Villa Terbiar

Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada pembaca FS. Ni kali ke 2 aku nak share pengalaman aku. Cerita aku yang mula² tu aku rasa FS tak publish lagi. Entahlah aku pun tak tau kenapa tak publish lagi. Sebelum tu aku mintak maaf kalau ayat aku tunggang langgang.

Kejadian ni berlaku waktu form 1. Masa tu petang. Aku & the gang gatal kaki tangan telinga mulut semua rancang nak pegi masuk 1 villa terbiar kat area rumah aku. Villa tu lebih kurang macam Villa Nabila la. Biasalah budak baru nak mengenal dunia. Hahahaha.. Dah siap rancang semua, kami pergilah ke villa tu. Sampai je depan villa, rasa pun muncul. Seorang kawan aku ni, nama dia Ida. Dia la ketua dalam rancangan ni. Dia pun ajak kiteorang masuk. Aku dengan 2 orang lagi kawan aku tak nak masuk sebab takut. Kiteorang duk kat luar je. Tak lama lepas tu datang sekumpulan budak lelaki dari flat aku jugak sebab diorang dengar cerita kiteorang pegi villa tu.

 

Dalam 15 minit macam tu, aku terasa nak masuk pulak. Aku pun masuk. Nasib masa tu kawan² aku yang dah lama masuk tu tak masuk dalam rumah lagi. Baru tinjau² kat luar sambil tangkap gambar. Waktu aku nak jalan ke kawan² aku tu, aku ada tengok 1 bingkai gambar macam kena baling kat atas rumput. Gambar tu gambar pengantin. Tak sure melayu ke cina tapi aku sure dia pakai gaun warna putih. Lepas tengok gambar tu, aku pun pegilah kat kawan² aku. Tetiba rasa tak sedap hati pulak. Aku pun keluar duduk kat luar dengan kawan² yang lain. Lepas je aku keluar, kawan² aku yang ada kat dalam, masuk dalam rumah pulak. Tengok² apa yang ada kat dalam. Tak sampai 5 minit, diorang menjerit sambil berlari ke luar ke tempat kiteorang duduk tadi. Ida tu bila dia keluar je dari pagar, dia terus pengsan. Kiteorang terpaksa papah dia bila nak balik rumah.

 

Masa otw nak balik, kami kena lalu jalan yang panjang. Lebih kurang 160 meter. Masa tu jugak la Ida ni nak mengamuk. Rupanya waktu dia pengsan tu dia dah kena rasuk. Cuma kami je yang tak tau. Bila dia mengamuk, kami pun lari la. Bukan lari tinggalkan dia tapi lari jauhkan diri je. Dan pada masa tu jugak la dia pandang aku dengan mata terbeliak. Mau tak takut+terkejut aku. Rasa nak nangis pun ada. Masa tu kami dah tak tau nak buat apa lagi. Last² ada kereta lalu dan dia suruh panggil ustaz. Dua tiga orang budak lelaki pegi panggil ustaz yang ada kat surau flat aku. Belum sempat ustaz tu datang Ida dah okay. Benda yang masuk dalam badan dia tu dah keluar. Yang mana kawan aku yang berani tu papah dia bawak pegi surau. Masa tu pulak dah nak maghrib, aku terpaksa balik. Kalau belum maghrib, dah lama aku pegi tengok ustaz rawat si Ida tu.

Nak tahu tak apa yang rasuk si Ida? Hantu pengantin tu. Mungkin hantu tu nak bagi amaran kot supaya jangan masuk rumah dia lagi. Lepas pada kejadian tu aku tobat nak buat kerja macam tu la. Seperti biasa ayat clichē, mungkin pada korang tak seram tapi bagi aku & the gang yang laluinya seram wooo. Maaf andai ayat tak tersusun atur. Aku type ni pun tengah pening kepala. Hahahahaha semoga kita berjumpa lagi. Bye assalamualaikum.

 

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *