#Winter 2014 – R.I.P, Nenek Marianne

Assalammualaikum dan hallo kepada pemabaca FS. Sambungan #WINTER2014..

#WINTER 2014- RIP NENEK MARIANNE DAN AUNTY THEA.

Sebelum aku meneruskan kisah aku WINTER 2014, aku nak meluangkan sedikit masa untuk menjawab soalan daripada pembaca FS.

Rindu Malaysia tak? Sudah tentu saya rindu dengan tanah air tercinta. Rindu kan keluarga, kawan2 dan juga makanan yang enak2. Insha Allah saya akan balik pada bulan Ramadhan tahun hadapan.
Ye, saya berkahwin dengan orang Belanda. Suami saya muallaf dan kami berjumpa dan belajar bersama di universiti.

Ada yang bagi komen supaya saya selitkan dakwah kepada keluarga mertua. Bagi saya cukup sekadar melihat saya solat, berpuasa. Kadang2 mother in law(mil) saya akan sediakan juadah untuk sahur saya. Bila berbuka puasa, keluarga mertua saya akan menunggu waktu berbuka untuk makan malam bersama saya dan suami. Saya tidak pernah berdakwah atau mengajak terus untuk menghayati agama kita. Saya hormat kepercayaan mereka dan itu hak mereka. Apa yang saya lihat orang yang beragama Islam di Eropah, kebanyakkannya yang terlalu ektremis mengatakan Agama aku bagus´.Hey, itu haram. Ini haram.´ Dan bagi saya, saya tidak perlu bercakap banyak, cukuplah sekadar mereka melihat perwatakan kita seiring dengan agama yang kita bawa. Dan sesungguhnya Hidayah itu milik Allah.

Saya masih tinggal di Belanda dan saya telah mendapat status sebagai Penduduk Tetap di Belanda. Saya tidak akan membuang status warganegara saya sebagai rakyat Malaysia.

Bahasa utama saya di Belanda ialah Bahasa Belanda dan Bahasa Jerman. Ini kerana kawasan kami tinggal berdekatan dengan sempadan Jerman. Keluarga mertua tidak tahu bercakap di dalam Bahasa Inggeris.
Saya bekerja sebagai seorang jurutera dan saya bukanlah seorang penulis.

Seronok bila aku berpeluang untuk merasai bagaimana menjalani kehidupan di negara orang. Lebih2 lagi negara yang mempunya 4 musim. Musim kesukaan aku sudah pasti Musim Sejuk. Putih. Semuanya putih. Seperti jalanan yang penuh dengan kapas putih. Pemandangan yang serba putih. Salji yang turun seperti ais kepal di Malaysia yang bederai jatuh bertaburan dari langit. Teksturnya tidak kasar. Sejuk.

Aku masih ingat lagi kali pertama aku di Belanda pada musim sejuk. Ayah mertua aku mengetuk pintu bilik. Tiara!! Salji turun!!´. Ayah mertua aku tahu betapa terujanya aku menunggu salji turun. Apalagi aku bingkas bangun dan turun ke ruang tamu. Aku dapat lihat salji turun melalui tingkap besar di ruang tamu.CANTIKNYA, PAPA!!´ `Mari ikut Papa pergi ke kedai roti untuk sarapan sekejap lagi.´Aku terus mencapai winter jacket ku.

Ayah aku tolong pakaikan untuk aku disebabkan winter jacket aku yang terlalu berat dan agak sukar untuk dipakai sendiri. Maklumlah masih baru lagi untuk memakai jaket setebal ini. Kami hanya berjalan kaki ke kedai roti. Sepanjang jalan ke kedai roti, aku mengambil video dan bergambar bersama ayah mertua aku. Bermain2 dengan salji. Ayah mertua aku tersenyum gembira dan memeluk ku erat melihat telatah ku seperti budak kecil. Salji turun agak lebat ketika itu.


SELAMAT TINGGAL NENEK MARIANNE

Nenek Marianne telah pergi. Aku dan suami terus mengambil keputusan untuk pulang ke kampung (rumah mil). Keluarga mertua aku berasal dari pekan kecil di Belanda. Di sebelah kiri rumah mil aku, terdapat rumah peladang kepunyaan jiran. Jiran mil aku ini selalu menghasilkan madu asli pada musim panas. Setiap kali musim panas aku akan membeli 2 botol madu asli. Satu botol madu asli berharga 5Euro. Pekan kecil ini terkenal dengan bio strawberi dan bio aprikot iaitu yang ditanam tanpa menggunakan baja kimia.

Selain itu, pada musim bunga, bunga tulip tumbuh cantik dan memenuhi sepanjang jalan kanan dan kiri. Selain bunga, buahan dan madu, kuda padi juga sangat terkenal di sini. Pengangkutan utama untuk sebahagian penduduk di pekan kecil ini. Perjalanan kami tidaklah jauh untuk sampai ke rumah mertua. Salji yang turun lebat sepanjang malam dan juga jalan raya yang agak licin menyebabkan kesesakan lalu lintas. Kenderaan pembersih salji berada di bahagian bahu jalan bekerja untuk mengalihkan salji yang semakin menebal di atas jalan.

Sampai di rumah mertua, sekali lagi suasana menjadi suram. Dan kali ini lebih syahdu lagi terutamanya untuk mil aku, Onkel Klaus(Pakcik) dan Aunty Maria (Makcik). Nenek Marianne adalah ibu mereka. Aku merasa sedih kehilangan Aunty Thea dan Nenek Marianne kerana aku belum puas bersama mereka.

Dan mereka sangat baik pada ku. Menerima aku sebagai ahli keluarga baru dan mereka melayan aku dengan baik sekali. Aku dilayan seperti puteri. Perbezaan agama dan budaya tidak pernah menjadi penghalang untuk mereka melayan aku sebagai cucu mereka sendiri. Pernah sekali aku terpaksa duduk berasingan dari suami selama 3 bulan. Aku terpaksa tinggal di Malaysia sementara menunggu dokumen yang masih belum siap di Kedutaan Belanda, Kuala Lumpur.

3 bulan aku tidak berjumpa dengan suami dan keluarga mertua. Nenek Marianne dan Aunty Thea selalu bertanyakan tentang aku kepada mil. Nenek Marianne pernah menangis. Katanya, rindu pada Tiara. Mungkin Tiara tidak suka tinggal di sini. Disebabkan itu dia tidak mahu kembali ke sini. Mil aku cuba menerangkan beberapa kali kepada Nenek Marianne yang aku akan kembali setelah selesai semuanya di Malaysia.

Semasa sesi penghormatan dan pengebumian Nenek Marianne, tiada perkara mistik menganggu aku. Tiada kejadian pelik mahupun `susuk tubuh´ yang menonjolkan diri di hadapan aku. Hanyalah kedengaran tangisan daripada keluarga yang terdekat.

Tidak seperti gangguan dari Aunty Thea yang kerap kali menjengah dan menyapa´ ku. Mungkin banyak lagi kisah misteri yang aku tidak tahu mengenai Aunty Thea. Tentang dirinya. Mungkin! Hanya sekali aku disapaNenek Marianne´ selepas sehari pengebumian. Ketika itu aku, keluarga mertua dan saudara yang lain datang ke rumah Nenek Marianne untuk mengemas dan memindahkan semua barang peribadi Nenek Marianne ke rumah Aunty Maria (anak bongsu perempuan Nenek Marianne).

DING! DING! DING! DING! DING! DING! DING! DING! Loceng dari gereja berbunyi 8 kali. Jam menunjukkan pukul 8pm. Di luar sudah kelihatan gelap. Hujan yang turun menambahkan lagi kesejukan. Kemungkinan salji akan turun pada tengah malam nanti. Kami masih sibuk mengemas dan memindah barang.

Aku duduk di atas lantai di suatu sudut ruang tamu. Sambil membelek gambar2 lama di dalam album yang disimpan di dalam rak besar yang berada di sebelah kiri ku. Rak berwarna coklet gelap dengan ukiran bunga timbul yang diperbuat daripada tembaga pada bahagian pintu laci. Di belakangku ada sebuah kerusi urut elektrik berwarna hitam. Kerusi urut elektrik ini seperti kerusi urut elektrik OGAWA yang ada di Malaysia. Beberapa buah pasu yang agak tinggi dan bunga plastik di dalamnya masih terletak di ruang tamu.

Sebahagian perabot yang ada di ruang tamu telah dipindah masuk ke dalam van untuk dibawa ke rumah Aunty Maria. Mil aku duduk berdekatan dengan pasu bunga sambil membalut bunga2 plastik dengan menggunakan surat khabar. Dahulunya, Nenek Marianne suka meletakkan beberapa bunga hidup di ruang tamu seperti bunga orkid biru, orkid ungu, bunga hydrangea dan juga bunga ros. Tetapi, disebabkan usianya yang semakin tua, Nenek Marianne hanya meletakkan bunga plastik sahaja di ruang tamu.

Katanya, lebih mudah. Tidak perlu disiram atau dibaja. Aku membelek setiap gambar di dalam album. Aku tersenyum sendiri melihat gambar suami ku semasa kecil. Aku agak ketika ini dia berumur 9 tahun. Memakai suit kelabu dan bertali leher. Rambut perang disikat kemas dan disapu dengan gel. Berdiri tegak di hadapan gereja. Bibir nipisnya terukir dengan senyuman. Mama, di mana gambar ini diambil?´Oh! Gambar ini diambil ketika Aunty Maria berkahwin dengan Uncle Richard. Gereja ini terletak tidak jauh dari sini´ Patutlah seperti kenal aku dengan rupa bentuk gereja di dalam gambar ini. Bisik hati kecilku.

Aku terus membelek beberapa album lama yang terdapat di dalam rak besar itu. Ketika aku membelek satu album besar, aku terhenti pada satu gambar. Gambar ini agak lama. Hitam putih dan agak kekuningan. 3 orang budak perempuan berdiri dengan memakai gaun dan setiap nya memakai reben di kepala.

Aku bertanya kepada mil tentang gambar2 lama di dalam album besar itu. 3 orang budak perempuan yang berdiri di dalam gambar itu adalah adik beradik ibu nenek Marianne. Wah! Gambar ini telah diambil bepuluh tahun lepas lamanya.

Negara mereka lebih maju berbanding dengan negara kita ketika itu. Mereka sudah mempunyai teknologi yang canggih seperti kamera.

Kami berborak dan ketawa mengimbau kenangan mil aku ketika kecil. Aku berasa seronok mendengar cerita dari mil aku dan aku berasa cemburu. Mereka mempunyai gambar2 untuk disimpan dan dijadikan kenangan.

Mereka kenal dengan moyang2 mereka. Tetapi, aku sendiri tidak tahu dan tidak kenal akan moyang ku sendiri. Aku terus membelek lagi. Aku terpampan seketika.

Terhenti pada satu gambar hitam putih. Seorang perempuan muda dengan rambutnya bersanggul. Memakai gaun panjang dan ada renda di bahagian leher gaun. Mukanya bujur. Cantik! Raut wajahnya sama seperti mil aku. Mama, ini siapa?´MEINE MUTTER….´ Pelik. Lain benar suara yang bercakap dengan aku. Garau. Ah! Mungkin fikiran ku saja. Meine mutter bermaksud IBUKU.. `Sangat cantik Nenek Marianne ketika muda´ Kataku lagi. Aku membelek gambar yang seterusnya..

Tiba-tiba….sekali lagi aku terdengar..`MEINE MUTTER…´ Agak kasar dan garau. Tidak seperti suara mil aku. Aku perlahan memandang ke arah mil aku. Tiada. Mungkin sudah selesai membalut bunga2 plastik di dalam pasu. Hatiku berdebar.

Aku perlahan menoleh ke belakang. Jantung aku berdegup semakin laju. Seorang perempuan tua duduk di atas kerusi urut elektrik berwarna hitam yang berada di belakangku. Aku sangat kenal susuk tubuh itu. Nenek Marianne! Kepalanya tunduk dan memandang ke bawah. Memakai kain segitiga di atas kepalanya dan bahagian hujung kain diikat di bawah dagu. Seperti aku memakai tudung ketika ke kelas mengaji semasa aku kecil2 dulu.

Hanya diikat di bawah dagu tanpa menggunakan sebarang pin. Kelihatan jelas sekali kain di atas kepala berwarna hijau muda dan putih. Bercorak petak besar. Baju tidur panjang berwarna putih membaluti tubuh. `MEINE MUTTER…´ Sekali lagi suara garau itu menyapa. Suara itu membuatkan hati aku terdetik untuk membelek semula gambar perempuan muda bersanggul tadi.

Dan ada coretan pada bahagian belakang gambar. CLAUDIA DUGH. Ya! Itu adalah nama ibu kepada Nenek Marianne. Aku hanya duduk kaku di situ. `Tiara! Kita bersiap untuk pulang. Esok Papa akan datang ke sini lagi untuk memindahkan barang yang lain.´ Ayah mertua memanggil aku dan mengajak aku pulang. Aku lekas2 menyimpan semula album2 lama di dalam rak besar itu. Tiba2 hati aku rasa sedih. Aku masih ingat lagi. Nenek Marianne berjalan bertongkat ke arah dapur dan membuat pancake yang dicampur dengan kentang. Menggigil tangan memegang senduk. Dia tahu itu kegemaranku. Walaupun telah dilarang oleh mil aku. Tidak perlu bersusah untuk membuat pancake kegemaranku. Berdiri lama di dapur tidak sesuai untuk Nenek Marianne yang berusia 90 an. Tetapi kata2 mil aku tidak diendahkan. Katanya, Tiara suka makan ini…Aku tidak pernah rapat dengan nenek ku sendiri seperti aku dengan Nenek Marianne. Aku kehilangan seseorang untuk kali ketiga pada Winter 2014. Aku menoleh semula ke belakang. Tiada siapa yang duduk di kerusi urut elektrik itu. SELAMAT TINGGAL NENEK MARIANNE…

JULAI, MUSIM PANAS 2015

Baby, saya akan ke Selatan Belanda atas urusan kerja selama 2 hari. Awak mahu tinggal di rumah kita atau saya hantarkan ke rumah Mama?´ Suami aku duduk di sofa sambil bermain gitar.Saya akan ke rumah Mama. Awak tidak perlu susah untuk menghantar saya. Saya akan naik keretapi pada waktu petang.´ Balasku.

Musim panas. 27 darjah celcius. Cuaca agak panas tetapi, angin tetap dingin menyapa tubuh. Pipi kejap2 terasa panas. Kejap2 pula terasa dingin. Aku sudah sampai di rumah mil aku. Hanya 1 jam setengah menaiki keretapi. Hari masih terang walaupun jam telah menunjukkan pukul 8.30pm. Waktu siang agak panjang daripada pukul 3.30am sampai 10pm pada musim panas. Waktu Subuh pada pukul 3.15am dan waktu Isyak pula pada pukul 11.55pm. Orang2 Belanda sangat suka pada musim panas. Waktu siang agak panjang.

Tidak sesejuk waktu musim sejuk. Jalan tidak sesak. Dan paling seronok ramai yang barbeku di taman2 dan di tepi tasik bersama keluarga dan kawan2. Malam ini aku tidur keseorangan di atas loteng. Aku membuka lampu utama dan lampu kecil di bilik loteng.

Aku selalu meminta suami aku menukar warna mentol lampu kepada warna putih. Kedua dua lampu di dalam bilik loteng ini berwarna kuning. Aku tidak berapa gemar. Sunyi. Mertua aku sudah berada di dalam bilik tidur. Adik ipar aku tiada di rumah. Mungkin balik lewat atau tidur di rumah kawan. Aku membelek majalah SHAPE sambil baring di atas katil.

Tiba tiba aku terdengar.. TURUN KE BAWAH! TURUN KE BAWAH!´ Seperti ada yang menjerit dari tingkat bawah. Aku menutup majalah yang dibaca. Aku duduk kaku di atas katil. Senyap. Aku terdengar pintu bilik mil aku dibuka.Tiara!!!´Jerit mil aku. Ye, Mama!´Awak ada panggil Mama?´ Tidak! Saya tidak ada panggil Mama. Saya tengah membaca majalah dan sekejap lagi saya akan tidur´Selamat malam, Tiara!´. Agaknya mil aku terdengar suara yang lain memanggil. Dia ingatkan aku. Tiba tiba bulu romaku merinding. Aku baring semula dan cuba untuk tidur. Mataku tutup rapat. Aku terdengar bunyi orang berjalan menaiki tangga bawah. Perlahan. TAP! TAP!TAP! Berhenti. `Tiara.. Turun ke loteng bawah´ Ada suara seakan berbisik memanggil aku turun ke loteng bawah. Aku terus mencapai Surah Yassin dan aku letakkan di sebelah kepalaku. Aku berulang kali membaca ayat Kursi. Dan aku tertidur..

Hari Sabtu. Cuaca sangat baik pagi ini. Aku melihat mil aku menyiram pokok2 bunganya di laman rumah. Cantik taman Mama aku ni! Dijaga dengan baik. Ayah mertua aku pula duduk di kerusi malas sambil membaca suratkhabar. Adik ipar aku tidak kelihatan. Petang nanti suami aku akan sampai untuk menjemput aku untuk pulang ke rumah kami. `Mama, saya mahu berbasikal sebentar.´ Aku membawa keluar basikal mil aku dari garaj. Dan aku mengayuh perlahan menuju ke luar kawasan rumah. Angin segar yang meniup memberi semangat di waktu pagi.

Aku mengayuh perlahan di atas kanan jalan yang telah disediakan untuk berbasikal. Di kanan dan kiriku terdampar padang rumput yang sangat luas. Beberapa ekor lembu tenusu yang tengah meragut rumput. Biri2 yang mengembek. Aku mengayuh lagi. Ada papan tanda di hadapan kananku. “FRISCH ERDBEEREN! NUR 2 EURO PRO KILO´´ (FRESH STRAWBERI. HANYA 2 EURO PER KILO) Dari atas basikal aku sudah dapat menghidu bau buah strawberi yang segar. Aku melihat ada satu pondok kecil yang dipenuhi dengan buah strawberi segar. Aku berhenti mengayuh. Lalu aku membeli 2 kilo untuk dibawa pulang. Aku ambil sebiji. Manis. Tidak terlalu masam.

Sangat segar rasanya. Aku terus mengayuh. Dari jauh aku melihat pemandangan yang sangat cantik. Bunga matahari! Kiri dan kananku dipenuhi dengan hamparan bunga matahari. Subhanallah. Sangat cantik! Pekan ini sangat cantik. Tidak seperti aku dan suami yang tinggal di bandar. Hanya bangunan2 yang tinggi dan jalan yang sesak yang dipenuhi dengan kenderaan. Jalan2 yang kecil pula dipenuhi dengan pejalan kaki dan basikal.


Tiada siapa di rumah. Aku masih menunggu suami aku datang untuk menjemputku. Katanya, Saya akan sampai dalam 40 minit lagi´.
Aku turun ke bawah loteng untuk mengambil aiskrim. Waktu panas begini, seronok jugak dapat makan aiskrim di laman rumah. Aku berdiri betul2 berada di depan peti ais. Berhadapan dengan peti ais pula Patung Tot duduk di atas meja. Nampak lusuh dan seakan senyum padaku. Aku cuba amati betul2 pada Patung Tot. Seram! Bagaimana ada juga manusia yang mahu menyimpan patung seperti ini. Seakan betul2 hidup. Aku pegang lengan patung itu. Aku cuba mengangkat patung itu. Agak berat.
GILA!´ Tiba2 perkataan itu terkeluar dari mulutku. Masih tidak percaya ada yang suka menyimpan benda seperti ini. Aku letak semula patung itu perlahan2 di atas meja. Mataku melilar ke kanan dan ke kiri. Ada patung besar. Ada patung kecil. Ada raut wajah patung yang gembira. Ada yang sedih. Aku terus mencapai pintu peti ais. Aku membongkok di depan peti ais yang terbuka. Ada pelbagai perisa aiskrim yang mil aku belikan. Ketika aku tengah memilih aiskrim yang ada di dalam peti ais, tiba2 aku terdengar suara halus di dalam bilik loteng itu.

Tiara.. Tiara..´ Aku berdiri tegak. Mataku meliar ke kanan dan ke kiri. Aku tidak peduli akan suara itu. Aku membongkokan semula badan aku di depan pintu peti ais yang yang telah aku buka. Semasa aku ingin mencapai aiskrim yang ada di dalam peti ais itu, tiba2 ada sebahagian badan dari kepala ke bahagian dada menjengah. Senyum lebar. Aku terduduk di atas lantai. Aku menggosok p******g ku yang sakit terhentak. Aunty Thea! Tapi lain benar rupanya. Tidak sama seperti yang aku nampak sebelumnya. Rambutnya panjang seperti Patung Tot dan baju yang dipakai juga sama seperti Patung Tot!KOMM SPIELEN!´ Bibirnya senyum melebar sehinga matanya kelihatan sepet. Maksud KOMM SPIELEN ialah JOM MAIN. Akuu??? Masih terduduk di atas lantai. Mata aku tidak berkedip memandang raut wajah yang menjengah di belakang peti ais itu. Kaku!

SOFA DAN PASU ANTIK AUNTY THEA

Penghujung Musim Sejuk. Bulan Mac. Salji masih turun. Tapi tidak kerap. Aku tidak sabar menunggu kedatangan abang dan kakak ipar aku dari Malaysia. Mereka akan terbang ke Belanda dengan menaiki Turkish Airline. Turkish Airline sangat murah dan selesa. Makanan yang disediakan juga sedap. Abang dan kakak ipar aku sangat teruja. Ini kali pertama mereka menjejakkan kaki di bumi Eropah. Mereka telah merancang dengan sangat teliti ke mana destinasi yang mereka akan pergi. Membuat perancangan awal dari segi bajet dan tempat yang dituju sangat penting untuk mengelakkan daripada apa2 permasalahan ketika berada di negara asing. Mereka telah memilih untuk bercuti di Belanda, Belgium, London, Jerman dan juga Paris. Di Belanda, mereka akan menginap di rumah aku untuk beberapa hari.

Assalammualaikum. Abang dah sampai kat Amsterdam. Lapangan terbang Schipol. Jap lagi nak ambik tren ke stesen yang berdekatan dengan rumah korang. Jumpa nanti´ Aku menerima whatsap dari abang aku. Aku membalas.Mesej tau bila dah sampai nanti. Tunggu di depan kedai roti KAMPS. Pintu utama stesen. Tunggu je kat sana. Nanti kitaorang datang jemput. Haaa.. satu lagi! Jangan lupa pakai jaket. Sejuk kat luar tu´ Aku tekan butang SEND. Aku sampai di stesen keretapi. Mataku melilau mencari 2 susuk tubuh yang telah setahun lebih aku tidak berjumpa. Mataku terhenti pada susuk tubuh yang sedang duduk mencangkung sambil berpeluk tubuh. Aku tersenyum sendirian. Kesian melihat abang aku yang kesejukan. Kakak ipar aku pula sibuk mengambil gambar. Di hadapan stesen terletak gereja lama yang berusia 100 tahun lebih dan sangat besar dan tinggi. Ramai pelancong yang mengambil video dan gambar di situ. Suami aku menunggu kami di dalam kereta. Sukar untuk mendapatkan tempat letak kereta di sekitar kawasan ini.Stesen yang sangat sibuk dan sentiasa dipenuhi dengan para pelancong.

Sampai di rumah, aku membawa abang dan kakak ipar aku ke bilik tidur tetamu. Aku tunjuk satu persatu ruang yang ada di dalam rumah aku. Kata2 pertama yang keluar dari mulut abang aku, CANTIK!´. Kemudian datang dekat dengan aku. Berbisik di telinga aku.SERAM´. Mata aku tepat memandang nya. Dia hanya tersenyum. Aku faham akan maksud kata2 abang aku itu. Mungkin dia dapat merasakan sesuatu.


Abang dan kakak ipar aku telah selamat sampai di Malaysia. Banyak tempat yang kami pergi bersama. Seronok. Kali pertama abang dan kakak ipar aku berjumpa dengan keluarga mertua aku. Abang aku kata keluarga mertua aku sangat baik. Selepas beberapa hari abang dan kakak ipar aku sampai di Malaysia, aku mendapat whatsap dari abang aku. Ade something la abang nak bagitau. Tentang rumah awak. Abang ada ternampak sesuatu. 2 kali!´ Aku tidak terkejut dengan kata2 abang aku itu.Abang nampak ape?´

Cerita dari abang aku….Aku dan isteri tidur agak awal ketika itu. Kepenatan. Perjalanan dari Belgium ke rumah adik aku agak jauh dengan menaiki bas. 3 jam lebih. Setelah membersihkan diri, aku dan isteri terus tidur. Jam 1am aku terjaga dari tidur.

Aku ingin membuang air kecil. Aku melangkah keluar dari bilik tidur. Bilik tidur tetamu terletak di sebelah kanan pintu masuk utama. Di sebelah kiri pintu utama pula bilik tidur adik aku dan suaminya. Berhadapan dengan bilik tidur tetamu(bilik tidur kami) adalah ruang tamu. Rumah disini agak pelik bagi aku. Selalunya, di Malaysia, di dalam rumah hanya ada pintu untuk setiap bilik tidur. Tetapi, rumah milik adik dan suami agak pelik dan unik. Bilik tidur, tandas, dapur dan ruang tamu mempunyai pintu masing2.

Aku melangkah terus ke tandas yang terletak di sebelah ruang tamu. Ketika aku menuju ke tandas, aku akan lalu di hadapan ruang tamu. Pintu ruang tamu terbuka. Aku nampak sesuatu. Jauh di sudut ruang tamu, seakan ada seseorang yang duduk di atas sofa yang bertentangan di tempat aku berdiri. Nampak samar. Hanya lampu jalan dari luar yang memberi sedikit cahaya di dalam ruang tamu.

Aku cuba amati lagi. Ya! Ada seseorang yang tengah duduk di sofa dan memandang aku. Memandang aku tajam. Aku tidak hiraukan susuk tubuh itu. Mungkin cuma bayangan aku sahaja. Aku masuk ke tandas dan membuang air kecil. Ketika aku tengah membuang air kecil, aku ternampak ada cahaya lampu kuning dari bawah pintu tandas. Seakan2 lampu di ruang tamu dihidupkan.

Aku membersihkan diri lalu mengambil wuduk. Aku dapat merasakan sesuatu yang tidak baik. Aku melangkah keluar dari tandas. Bismillah…. Aku menoleh perlahan ke ruang tamu. Allah!!! Jelas! Sangat jelas! Satu susuk tubuh yang tengah duduk di atas sofa sambil tersenyum pada aku. Tangannya melambai ke arah aku seolah memanggil aku untuk datang dekat dengannya. Mukanya pucat. Rambut nya pendek dan disikat rapi. Wajahnya kelihatan sangat tua. Aku terus masuk ke dalam bilik dan menunaikan solat Sunat.

Jam 6pm. Aku duduk di ruang tamu sambil menekan butang remote di tangan aku. Aku tekan butang NEXT. `Banyak sungguh filem untuk ditonton di NETFLIX´. Bisik hati kecilku. Isteri aku menghidangkan secawan teh panas dan sepotong kek coklet bersama kacang badam.

Sejuk2 macam ni memang sedap kalau ada pisang goreng. Aku masih memilih filem yang best untuk ditonton. MAD MAX 2. Aku tekan butang ENTER. Aku menonton filem bersama isteri di ruang tamu. Tiara dan suami pula tiada di rumah. Aku duduk di sofa panjang berwarna kelabu. Bila aku menoleh ke kanan, aku boleh melihat terus ke arah balkoni di belakang dapur. Tidak tahu kenapa, setiap minit mataku menjeling ke arah Balkoni. Seperti ada sesuatu di sana. Kelihatan samar.

Hujan turun dengan lebat sekali. Aku terus menonton TV bersama isteri. Sekali lagi, mata aku terpaku ke arah luar Balkoni. Saiz Balkoni di luar tidak berapa luas. Muat untuk 1 meja kecil dan 2 kerusi. Di sekeliling Balkoni penuh dengan bunga dan pasu2 antik yang agak cantik. Aku bangun dan berjalan ke arah dapur.

Aku hidupkan lampu kecil di dapur agar tidak terlalu gelap. Aku kembali ke ruang tamu. Leka aku menonton TV, aku ternampak seakan ada kelibat di luar Balkoni. Aku memandang ke arah isteri aku. Sudah terlelap di atas sofa. Aku pandang ke arah luar Balkoni semula. Lama.. Tiba2 pintu Balkoni terbuka perlahan. Aku pujuk rasa takut aku. Mungkin angin yang menolak pintu sampai terbuka. Aku bangun dan menuju ke arah pintu belakang yang terbuka.

Langkah aku terhenti…. Aku nampak seorang perempuan tua membongkok di Balkoni dan berdiri membelakangi aku. Aku cuba amati sekali lagi melalu tingkap besar yang memisahkan dapur dan Balkoni di luar. Susuk tubuh yang sama! Sama seperti perempuan tua yang duduk di atas sofa semalam.

Kali ini aku lebih tenang. Aku pejamkan mata. Aku baca ayat Kursi. Aku ulang beberapa kali. Apabila aku bukakan mata, perempuan tua itu duduk di kerusi di luar balkoni itu. Ditangannya memegang pasu yang saiznya sederhana besar dan berwarna hijau tua. Seolah2 tekun menggilap pasu yang ada di tangannya.

Kemudian, menyusun beberapa tangkai bunga ke dalam pasu. Mulutku masih terkumat kamit membaca ayat Kursi. Dia menjeling ke arah aku. Senyum. Kemudian hilang dari pandangan.

Sebelum aku pulang ke Malaysia, aku berpesan kepada adikku, Tiara. Jangan sesekali tinggal solat. `Bisingkan´ ruang rumah ini dengan ayat2 suci Al Quran. Semoga kita jauh dari perkara2 yang boleh membawa kita ke arah kesesatan.


Aku tidak pernah memberitahu kepada abang aku mengenai Aunty Thea. Tambahan lagi mengenai barang antik Aunty Thea yang aku dan suami ambil dan juga mengenai Patung Tot. Aku akan dimarahi jika dia tahu mengenai hal ini.

Aku hanya diamkan sahaja. Beberapa hari selepas kami membawa masuk barang antik milik Aunty Thea, kami sudah merasakan sesuatu. Sehingga hari ini, suami aku tidak mahu tinggal seorang di rumah. Aku mesti ada bersamanya di rumah terutama pada waktu malam. Bukan takut, seram katanya.

Hanya beberapa barang antik milik Aunty Thea yang kami ambil seperti sofa kecil, lampu lantai yang sangat besar, pinggan mangkuk, pasu, permaidani kecil dan juga gambar yang dilukis Aunty Thea. Untuk pengetahuan pembaca FS, semua barang2 antik milik Aunty Thea ini masih di rumah kami. Kadang2 masih ada juga rasa takut dan seram. Nampak kelibat Aunty Thea mundar mandir di ruang tamu. Kadang2 menyapa. Tapi, aku tidak hiraukan semua itu. Aku akan sambung lagi kisah lampu lantai milik Aunty Thea di entry aku yang seterusnya, dan mungkin yang terakhir jika aku sempat untuk coretkan semuanya.

****Hari ini,23 Ogos 2017, penghujung musim panas. Aku disini mengira bulan, minggu dan hari untuk tibanya musim sejuk. Tidak sabar rasanya untuk merasai sekali lagi dingin salji di pipi.

HANTAR KISAH ANDA: fiksyenshasha.com/submit

Tiara

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

23 thoughts on “#Winter 2014 – R.I.P, Nenek Marianne”

  1. Assalamualaikum Tiara. Saya suka semua cerita awak. Penggunaan bahasa dalam penulisan juga sgt baik dan teratur. Saya bersetuju dgn Tiara yang foreigner ni sgt courteous dan polite. Bukan semua tapi kalau yg baik tu, mmg sgt baik. Bak kata seorang sahabat, syaitan kurang mengganggu org yg tauhidnya tidak pada yg Satu sebab tauhidnya mmg dah salah. Cuma syaitan akan lebih mengganggu manusia yg tauhidnya berpaksi pada yg Satu dgn merosakkan akhlaknya. Jadi akhlak manusia yg berpaksi pada Allah SWT akan nampak lebih buruk berbanding dgn yg bukan Islam.

    Reply
  2. Asslmmkm Tiara,
    Jgn trus berhenti menulis kisah di Belanda…
    Kita suka ssngat jalan penceritaan khidupan Tiara&suami di sna
    Bunga2 kgemaran mendiang Nenek Marianne, sama gan kita jugak
    Apa yg Abang Tiara pesan kan tu,
    Bisingkan dengan ayat2 suci AlQuran dlm umah ada btol yer,
    Jgak jgn tinggalkan solat…
    Rsa yer mendiang Aunty Thea(Granny)nak mmberitahu Tiara akan khadiran yer kat umah tu,tp masih agak ktakutan kan..
    Rsa yer anak patung Tot tu Tiara xmo pulangkan balik ke MIL Tiara,
    Bole bayangkan kseraman yer…
    Ok,truskan mnulis lagi yer Tiara…
    Jgn berhenti dsni saja…

    Reply
  3. Best citer tiara. Sambung lagilah kalau berkelapangan. Satu lg, sy setuju dgn tiara psl agama. Jika kita tunjukkan akhlak yg baik pun dh blh jd medium utk berdakwah.

    Reply
  4. sis ni cute la…
    terbaik sis.citer la lagi.seronok sangat!!!
    mudahan Allah memberikan anda permata yang menceriakan lagi suasana rumah yg serammm tu…hehe

    Reply
  5. bestnyaaa dapat tinggal luar negara ya. saya pernah tinggal di switzerland ikut suami kerja sna selama 6 tahun. tapi baru balik ke malaysia semula for good raya baru ni. mmg syok tinggal negara 4 musim walaupun sekejap. nak pergi mana2, paris, london, dekat. n ya, orang2 sana buat kita rasa selesa wlaupun warga asing. tetap berbangga sbg rakyat malaysia tapi dapat merasa tinggal luar negara pun syokk!

    Reply
  6. suka sangat baca cerita dr Tiara sebab sy dpt mengimbas semula kenangan ketika berkunjung di rumah kakak di Rotterdam pd summer 2016. sy pun suka orang2 Belanda. ramah & mesra even sy bertudung labuh kesana kemari dengan suami & 3 orang anak hehe. suasana kat sana pun sangat best. kat Rotterdam ramai orang berbasikal & naik tram. jalan tak sesak dengan kereta mcm kat Msia. jujurnya sy lg suka Rotterdam drp bdr besar spt Amsterdam. insyaAllah winter 2017 bbrp bulan lg sy akan ke Rotterdam lg mengunjungi kakak sblm dia kembali ke Msia pd pertengahan tahun depan. bestnya kalau kenal dengan Tiara boleh jalan2 area rumah in law kat area kampung tu hehe. sy suka suasana ketika melawat Kinderdijk terasa spt di kwsn kampung yg aman damai ^_^ harap sangat Tiara terus menulis kat FS

    Reply
  7. suka sangat baca cerita dr Tiara sebab sy dpt mengimbas semula kenangan ketika berkunjung di rumah kakak di Rotterdam pd summer 2016. sy pun suka orang2 Belanda. ramah & mesra even sy bertudung labuh kesana kemari dengan suami & 3 orang anak hehe. suasana kat sana pun sangat best. kat Rotterdam ramai orang berbasikal & naik tram. jalan tak sesak dengan kereta mcm kat Msia. jujurnya sy lg suka Rotterdam drp bdr besar spt Amsterdam. insyaAllah winter 2017 bbrp bulan lg sy akan ke Rotterdam lg mengunjungi kakak sblm dia kembali ke Msia pd pertengahan tahun depan. bestnya kalau kenal dengan Tiara boleh jalan2 area rumah in law kat area kampung tu hehe. sy suka suasana ketika melawat Kinderdijk terasa spt di kwsn kampung yg aman damai ^_^ harap sangat Tiara terus menulis kat FS

    Reply
  8. Bila bc cerita awk ni tiara rs mcm bc novel tingkatan 5 masa zaman akak blaja dulu..feeling dia mcm kita mngembara n berada kat tempat tu.sangat detail n mood pun mcm ada kat tempat tu..gaya cerita menarik minat pmbaca.akak ske sgt2..thnks.tulis lg

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.