#VEE – RUMAH UNGU

#VEE – RUMAH UNGU

Assalammualaikum warga FS. Nama aku Vianna. Muslim. Perempuan. Ini adalah kali pertama aku submit cerita aku di FS. Kalau berjaya publish, thank you admin. Sepanjang hidup aku, aku ada beberapa pengalaman yang menyeramkan. Tapi alhamdulillah aku tak pernah lagi ada pengalaman nampak hantu face-to-face. Memang mintak jauh lah ek. Jadi di sini, aku nak ceritakan satu pengalaman aku masa aku further Degree aku di Sarawak. So, here we go…

Semester dua. Aku sudah mula membiasakan diri dengan lifestyle di Sarawak. Yang paling menarik, memang benar lah kata orang, ‘’Aku bagi kau masa 6 bulan je duduk Sarawak, then kau dah boleh cakap Sarawak’’. Ye betul lah tu. Waktu ni aku dah semester 2 dan dah banyak perkataan yang aku dah pandai. Malahan ramai yang ingat aku pure Sarawakian. Hehe. Okay, enough with the intro. Berbalik kepada semester 1, aku menetap di apartment Apple Cross di Kota Samarahan bersama-sama kawan-kawan aku dari Semenanjung. Jadi memandangkan ada sedikit masalah di rumah lama kami, kami terpaksa mencari rumah baru untuk menetap. Nak masuk duduk hostel, tak lepas. Untuk makluman kalian, lifestyle di sini tak sama macam di Semenanjung. Di sini lebih bebas dan sensitivity kurang.

Jadi, rumah sewa yang kami dapat adalah sebuah rumah teres yang ada 7 bilik. Rumah tu tak besar pun tapi owner dia buat rumah tu jadi banyak bilik. Korang bayang lah macam mana. 1 bilik boleh masuk 4 orang. Owner rumah aku ni pulak cina dan most of my unknown housemates yang ramai-ramai tu adalah non-muslim. Rumah kita orang siap ada anjing. Aku bagi anjing tu nama dia Gugu. Jadi disebabkan kami lambat dapat rumah sewa, dan rumah ni je yang tinggal dan murah dan dekat dengan bustop, jadi rumah ni lah yang kami pilih. Aku dan kawan-kawan dari Semenanjung ada 5 orang. Bilik boleh masuk 4 orang je. Jadi aku pun mengalah untuk masuk mana-mana bilik dalam rumah tu sebab aku lagi suka sorang-sorang. Dan bilik yang masih ada kosong adalah main room which is lagi besar dan lagi sejuk. Jadi, sementara tunggu roomates yang baru masuk, aku stay lah sorang kat main room tu. Kawan-kawan aku yang dari semenanjung pula bilik dorang di bahagian belakang.

Hari pertama di rumah sewa. Aku unpack barang-barang aku sambil buka pintu bilik aku. Bilik aku ada 2 katil double decker dan 1 bilik air. Sambil-sambil aku unpack barang-barang aku, aku tengok jiran depan bilik aku ni macam tengah kecoh-kecoh dalam bilik. Maksud aku, dorang pun tengah packing barang. Setahu aku dorang ni housemate lama, dorang ni nak pergi mana packing-packing barang? Semester pun baru buka. Aku pun abaikan persoalan yang ada. Malam pertama aku di rumah sewa. Aku layan movie di laptop. Sepanjang aku di bilik tu, aku memang selalu dengan bunyi bising di bumbung. Selalu dengar macam ada kucing berlari dan cakar-cakar dinding. Aku tak rasa seram pun waktu ni. Yela, satu rumah ada 7 bilik kan. Aku tak rasa sunyi pun. Aku anggap tu semua kucing tengah main kat atas bumbung. Tapi kadang-kadang aku ada terfikir, kenapa kuat sangat eh bunyi kucing berlari atas ni? Ahh lantak lah. Lagipun waktu ni, aku tak pernah lagi tahu kalau ada bunyi orang main guli, cakar dinding atau bising atas bumbung tu ada jin. So, aku takde lah rasa seram pun. Hihi. Jadi, malam tu aku tidur dengan lena walaupun bumbung bising.

Hari kedua, aku pergi makan dengan kawan-kawan aku daripada Semenanjung. Aen mula bersuara. ‘’Vee pernah dengar tak ada bunyi bising kat bumbung?’’. Aku pun jawablah ye. ‘’Aen mula-mula masuk sini Aen rasa seram’’, jawab Aen. ‘’Oh yeke. Vee rasa biasa je lah Aen. Rumah kita ni kan ramai orang. Lagipun takdela kotor ke apa kalau nak rasa seram. Satu rumah dinding kita colour ungu. Haha’’. Balas aku. Disebabkan sifat ini lah yang buat aku berani nak stay sorang-sorang dalam bilik. Selepas makan dan berjalan-jalan di Summer Mall, aku pulang ke bilik. Waktu ni jam dah pukul 6.40 petang. Waktu maghrib masuk awal di Sarawak. Cuaca pun dah gelap. Aku terpanggil untuk renung ke luar jendela sebab Gugu asyik menyalak. Untuk pengetahuan, bilik aku paling depan menghadap ke pagar luar rumah dan parking kereta. Gugu pula tempatnya di luar pagar rumah. Kalau hujan je kami panggil dia masuk.

Gugu asyik menyalak. Dia menyalak tak macam anjing lain. Dia menyalak macam serigala awuuuuuuuuuuu. Okay, time ni aku dah mula ada perasaan seram. Aku abaikan. Aku tutup tingkap. Mandi dan solat maghrib. Waktu malam seperti biasa aku layan movie di laptop. Aku biarkan pintu bilikku terbuka. Tiba-tiba, aku terdengar riuh-rendah lagi di biliik hadapan. Aku pause kan movie dan berjalan ke bilik sebelah. Kelihatan seorang gadis yang aku percaya bukan muslim sedang menangis bagai dirasuk sambil ditenangkan oleh roommate nya yang lain. Aku mula tanya pada salah seorang roommate nya. Katanya, ‘’Christina, perangai dia dah berubah sejak akhir-akhir ni. Kami pun tak tahu. Sejak dia pergi trip dengan classmates dia pergi Damai Beach 4 hari lepas, dia langsung tak kata apa-apa. Kalau mandi, lama gila. Makan pun taknak. Puas dah kami pujuk.’’ Kesimpulannya, mungkin ada sesuatu yang terjadi pada Christina semasa di Damai Beach. Keesokan harinya, keluarga Christina jemput Christina pulang ke Mukah untuk berubat.

Hari ketiga. Aku pergi dan balik kelas seperti biasa. Dan seperti biasa, ‘kucing’ selalu berlari kat atas bumbung ni. Waktu senja harini, aku masih dengar Gugu menyalak seperti serigala di pagar rumah. Aku anggap Gugu ni special sebab dia macam penjaga rumah. Tempat dia sentiasa di pagar rumah. Kami selalu bagi Gugu makan. Gugu pun dah kenal aku. Ada one time tu, aku lapar. Jam menunjukkan pukul 8 malam. Aku malas nak susahkan kawan-kawan aku yang daripada Semenanjung tu untuk temankan aku. Jadi aku pun jalan sorang-sorang waktu tu untuk cari apa-apa makanan. Aku keluar pagar rumah, Gugu yang nampak aku keluar dia pun ikut. Aku cuba mengelak daripada bersentuhan. Tak pasal-pasal pulak nak kena samak nanti.

Tapi kali ni Gugu berkelakuan lain. Selalunya kalau nampak aku, Gugu akan ikut seperti mahu makanan. Tapi kali ni, dia lebih kepada nak temankan aku. Dia jalan sebelah aku. Kedai burger jauh lagi di hadapan. Setibanya di jalan yang tiada lampu which is gelap dan sunyi, tiba-tiba Gugu berjalan laju dan berhenti di depan aku sambil menyalak kuat seolah-olah tengah bagi warn kat aku ‘kat sini ada something’. Aku yang terpinga-pinga dan terkejut dengan tindakan Gugu tu terus berlari laju ke hadapan menuju Kedai Burger. Perut masih tak dilupakan walau dalam keadaan takut. Selepas beli burger, setiap kali lalu jalan tadi, aku berlari laju. Sama lah dengan Gugu. Dia tunggu sampai aku habis beli burger dan teman untuk balik jugak. Sebagai upah, aku belikan sebiji lagi burger untuk dia. Thank you Gugu.

Seminggu sudah berlalu. Aku menjalani hari-hari biasa di Sarawak dan Rumah Ungu. Dan seperti biasa, ‘kucing’ masih buat bising di bumbung dan Gugu masih menyalak seperti serigala setiap kali waktu senja. Harini aku terima kejutan. Aku dapat roommates baru, 2 orang. Both muslim. Satu daripada KL, Jiha dan satu lagi daripada Kuching, Lala. Seronok bercampur tak seronok lah aku. Sebab aku lagi suka hidup sorang-sorang ni. Haha. Jadi bilik kami dah ada 3 orang termasuk aku. Tapi katil ada satu lagi kosong iaitu katil atas aku. Malam tu aku tidur agak awal sebab kelas hari ini pack. Aku tidur menghadap dinding which is katil aku menghala ke parkir kereta luar rumah. Malam itu aku tidur tak lena walaupun aku tidur awal. Asyik terjaga je. Sebab Gugu asyik menyalak.

Selalunya dia menyalak waktu senja je. Sambil-sambil aku layan mata nak tidur, aku mula termimpi. Dan aku percaya bunyi yang aku dengar ni bukan mimpi. Tapi aku tak dapat nk buktikan macam mana. Sebab roomates yang lain tak dengar dan aku tengah mamai-mamai waktu tu. Mungkin mimpi. Tp perasaan dan hati aku kuat katakan suara itu betul. Malam tu, aku dengar suara perempuan menangis huuuuuu huuuuuu huuuuuu mendayu-dayu. Dan dalam bayangan aku, aku nampak seorang perempuan berambut panjang sedang menangis sambil mencangkung dan bersandar di dinding parking kereta di mana sebelahnya adalah bilik aku dan katil aku. Maknanya, jarak aku dan ‘wanita’ itu adalah sangat-sangat dekat. Ibarat aku letak telinga di pintu dalam dan ‘wanita’ itu di pintu luar.

Lantas aku terjaga dari mimpi yang aku rasa macam betul tu. Jam menunjukkan pukul 3.40 pagi. Aku bangun dalam keadaan yang terkejut dan berpeluh-peluh. Serentak dengan itu juga, aku masih terdengar suara itu walaupun aku dalam keadaan celik! Terkebil-kebil aku layan ketakutan tu sampai lah aku tertidur semula sehingga subuh. Siang itu, aku ceritakan pengalaman malam tadi pada kawan lelaki aku. Dia kata kalau bunyi huuuuuu huuuuu tu maknanya bunyi mengilai. Jadi tanggapan aku selama ni bunyi mengilai hii hii hii tu salah. Aku biarkan peristiwa itu melewati hari-hari aku. Tapi setiap kali nak tidur, aku dah mula rasa takut dan fikir macam-macam.

Hari berlalu. Hubungan aku dengan roommates baru Lala dan Jiha pun semakin akrab. Malam itu agak susah untuk tidur dek kerana Gugu yang sibuk nak jadi serigala dengan ‘kucing’ yang sibuk buat kerja kat atas ni. Aku, Lala dan Jiha melelapkan mata. Keesokan paginya, kami bangun seperti biasa, mandi, solat subuh dan bersiap. Sambil-sambil aku bersiap, aku mula bersuara. ‘’Malam tadi Vee mimpi.’’ ‘’Eh Jiha pun semalam baru teringat Jiha ada mimpi. Tapi mimpi tu pelik. Vee mimpi apa?’’. Aku mula berkongsi tentang apa yang aku mimpikan semalam kepada Jiha dan Lala. Semalam, aku mimpi kami bertiga tiba-tiba ada di hutan. Dikelilingi makhluk berbulu seperti binatang. Dan mula-mula aku nampak diri aku sangat cantik dan slowly muka aku berubah menjadi sangat buruk. Aku menangis. Menjerit. Tiba-tiba Jiha kata ‘’Vee! Jiha mimpi sebijik macam Vee!’’. Macam mana kami boleh dapat mimpi yang sama pada waktu yang sama?

Jam menunjukkkan pukul 11 malam. Kami masing-masing sudah berada di katil sambil melayan phone masing-masing. Lampu bilik kami off. Bilik air kami biarkan pintu dan lampu terbuka. Sudah 20 minit aku main phone dan dalam waktu itu juga, aku asyik terdengar bunyi bising dari dalam tandas. Seperti ada orang tengah mengemas. 10 minit awal hati aku terdetik. ‘’Bising gila jiha kemas bilik air. Dia buat apa?’’, sambil badan aku mengiring menghadap dinding. Dah 20 minit si Jiha bising sangat kemas bilik air, aku pun pusing badan aku menghadap ke depan pula Aku nampak Lala dan Jiha ada di katil. Jadi siapa yang ada kat bilik air tu? Siap nampak bayang-bayang lagi dalam bilik air tu. Macam ada orang dalam bilik air tu. Yang eloknya, si Lala dengan si Jiha ni elok je tak bersuara, tak tegur apa.

Masalahnya memang kuat gila. Macam orang bertukang pun ada. Maybe dorang dah tahu kot. Tapi taknak tegur. Aku yang tengah takut tu terus pusingkan badan aku menghadap ke dinding semula. Waktu tu takut sangat. Berpeluh-peluh. Jantung macam nak terkeluar. Beribu kali aku baca ayat kursi. Yang lebih menakutkan, Lala dengan Jiha satu katil double decker tu. Katil dorang memang tak nampak bilik air. Aku pulak katil sorang. Atas takde orang dan katil aku memang nampak bilik air. Sebab tu aku boleh nampak bayang-bayang. Sambil-sambil aku layan perasaan takut sambil baca ayat kursi yang aku percaya tajwid pun entah ke mana, tiba-tiba aku dengar macam ada bunyi tapak kaki.

Untuk makluman, bahagian tengah antara katil aku dengan katil dorang, kami letak tikar getah yang ada gambar kartun-kartun dan boleh gulung tu. So, kalau ada orang jalan memang dengar lah kan. Tapak kaki tu aku dengar dia berjalan area tikar getah dan berhenti di belakang badan aku. Seolah-olah tengah tengok aku walaupun aku tengah membelakangkan dia. Jadi, dalam perasaan yang dah lega sikit tu, aku pun pusingkan badan aku untuk tegur Jiha or Lala yang dah berani bangun daripada katil. Bila aku pusing, Jiha dan Lala elok je baring kat katil dorang sambil layan phone. Jadi bunyi tapak kaki siapa ye tadi? Aku syak Lala dan Jiha pun dah keras. Yang bagusnya dorang semua senyap je. Pelik jugak aku. Aku yang perasaan takut tadi dah sampai tahap maksimum, aku whatsapp Lala walaupun jarak kami hanya sejengkal.

‘’Lala, Vee takut lah.’’ ‘’Vee, meh lah sini. Tidur sebelah Lala.’’ Fuhhh Lala reply! Aku ingat dorang dua orang pun bukan roomates aku. Allah je yang tahu macam mana perasaan takut bila tahu ada benda lain dalam bilik tu tengah perhatikan kita. Aku nak pergi ke katil Lala yang sejengkal untuk tidur sebelah dia pun aku menggigil. Punya lah takut waktu tu. Aku ambil masa 5 minit juga untuk buang rasa takut dan pergi ke katil Lala. Lala dan Jiha seolah-olah tahu apa yang terjadi. Dorang cuma diam je. Aku je yang berani sangat nak tegur. Bila aku dah baring di sebelah Lala tu, baru aku rasa tenang sikit. Terus aku pasang surah yassin dalam phone kuat-kuat. Nak tahu apa jadi lepas tu? Serta-merta bunyi bising dalam bilik air tu hilang. Keesokan harinya, aku perasan dah tiada lagi ’kucing’ yang berlari-lari di bumbung dan Gugu pun well-behaved tak jadi Serigala dah. Betapa hebatnya surah Yassin yang aku pasang cuma sekali tu. Aku pun melalui hari-hari aku sebagai pelajar di situ dengan tenang. Sekian.

Kalau ada kesempatan waktu lagi, aku akan kongsikan cerita-cerita aku yang lain. Thank you for reading!

Vianna Nasir

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

6 thoughts on “#VEE – RUMAH UNGU”

  1. Kawasan Kota Samarahan tu memang seram. Zaman tinggal kat sana, kalau balik tengah malam dan nak buka gate rumah pun boleh rasa seramnya. Kalau ikut buah mulut orang, mereka kata area sana tu banyak benda halus. Wallahualam.

    Reply
  2. Dia kata kalau bunyi huuuuuu huuuuu tu maknanya bunyi mengilai. Jadi tanggapan aku selama ni bunyi mengilai hii hii hii tu salah HA HA..lawak lah pulak.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.