Assalamualaikum,aku perkenalkan diri sebagai Wan dan aku lelaki.Aku ada terbaca satu kisah kat fs dulu,kisah siapa yang intai tu… Teringat pulak kisah aku dan kawan-kawan masa sekolah dulu,aku teringin nak share dekat pembaca semua.
Masa tu aku form 3,masa tu cikgu pendidikan seni,aku panggil dia cikgu Zul sahajalah,ada menyuruh aku dan empat lagi kawan-kawan aku (Man,Din,Lan dan Khai) untuk tolong dia mengecat dinding sekolah untuk dilukis gambar mural yang baru,tapi cikgu Zul menyuruh kami datang sekolah waktu malam,dalam pukul 8mlm keatas,lebih kurang lepas maghrib la.
Senang hendak mengecat tanpa banyak gangguan,lagipun siang banyak aktiviti yang dia nak buat,takut tak sempat.Kalau ada cat yang tidak kena pada dinding atau terkurang ke,kita boleh touch up sikit-sikit,kata cikgulah…aku iyakan sajalah.Ketika itu aku ingat lagi hari Jumaat malam Sabtu,memandangkan esok pun cuti, bolehlah tidur lambat.Upahnya cikgu Zul belanja makan KFC pada malam esoknya,aku and the gang apalagi,umpama orang mengantuk disorongkan bantallah….Lagipun aku bukan budak bersekolah asrama,cuma sekolah menengah harian biasa sahaja.
Pada malam kejadian tersebut, semua perkakas mengecat sudah tersedia,kami pun apalagi mulalah mengambil tempat mengecat masing-masing sambil dibantu cikgu Zul.Walaupun waktu itu malam tapi keadaan disitu masih lagi terang,hanya disimbahi lampu mentol panjang dibeberapa koridor dan termasuklah dua lampu panjang yang dibawa cikgu Zul dari rumahnya. Selesai sahaja mengecat kseluruhan dinding itu,kami berempat pun pergilah mencuci tangan dekat tandas di blok sebelah.
Semasa hendak pergi tu masih tidak ada apa-apa lagi yang berlaku,hanya perasaan tidak sedap sahaja yang terbit dihati.Usai membasuh tangan dan bersihkan apa yang patut,kami berempat pun berjalan mengikut laluan diblok tadi, yang sememangnya tersedia gelap,bukan gelap gelita tapi hanya samar-samar suasana disitu, yang hanya disimbahi lampu koridor sahaja.
Tiba-tiba….,seraya aku dan kawan-kawan berjalan diblok belakang tu,boleh pula aku terdongak keatas….!!Aku ternampak ada satu KEPALA, memang nampak kepala sahaja, macam orang tengah terhendap-hendap,tapi ditingkat tiga….!!Tingkat paling atas sekali lah.Aku nampak sebab ada lampu koridor kat area”benda” tu.Boleh pulak dengan jayanya aku pergi tegur benda tu,dengan tanpa rasa bersalah. “Woiii..!Buat apa tu..!Apasal mengendap orang hah?!”.Jerkah aku pada benda tu.Yalah….,aku fikir mungkin ada budak lain nak ceroboh masuk sekolah ke,nak curi barang sekolah ke…, pelajar bertanggungjawablah katakan.
Man cuit aku,dia kata tak sedap hati.Kami pula dengan berani sampai tak ingat dunia ni masih lagi setia tercegat disitu.Sudah tu…boleh pulak aku bertentangan mata dengan benda tu…!Terkedip-kedip dia tengok aku,aku tengok dia.Kemudian, tiba-tiba sahaja….benda tu mula hendak berdiri, berdiri lagi…dan lagi…dan lagi,terperanjat kami….!!Apa yang kami terperanjat dan trauma,cuma KEPALA…sahaja yang timbul, TANPA BADAN.
Selalunya hantu tanpa kepala,ini kepala sahaja tanpa badan,bukan penanggal tapi kepala lelaki tanpa badan terapung sambil senyum menyeringai dengan mulut lebar sebelah kiri macam terbelah sampai ketelinga,menampakkan gusi dan rahang gigi.Kami pun apalagi, terus pecutlah…,lari macam tak cukup tanah,lintang pukang berterabur kami lari.Terus sahaja kami lari kearah cikgu Zul.Cikgu Zul pun dah kecut perut dengar cerita kami,kebetulan masa kami berlari kearah dia tu,cikgu Zul ternampak macam ada benda bulat hitam tergolek-golek dibelakang kami.
Dengan tak sempat nak kemas barang semua,ambil apa yang penting sahaja,kemudian kami semua terus cabut macam tu sahaja,takut punya fasal.Menggigil kepala lutut dan segala sendi ni..!!Jantung dah macam nak tercabut,air kencing macam sudah nak terkeluar dah, hujung-hujung saja lagi.Jangankan peluh jantan,peluh segala atuk nenek betina dah keluar dah,lenjun peluh keluar membasahi baju.Sebelum pulang rumah tu cikgu Zul ajak kami singgah kedai mamak dulu,pekena teh dulu ke,sebab hendak hilangkan gementar kami dulu.Lagipun takut-takut dia mengikut balik pulak karang…Itu dah jadi kes lain pulak.
Okeylah..,macam itulah kisah seram aku,hanya orang yang pernah terserempak dan alami sahaja yang tahu takutnya macam mana, terpulang pada pembaca semua hendak percaya atau tidak.Terima kasih kerana sudi membaca…sekian.
-WAN-
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
hahahaha part last sekali tu lawak =D
cliche…
Ok la
Best dan seram cerita kau dik….dah makan KFC tu lupa la kisah hantu kepala tu agaknya…haha..
“Jangankan peluh jantan,peluh segala atuk nenek betina dah keluar dah,lenjun peluh keluar membasahi baju.”
Panjang ghupenyer salasilah susur galur peloh ni yer…
hahha…klakar…ape2 pon terbaik