang perhati aku. Serius tak selesa. Buat masa sekarang, itu je kisah yang dapat aku share dengan korang. Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *