UUM Sintok Part 2

Assalamualaikum. Aku penulis dari kisah histeria di uum . Pengalaman menakutkan d dpp BM tu tak banyak sgt. Histeria tu selalu jugak la terjadi tapi mostly melibatkan budak silat je rasanya. Tengah nak turun tangga ke cafe tiba-tiba dua tiga orang tengah usung budak perempuan pengsan tu perkara biasa. Terpaksa la aku dan roomate sekalian menghadap dinding 5 saat. Haha 😂

Ada satu malam tu aku ke tandas, bila nak keluar depan tandas ada ampaian baju. Nampak kepala bertudung hitam macam tengah jemo baju tapi bila sampai bilik toleh semula dah takde orangnye. Hilang tanpa ada bunyi orang berjalan ke .

Pernah malam-malam tiba-tiba angin kuat gila. Pintu dah macam kena tendang dari luar ntah macam mana pintu yang berselak tu boleh tebuka luas. Mak aii rasa nak tercabut jantung den ni haa. Nak tutup takut. Masa tu aku duduk katil atas. Pastu dah tak tahan dah, aku lemparkan bantaal kat budak katil sebelah tu. Dia bangun baru aku berani nak tutup balik pintu. Pastu aku pandang budak tu budak tu pandang aku. Aku ambik bantal atas katil naik gi katil dia. Berjemaah la kami tido malam tu atas katil. Haha yang dua orang lagi tido mati.

Ok aku dah janji nak citerkan pengalaman aku nampak orang tua depan pku UUM . Perkara biasa la kan nampak orang tua. Tapi kalau ko nampak orang tua berbasikal jenis lama jam 4 pagi tu dah pelik dah tu.

Hari kejadian tu aku dah janji dengan sorang member dari kolej MAS nak hantar dia dan member2 ke airport. Aku janji jam 4 pagi kat MAS. Jam 3 aku bangun pastu aku pegang towel. Tapi aku rasa tak sedap hati. Nak mandi takut, tak mandi kang tak selesa pulak kann. Ak ambik bakul mandian aku bawa ke toilet. Berus gigi cuci muka masuk jamban pastu cecepat keluar. Ngeri plak bila dengar anjing dah macam bunyi orang menangis.

Aku masuk bilik tukar baju pastu aku kol kawan aku tu tanya dia dah siap ke. Katanya dah siap tinggal tunggu aku. Aku capai kunci kete pakai sandal pastu aku gi ke balkoni koridor tempat aku intai orang hysteria tu. Masa tu bunyi anjing makin kuat. Aku tengok anjing-anjing tu tengah keliling kete aku dan kete sebelah aku sambil menyalak ke arah bumbung kete. Sudah!! Camna aku nak gerak ni. Aku pegi bilik balik kejut member aku si A tu suh dia teman kan aku. Tapi memang takla dia nak temankan aku sampai kete. Dia just tengokkan dari balkoni tu je.

Aku turun ke bawah capai dua tiga biji batu pastu aku lempar gi anjing tu. Anjing tu lari tapi still kejap2 tengok atas bumbung kete aku dengan kete sebelah tu. Aku masuk je dalam kete aku toleh kat balkoni tengok member tu dah takda . Mangkuk betul. Kot tunggu la aku bagi signal 👍🏻 dulu kan. Nan hadoo!! Dia lari dulu. Pastu fon aku bunyi, roomate aku tu kol. “Wei ang ok tak? Aku dah dlm bilik ni ” .. hmmm sabo je la..

Aku start enjin, pasang cd quran pastu aku pun gerak. Tiba-tiba anjing yang dok senyap tadi tu kejo kete aku dari belakang sambil menyalak-nyalak. Mangkuk betul. Macam nak pecah jantung aku. Aku speed je terus . Dekat simpang luar tu aku stop jap . Nak ikut depan pku atau aku lalu taman rusa.?? Ishh taman rusa confirm takda orang kan. Sekurangnye kat pku tu ada gak dua tiga staff yg shift malam kan. So aku ambik jalan kiri. Belok je kiri dalam 10-20 meter ada bustop utk dpp yab dan BM.

Kat situ anjing mangkuk tu dah berbaris tunggu aku ye. Aku lalu je dorang menyalak-nyalak. Eh tak abis-abis lagi. Dari takut terus jadi marah. Ape kene korang ni anti sangat dengan kete aku. Tapi anjing tu tak keja dia just menyalak je. So aku teruskan perjalanan.

Bila lalu depan pku aku jadi bedebar semacam .lampu jalan dahla bekelip-kelip sebijik cam citer horror wei. Aku kuatkan volume kete. Dalam hati ni asyik suh tenang je. In shaa Allah takda papa.

Simpang tiga pku tu aku ambik jalan kiri lalu dkg 1,4 semua tu. Tak nak aku lalu dpp tm, misc , masjid semua tu. Tu lagi bapak seram. So aku ke kiri. Masih lagi bersebelahan pku tapi dah nak ke selekoh tu tiba-tiba lampu jalan kat situ berkelip. Sudah!!! Ape pulak ni. Kaki aku dah ketaq2 ni. Dari jauh dalam lorong yg sama aku tuju ni ada sorang pacik tua berbaju lusuh tengah naik basikal. Jalan sehala nak menuju ke kawasan kampus ni ada dua line kiri dan kanan. Aku belah kanan dan pakcik tu pun belah kanan tapi bertentangan dengan aku.

Lampu kete dah suluh tepat kat pakcik tu,tapi pakcik tu muka pandang tepat ke depan sikit takda tanda nak beralih ke kiri. Aku cepat-cepat beralih ke kiri. Aku toleh tengok pakcik tu dia still pandang depan sikit tak kalih tengok aku. Eh nasib baik gak dia tak tengok. Maunye dia pusing teriba mata dia merah ke tak pasal-pasal aku terbabas lak gi bahu jalan . Huhu bila pakcik tu dah lalu sebelah kete aku aku tengok cermin belakang..Eh takda sapa kat belakang.

Aku stop dekat selekoh tu pusing tengok memang takda sapa. Sunyi. Kosong. Lampu yang kelip-kelip tu pulak dan2 terang bederang. Aku masuk gear satu trus tekan minyak. Haram betul. Tangan pegang stereng dah ketaq. Muka dah peluh sejuk ni. Aku pandang je depan sikit tak toleh dah cermin depan. Takut kang toleh2 dia ada kat seat belakang maunye aku terjun belari balik muamalat. Jangann buat pasal. Mulut ni sebut Allah Allah Allah .

Pastu baru aku perasan cd quran aku pasang takda bunyi. Tapi masih begerak. Bila aku try kuatkan volume screen tu tunjuk volume 0. Bila masa aku slowkan volume!?? Takda ok. Tak sentuh pun. Ke dalam kekalutan tadi aku tersentuh . Dalam pikir-pikir tu tuptup aku dah depan dkg 1.

Dari jauh aku dah nampak jalan depan canselori tu. Budak UUM agaknya tau kot cerita kemalangan motor depan canselori tu. Aku dah terbayang-bayang dah ni. Jalan terang. Bila dah nak dekat, satu lampu jalan kat tengah tu tiba-tiba kelip-kelip. Jap ada jap takda. Aduhh apa lagi ni!!! Aku capai hp dalam hand bag dail no kawan aku. Sepuluh kali dail tak angkat. Aku stop bebetul berdepan simpang keluar canselori tu. Sambil kol sambil menyumpah kawan aku.

Tiba-tiba cd quran tu volume dh jadi makin kuat. Ke aku yang takut jadi semua tu mainan perasaan aku je. Aku off kan cd player tu. Aku cari no fon roomate kawan aku. Dia angkat. Aku tanya mana kwn dia tu. Dia kata tgh mandi. Musibat punya kawan . Kata dah siap tinggal tunggu aku datang je. Pastu aku cakap dengan budak tu jangan letak fon aku takut. Dia tanya aku kat mana aku kata depan canselori. Sambil cakap kat dia aku masuk gear satu aku jalan pelahan-lahan. Lalu dkg 5 dah lega sikit dah perasaan aku . Ak sampai dpp mas aku amik parking belah mesin air tin tu. Sebelum letak fon aku bagitau suh dorang cepat aku dah tunggu bawah ni. Dia boleh jawab he he he je. Menyirap aku!

Aku kat situ dah jam 4.30. Gelap sunyi . Mesin air je yang menyala. Aku tebayang macam-macam dah dlm kpala. Teringat muka pakcik tadi. Siapa dia? Baju lusuh. Topi macam pekebun . Muke ketat je pandang depan. Sikit tak toleh kiri ke kanan ke bawah ke. Tiba-tiba kat tepi mesin air tu macam aku nampak kelibat putih. Kain putih. Aku tutup mata turunkan seat. Play balik cd quran tu tutup mata aku guna sweater. Sampai tetido .

Tiba-tiba bunyi orang ketuk tingkap. Tengok jam 5.30 . Cisss satu jam aku tetido tunggu member aku besiap. Dah kalau duduk sempadan malaysia thai ni janji pun ikut waktu thailand agaknya. Itu la last aku jalan pagi-pagi buta camtu. Walaupun pacik tua tu bukan kategori hantu yg scary tapi kalau tetiba dia muncul sebelah seat aku maunye mati kejung aku dalam kete .

Sekian citer dr aku. Ade sapa-sapa nak citer pengalaman kat UUM? Silakan.

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *