#Wafhiyyah – Kak Chik

Assalamualaikum semua. Sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih sekiranya FS sudi siarkan kisah aku pada kali ni. Nama aku Wafhiyyah. Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih pada pembaca yang bagi komen positif sangat pada previous story aku JIN MAJUSI dan di sini aku nak minta maaf sebab biarkan cerita tergantung sebab ada yang request nak tahu dengan lebih detail pasal perbualan ‘kakak’ aku dengan Tok Jang aku. Sumpah aku ingat apa yang aku tulis haritu dah cukup panjang tapi bila aku sendiri baca balik ya aku mengaku nak lepas nafas pun tak sempat (haha). Tapi kali ni aku kongsi kisah seram yang lain pula dan aku akan pastikan kalini aku bagi yang betul-betul panjang. Sebelum tu sorry lah kalau cerita kalini pun tak berapa nak seram tapi aku rasa cerita ni elok dijadikan pengajaran untuk semua. So, bismillah……

Kisah yang aku nak kongsikan ni terjadi pada kaum keluarga aku sendiri. Kita gelar dia Kak Chik ajelah ya. Kak Chik ni anak buah ayah aku. Family aku memang kecik sebab kami 4 beranak je (mak, ayah, kakak dan aku) tapi kitorang punya kaum kerabat kalau campur belah mak dan ayah peh boleh penuh satu shopping mall aku rasa. Okay sambung….

Kak Chik aku ni kahwin masa umur dia 26 tahun dan time tu aku baru 19 tahun dan aku sedang melanjutkan pelajaran di sebuah IPT di Melaka. Sedikit pengenalan tentang Kak Chik aku. Suami dia muda 2 tahun dari dia dan dorang berkahwin pun memang atas dasar suka sama suka. Flashback masa kenduri kahwin Kak Chik. Kak Chik lawa sangat time tu. Memang nampak dia dan suami dia serasi dan sepadan sangat. Kenduri ni buat kat kampung ayah aku kat Johor. Tapi suami dia ni orang utara (satu negeri dengan aku. Okay aku orang Penang). Kita gelar dia Abang Shaz ajelah ya. Masa kenduri kahwin Kak Chik aku ni everything went smooth sampailah majlis tandang kat pihak sebelah lelaki seminggu kemudian.

Kak Chik ni anak perempuan tunggal dalam family dia dan dia ada 4 orang abang semuanya (ya, dia bongsu). Sebab majlis bertandang tu di negeri aku sendiri so aku pun volunteer pada Kak Chik nak teman dia make up apa semua masa pagi sebelum majlis. So aku dengan kakak aku pun temanlah Kak Chik ni pergi satu salon yang dekat aje dengan rumah kitorang. Time tu baru pukul 8.30 pagi. Tapi sementara nak tunggu siap make up tu Abang Shaz call Kak Chik dan Kak Chik pass telefon dia pada aku sebab dia tengah busy tadah muka nak kena conteng dan minta aku jawabkan. Kakak aku tengah sibuk menelek macam mana mak andam salon tu buat kerja. So aku pun capailah telefon Kak Chik aku dan aku cakap kat luar salon sebab dorang pasang lagu agak kuatlah juga dalam salon.

Masa tu aku angkat je call dari Abang Shaz tapi aku diam aje. Tiba-tiba aku dengar dari dalam telefon macam ada suara perempuan tengah cakap atau lebih tepat lagi tengah baca something tapi dalam nada bisik. Honestly aku cakap aku memang tak dapat tangkap apa yang dia baca dan aku pun tak kenal tu suara siapa. Aku dah mula pelik time tu. Terus aku bagi salam kotlah Abang Shaz tengah dengar radio ke apa ke. Aku try lah husnudzon time tu. Tapi lepas je aku bagi salam suara bisik tu terus stop. Then aku pun hello lah, tapi bukan Abang Shaz yang jawab. Mak dia (kita gelar dia Mak Jah (bukan nama sebenar)….

Mak Jah: Hello, Suraya (bukan nama Kak Chik yang sebenar hoho)?
Aku : Kak Chik tengah make up kat dalam salon. Saya sepupu dia. Ni siapa ya?
Mak Jah: Oh ni mak mertua dia. Sorrylah makcik call salah masa. Nanti hati-hati datang sini ya. Bye

Lepas aje Mak Jah matikan telefon baru aku teringat yang call Kak Chik aku ni nombor Abang Shaz, tapi kenapa mak dia pula yang cakap? Ada apa-apa jadi ke? Malas nak fikir banyak aku masuk dalam salon balik dan aku hulur telefon pada kakak aku yang tengah lagi sibuk telek muka Kak Chik.

Kak Chik tanya aku apa Abang Shaz cakap dan aku cuma jawab tu Mak Jah yang call dan pesan hati-hati masa pergi rumah dorang tengahari nanti. So dalam pukul 11 lebih nak dekat tengahari dah Kak Chik dah siap make up dan pakai baju pengantin semua so kami pun ready lah nak balik rumah aku. Masa tu aku yang drive sebab kakak aku kena jaga muka Kak Chik kotlah Kak Chik terbersin ke apa ke tak pasal bulu mata tertanggal. Elok sangatlah biar kakak aku yang jaga sebab kalau suruh aku buat bukan bulu mata je tertanggal silap-silap bulu kening semua bersepah. So dorang berdua duduk belakang dan aku sorang tengah drive kat depan. Elok-elok kitorang tengah sembang sambil dengar lagu dari radio semua, tiba-tiba seekor gagak hitam langgar cermin depan kereta kitorang. Nasib baiklah time tu baru lepas selekoh maut dan aku pun tengah ready nak bagi signal masuk simpang taman rumah aku. Terus aku brake mengejut.

Aku tengok dari dalam kereta cermin tu pun ada percikan d***h mungkin d***h burung tu tapi tak banyak. Kakak dengan Kak Chik memang dah terlopong sebab terkejut sangat apatah lagi aku, macam nak tercabut jantung. Tapi time tu aku dah tak sedap hati. Aku cakap kat dorang nak terus drive sampai rumah nanti kat rumah biar ayah aje yang tengokkan burung tu dan dorang pun setuju. So aku pun drive lah pelan-pelan sampai rumah dan burung tu sikit pun tak bergerak so aku bet burung tu dah m**i. Time ni memang radio semua aku dah matikan sebab memang aku rasa tak sedap hati gila. Sampai je depan rumah aku keluar dulu dan aku suruh kakak dan Kak Chik stay jap dalam kereta. Masa tu rumah aku memang meriah dengan sedara mara bagai so kebetulan time tu ayah aku kat luar tengah lepak dengan pak-pak sedara aku tapi dah siap dengan baju melayulah nak pergi majlis. Aku terus panggil ayah aku dan aku cerita pasal burung tu kat ayah dan ayah suruh bawak masuk kakak dan Kak Chik aku kat dalam rumah.

Aku pun angguk terus ajak dorang masuk rumah (payah gak jaga pengantin ni haha) tapi aku hantar takat depan pintu aje sebab dalam rumah mak-mak sedara aku dah ready nak sambut Kak Chik. So aku pusing balik pergi kat ayah. Time tu ada Paman (pakcik aku, adik kepada ayah, ayah Kak Chik) sebelah ayah aku. Dia pulak tanya aku apa jadi dan aku pun ulanglah lagi sekali pasal burung tu terjatuh tah dari mana dan terhempap atas cermin kereta. So Paman dan ayah aku pun angkat burung tu dan dorang tanam belakang rumah aku tapi dorang takda la buka mulut nak bagitau satu rumah. Aku ikut ayah aku tanam burung tu (aku pun tak tahu kenapa aku ikut). Lepas aje tanam Paman terus masuk rumah nak cuci tangan kot, time nilah aku baru nak buka mulut kat ayah.

Aku : Ayah, adik rasa tak sedap hatilah.
Ayah : Dah kenapa pula tak sedap hati? (ayah aku pandang pelik time ni)

Aku pun cerita dari A sampai Z pasal aku jawab call dari Abang Shaz tapi mak dia yang cakap termasuklah part Mak Jah tu entahlah bisik apa. Ayah cuma cakap, “InshaAllah, semua okay. Tak baik berburuk sangka dengan orang”. So aku pun malas nak fikir panjang aku masuk rumah sebab nak siap-siap nak pergi majlis. Aku lalu depan bilik kakak yang jadi bilik sementara Kak Chik lepak sebelum ke majlis. Kakak aku tengah mandi so tinggallah Kak Chik sorang tengah belek telefon. Aku pun nak blah la pergi bilik aku sebelum aku perasan yang muka Kak Chik tak secantik masa kitorang baru mula-mula keluar salon tadi.

Aku terus masuk bilik kakak aku sebab nak telek muka Kak Chik dengan lebih dekat. Kak Chik pandang muka aku dan aku tergamam sangat sebab muka Kak Chik time tu memang macam tak ada make up (Kak Chik lawa juga kalau tak pakai mekap). Bawah mata Kak Chik sembab plus ada dark circle macam orang tak cukup tidur, bibir pula habis pucat. Senang cerita muka Kak Chik memang tak ada seri langsung time tu. Aku terus tanya Kak Chik kenapa dengan muka dia? Kak Chik terus pandang cermin tapi dia jawab, “eh muka akak elok aje tak ada apapun. Kenapa Fiyah?” Dia pula soal aku balik. Aku terus jerit panggil kakak aku dalam bilik air (sebelah bilik aku). Minah tu pun kelam kabut keluar dari bilik air (nasib baik dah siap berbaju plus bertudung).

Kakak : Kau apahal jerit macam tu?
Aku : Cuba kau masuk bilik tengok muka Kak Chik.

Kitorang pun masuk balik bilik kakak aku dan kakak aku pun teleklah muka Kak Chik. Apa yang aku nampak muka Kak Chik still macam tadi, memang hilang seri habis beb. Tapi lain pula jawapan kakak aku. Dia kata muka Kak Chik okay aje tak ada apapun. Lepastu dorang berdua pun pandang pelik kat aku.

Aku : Tak nampak ke muka Kak Chik sembab dengan mata hitam bagai. Apa korang buat tadi?
Kakak : Apa benda kau ni, dik. Muka Kak Chik okay aje. Dahlah tak payah buang masa pergi siap cepat!

Aku pun keluarlah dari bilik kakak dengan rasa pelik yang maha hebat. Tapi memang sumpah muka Kak Chik sembab teruk. Aku pun terus jelah siap apa yang patut walaupun pelik tu dok ada lagi. Aku plan nak tanya makcik-makcik aku kot-kot dorang nampak muka Kak Chik tu memang tak ada seri langsung. Aku turun bawah tengok rumah semua dah sunyi dan pintu dan tingkap rumah semua dah bertutup. Aku jenguk luar kereta yang lain-lain pun tak ada tinggal kereta kakak aku aje. Mungkin dorang semua dah gerak dulu sebab time tu pun dah lepas Zuhur so Kak Chik kena standby kat rumah pengantin lelaki. So aku naik atas balik nak pergi bilik kakak aku. Elok je aku nak menapak naik tangga aku dengar bunyi kucing bertengkar kat luar dapur (belakang rumahlah). Aku tak jadi nak naik tapi aku singgah dapur dulu nak tengok kucing mana tengah bertengkar sebab rumah aku memang tak ada bela kucing.

Then aku terkejut nak m**i sebab time tu ada dua ekor kucing tengah bergaduh berebutkan bangkai burung yang ayah aku tanam tadi. Kucing-kucing tu dah siat-siat bangkai tu sebab aku nampak segala macam isi berterabur atas tanah. Aku terus buka pintu dapur dan aku halau kucing-kucing tu. Yang bestnya kucing tu blah tapi boleh pula dorang tinggalkan bangkai tu macam tu aje. Dah jadi satu kerja aku nak sedok bangkai burung tu guna penyapu sampai ke lubang dia ditanam tadi. Then aku kambus alar kadar je sebab yelah aku dah siap dengan baju kurung bagai kot takkanlah nak bertukang pula. Habis je aku kambus tanah tu aku masuk balik dalam rumah. Elok je aku nak kunci pintu dapur aku dengar ruang depan riuh nak mampus. Macam ramai gila tengah berkumpul kat depan tu. Aku dah cuak. Tadi aku check mana ada sesiapa dah dalam rumah melainkan aku dengan kakak aku aje.

Aku kunci pintu dapur macam biasa then aku capai penyapu kat sebelah pintu dapur (bukan penyapu yang aku guna nak tanam bangkai tadi) aku standby kat tangan in case apa-apa jadi kot perompak ke kat depan rumah. Bila aku pusing je nak keluar dari dapur rumah terus sepi. Suara riuh tadi pun memang dah hilang. Okay time ni aku dah start meremang. Aku tahu ada yang tak kena ni. Aku letak balik penyapu dan aku terus lari naik atas nak panggil kakak aku untuk gerak cepat pergi rumah pengantin lelaki. Tapi aku tak bagitau dia apa aku nampak (pasal burung) dan aku dengar (pasal suara). Tangga rumah aku pula memang betul-betul sebelah dapur.

Masa tu kami tengah on the way dan lagi 10 minit macam tu nak sampai rumah pengantin lelaki. Tiba-tiba kakak aku tanya pasal apa yang aku nampak pada muka Kak Chik tadi. Then aku explain lah kat dia yang aku nampak muka Kak Chik memang teruk habis. Tak macam Kak Chik yang selalu kitorang nampak dan masa Kak Chik mula-mula keluar salon tadi. Tapi kakak aku ni beria je dia nafikan dan kata muka Kak Chik cantik aje, tak ada cela pun. Aku pun malas nak argue aku diam aje. Bila sampai kat majlis kaum kerabat aku semua dah ada kat sana. So masa kitorang nak masuk rumah pihak lelaki ni Mak Jah yang sambut kitorang. Bila Mak Jah nampak je aku dia terus hulur tangan nak salam cepat-cepat dan masuk dalam rumah. Aik? Pahal makcik ni.

Masa Kak Chik tengah bersanding tu memang aku still nampak muka dia teruk weh. Tapi orang lain macam puji dia lawa sangat kononnya. Then aku pun conclude mungkin taste aku dengan orang lain tak sama kot. So aku biarkan aje. Time tu aku duduk semeja dengan mak aku so aku pun tanyalah dia, “tadi gerak keluar dari rumah pukul berapa?”. Mak aku jawab nak dekat-dekat pukul 1 macam tu. Dan sekali lagi aku meremang. Memang sah tadi aku kena main. Lepas dari tu aku diamkan aje. Aku tak cerita kat siapa pun sampailah satu hari ni aku tengah cuti sem. Tapi aku malas nak balik Penang sebab kalau naik bas mau 6-7 jam terperap dalam bas dari Melaka. So aku pun decide nak balik Johor aje. Aku stay rumah Paman. Sejak kejadian masa kenduri kahwin Kak Chik tu lebih kurang 4-5 bulan jugalah.

So dah sampai rumah Paman tu aku pun duduklah situ. Then aku tanya Paman album kahwin Kak Chik tak ada ke (time tu Kak Chik stay kat Penang tapi rumah suami dia sendirilah). Paman pun hulurlah album kahwin Kak Chik pada aku. Mula-mula aku belek album kahwin masa kenduri belah Kak Chik kat Johor ni. Kak Chik memang nampak stunning gila dalam gambar. Power betul siapa yang mekapkan Kak Chik. Dah habis belek satu album tu, aku buka pula album kahwin belah Abang Shaz. First gambar yang aku tengok aku dah terkejut. Sebab gambar dalam album tu jauh beza dengan album yang aku tengok tadi. Yang album kahwin belah Abang Shaz ni gambar dia tak cantik langsung.

Bayangkan kalau kita guna kamera nokia daun yang tak berapa nak canggih tu, lepastu kita zoom gila-gila, so gambar mesti akan pecah-pecah kan? Ha macam tulah gambar kahwin yang aku dok tengok tu. Plus muka Kak Chik pun memang tak ubah sembab macam apa aku nampak in real life masa kenduri tu. Terus aku teringat beberapa peristiwa yang aku hadap masa kenduri kahwin Kak Chik. Aku terus cari Paman dan aku tanya Paman kenapa gambar kahwin Kak Chik jadi macam ni? Paman senyum je jawab mungkin kamera photographer tu ada masalah. Aku dah mula segala syak wasangka dah dalam kepala. Takkan sampai teruk macam tu gambarnya. Time tu photographer tu guna DSLR kot takkan kualiti tahap nokia daun dulu kala.

Lepas dua hari aku duduk rumah Paman (rumah ni ada Paman dan isteri dia aje, Cik Som. Abang-abang Kak Chik semua dah kahwin), ayah aku call Paman. Malam tu juga Paman dan Cik Som ajak aku balik Penang. Aku tanya dorang apa yang jadi? Tapi Paman dan Cik Som diam aje. Aku risau kot-kot ayah ke mak aku ke yang sakit. So aku terus call ayah dan tanya, “kenapa Paman rushing nak balik rumah kita? Mak dan ayah okay ke?”. Ayah cuma jawab dorang okay aje. Aku tak puas hati lagi time tu, aku terus Whatsapp kakak aku. Masa tu aku dalam kereta dengan Paman dan Cik Som.

Aku : Kau kat rumah ke?
Kakak : Ha aku kat rumah. Awat?
Aku : Aku dengan paman on the way nak balik ni. Tadi pagi ayah call Paman, tak tahulah apa dorang bualkan tapi tadi terus Paman ajak gerak balik rumah kita malam ni. Aku dah call dan tanya ayah tapi ayah tak ada cakap apapun. Kau tau apa-apa tak, along?
Kakak : Kak Chik…something jadi kat dia. Kau baliklah sini dulu, nanti kita cerita.

So aku skip sampai kami dah sampai rumah aku.

Sampai aje rumah, Paman dan Cik Som terus kelam kabut masuk rumah. Kitorang sampai nak dekat Subuh. Aku pula terus cari kakak dan aku tanya dia kenapa dengan Kak Chik.

Kakak : Kak Chik call ayah kemarin dulu. Minta ayah datang jemput dia kat rumah Abang Shaz.
Aku : Kenapa? Bukan Kak Chik ada kereta ke?
Kakak : Tak tahu. Tapi along dengar semalam ayah sembang dengan mak yang Kak Chik ada benda yang dok ganggu.

Zupp! Aku terus keluar dari bilik kakak dan aku cari ayah dan Paman. Dorang tengah bersembang kat dapur. Mak dan Cik Som ada sekali. Aku direct tanya ayah,

Aku : Betul ke Kak Chik kena kacau?
Ayah : Tak tahulah, adik. Tapi rasanya macam tu. Kejap lagi ayah dengan Paman nak pergi ambil Kak Chik kat rumah Shaz.
Aku : Kenapa Abang Shaz tak hantar Kak Chik je? Kenapa ayah yang kena pergi ambil?

Ayah tak jawab. Paman pun mengeluh aje. So aku pun buka cerita satu-satu dari aku tolong jawabkan call yang aku sangka dari Abang Shaz tapi sebenarnya call dari Mak Jah dan part bisik tu. Then part aku nampak muka Kak Chik buruk gila dan part kucing berebut bangkai burung dan last sekali pasal suara riuh dalam rumah. Ayah tanya kenapa aku tak bagitau awal-awal? Wait manalah aku tahu yang memang ada something wrong dari mula.

So lepas aje breakfast ayah ajak aku sekali dengan Paman pergi jemput Kak Chik. Kitorang pergi bertiga aje. Dalam kereta aku tanya Paman, benda yang jadi semua ni ada kaitan dengan Abang Shaz ke? Paman cakap Paman tak berani nak tuduh. Tapi dah lebih 2 bulan Abang Shaz jarang balik rumah.

Sampai je kondo yang Abang Shaz dan Kak Chik duduk kitorang terus naik tingkat rumah Kak Chik. Masa dalam lif ayah suruh aku call Kak Chik dan bagitau kitorang dah sampai. Tapi Kak Chik tak angkat telefon. Sampai je rumah Kak Chik kitorang tekanlah loceng sebab rumah dia ni pulak pintu kayunya belah dalam dan grill besi sekeliling rumah so kitorang takat boleh tekan loceng ajelah. Lama juga kitorang tunggu kat depan dan bunyikan loceng tapi still Kak Chik tak buka pintu. Aku pula time tu memang cuba call Kak Chik berkali-kali. Dan syukur tuhan finally Kak Chik angkat call aku. Aku terus direct kata kami dah kat depan rumah dia.

Bila Kak Chik buka aje pintu, aku terkejut sangat tengok Kak Chik time tu. Muka dia cengkung plus sembab lepastu memang nampak dia macam stress gila. Dia jemput kami masuk dan dalam rumah Kak Chik time tu bergema dengan radio ayat al-Quran. Rumah dia pula memang memang suram sebab dia tutup semua langsir dan pintu dapur dan bilik. Dia terus peluk Paman dan nangis. So Paman pun tenangkan Kak Chik. Ayah terus suruh aku kemas barang Kak Chik mana yang patut. So bila aku buka aje pintu bilik tidur Kak Chik, meremang satu badan. Padahal dalam bilik dia tak ada apapun. Tapi memang rasa seram sejuklah dalam bilik dia. Aku baca bismillah dan aku masuk aje bilik dia terus capai mana-mana beg Kak Chik yang besar dan aku sumbat berapa helai je baju dan seluar dia.

Then aku ambil handbag Kak Chik, masukkan purse dan handphone Kak Chik yang ada kat ruang tamu. Dah siap semua ayah hulur kunci rumah Kak Chik pada aku dan suruh aku kuncikan rumah Kak Chik. Paman, ayah dan Kak Chik dah jalan pergi lif dan tinggallah aku terkial-kial tengah kunci pintu. Elok aje aku nak rapatkan pintu kayu, radio al-Quran yang tengah terpasang tu terus m**i dan aku dengar dengan jelas bunyi merengus dan bunyi tu pula macam ramai je dari dalam rumah. Damn! Dahlah aku sorang. Terus aku kunci pintu grill semua dan aku berlari ke lif tapi ayah dah tunggu aku dalam lif. Kak Chik dok nangis lagi sambil peluk Paman. Aku mampu tengok aje. Nak tanya memang bukan masa yang sesuai lagi.

Kitorang pun gerak balik. Aku duduk depan teman ayah. Jarak dari rumah Kak Chik nak balik rumah aku ni taklah jauh sangat tapi jauhla juga. Lebih kurang setengah jam macam tu sebab kena naik bridge. Then something happened! Aku sendiri tak tahu nak cakap apa yang kitorang alami tu masuk akal ke tak sebab time tu siang okayyyyy memang matahari betul terpacak atas kepala. Radio dalam kereta time tu tutup. Memang ayah bukan jenis orang yang suka dengar lagu time driving. Tapi tak tahulah macam mana tiba-tiba radio tu on sendiri tapi bukan dengar lagu ke dj bercakap ke. Tak weh. Yang dengar time tu bunyi radio tengah hilang siaran. Berdengung aje. aku pandang ayah. Tapi ayah buat bodoh aje. Dia concentrate je drive. Aku pun tutuplah radio tu tapi aku tekan button off still radio tetap macam tu. Then baru ayah bersuara, “biar ja radio tu.”

So aku pun buat bodoh ajelah. Tapi mata still pandang radio. Yang peliknya kat monitor screen radio tu memang tak ada display mana-mana channel radio tau. Memang nampak radio tu macam dah off. Dah 2-3 minit radio tu bunyi macam tu, kitorang dengar pula bunyi merengus macam mana aku dengar masa nak tutup pintu rumah Kak Chik tadi. Bila dengar aje bunyi tu, Kak Chik dah jerit-jerit kat belakang macam histeria. Jenuh Paman nak tenangkan Kak Chik. Tapi Kak Chik punya histeria ni lain macam. Memang nampak tak boleh tenang. So ayah aku suruh aku ganti dia drive sebab dia nak tolong Paman tenangkan Kak Chik.

So ayah berhenti tepi jalan sebelum nak naik bridge. Memang nampak ayah punya risau tu sampai dia pergi belakang pun tak guna pintu dah. Ayah main sebat je panjat ikut tengah seat depan lompat pergi belakang. So aku pun buat benda sama, Cuma beralih pergi seat sebelah aje. Masa aku drive tu bunyi merengus dari dalam radio tak hilang lagi. Kak Chik pula makin menjadi-jadi dia punya histeria. Ayah dengan Paman baca ayat kursi sebelah telinga Kak Chik. Tiba-tiba bunyi merengus tadi dah bertukar jadi bunyi gelaklah, menjeritlah macam mana Kak Chik menjerit. Memang bingit weh dalam kereta time tu.

Then tiba-tiba semua diam. Radio dah m**i, Kak Chik pun dah senyap. Tapi tak lama. Tiba-tiba (banyaknya tiba-tiba) Kak Chik gelak sorang-sorang. Aku dengar dia cakap, “Su nak bercerai dengan Shaz….” Tapi suara dia time tu aku tak tahulah nak gambarkan macam mana. Macam mendayu aje.

Paman mengucap panjang lepas dengan apa Kak Chik cakap tu. Then ayah terus cakap jangan balik rumah. Terus pergi rumah Tok Jang (Jin Majusi). Sepanjang aku drive tulah Kak Chik dok ulang cakap nak cerai dengan Abang Shaz. Tapi dia cakap memang tenang. Siap gelak bagai. Macam aku cakap suara dia memang mendayu.

Dalam 20 minit macam tu kitorang sampai rumah Tok Jang. Masa nak keluarkan Kak Chik dari kereta ayah suruh aku call kakak aku dan suruh dia bawak mak dan Cik Som datang sini. So time tu aku cakap telefon kat luar aje. Banyak pula soal minah tu. Elok aje aku masuk rumah Tok Jang, Kak Chik dah terbaring. Paman duduk kat hujung kepala Kak Chik. Ayah dan Tok Jang kat sebelah kiri Kak Chik. Tok Jang panggil aku duduk depan dia (sebelah kanan Kak Chik, so badan Kak Chik dikelilingi oleh kami).

Ayah : Pak Jang tanyalah Fiyah…
Tok Jang : Fiyah rasa macam ada benda tak kena ke masa kenduri Kak Chik kat sini dulu?

Aku angguk. Aku cerita semuanya kat Tok Jang. Rupanya bukan aku aje rasa tak sedap hati time tu, Tok Jang pun sama. Masa dia sampai je majlis kahwin kat rumah Abang Shaz tu dia dah rasa lain. Dia nampak ramai sangat tetamu masa majlis tu tapi bukan manusia. Tok Jang cerita lagi yang sepanjang dia ada kat majlis tu, majlis tu nampak suram je pada pandangan dia. Sebab tu dia dan isteri balik awal hari majlis tu. Ayah dengan Paman quite shocked lah sebab dorang nampak majlis tu memang meriah gila. Dan dorang tak ada pula nampak tetamu lain yang macam Tok Jang cakap.

Masa tu kakak aku sampai dengan mak dan Cik Som. Terus Tok Jang suruh Cik Som duduk kat hujung kaki Kak Chik. Tok Jang suruh isteri dia teman kakak aku masuk bilik dan duduk aje dalam bilik. Then Tok Jang suruh mak aku call Abang Shaz, suruh dia datang situ. Elok aje mak aku nak call, Kak Chik tiba-tiba terus bangun dan nak lari dari situ. Nasib baiklah ayah dengan Tok Jang sempat tahan dia. Cik Som pula memang dah terkejut sebab Kak Chik bangun muka Kak Chik straight je depan muka dia. Kak Chik macam meronta-ronta nak lepaskan diri. Dia asyik pandang je kat pintu rumah yang terbuka time tu. Tok Jang suruh mak tutup pintu tu.

“Suraya!!!! Bawak mengucap!!!!”.

Sekali Tok Jang tempik terus Kak Chik diam. Lepas tu dia macam nak pengsan balik. Tapi Tok Jang tak benarkan, dia goncang-goncang badan Kak Chik. Kalau Kak Chik asyik pengsan aje bila nak settle nya kan. Tok Jang percik sikit air kat muka Kak Chik. Mak pula masa tu memang dah tergamam. Dia tak sempat call Abang Shaz pun. Nampak macam Kak Chik tenang sikit (aku rasa macam dia dah back to reality kot), dia terus nangis dan peluk Cik Som. Cik Som pun nangis sekali. Gila. Kalau aku pun sedih, anak yang elok-elok sihat tiba-tiba jadi sampai macam tu.

Lepas Kak Chik macam dah tenang sikit Tok Jang tanya,

Tok Jang : Kenapa jadi sampai macam ni, Suraya?
Kak Chik : Saya tak tahulah pakcik….. (Kak Chik nangis. Kesian dia..)
Tok Jang : Mana suami kamu?
Kak Chik : Abang dah seminggu lebih tak balik rumah langsung.

Okay so macam dalam drama sikit, aku dah melopong bila dengar yang Abang Shaz dah tak balik rumah for a week! What the heck. Apa dia dah buat kat bini dia ni?!

Tok Jang : Mana dia pergi?

Kak Chik menggeleng je….

Tok Jang terus suruh mak dialkan nombor Abang Shaz, dia nak cakap. Memang cuba call banyak kali tapi langsung tak angkat. Tok Jang buat air penawar untuk Kak Chik dan kami balik ke rumah aku. So malam tu Kak Chik, Paman dan Cik Som pun bermalam kat rumah aku. Esok paginya tu ayah tanya aku, nak ikut tak hantar Kak Chik berubat? Kat kedah. Kawan kepada Tok Jang. Aku terus nakkkkkkkkkk ajelah kat ayah. Kakak awal-awal lagi dah geleng kepala tak nak ikut (ingat nak ajak dia). Dia suruh mak duduk rumah teman dia.

So petang tu geraklah kitorang ke Kedah. Kami naik 1 kereta aje, Cik Som tak ikut. So Tok Jang duduk depan dengan ayah, aku kat belakang dengan Paman teman Kak Chik.

Sampai aje rumah kawan Tok Jang ni (kita gelar Pak Aki aje), Kak Chik mula gelisah. Then Paman paksa juga Kak Chik masuk rumah Pak Aki. Pak Aki sambut kami depan pintu rumah. Rumah Pak Aki teres dua tingkat, rumah taman.

Tok Jang explain serba sedikit pasal Kak Chik dan apa yang aku nampak masa hari kahwin Kak Chik pada Pak Aki. Then Pak Aki tanya Kak Chik,

Pak Aki : Sepanjang kamu kahwin ni ada kamu rasa atau dengar atau nampak perkara yang pelik?

Then waktu tulah baru Kak Chik berani buka mulut. Ingat lagi Mak Jah? Yes. Mak mertua Kak Chik. Rupanya…

Lepas 3 hari kenduri kahwin kat rumah Abang Shaz, Kak Chik perasan yang Mak Jah dan ipar duai yang lain macam pelik dengan dia. Masa tu dia tinggal dengan keluarga mertua lagi sementara nak tunggu rumah dorang yang sekarang ni siap masuk perabot semua. Bila tiba waktu makan, Mak Jah tak bagi Kak Chik senduk nasi dari periuk nasi yang sama dengan dorang makan. Dia selalu suruh Kak Chik ambil nasi dalam mangkuk yang memang dah tersedia dekat dapur. Lauk semua pun dia dah siap asingkan untuk Kak Chik.

Kak Chik memang macam pelik, tapi lepas tu Kak Chik okay aje sebab apa yang Mak Jah sediakan tu tak basi pun. Semua lauk elok dan panas lagi. Benda ni berlanjutan sampai seminggu Kak Chik tinggal kat situ. Esoknya Kak Chik dan Abang Shaz akan pindah ke rumah baru. Masa tu Mak Jah ada bekalkan Kak Chik lauk dan juga nasi untuk Kak Chik. Tapi yang peliknya Mak Jah kata makanan tu untuk Kak Chik je means Abang Shaz tak boleh makan. Masa tu Abang Shaz cuma gelak sebab dia ingat mak dia cuma bergurau. Dan since then Mak Jah akan datang ke rumah dan hantar nasi dan lauk untuk Kak Chik.

Ada satu hari tu Kak Chik sengaja masak makanan tengahari awal sikit. Dan Mak Jah datang lepas Kak Chik siap masak dan macam kebiasaan Mak Jah akan bekalkan makanan untuk Kak Chik. Bila Mak Jah nampak lauk-lauk yang Kak Chik dah siap masak, Mak Jah terus buang semua lauk tu. Tapi time tu Kak Chik tak berani nak halang Mak Jah. Kak Chik macam relakan aje apa Mak Jah buat. Abang Shaz pula memang tak akan balik makan tengahari kat rumah. Petang lepas dia kerja baru dia balik. Lepas aje Mak Jah buang semua lauk tu, dia pegang tangan Kak Chik dan pesan jangan lupa makan makanan yang dia dah bekalkan.

Tapi lepas je Mak Jah balik baru Kak Chik macam tersedar dan Kak Chik terus buang lauk yang dia bagi. Hampir 2 minggu juga Kak Chik dah stop makan apa yang Mak Jah bagi, tapi Abang Shaz pula mula buat perangai. Dia selalu balik lambat dan kadang-kadang dia tak balik. Esok paginya baru dia balik sekadar nak mandi dan bersiap pergi kerja. Bila Kak Chik tanya dia cakap dia tidur rumah Mak Jah. Tapi Kak Chik diam aje, dia tak lawan. Sampailah bulan ketiga, macam-macam benda pelik yang jadi….

Ada satu malam tu Kak Chik baru lepas solat Isyak dalam bilik. Kak Chik tutup pintu bilik. Lepas aje Kak Chik bagi salam terakhir, Kak Chik dengar bunyi tapak kaki tengah berlari (macam tapak kaki budak) kat ruang tamu. Kak Chik try jenguk dari bawah pintu, memang nampak banyak bayang-bayang dok lalu lalang time tu. Kak Chik ingatkan Abang Shaz yang balik dan kotlah Abang Shaz ajak kawan-kawan dia datang rumah ke. Kak Chik terus bangun dan tukar baju ala kadar aje sebab nak tengok siapa tetamu yang Abang Shaz bawak, tapi bila Kak Chik buka aje pintu bilik. Ruang tamu gelap weh! Yang terbuka Cuma lampu dapur.

Tadi masa dia jenguk bawah pintu lampu ruang tamu memang menyala. Dia dah rasa pelik time tu. Dia terus call Abang Shaz. Then Abang Shaz cakap dia tak adapun balik rumah dan dia cakap malam tu dia tidur rumah Mak Jah. Tak sempat Kak Chik nak cerita benda yang jadi terus Abang Shaz matikan telefon. Kak Chik dah takut sebab yelah dia sorang kot kat rumah. Ada suami pun macam tak ada. Sebelum kahwin bukan main lagi sanggup petik bulan bintang tapi bila dah kahwin nak jaga isteri pun hagham. Ish geram pula aku.

Malam tu masa Kak Chik tidur, dia rasa dia kena tindih. Dia tak berani nak buka mata. Dia cuma baca ayat kursi je dalam hati. Lama jugalah Kak Chik kena macam tu. Nak gerak ke jerit ke memang tak boleh. Bayangkan Kak Chik hadap benda tu sorang-sorang. Mak ayah dahlah jauh kat selatan, eventhough ada mak ayah aku kat sini Kak Chik tak nak susahkan mak ayah aku plus ni hal rumahtangga dia. Takkanlah dia nak cerita buruk pasal suami dia (kali ni aku dah minta izin dia, dia pun izinkan asalkan bukan nama sebenar haha). Esok paginya bila Kak Chik bangun badan dia penuh dengan lebam. Dekat sebulan juga dia kena macam tu tapi kadang-kadang abang Shaz adalah juga balik rumah. Kak Chik tak kerja. Kira fulltime housewife. Tapi duit nafkah Abang Shaz tetap bagi kat Kak Chik walaupun perangai dia macam tu.

Dalam tempoh tu macam-macamlah dia kena. But Mak Jah still dok hantar makanan tapi Kak Chik terus buang lepas Mak Jah balik. Kak Chik pun tak berani tanya Mak Jah kenapa Abang Shaz tak balik rumah sebab cara Mak Jah cakap pun dah lain dari Kak Chik mula-mula jadi menantu dia dulu. Pernah satu hari tu Kak Chik baru sudah masak kat dapur dan baru nak makan malam. Since dia sorang so dia angkut sepinggan nasi dengan lauk semua makan depan tv. Balkoni rumah tu sebelah kanan Kak Chik, tapi bertirai.

Tengah syok makan tiba-tiba tingkap balkoni tu ada yang mengetuk! Apa gila! Siapa yang ketuk balkoni rumah dia? Rumah dia tingat 17 kotttttt! Ketuk kalau jenis sopan tak apa, ni ketuk macam simpan dendam sebab kuat sangat. Kak Chik terus tinggal makanan dia semua dia masuk duduk dalam bilik. Time tu dia menangis aje call Abang Shaz, tapi hagham tak angkat. Dia tak berani nak call Paman dan Cik Som sebab yelah dia dah kahwin kot takkan hal rumahtangga nak ngadu kat mak ayah lagi. Selalunya dia cuma takat kena tindih aje lepas tu bunyi tapak kaki kat ruang tamu masa dalam bilik, tapi kali ni benda tu dah berani nak main ketuk-ketuk bagai. Masa Kak Chik dah masuk bilik benda tu masih lagi dok ketuk tingkap balkoni.

Kak Chik mampu play radio al-Quran ajelah since dia waktu tu pun tengah ‘cuti’. Esok pagi bila dia keluar bilik, pinggan makanan yang Kak Chik tinggal semalam dah ada atas lantai. Bersepah dengan nasi dan lauk atas lantai sedangkan semalam Kak Chik sempat letak elok-elok atas meja kopi depan tv sebelum masuk bilik. Kak Chik cuba bertenang aje time tu, then Kak Chik kemas apa semua. Kak Chik plan petang tu nak keluar jalan-jalan ambil angin sebab nak lupakan kejap apa yang berlaku so puas dia call Abang Shaz tapi langsung dia tak angkat. Kak Chik tak kenal mana-mana kawan Abang Shaz kat sini.

So aku rasa dah panjang sangat ni. Kesian nak kena baca panjang-panjang. Kalau komen semua positif dan suka dengan cerita aku ni, nanti aku sambung. Bye!

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

31 thoughts on “#Wafhiyyah – Kak Chik”

  1. jahatnya mak mentua dia… knp lah kak chik boleh bertahan lg duk umh tu even dah kena kacau mcm tu… kalo cik nona… cik nona mmg dah kuar dah…

    cepat2 lah sambung ye….

    Reply
  2. Harap2lah ada sambungan.. Huhu.. Serius best! Kata kat dia Kakcik kirim salam kat kakcik. Sebab lam family, aq pun kene gelar kakcik 🙂

    Reply
  3. Astaghfirullahalazim…
    Kesiannye lps kawen trs jd camtu…
    Kot x suke halanglah dr awal sblm kawen…
    Mmg dah jodoh…
    Tapi kalau boleh kawen tu biar dgn restu kedua belah pihak…
    Jd mak pak pon jgnlah hadap sgt nk soh anak kawen ngan pilihan keluarga…
    Kot tgk calon menantu tu lebih krg boleh diterima akal, restukanlah…
    Kawen bkn sbb utk bersanding jer, panjaaaannggg lg kehidupan selepas tu…

    Semoga Allah melindungi Kak Chik dan suami…
    Gamaknye lepas Kak Chik mule sedar perangai pelik Mak Jah tu yg Mak Jah start mandremkan Abg Shaz plak…
    Gune sihir pemisahlar agknye tu ekkk…
    Kesiannye…
    Kot dh terer sgt amal ilmu hitam, awat tak dari awal sebelum kawen dlu pi guna2kan anak lelaki tu soh ikot ckp mak…
    Xdelah kesudahannye menghancurkan idop anak perempuan org lain…

    Buat penulis, sila cepat cepat sambung weeiiii…
    Bersungguh dr baring akk duduk nk menambahkan kekhusyukkan sekali bersambung…
    Kejaaaammm…!!!

    Reply
  4. sambung je laaa… haduii.. admin patut buat rule baru. kalau pnjg tulis je mcm Mac amin tu, cerita pnjg berjela. takde lah buat org ternanti nanti. setel.

    Reply
  5. Aduii…bersmbng plak dah dia! Bkn main khusyuk lg aq layan baca, last2 kata pnjg sngt. Alaaa… Biarlah pnjg 300 patah perkataan pun. Aq baca jgk sampai hbs. Jalan cerita kau best kut…

    Reply
  6. Penceritaan yang bagus. Saya macam boleh masuk dalam jalan cerita. Seram and kesian :(. Saya je ke rasa sedih baca citer ni? Semoga kakcik lekas sembuh yer.

    Reply
  7. haram jadah punya suami .. kalau buat macam tu dekat adik2 aku mmg aku bantai sampai mampus.
    suka hati je nak balik ke tak, tido rumah mak sendiri pon bawak lah bini skli.. bodoh punya jantan.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.