Warning

Assalamualaikum boleh panggil aku #Medy! Bukan nama sebenar, umur aku 27 tahun, single mother anak pada si comel M, bukan M dalam #makhlukhalusbenciaku because tak logik akal pulak kan. Aku ceritakan kisah aku ini untuk kongsikan pengalaman dan mendapat pandangan. Sorry kalau cerita aku tak berapa seram. Maaf juga kalau bahasa penceritaan bercampur aduk, semoga faham dan boleh dihayati.

Ni cerita masa aku bujang lagi. Aku ni kalau sebelum tindih, aku akan dapat mimpi benda2 seram ni. Mimpi kena kejar lah dengan benda tu, benda tu lalu2 luar tingkap bilik tidur nak cuba masuk tp tak boleh mungkin sebab waktu tu aku tengah membaca ayat qursi. Tapi kalau aku tersilap baca atau terlewat baca, konfem aku kena tindih. Aku ni susah nak percaya benda ni, tapi pengecut juga tak pasal sebab memang spesis senang terbayang, kau ceritalah macam mana, aku boleh bayangkan. 1 malam ketika dulu aku termimpi abang aku datang nak cekik aku, memang terkejut sampai tersedar tapi rupanya aku ditindih, nafas aku tersekat seperti dicekik, aku tak bergerak, lidah aku pun terkeluar sampai rasa nyawa pun nak tercabut.

First time kena tindih tu lah aku dengar benda tu marah tapi pandangan aku blur blur, tak nampak rupa, alhamdulillah jugak, aku nak baca apa2 pun tak boleh.sampai aku nak give up pun ada.aku pun teringat someone pernah cakap atau baca kat mana entah kalau kena tindih tu cuba gerak jari kelingking (kot) dan sambil tu cuba baca mana-mana yang terlintas, insyaallah, dan ya, yang aku boleh sebut hanyalah Allah! Aku terus terbangun duduk, tak sempat fikir apa terus berlari turun bawah. For your information aku tidur sorg je kat tingkat atas sebab yang lain tak larat katanya nak tidur kat bilik masing-masing yang terletak kat tingkat atas.

Family aku semua tidur depan tv. Sedar-sedar aku tertidur kat lantai celah kerusi. Ayah pun pelik kenapa aku boleh tidur kat bawah. Aku takdelah nak cerita kat dia masa dalam rumah waktu tu, sebabnya aku percaya benda tu masih kat sana lagi dan boleh tahu kalau aku cerita. Tu apa aku rasa, betul ke tidak wallahualam. Satu masalah family aku ni susah sikit nak percaya benda mistik. Cerita je apa kat mereka, mereka akan kata tak ada apa-apa lah tu. Jadinya apa yang berlaku aku simpan sendiri dan berserah Allah je tuk lindungkan aku. Ayat sadis!

Ok ni kisah aku dah kahwin pula, ex aku ni suka sangat cerita seram, (perasan tak aku pakai perkataan seram daripada “ghost dalam bahasa melayu” supaya nak elak dari terbayang) jadi dia dari awal kahwin memang (kira tahap hobi rasanya) tiap-tiap malam akan tengok youtube untuk tengok benda ni, yang aku bengangnya kalau dia tertidur video masih playing dalam loudspeaker. Macam-macam bunyi aku dengar. Aku yang stress sebabnya aku yang kena usik dan bukan dia. Ex aku ni dia punya ngigau dia macam real. Bezanya mata tertutup. Badan tangan semua bergerak. Bercakap pun jelas walaupun masih tidur. Pada mulanya dia ngigau macam tu, aku tersedar dari tidur dia tengah duduk bersandar kt katil tapi bercakap seorang diri.

Ex: kau buat apa kat sini! Kau pergi dari sini! (Tangan sambil menunjuk arah almari yang terbuka sebelah pintu didepannya)

Aku: b kenapa ni b, b cakap dengn siapa (goyang dia sampai dia tersedar, aku cuak tengok dia cakap dengan siapa kat almari tu)

Ex: huh??? (Muka mamai dan sambung tidur)

Aku dah rasa psychonya lah kalau kena hadap macam ni hari -hari, tak tahulah yang lain macam mana lah perangai heheh. Second time pulak dia buat perangai dia lagi macam biasa, tengok cerita seram,At last tertidur, sambil benda tu on playing. Tiba-tiba, “Allahuakbar!! Jangan tengok!!” Ex aku jerit sambil tutup muka dia dengan bantal.. Aku dengan mamai terjaga “huhhh kenapa ni..” Bangun dan tengok dia kat sebelah kiri tengah peluk bantal sekuat-kuatnya sebab aku cuba tarik tangan dia untuk lepaskan bantal dia tak boleh.. Aku pergilah tanya dia kenapa jerit ni sambil tengok lampu dari hp dia menyala, bilik terang sebabkan hp dia je, tapi ex aku senyap dalam keadaan yang sama. Jadi yang terlintas dalam kepala oh dia ngigau lah tu macam biasa, so aku pun bila nak baring je, Allah……

Berdegup jantung tak tahu berapa detik persecond lajunya. Benda tu berdiri kat langsir hujung kaki ex aku. Aku tak tahu benda tu apa cik lang ke cik ponti ke, aku tak tahu beza, benda tu samar2 tapi nampak beza dia nampak rmbut baju berkain putih kat dengan langsir. Muka tak nampak kena tutup dengan rambut. Aku apa lagi ambil bantal peluk kuat-kuat sambil menangis. Nak capai hp aku, hp aku jatuh dari katil. Ahhh sudah..Aku menangislah sambil kejut ex aku, tapi hampeh, still the same, aku nak bukak lampu, ketar lutut, walaupun sedepa jauh, bukan apa, aku taknak tengok benda tu weyy..

Sampailah macam mana aku dapat kekuatan bila aku dengar alarm hp berbunyi bertanda dah pukul 5.30 pagi, waktu yang aku kena siap pergi kerja. Aku lari terus bukak lampu, aku tengok benda tu tak ada, aku kejut ex aku, kalau dia marah atleast ada sebab kejutkan dia, ajak solat subuh sama. Hihi. Aku menangislahh sampai dia bangun. Dah tak kira. Takut tu masih ada. Dia marah kenapa aku kejutkan dia, aku menangis peluk bantal sambil pandang dia. (Ingat lagi kan aku takkan cerita kt tempat kejadian?) Aku cakaplah kena kacau baru riak wajah dia berubah, dia pun rasa tak tenteram.

Seterusnya masa aku pregnant, aku pernah mimpi ada seseorang akan datang ambil baby M dari aku. Seorang perempuan. Dia mendesak nak baby M, aku kata aku tak bagi. Sampailah aku terjaga, aku pun ceritalah kat ex aku, dia tanya lelaki ke? Aku pelik dah.. Tapi tak pernah terfikir benda lain.

Kemudian cerita yang baru terjadi sebulan dua ni, baby M dah pun berumur setahun lebih. Masa ni aku dah bercerai lama dah, baby M masih dibawah jagaan aku. Kat rumah tu aku dengan baby M je kena kacau. Tapi cerita tu aku cerita di lain entry insyaallah. Sebab aku nak compile segala masalah mimpi aku ni. Mungkin orang kata hanya mimpi, tapi aku ni kalau tidur, tidur mati. Tak pun memang jarang lah nak mimpi buruk ni. Mimpi yang terkesan dalam hidup aku pun, masa aku kecil baru berapa tahun, aku mimpi arwah yayi (atuk, panggilan orang jawa) meninggal. Memang betul, arwah yayi kesayanganku pergi meninggalkan kami tapi aku tak pernah cerita kat sesiapa yang aku pernah mimpi sebelum tu. Mungkin aku fikir sebab kebetulan.

Ok sambung balik, tiba-tiba sedih lak cerita pasal lain, aku termimpi aku dikejar ular hitam yang banyak! Semua dapat dielaknya.. Kecuali 1. Entah macam mana terlepas, ular hitam ada tanda kuning kat tengah kepala. Benda tu gigit kaki/ tangan, aku tak berapa ingat.Aku pun tersedar dari tidur. Dan waktu ketika ini rumah aku memang tengah berlaku ala ala cerita conjuring. Memang aku tak cukup tidur ceritanya dengan baby M menangis sampai ke pagi, aku letak dia je terus menangis. Jadinya aku kena dukung sambil duduk tutup mata.

Mimpi yang terjadi baru ni, aku mimpi kan ada nenek tua bomoh di tempat yang kotor, dengan benda tu, belaan dia rasanya sangat hodoh, hitam, mengelilingi aku. Nenek tua tu bagi warning kat aku, katanya jangan ganggu dia kalau tak padah, aku jadi geram marah, aku kata jangan ganggu aku, jangan ganggu baby M (aku sebut baby M sebab tiba2 ada sekilas baby M dalam mimpi) aku dapat rasa benda tu marah. Tahu-tahu aku tersedar berpeluh-peluh. Aku tak ceritalah kat sape2 pasal hal mimpi tu, mak aku yang tanya aku sendiri mimpi apa sampai keluar suara ghost ni.

Katanya ada dua suara, 1 suara aku yang normal sedang bercakap dengan suara garau ni. Mak aku pun seram tengok. Dan hidup sejak tu rasa tak tenteram sampai sekarang, dapat rasa ada benda perhati aku, lagi-lagi kat rumah. Aku terasa lemah. Aku tak boleh duduk seorang. Rasa macam nak meroyan pun ada. Antara sebab aku kata ada benda kat rumah tu sebab, lepas aku mimpi macam tu, malik mesti menangis macam dia yang kena kacau/tempias aku pun tak pasti. Yang geramnya sekali tu aku termimpi benda tu tunjuk muka terus sergah macam tu memang tak sempatlah jawabnya nak baca apa, dah kena tindih dah. Malik pun selepasnya menangis. Aku ni bukan boleh jenis nampak, kalau ternampak pun kelibat-kelibat tapi tulah, takut aku halusinasi, aku tak nak pun tengok benda ni, keturunan bomoh tu tak ada cuma orang akan cari arwah yayi(atuk) aku kalau ada apa2 masalah kononnya berubat tapi ayah aku cerita yang arwah yayi ni hanya mampu doa dan solat sunat, apa-apa semuanya kuasa Allah.

Arwah Yayi aku ni pun sebenarnya bukan lah berani pun, pahlawan jawa tu ada kalau ikutkan arwah nyai(nenek), ada satu ketika tu dulu masa ayah aku kecil lagi. Mereka dalam kereta kena lalu kawasan perkuburan, ada lah seekor tu terbang kacau mereka tengah jalan, yang si nyai ni dah marah, darah pahlawan panas kan, nyai pun berkata:

Nyai: mas berhenti mas! Aku geram ni berani dia kacau kita!

Yayi: buat apa… Tak perlulah keluar. Kita biarkan je benda tu (padahal yayi dengan ayah takut tu)

Nyai pun keluar dari kereta kejar benda tu

Nyai: oh berani ya kacau keturunan aku, mari sini!

Yayi dengan ayah aku tunggulah dalam kereta tengok nyai. Berhuhu jela mereka berdua.

Itu sahaja yang aku nak cerita pasal kisah mimpi aku ni. Aku tak tahu mimpi aku ni tanda tanda ke apa. Aku stress tak dapat tidur dengan tenang. Hidup tak tenteram je sebab rasa diperhati kat mana-mana. Even nak balik rumah sendiri pun takut. Ada lagi kisah gangguan lain nanti ada masa aku cerita kan. Sorry kalau gaya bahasa tak menarik, aku tak pandai nak mengarang. Jangan kecam sis!

Assalamualaikum.

 

Medy

Leave a Reply

11 Comments on "Warning"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
Kak Yulie

Oooo…
M for Malik ekkk…
Rasenye utk budak alaf baru ni x penah lg dgr yg gune name Malik…

G la berubat memane…
Kesian nnt baby tu kecik2 dh selalu kena gangguan…
Risau dgn proses pembesaran die nnt diselububgi trauma fobia semua…

Bob

haha..tibe2 klua watak Malik, confuse jap tgh bace td…

Kak Yulie

Hahahahahha…
Macho name baby M rupenye…

ToMeY

Aiseyyy… bila sebut baby M teringat kat MJerryPul.. rindunya 😔.. bila nak keluar episod 14 ni.. sigh

#fanclubMJerryPul
#makhlukhalusbenciaku

Ezam

Kna gangguan tu..pegi brubat cpt2..atau try amal bc ayat kursi pastu ulangkan “wala ya’uuduhuu hifzhuhuma..smpai abis” 70x..ingt ye 70x bukan 7x…skejap je pn xsmpai 15min

Cik Kecik

Aku cnfius kjp..sape2 tlg explain..#medy ni dok 1 umah ngn ex dia ke sblum kwin? Ke aku yg xphm cite..

angel niko

sya rsa medy crita dia dok ngan ex dia tu msa dh kawinlah…

puteri bongsu

die cite tu time diorng masih bersame. die ckp ex tu sbb dh jd ex skrng.

A'a

Akak cuba buat air tawar
Letak garam bukit dalam air tu pastu baca
Al-fatihah 7x
Al-Baqarah 1-5
Ayat Kursi 7x
3 ayat terakhir Al-Baqarah
Al-Ikhlas 3x
Al-Falaq 3x
An-Anaas 3x
Abis baca satu ayat tu tiup pada air dengan niat nak lindungi diri dari benda2 tu dan elok jgk untuk penyakit2 lain air ni. Saya amalkan buat ni selepas sekian lama menderita nga gangguan tu dapat mimpi buruk everday kut tapi g jumpa ustaz pun macam takde kesan je. Satu lagi susah nak cari orang yang betul2 “gifted” kebanyakkan bergantung dengan benda. Saya hampir gila dengan benda2 tu sebab dy kacau jiwa nak study pun takleh. Saya hanya berkongsi ilmu tu semoga bermanfaat untuk akak and M. Akak cuba cari dalam YouTube banyak ustaz share cara nak pagar rumah. Saya biasa tengok yang indonesia punya. Akak cuba buat sendiri itu lebih baik sebab kita dah tak ragu2 and pastu kita bergantung dengan Dia 100%. Good luck.

musafir hina

abg pilih yang mana perawan atau janda.. mari lh kenal² kiki

Raizzo

Kalo ko pg berubat selesai masalah…
Memang liat nak pegi berubat sebab bende tu tpnko kene berubat jugak utk elok..solat mengaji jangn tinggal

wpDiscuz