Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca-pembaca FS. First, terima kasih kepada admin jika cerita aku ini disiarkan. Buat pembaca-pembaca, maaf jikalau cerita ini terlalu panjang buat kalian. Sedikit pengenalan dari aku. Nama Nia berumur 26 tahun. Kisah yang aku nak cerita ni bukan terjadi pada waktu kini tapi beberapa tahun yang lepas. Dan dalam cerita ni tak ada banyak watak sebab semua dari pengalaman aku seorang. Maaf kalau cerita tunggang langgang sebab ni first time aku taip karangan. Last time spm kot. Aku ceritakan dari awal so korang boleh nilai sendiri sama ada benda-benda yang lepas tu berkait ataupun tidak.
Zaman selepas sekolah menengah
Okay, waktu ni aku lepas habis spm pada tahun 2007. Pada tahun ni kan PLKN baru juga ditubuhkan so aku antara pelajar-pelajar sekolah menengah yang dipilih untuk menyertai PLKN dan aku ditempatkan di Sabah. Nama tempat tu aku lupa. So, memandangkan tempat tu memang jauh di seberang (asal aku KL) dan pada waktu ini tak boleh say no to PLKN, bapa aku memberi satu gelang yang dililit dengan tiga benang warna putih, kuning dan hitam kepada aku dan menyuruh aku untuk sentiasa memakainya ke mana sahaja bila sampai di Sabah sebagai perlindungan sebab apa-apa yang jadi nanti ayah aku takkan sekelip mata berada di Sabah.
Aku waktu ni agak-agak bengong sikit bila ayah aku cakap camtu. Malas nak ambil pusing aku pun pakai je. Selama tiga bulan berada di Sabah, Alhamdulillah memang tak jadi apa-apa kat aku (tolong jangan salah faham yang aku bersyukur sebab gelang tu) walaupun ada beberapa peserta yang aku dengar cerita, ada yang kena sampuk (tak dapat disahihkan).
Ni baru intro ye, so jom baca kisah yang seterusnya.
Zaman Universiti
Walaupun tempoh berada di PLKN tu da tamat, gelang pemberian ayahku masih aku simpan. Cuma tak pakai je. Simpan dalam beg dompet. Waktu ni aku dapat berita yang aku diterima masuk ke Matriks Gopeng. Syukur aku memang gembira sangat tapi sayangnya rezeki untuk aku sambung belajar kat situ tak lama atas sebab-sebab tertentu. So bila aku dapat tahu UiTM menawarkan peluang untuk aku, aku pun terima. Proses pemindahan dari Matriks ke UiTM berjalan dengan baik. Dan Alhamdulillah gak sebab time aku masuk je UiTM tu, ngam-ngam hari tu gak hari terakhir orientasi. So tak perlu lah aku nak hadap aktiviti-aktiviti time orientasi tu lagi.
Dipendekkan sikit cerita, lepas beberapa bulan aku belajar kat situ (time ni duduk kat kampus), blok kampus (lupa blok apa) yang aku duduki tu riuh bila salah seorang pelajar kena sampuk. Betul-betul bawah bilik aku. So, ramai gak yang keluar dan tengok apa yang jadi kat situ. Waktu aku sampai, aku dengar ada orang teriak-teriak je and time tu aku berdiri jauh sikit dari pintu dorm sebab dah ramai orang. Teriakan tu berterusan sampai lah Ustaz dan sekumpulan lelaki datang dan membuat bacaan-bacaan tertentu untuk menghentikannya. Habis dari kejadian tu, Ustaz suruh semua pelajar perempuan balik bilik dan bawa buku yassin dan air untuk dibaca beramai-ramai. Aku pula time tu tak tahu kenapa aku boleh terfikir untuk bawa sekali gelang tu. Tapi semasa pembacaan yassin tu memang tak ada apa-apa berlaku.
Selang beberapa bulan lepas tu, aku dapat rasa something wrong. Macam ada 1 hari tu aku mandi. Untuk pengetahuan semua, setiap dorm ada ada 3 bilik, 1 bilik air (satu untuk mandi, satu untuk membuang) dan ruang tamu kecil. Bilik aku betul-betul depan tandas. Al-kisahnya, masa aku dah habis mandi, aku dengar ada orang masuk tandas sebelah (bahagian untuk membuang). Aku pun tak ada nak fikir apa-apa sebab dah namanya duduk 6 orang 1 dorm. Siap-siap nak keluar tengok cermin jap then baru aku rasa pelik. Aku fikir, “Tadi dengar bunyi orang masuk tapi asal senyap je?”.
Aku cuba jengah sikit tengok-tengok pintu tak berkunci means tak ada orang?? Hmm. Aku time ni malas nak kecoh. Keluar je aku terus pergi bilik kawan aku tanya, “Siapa yang masuk tandas tadi?”. Semua cakap tak. Lepas peristiwa tu, aku “ditegur” lagi dengan dihempap. Siapa yang pernah kena confirm tahu rasa dia camne. First time kena aku terus call ayah aku. Ayah aku cakap, “Jangan risau, gelang tu ada lagi kan? Yang ayah bagi tu semua pahlawan-pahlawan kerabat raja. Apa-apa diorang akan lindung kau.” Aku pula time tu fikir, “Da apahal sampai pahlawan-pahlawan ni.”
Zaman Habis Universiti
Bila korang dah habis belajar walaupun untuk diploma confirm happy kan? Tapi tak bagi aku sebab aku terpaksa berhenti dalam sem ke 4 atas tak dapat fokus belajar. Masa ini aku sama sekali tak kaitkan perkara mistik yang jadi pada aku sebab tak silap gelang yang ayah aku bagi hilang. Lagipun, family aku ni sederhana je. So aku decide nak berhenti untuk tak nak susahkan mak ayah aku walaupun aku tahu diorang kecewa dengan keputusan aku. Walaupun aku dah berhenti belajar, kes hempap-menghempap tu berterusan sampai satu hari ni dia tunjukkan diri dia. Berlaku dekat rumah mak aku.
Tengah syok-syok tidur kena hempap then mata je yang boleh nampak keadaan sekeliling. Badan tak boleh gerak. Aku baca apa yang patut. Saat aku kerling je kat pintu bilik, aku ternampak lembaga warna hitam setinggi manusia. Dari atas sampai bawah hitam. Waktu tu aku cuak sebab selama ni tak pernah dia tunjuk diri dia. Dengan perlahan dia datang lebih kurang macam ju-on terus menghadap muka aku. Sekuat hati mana aku nak jerit memang tak terkeluar. Bila sedar je, aku terus berlari masuk bilik mak aku. Aku tahu benda tadi betul-betul berlaku dan bukan mimpi.
Zaman Habis Bujang
Time ni tahun 2013, aku menamatkan zaman bujang aku. Tahun pertama selepas kahwin aku beraya di kampung belah suami dekat Merlimau, Melaka. Specific kawasan mana aku tak ingat sebab dah lama tak balik sana. Sehari sebelum raya, semua saudara mara belah suami dah sampai dekat Melaka. Rumah tu kepunyaan Pak Ndak suami aku. Besar gak walaupun 1 tingkat. Hari pertama raya, pulun dari pagi sampai malam beraya rumah jiran dan saudara mara lain (family belah suami memang ramai). Dalam pukul 8 kitorang dah selamat tiba kat rumah so aku ingat nak tido terus. Tak ku sangka ada lagi saudara belah suami yang datang singgah. Yang dari pagi punya saudara pun aku tak ingat lagi Pak long ke Pak Ngah ke apatah lagi yang malam punya. Dengan suasana yang riuh rendah tambah lagi kebingitan jeritan anak-anak kecil, suami decide nak ajak aku dating kat taman permainan luar rumah. Aku pun on je.
Jarak dari rumah ke taman tu lebih kurang 3 blok rumah so tak ada lah jauh mana. Sampai kat taman, aku dengan suami duduk kat bahagian buaian . Aku belah kanan, suami belah kiri. Sebelah kiri suami plak ada gelongsor dan di taman tu dikelilingi hutan. Hati aku rasa tak tenang bila aku duduk di buaian tu. Aku hiraukan perasaan tu sampai saat aku bersembang dan toleh ke arah suami. Allah, waktu ni aku fikir, “Apa pula yang kau nak buat ni?”. Nak tau aku nampak apa? Kak Pon! Hmm.. Aku pun apa lagi cakap kat suami “Jom gerak.” Boleh pula dia tanya kenapa. Memang tak lah kat situ gak aku nak buat sesi soal jawab. Dalam 3 ke 4 kali aku kerling arah suami time tu juga aku perasan Kak Pon tu makin dekat.
Aku terus angkat kaki tuju ke arah rumah Pak Ndak tanpa toleh belakang. Masa sampai tu Mak su tanya aku kenapa sebab dia perasan muka aku pucat. Aku pun cerita. Salah seorang saudara suami, Pak Busu, sekarang dah arwah, panggil aku dan memeriksa aku. “Nasib tak demam”, katanya. Dia pun kata apa yang aku nampak. Aku cakap, “Rambut panjang, baju putih dan nampak something macam warna merah”. Aku cakap camni sebab apa yang aku nampak tu sekilas. Lepas-lepas tu aku kerling je tu yang tak sure pasal warna merah tu. Pak Busu kata, “Hmm, kalau merah tu matanya lah.” Then dibacanya ayat 3 qul, ayat kursi dan dihembus ke arah aku dengan harapan tak diganggu lagi.
Habis je lepas tu aku terus teringat dan cakap, “Pak Busu, minggu lepas saya ada mimpi. Dalam mimpi tu Kak Pon terbang dekat depan beranda rumah. 3 hari berturut-turut mimpi yang sama.” Nak tau apa Pak Busu jawab? “Oh, tu maksudnya dia nak berkawan dengan kamu. Kamu nak ke?”. Apa punya soalan Pak Busu bagi, memang tak lah aku nak berkawan dengan Kak Pon tu. Seriau dengar. Habis daripada tu, sampai lah sekarang aku tak pernah diganggu.
Actually, in between of the story ada je lagi cerita yang mana aku dikacau. Tapi bila fikir balik malas pula aku nak scroll dan edit balik. Apa-apa pun kesimpulan yang terbenak di fikiran korang, utarakan je. Aku tak ada masalah apa-apa since benda ni tak bawa keburukan dekat aku & family. Hopefully. Aku cuma berharap itu kali terakhir aku lihat sebab aku rasa aku tak sekuat kebanyakan orang yang hijabnya terbuka.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Suami nia tak nampak ke?? Nia tinggal kan dia ke mlm tu?? Kuatkan semangat ye.. Allah ada dengan kita
Haha.. In sha Allah, terima kasih.. suami x nmpk apa yg sy nmpk.. tp lepas dari tu dia ada citer masa otw nak ke taman tu dia mcm ada nmpk bebola cahaya dekat tempat mainan gelongsor.. tp dia buat xtau je.. last2 sy yg terkena..
nanti sambung lg
saye memang tak pernah nampak kelibat jin atau syaitan yang menampakkan diri mereka dalam bentuk yang bertujuan menakutkan kita. saya selalu berdoa agar mata tidak akan melihat kelibat2 sebegitu tetapi selalu fikirkan, kalau jin dan syaitan itu menampakkan rupa2 menakutkan, apakah agaknya rupa kite kalau di seksa kubur dan azab neraka ye..nauzubillah..bila teringat sebegitu, insya-Allah ketakutan kita akan dosa2 kita lagi tinggi dari nak takutkan kelibat2 yang nak tolong kita ingatkan diri kita nanti akan hancur sehancur2 nya kalau di azab kubur and neraka. Muka pecah ke, robek sana sini ke, Ya Allah jauhkan lah aku dari azab seksa-Mu. Allahuakbar
As salam saudari Nia.umur kte sme la…tp bkn ke program plkn thn tu blh g bg yg nk g,tp kne wat surat memohon utk g???