Assalamualaikum dan slmt pagi buat semua pembaca setia FS. Disebabkan malam tadi tak boleh nak lelap sangat so aku draft cerita seram aku dan post dekat FS pagi ni.
Nak share mlm tadi x sempat, malaihhh aih nak kacau FS tengah2 mlm buta. Ok gais! Selamat membaca. Bismillah
Aku nk share story masa join camping pengakap tahun 1997, Masa tu darjah 6, sekarang aku dah 31 tahun. Tp kejadian ni mmg still fresh dalam otak aku.
Kalau nak diikutkan pada haritu ayah memang tanak langsung bagi aku join perkhemahan tu. Fullstop! Tp pujuk punya pujuk siap bawak kawan pegi rumah pujuk. Last-last ayah tewas ditangan anak perempuan dia.
Dengan gembiranya aku pegi pack semua keperluan yang perlu. Sebelum pergi ayah/mak pesan jaga mulut, jaga tingkah laku, jangan buat naya kat kawan-kawan dan sebagainya. Nak list mmg panjang.
Walaupun tempat yang aku nak pergi ni sekolah aku, camping kat padang bola. Perjalanan dari rumah ke sekolah 15 minit je kalau jalan kaki. Kalau naik basikal 5 minit, tu pun kalau xde anjing yang tunggu tepi jalan. Kalau ada anjing, mungkin 20 minit sebab kena kejar.
Ayah/mak nak hantar tapi aku tak bagi sebab plan mmg nak naik basikal je dengan kawan2. Sampai kat sekolah memang banyak giler ahli-ahli pengakap yang join, bergabung dengan sekolah menengah.
Nak dijadikan cerita after daftar diri dan dibagi khemah. Aku dengan kawan2 yang lain (rose,natt & elly) pegi cari port terbaik. Dalam fikiran memasing dah pasang niat nak pacak khemah bawah pokok besar yang redup tu.
Memang rezeki kami dapat kawasan tu, ada jugak la budak2 lain termasuk senior sekolah menengah da siap pacak khemah. Ada sorang akak ni tiba2 datang ke khemah kami dan bisik dengan kami “hati-hati korang”. Aku tanya akak tu, pesal pulak nak hati-hati, tp akak tu picit pipi gebu aku dan blah camtu je dengan kawan dia sebab nk pegi mandi. Jam pun dah nak masuk pukul 6 petang. So kami cepat2 pacak khemah sebab nk mandi dan get ready ke surau sekolah. Nak maghribkan.
Selesai solat Maghrib/isyak dan ceramah. Cikgu Azmi buat pengumuman, minta semua pelajar siapkan diri dalam masa 20 minit dan berkumpul di lobi sekolah. Malam tu pukul 9.00malam kami semua pelajar dah berkumpul dan saling berkenalan.
Yelahkan petang tadi sampai, semua tengah sibuk dengan urusan masing-masing, mana nak sempat shake-shake hand berkenalan. So program malam tu bermula dari sesi pengenalan guru-guru yang diberi amanah untuk menjaga kami sepanjang program perkhemahan berlangsung dan sedikit tentitif untuk rujukan kami sepanjang program camping tu nanti.
Masa semua pelajar tengah beronok-ronok berlagu ni kan. Ntah kenapa si rose tiba2 pelok lengan aku dan tunjuk atas atap. Aku pun pandanglah jugakkan. Kot2 burung ke, kucing sesat atas atap ke.
Masa ni memang dah meremang bulu tengkuk bila tengok “benda” tu, seriously cakap, aku nampak “dia” tengah statik je atas atap nak cakap berdiri pun tak, meniarap pun tak. Mmg tak boleh explain.
Aku pegi cuit kawan kat sebelah, si ronie, ronie pulak cuit amin. Cuit punya cuit satu barisan sedar benda tu, apalagi gelabahlah kami, yang barisan berhadapan dengan kami belum sedar lagi sbb masih seronok dengan lagu2 pengakap sambil bertepuk tangan, ada sorang cikgu ni perasan sebab tengok kami saling berpelok lengan dan berhimpit sambil tengok atas atap sekolah.
Aku respek giler ngan cikgu2 ni, dorang cool je walaupun dorang sebenarnya pun takut macam kami. Cikgu ni pegi duduk dengan kami, kalau tak silap aku ada 7 orang cikgu masa tu duduk diantara murid2 yang dah start nak nangis.
Nak dijadikan cerita dah kenapa pulak “benda” ni pergi terbang ke arah atap yang bertentangan, so “dia” melimpas diruangan lobi tu. Turn murid2 berdepan dengan kami pulak nampak. “Benda” ni dok perati bebudak ni. Disebabkan kami dah takut yang sangat, si rose boleh pulak pegi jerit “hantuuuuuuuuu!! Lariiiiiii!” kuang hajaqqqq betuiiii..
kusss semangat aku yang duduk tepi dia. semua pelajar lari lintang pukang, yang tak tahu menahu pun lari jugak. Termasuk cikgu, terutamanya cikgu perempuan masa tu. Ada yang tak cukup tanah, dah jatuh bangun balik.
Memasing selamatkan diri masuk khemah dan zip khemah. Punya terketar2 aku masa ni mmg dalam kepala nak balik rumah nak call mak/ayah. Nyesal pulak tak dengar cakap ayah siang tadi.
Memang nangislah. Degil sangatkan. Hambekkk! Cikgu memasing pergi check budak2 kat khemah. Nasib baik malam tu xde budak yang kena histeria (bebudak zaman ni memang kuat). Cuma budak2 ketakutan dan nangis je banyak.
Yelahkan budak mana tak takut dengar perkataan “hantu” dan tertengok benda putih melompat dari satu bumbung ke bumbung lain.
Jam 2.00 pagi aku nampak cikgu2 termasuk ustaz & ustazah buat spotcheck dari khemah ke khemah just nak pastikan yang kami semua okay. Kemudian selesai buat spotcheck, dorang duduk ramai2 dalam bulatan sambil baca ayat2 suci Al Quran tujuan untuk perlindungan perserta2 khemah dan diri mereka jugak, ada jugaklah senior2 kami yang join dorang baca sekali.
Lepas dari tu dah xde gangguan sampai ke pagi. Keesokkan hari ada mak/ayah yang datang ke sekolah sebab nak bawa anak dorang balik. Lebih dari 10 orang murid jugaklah yang balik pagi tu. Termasuk si rose tu. Hampeh! Dahlah call mak/ayah tak ajak aku pun (pasang niat jugaklah nak blah!).
Sakit hati pulak aku bila terkenang. Tp disebabkan aku nak sangat dapat sijil pengakap tu, aku kuatkan hati nak join sampai habis program. Aktiviti hari tu berjalan dengan lancar, so bebudak pun dah lupa apa yang terjadi disebabkan leka dengan aktiviti2 best yang cikgu anjurkan. Budak-budakkan 🙂
So masuk hari ke-5 berkhemah. Esok harinya masing2 dah nak balik, pd malam harinya cikgu buat program BBQ kat khemah masing2. Aku dengan kawan yang lain tak tahu nak buat apa. Yang ada hotdog dengan maggie je.
Bolehlah dikategorikan makanan BBQ kan. Masa tengah jerang air nak masak maggie, seriously aku memang tak sedar pun natt dengan elly pegi minta sedekah ke khemah senior kat hujung yang tak jauh dari khemah kami.
Yang buat aku seram bila teringat balik. Masa tengah masak maggie tu, aku ingatkan si natt yang berdiri sebelah khemah. Look a like natt sangat2. Aku bawa boraklah, tetiba pula aku rasa nak terkencing yang amat, so aku bawa natt temankan aku “dia” angguk je.
Masa nak pergi terserempak dengan ronie dan amin, dorang tanya nak g mana. So aku buat isyarat muncung tnjuk toilet. Yang pelik nya dorang cakap pegi sorang ke.
Aku kerutkan dahi je, aku teruskan perjalanan dengan “natt”. Sepanjang jalan “natt” tak banyak cakap, pd sangkaan aku masa tu, mungkin natt letih sbb program hari ni lasak, mana tak nya suma dia join.
Cuma aku pelik “dia” asyik tunduk je jalan. Risau jugak aku kang tersadung batu ke terjatuh tak pasal2 luka kat kepala. Sampai toilet bukan setakat nak kencing je, siap dalam pakej nak buang air besar pulak dah. Haishh! Satu hal pulak si “natt” kena tunggu lama kat lua pintu tu.
So aku cakap kat “natt” tunggu sat lagi, perut memulas. Tp “natt” tak respon, Cuma terdengar air disinki terbukak. Mungkin “natt”, aku teruskan hajat aku yang dah sampai tu. Settle je aku keluar, tp “natt” xde.
Aku jerit2 nama dia tp xde jugak budak tu menyahut. Sampai hati tinggalkan aku sorang2. Masa ni aku belum seriau lagi. Sebab tak tahu. Tiba2 ada masuk 2 kakak senior, Sorang amoi cantik, sorang lagi akak tudung litup cantik. kebetulan akak yang tak jauh khemah dari kami.
Akak tu tanya sorang ke, beraninya kau dik. Aku cakaplah kat dorang yang tadi aku berdua dengan “natt” tp dah kena tinggal mungkin tak tahan tercium bau bahan2 buangan aku tadi. Tergelak jugaklah aku, tp akak senior 2 orang ni terpinga2, sebab natt dengan elly tengah syok2 makan maggie dengan sardin tin kat khemah dorang.
Tiba2 aku rasa lutut aku lemah. So akak 2 orang ni papah aku sampai ke khemah. Masa tu kawasan tapak khemah sunyi. Sebab budak2 pergi melantak dekat depan. Ada cikgu2 yg baik hati bawa makanan dari rumah.
Rezekilah kan. Muka akak 2 org ni pun berbelah bahagi nak hantar pegi khemah ke nak hantar ke lobi. Nanti ke lobi riuh rendah pulak jadinya. So end up akak berdua tu terpaksa rela hati hantar ke khemah. Sementara akak sorang pergi panggil ustaz dan yg sorang lagi jaga aku (akak senior amoi).
Badan aku dah menggigil teruk masa tu, masa terpandang luar khemah aku nmpak ada kelibat yang lalu lalang kat luar khemah aku. Akak senior tu pun dah gelabah sebab nampak jugak. Ah! Sudah yg jaga aku pun lemah semangat jugak.
Aku dengan akak senior saling berpeluk-peluk. Dia pun dah start menggigil sebab takut. Dia cakap ni 1st time kena. Benda tu kacau aku dengan akak senior, dia goncang khemah kami. Jantung aku ni kalau ada kaki memang dah lama larikan diri tinggalkan aku.
Dah kenapa lama sangat akak sorang ni pegi panggil ustaz. Dalam 10min tu rasa masa 10jam aku dengan akak tu kena kacau, aku cuma mampu baca 3 qul je. Masa ni tak handal lagi nk baca surah lain. Akak yg dengan aku tu pulak non-muslim.
Akak senior yg dengan aku tu siap baca apa ntah sebelah aku ter-puih puih puih. Makin galak pulak “benda” tu kacau. Nak je aku cekup mulut akak tu bagi diam.
Selang beberapa minit baru terdengar derap kaki akak senior dan ustaz berlari ke arah khemah kami. Ustaz dan 2 lagi cikgu perempuan bagi minum aku dengan akak senior dengan air yang ustaz dah bacakan. Ustaz cakap mlm tu tido dekat khemah depan.
Dia pesan jgn sebar kejadian ni dengan budak2 lain, Cukup hanya kami saja yang tahu. Sebab nak elak suasaan jadi riuh nanti.
Bila bdan aku dah ok sikit dan bermaya nak angkat sendiri, aku tanya ustaz yang still ada duduk kat lua khemah pasal benda tadi. Dah kenapa “benda” tu kacau, then ustaz cakap sebab kami dah robohkan kawasan “anak-anak dia” bermain. Meremang pulak aku masa tu. Rasa bersalah pun ada, manalah aku nampak benda2 camtukan.
Yang aku tahu pokok besar tu memang tmpt paling sesuai nak pacak khemah.
Keesokkan hari tu, Majlis penyampaian sijil untuk murid2 yang berjaya join Program Perkhemahan Pengakap tu.
Usai majlis mcm biasa kami kemas segala barang-barang kami dan bersihkan kawasan padang bola. Program selesai jam 4.30 petang. Satu persatu student balik, mak/ayah dorang jemput. Aku pulak terpaksa tunggu sebab hujan.
Dalam fikiran aku alangkahnya best kalau mak/ayah datang ambik aku kat sekolah ni. Tak payahlah nak mengayuh basikal ni. Kiranya masa ni hanya tinggal 2-3 murid je kat lobi. Natt dengan elly, mak/ayah dorang bawa balik guna kereta, basikal masuk bonet kereta je.
Untunglah korang berdua. Yang aku ni memang kena mengayuh jugaklah jawabnya. Cuaca pun dah ok sikit, usai2 salam cikgu aku balik guna jalan shorcut yang salu aku guna.
Dekat satu simpang tu aku nampak ada sorang budak lelaki, umo dalam 4-5 tahun tengah main pasir sorang2 dan yang paling tak best sambil nyanyi, suara sayu2 je. Lorong kawasan yang dia main pulak, rumah tak berpenghuni.
Dalam masa yg sama otak aku ligat berfikir, sebab yg tadi dekat hujung lobi ada nmpak budak ni jugak. Masa ni aku memang dah tak sedap hati. Sebab masih terkesan dengan kejadian malam tadi. Sekuat hati kayuh basikal dan pecut balik ke rumah.
Masa nak keluar ke simpang jalan besar, aku nampak lagi, tp kali ni budak tu main bawah pokok. Gilalahhhh! Smpai rumah memang tak dan2 nak letak basikal elok2. Beg,kasut suma main campak. Mak aku pun pelik. Tp aku tak citer pun dgn sapa2.
Aku pendam je, sampaikan aku masuk ke sekolah menengah. Still kena kacau dan nampak budak ni. Kali ni dengan “mak” dia pulak. Wallahualam. Nantilah aku ceritakan part 2. Kelat haihh mata ni. Nak p tidoqqq sat, kang nak bangun subuh lagi. Sehingga bertemu lagi. Thanks for reading. Wassalam.
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
best. x bosan
‘melimpas’ tu dah macam sabahan..tapi part lain bunyi slang kedahan..confuse jap..
salah satu sebab aku tak suke join camping… takoot
alhamdulillah..so far aq pernah g camping x pernah lg de kena gangguan
Bab x boley blah bila jerit hantuuuuu ..suma lari dgn cikgu2 skli 😂😂😂
Aku suka sgt g camping tp x pernah la nampak cuma ada org kena rasuk ahahah
4/5.. cite ko sis sangat ohsem kadar keseramannya.. 5/5..k bye
pasal ko “kawan” ko teman ko pergi tandas tue aku penah kene mcm tue..tapi yang aku nie dy ajak ak masuk hutan.
Punca aku taknak join kem😂 Best storyyy kau. 10/10 aku kasii🌟
gegeh tgu habis masa perkhemahan
Melimpas? Sabahan ka kau?
Seronok baca…seram jgk klau kena kacau kat sekolah…kesian adik ni.
waa best2 . sambung lg kakkk
Assalaualaikum. Bagus awak ni. Asyik puji cikgu aje…… Semoga hidup awak sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT.