Winnie si penjaga rumah

Assalamualaikum semua pembaca setia fikshen shasha, Terima kasih kepada fs kerana sudi menyiarkan kisah aku sebelum ni (moyang aku bunian) dan terima kasih juga kalau fs siarkan kisah aku kali ni. Aku mintak maaf sekiranya terdapat kesalahan atau jalan ceritanya berterabur tak paham ke apa. Aku ada la baca komen pasal cerita aku yang sebelum ni, sama ada kisah moyang aku bunian tu betul ke tak? “Ya kisah tu betul-betul terjadi pada aku. Puteri tu masih lagi melawat aku setiap bulan. kalau yang belum baca tu silakan lah baca.

Ok kisah yang aku nak ceritakan kali ni bukan lah pasal bunian tapi pasal rumah yang keluarga aku beli dari laman web mudah.my.
rumah tu sangat cantik, ada 2 tingkat rumahnya berupa ala-ala rumah desa dan vintaj. Bilik ada 4, 2 di atas dan 2 lagi di bawah. rumah tersebut di tempatkan di kawasan pendalaman. kami memang teringin sangat nak ada rumah sendiri. Kami pindah masuk rumah tu pada bulan october 2017.

Pada tahun pertama tiada apa-apa yang terjadi yang ada hanya lah gangguan-gangguan yang kecil, seperti terdengar bunyi guli, budak2 berlari ke sana sini, periuk pinggan dan perabot pulak asyik berubah tempat. Kami tak hiraukan selagi benda tu tak kacau kami secara teruk. Tapi ini lah kesalahan kami sebab biarkan benda tu dan tak hiraukan apa benda tu nak buat sesuka hatinya. Sepatutnya semasa masuk rumah tu, kena buat majlis baca surah yasin. Ye la rumah dah kena tinggal kan? Tapi masalah nya masa tu kami tak terpikir langsung pun pasal tu dan masa tu pulak aku baru je berumur tingkatan 1.

Satu hari tu aku keluar untuk cari kucing aku nak bagi makan. Sedang aku menjerit memanggil kucing ku (namanya tia), aku terjumpa sebuah kotak bereben merah tua di dalamnya berisi cawan yang ada air warna merah pekat. Aku belek kotak tu, ada kertas yang macam di gam dekat tepi kotak tu tertulis “WINNIE YANG BERI”. Aku rasa pelik. Mungkin ada budak yang saja nak mainkan aku tapi mustahil pulak sebab macam mana budak boleh main sampai jauh ke rumah kami. Untuk pengetahuan semua, rumah kami ni kiri kanan dan belakang hutan. Depan jalan. Ada 4 buah rumah yang dekat dengan kami tapi masih lagi belum ada yang menyewa. Rumah yang lain pulak jauh dari rumah kami.

Aku letak balik kotak tu sebab aku rasa macam tak sedap hati bila pegang kotak tu. Hanya yang ada sixthsense je tahu macam mana rasanya bila ada yang tak kena,bagi aku la bagi korang aku tak tahu. Aku cari balik kucing aku. Lai ni aku mencari ke belakang rumah. Aku terpaku dan terdiam seketika. Bertapa terkejut dan sedihnya aku bila kucing aku m**i dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Keadaan kucing aku macam d***h di sedut sehingga menjadi kurus dan isi-isi terburai keluar dari perut. Kedua-dua mata dah tak ada manakala lidah terjelir panjang.

Dalam keadaan sedih, aku terkejut dan ketakutan, bila ternampak sepasang mata dari hutan belakang rumah tu merenung aku dengan tajam. Bulu romaku meremang dan tanpa membuang masa aku berlari masuk ke dalam rumah. Aku tak ceritakan hal tu kepada siapa-siapa. Aku mula menangis dalam bilik seorang diri mengenangkan Tia kucing yang paling rapat dengan aku telah m**i.

Malam tu, aku tak banyak cakap masa makan tetapi asyik termenung sedih lagi atas pemergian Tia. Tiba-tiba abah membuka mulut “sapa ada nampak tia?” kata abah sambil memandang muka kami satu persatu. Aku tak dapat menahan sebak lalu air mata mula mengalir lagi . Aku bangun dan masuk ke bilik. Mak memanggil aku berulang kali namun aku tak endahkan. Aku tertidur dalam kesedihan. Lebih kurang jam 4 pagi, aku terbangun sebab terdengar bunyi kucing aku Menjerit “miow!!!. Macam ada sesuatu aku raakan. Aku pelan-pelan selak langsir dan sekali lagi aku terkejut tapi dalam masa yang sama aku sangat marah disamping rasa seram. Apa yang aku nampak kali ni  ialah seekor makhluk yang sedang menghisap d***h dengan rakus salah satu kucing aku,. Makhluk tu memakai baju berhud hitam. Tanpa ku sedari, aku menjerit ke arah makhluk tu dan dia mendongak memandang aku. Sewaktu dia mendongak tu la aku nampak wajahnya yang bertaring bewarna hitam, berbelang seperti harimau atau zebra. Mulut dan taringnya yang panjang sehingga leher di selaputi d***h kucing aku, Aku meraung sepuas hati aku waktu tu. Raungan aku mengejutkan keluarga aku Sambil menangis mata aku tak lepas pandang dari makhluk tadi. Makhluk tu berlari masuk ke dalam hutan danmeninggalkan mayat kucing aku ditempat kejadian.

Selepas aku kembali tenang, keluarga aku mula menyoal, Aku hanya diam. Apa yang tejadi aku rahsiakan. Malam tu aku tak dapat tidur sehingga pagi. Keesokan harinya, bangkai kucing aku tanam di tepi rumah. Aku hanya mampu bersedih epanjang hari. Malam tu aku bawa sangkar kucing masuk dalam bilik. Aku tidak mahu lagi kejadia yang sama berlaku. kejadian tu masih aku tak cerita kan pada sesiapa.

Tiba-tiba malam tu aku terdengar bunyi pintu rumah seperti ada yang hendak membuka. Aku mula rasa seram dan takut. Aku membaca al-fatihah dan ayat kursi namun pintu masih lagi bebunyi. Setelah aku selesai membaca ayat kursi, aku keluar dari bilik dan kemudian aku melekapkan tangan aku di pintu rumah. Satu bunyi yang seakan kesakitan jelas ku dengar. “auwwww wauuuu wiuuee” terjerit-jerit benda yang cuba membuka pintu. Selepa itu aku kembali ke bilik apabila tiada bunyi lagi. sesampai sahaja ke bilik, aku terkejut  bila satu wajah melekap di tingkap bersebelah dengan katil aku. Aku hampiri kakak aku aku kejutkan dia. Dengan rasa takut, aku tuding jari ke arah makhluk tersebut namun kakak aku hanya berkata “takdak papa pun, dah pi tidoq balik” . Aku menutup langsir,”tok!!tok!!tok!!”benda tu masih lagi tak berputus asa terus berusaha mengganggu aku. Mungkin dia tidak puas hati semasa aku nampak dia menjamah kucingku. Keesokan harinya,  aku beritahu abah.  Abah Faham dan hanya mampu memberikan ku semangat untuk terus kuat.

Pada tahun 2019,  kami berpindah ke kedah sebab tak tahan dengan kejadian gangguan-gangguan yang semakin teruk. Banyak lagi kejadian-kejadian mistik dan misteri tapi masa tak mengizinkan.  oh terlupa pula masa kami nak berpindah tu tuan rumah tu datang sambil bawak pulut kuning dengan ayam panggang dan beberapa kemenyan. Kami mula pelik, abah aku bertanya pada tuan rumah tu. Bila di tanya mula-mula taknak jawab bila di desak barulah dia bagitahu perkara yang sebenar. Dia kata sebenarnya rumah tu ada penjaga. Penjaga tu pulak diwariskan dekat dia, Dia dah penat nak bagi “makan” ebb tu lah rumah tu dijual. Pada firaat tuan rumah tu, bila di jual dia ingat benda tu takkan kacau dah. Lagipun dia dah tua umur dah masuk 50 tahun lebih. Geram juga ketika itu. Aku rasa nak bagi dia je kena makan dengan penjaga tu, Tapi aku sabar sebab semua ni mungkin terjadi sebab Allah nak uji hamba dia, Dari 3 ekor kucing aku tinggal seekor aje Ok insyaallah nanti kita jumpa lagi,
Assalamualaikum. -CICIT BUNIAN-

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

5 thoughts on “Winnie si penjaga rumah”

  1. Seram / Tak (2 marks) = 1
    Gaya bahasa (2 marks) = 1
    Penyampaian (2 marks) = 1
    Real / Fake (2 marks) = 1
    Whole story (2 marks) = 1
    Comment : 5/10. Banyak kesalahan ejaan. Cerita yg menarik jugak. Tapi tak la rasa seram sgt. Teruskan berkarya. 👍🏻

    Reply
  2. Sepanjang makcik baca cerita kat FS ni, memang SATU persamaan orang melayu..TAK BERUSAHA ATASI MASALAH.PENDAM JE…- kalau jumpa hantu, simpan sorang2/ tak cerita pada siapa2 / senyap sunyi sepi-SAMPAILAH – orang lain kena @ keadaan makin melarat @ diri kena rasuk @ tak boleh diselamatkan..

    atas alasan takut yang lain takut
    orang tak percaya
    orang rasa kau gila/pengecut
    in denial

    CAKAP BOLEH TAK SAPE2 YANG NAMPAK HANTU..?inform je, tak payah lah cakap sambil kepak2 kan tangan ke, mata membutang ke..cakap ngan tenang je..percaya tak percaya, tu cerita lain..

    Reply
    • Betul tu. Saya pun hairan kenapa kalau dah diganggu masih boleh berdiam diri. Bukankah sepatutnya mencari penyelesaian secepat mungkin sebelum masalah melarat. Terutama si penulis nie, takkan tak terfikir minta pertolongan Puteri Kalsom. Masa dalam cerita Pak Ngah dia kena bisa kalakapit pun dia tak mintak tolong dari Puteri Kalsom. Kenapa???

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.