X, Y Dan Z

Hi pembaca, saya X, pencerita “X dan Y” haritu. Sorry ya membuat pembaca emosi sakit hati & geram dgn saya. Malam tu saya memang tak berapa nak normal, itulah saya jadi unintentionally mengada2 tanpa sedar & paranoid tak pasal2 & annoying sangat (atau saya memang seorang yang mengada la kot, biasalah perempuan, eksen lebih, pastu perasan cantik lebih, mengegeh pun lebih hehe).

Terhibur juga tengok komen orang even memang kena kecaman terus-terusan. Walaupun rata2 yang komen kat website FS kesian kat Y dapat kawan mcm saya, alhamdulillah kitarong masih lagi berkawan sampai sekarang & dia pun gelak je baca komen2 tu hehe dan buat pengkomen kat fb yang minta “payung” tu, naaaaaaaaah saya bagi sadapo kat awak, cukup ke sedapo kak? Hehehehhe 😋

Walaupun cerita saya rata2 kena kecam cerita tak best & tak difahami sampai suruh admin tak payah approve cerita ‘hampas’ macam ni, saya nak jugak ceritakan satu lagi kisah di rumah si Y ni. (Thanks admin sebab approved & published cerita “X dan Y”). Alkisahnya pada suatu Sabtu, saya pergi melepak kat rumah si Y dan saya bawa anak saudara saya sekali yang juga sebaya dengan anak2 si Y, kiranya nak bawak playdate la. Budak2 playdate, manakala saya dan Y play make-up2 di bilik. Budak2 main masa tu dijaga oleh suami si Y, saya gelarkan suami si Y ni sebagai Z.

Ok lepas tu, dah habis main2 semua, kitarong semua termasuk saya, budak2, Y & Z melepak kat ruang tamu. Masa tengah melepak tu saya pergi ke bilik Y, bilik master bedroom, sebab nak ambik gamba rselfie, lighting dlm bilik tu je paling ok. Biasalah kan abis make up mesti nak ambik gambar before & after. Tengah syok2 ambik gambat, anak saudara saya ni masuk ke bilik dan tanya saya buat apa dalam bilik tu, tanya tu, tanya ni & etc (budak2 banyak je soalan nya kan).

Pastu dia terdiam sekejap & pergi peluk2 kaki saya (kami dua2 tengah dalam position berdiri) dia tanya saya, sapa yang kat tandas tu? (Tandas dalam masterbedroom tu belah kiri saya je). Masa tu kitarong berdua je dalam bilik tu, saya apalagi stoplah ambik gambar and terus bawa anak saudara saya keluar dr bilik tu pergi ke ruang tamu. Saya pun terus cakap kat Y yang dia nampak kat tandas, dan dengan pantas Y terus angkat dr sofa dan meluru ke bilik tersebut. Then tak lama lepas tu Y keluar dr bilik and cakap dlm nada berbisik, “okk dah takde”. Masa ni saya memang tak tanya dah apa2 kat Y sebab takut budak2 dengar.

Masa nak balik, saya & anak saudara saya kat luar pintu rumah tengah cakap bye2 & etc semua. Pastu otw kami berdua berjalan nak pergi ke tangga (rumah Y kat tingkat 3 flat kuarters tu), anak saudara saya tanya sambil tunjuk area tangga sapa yang kat tangga tu (dari mata kasar saya memang takda sapa kat tangga) masa ni la saya jln reverse balik dan terus pusing serta membeliakkan mata kat Z bagi sign sebab Z masih kat luar pintu rumahnya tengah nak tutup gate. Z pun paham dan temankan kami berdua turun. Otw pergi berjalan ke kereta, anak saudara saya ada cakap yang dia takut nak lalu kat tangga flat tu, saya tanyala kenapa, ada tengok apa2 pelik ke. Then dia jawab dia takut sebab ada spiderweb besar kat dinding tangga tadi. Hmmm..ok.

Pada hari yang sama, ni waktu petang sikit lepas asar camtu. Lepas hantar anak saudara saya pulang, saya pergi ke rumah Y semula sebab nak bawak dorang beli2 barang kebetulan saya pun nak beli barang juga. Then abis beli barang kitarong pun balik, masa tu dah nak masuk waktu maghrib. Dalam hati saya dah plan nak tolong dorang angkat barang naik and sekali lepak kejap ngan Y memandangkan dah nak maghrib kan, macam tak elok rasa nya nak berkeliaran drive kat jalan raya waktu tu. Masa lalu masuk je gate utama flat, Y toleh ke arah rumahnya dan terus mulutnya start terkumat kamit. Dalam hati dah tau dah.

Sampai je kat bawah flat, lepas tolong keluarkan barang2 mereka, saya minta diri untuk pulang, memang cancel la nawaitu nak tolong angkat barang naik & lepak situ. Sorry Y, ketakutanku mengatasi segalanya. Keesokan harinya, saya jumpa Y & saya tanya apa yang dia nampak semalam. Y cakap masa lalu gate tu dia tengok kat rumah dia yang Z berdiri kat depan rumah sambil senyum melihat ke arahnya. Padahal masa tu Z dalam kereta bersama kami termasuk anak2 mereka.

***Bagi kisah “X dan Y”, saya memang takda tanya apa yang Y nampak/apa yang mengganggu anaknya & etc sebab saya tak nak tahu, takut terimagine…takotttt 😁

3 comments

  1. Hehe awk ni mesti rapat sgt dgn Y kan.. saya baru pas baca 1st story awk tp x rasa nak bash pon hahaha. Sbb mebi ada kawan baik yg cmtu gak,selfish tu idokle sampai bahayakan nyawa org. Ala2 manja gedik hahahaha 😄

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *