Yang Aku Lalui

Apa yang cuba kau renungkan tu, yang berlalu tu biarkanlah berlalu rezeki tu kan kemana. Pasang surut dalam perniagaan tu memang ada sebab tu kita kena hadap. Kau tu jaga diri, jaga kesihatan tu..

Betul kata abang Ish, Dalam dunia perniagaan memang ada pasang surutnya tapi apa yang aku lalui bukanlah apa yang difikirkan oleh abang Ish. Sudah 3 tahun aku berniaga namun tidak pernah lagi aku rasa masalah begini terjadi dengan aku. Ya mungkin suda nasib aku.

Warung kecil yang aku buka di tepi rumah kini merosot sehingga hilang rasa minat orang untuk bersinggah sekejap. Pelanggan yang sering berkunjung kini menghilang dari pandangan, tiada lagi kelibat yang terlihat duduk sambil menghirup kopi panas yang segar.

Sudah seminggu aku lalui, lauk pauk pun silih berganti membuatkan aku binggung apa yang sebenarnya terjadi, mengapa secara tiba-tiba terjadi sedangkan tiada masalah satu pun yang terjadi sebelum ini.

Semua aku ceritakan kepada abang Ish tentang apa yang terjadi, sehinggakan aku cerita kepada abang Ish tentang gangguan malam-malam yang menganggu dirumah.

Abang Ish cuba iktihar kepada aku untuk berjumpa kepada ustadz yang pakar dalam bab ini, manalah tahu warung ni sudah terkena buatan orang.

Aku beristigfar dengan apa yang abang Ish bagitahu, mungkin boleh jadi juga tapi siapa juga yang nak berbuat tak baik dengan aku sedangkan aku tak pernah bergaduh dengan orang kampung apalagi bermusuh dengan orang kampung ni.

Apa yang abang Ish cuba sampaikan memang ada betulnya hati manusia kita tak tahu, nampak baik tapi hati diselimuti dengki.

Keesokkan harinya aku terus berjumpa dengan seorang ustadz, ustadz Kamal adalah salah satu kenalan dari abang Ish. Semua juga aku ceritakan kepada Ustadz Kamal dengan apa yang terjadi dan apa yang aku lalui.

Sesudah semuanya berjalan dengan lancar, aku pun terus bertolak ke rumah bersama ustadz Kamal untuk melihat sekeliling rumah dan warung. Ya memang benar jangkaan abang Ish, perniagaan merosot ada kena mengena dengan perbuatan orang yang tak baik.

Ustadz kamal terus memagarkan dan mengusir gangguan-gangguan yang menganggu. Barulah aku sedar selama ini warung yang aku niagakan ini seakan tidak pernah wujud dan kelihatan usang seperti lama tidak beroperasi. Hebat sungguh perbuatan manusia tu sampai ke tahap menjatuhkan perniagaan orang yang mana untung pun tak seberapa.

Alhamdulillah, beberapa minggu barulah aku beroperasi seperti dulu dan pelanggan pula alhamdulillah. Ada juga yang bertanya mengapa baru buka lama menyepi ni, balik kampungkah?. Aku cuba menambahkan lagi gula dalam pertanyaan mereka, yang mana aku balik kampung sebab ada urusan yang penting. Aku tidak menjawab dengan apa yang sebenarnya terjadi.

Setahun juga barulah aku mengetahui perbuatan siapa. Seorang sahabat yang sering berada disekeliling yang pernah memberi semangat untuk aku terus berniaga, ini lah namanya duri dalam selimut.

Dia sendiri memohon maaf dengan apa yang dia buat dengan aku. Katanya dia tak nak nampak kawan dia lagi berjaya dari dia. . Sedangkan dia juga mempunyai perniagaan yang sama dengan aku.

Marahnya aku masa tu, namun kesabaran masa tu lagi tinggi dari marahnya aku dengan dia. Aku memafkan dengan apa yang pernah dia buat dengan aku. Bukan sebab aku kesihan tapi sebab aku tidak pernah rasa berdendam dan aku juga masih menganggapnya sebagai sahabat. Mungkin apa yang aku lalui itu adalah salah satu ujian.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 14 Average: 4.1]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.