Yaya episod 1-ular jadian

Assalammualaikum kepada para pembaca FS. Yaya doakan semoga sihat2 belaka ya
Yaya sebenarnya dah jadi pembaca FS ni sejak sebulan yang lalu (bulan februari 2017) bila seorang sahabat Yaya ni share link dalam group wasap Yaya. Terdetik nak buka sebab ada nama KMHELL (kolej lama Yaya. Nama Sher ni macam familiar la, hehe). Baca punya baca, dari satu cerita ke cerita yang lain, sudahnya Yaya tak berhenti baca kadang sampai jam 1 pagi. Minggu minggu nak dekat final exam pula tu, haha. Kadang dalam kelas, pantang ada take 5, ambik henfon terus cari cerita lain dalam FS. Nampak tak betapa dahsyatnya efek FS ni pada Yaya!

So, terdetik juga nak kongsi pengalaman Yaya. Tapi baru harini ada masa nak taip, asbab lepas sahaja final exam, Yaya terus dipanggil praktikal kat tempat Yaya belajar tu . So, agak busy di sana. Hmm okay, ni baru muqadimah. Pun dah ambik 2 perenggan, hee.

So, kita taaruf sikit naa. Nama diberi Yaya ( dalam tagalog, atau dalam bahasa melayu, kakak). Umur 20 (tapi serius dah rasa tua), dan asal dari Negeri di bawah bayu. Yaya nak share pengalaman Yaya dari kecil sampailah dah umur macam ni. Semoga diberi kerajinan nak menaip! Terpulang pembaca nak nilai camna, nak terima atau tak, logik atau tak logik. Tapi ingat, kita bukan satu2nya makhluk yang tinggal dalam bumi ni, dan masih banyak kejadian yg tak dapat dijelaskan dengan logik akal.
Orang kata, budak kecil ni senang nak nampak benda2 halus sebab mata masih terang. Yaya pun selalu nampak, dan ada beberapa kejadian yang Yaya ingat dengan jelas sampai la sekarang.

Kejadian pertama, Yaya dengan mama alami benda yang sama. Waktu tu, Yaya baru umur 4 atau 5 tahun dalam tahun 2001 atau 2002 (kuat ingatan makcik Yaya ni dan maaf la, malas nak buat kira2), belum lagi masuk sekolah tadika. Waktu tu, kami tinggal di kuaters tempat abah kerja. Hanya ada Abah, mama, Yaya, adik lelaki dan adik no.2 tu masih dalam perut mama, hehe. Abah waktu tu kerja kilang pemprosesan kayu balak (sebab Yaya masih ingat, Yaya selalu nampak habuk kayu, dan banyak sangat batang kayu balak bersusun).

Kuarters tempat kami tinggal tu, dia macam taman perumahan, tapi rumah kayu, atas tanah, bersusun panjang. Kalau nak pergi rumah lain, ada sesetengah rumah yang perlu lalu bukit(tapi tak tinggi pun) dan ada pokok2 sikit. Belakang rumah kami pun, ada rumah blok lain juga. Tapi peliknya, kalau tengok di taman perumahan sekarang, belakang rumah ada longkang atau jalan raya kan, tapi yang ni ada terowong gelap, dari rumah pertama di blok kami sampailah rumah paling hujung dan lebar terowong tu lebih kurang sedepa tangan orang dewasa (Yaya baru depakan tangan tadi, ni nak ingat2 balik la ni). Tak tau korang dapat imagine atau tak, hee. Kebanyakan pekerja adalah pekerja yang sudah berkeluarga dan tinggal bersama2.

Best, sebab Yaya ada ramai kawan seusia Yaya di kuarters ni. Lupa nak bagitau, kawasan kilang tu dulu memang dekat dgn kawasan hutan. Setiap kali nak ke kebun getah atok, kami akan lalu depan kilang tu, dan memang dah tak ada kenderaan langsung yang masuk ke sana. Gate pun bertutup rapat. Tak tau la sama ada bangunan kilang tu masih ada atau tak, sebab kali terakhir Yaya ikut atok pegi kebun pun 8 tahun yang lalu.

Rumah Yaya tu kecil sahaja. Ada dapur, tandas di luar rumah & perlu kongsi dengan keluarga lain. Kalau tiada air, kami terpaksa angkat air dari tangki besar. Ada ruang tamu, tapi tiada bilik. . Rumah kuarters la katakan. So di mana ruang tamu, disitu juga lah tempat kami melelapkan mata. Best tidur ramai2 satu keluarga ni. Mula2 pindah kerumah tu, Yaya masih ingat yang Yaya pernah tolong mama tampal kertas kaler coklat kekuningan tu.

Macam pembalut hadiah tapi plain sahaja. Tak tau sekarang masih jual atau tak. Mama Yaya tampal sebab dinding kayu, so ada ruang antara kayu2 tu. Dahlah disebalik dinding tu ada terowong yang Yaya suruh korang imagine tadi. Lupa nak bagitau, dinding tu ada pintu. Pernah sekali Yaya buka pintu tu. Ya Allah, busuknya terowong tu. Kalau bersuara, bergema dalam tu. Terowong tu sebenarnya boleh nampak penghujungnya dimana, sebab Yaya ada nampak cahaya kecil kat hujung sebelah kiri. Kalau nak pegi rumah jiran belakang, Yaya selalu nampak pintu terowong tu ditutup dengan pagar kayu. Tak

Tau kenapa. Ohya, time yaya buka pintu belakang tu la yang yang Yaya tau depan Yaya tu sebenarnya dinding rumah jiran belakang sebab Yaya ada berlari kedepan sikit. Budak2 kan, semua benda nak tau. Tapi tau apa lepas apa tu, Mama Yaya marah dan pesan jangan pernah buka pintu tu lagi. Sudahnya, mama tampal pintu tu dengan pembalut sekali, so jadi lah seperti dinding , seolah2 pintu tu tak pernah wujud.

Yaya tak ingat berapa lama kami tinggal di sana. Tapi yang pasti, Yaya suka tinggal di sana sebab ramai kawan, angsa putih pun banyak, hehe. Yaya ni suka shja tinggal sana tanpa tahu banyak sebenarnya kisah pelik berlaku kat sana. Pernah pintu belakang rumah tu yang bersambung dengan terowong diketuk beberapa kali waktu tengah malam, waktu orang tengah syok tidur.

Waktu diketuk kali pertama tu, yaya buka mata. Kali kedua diketuk, yaya dengar sahaja. Kali ketiga, yaya bangun nak pegi buka. Belum sempat yaya bangun, mama dah peluk yaya suruh tidur balik. Sambil mama tepuk2 belakang yaya. Nak tidurkan yaya lah tu. Hanya kali ke 4 baru dah taka da bunyi dah. Lepas tu tak pernah dah yaya dengar pintu tu diketuk, atau mungkin yaya yang tidur mati.
Pernah juga sekali tu, waktu dah senja. Musim hujan lagi. Dalam rrumah waktu tu hanya ada Yaya dan mama. Abah dan adik lelaki tak tau pegi mana,tiada dalam memori Yaya sekarang . Mungkin pegi pekan kot >,<

Mama kat ruang tamu, tengah lipat kain. Yaya pun ada sekali dengan mama. Kain tu bukan dalam bakul tau, kami letak atas lantai. So boleh bayang kan camna berseleraknya kain tu. Tengah lipat2 tu, tiba2 ja blackout. Satu kuarters gelap. So mama berdiri pegi dapur nak cari apa2 yg boleh bagi terang rumah, Yaya pun ikut ja mama. Mama bagi Yaya lampu suluh, mama ambil lilin. Sementara nak tunggu mama nyalakan lilin tu, Yaya dah jalan seorang diri nak pegi ruang tamu balik dengan lampu suluh yang dah on. Sampai sahaja yaya kat pintu ruang tamu, automatik la Yaya tersuluh kain yang yg belum dilipat tu. Ya la, ruang tamu bukannya besar pun. Waktu Yaya tersuluh kain2 tu, tau tak Yaya nampak apa?
Yaya nampak kepala ular betul2 dekat kain! Lebih besar daripada kepala ular biasa. Besar kepala ular tu macam sebuah gayung untuk cedok air tu. Mata merah, lidah terjelir dua kali. Betul2 seperti ular tapi lagi besar. Yaya tak menjerit atau berlari dari tempat Yaya berdiri tu, tapi yaya panggil mama dan cakap ada ular. Bila mama datang dengan lilin yang dah bernyala, mama cakap tak ada apa2 pun. Dan bila yaya tengok kat tempat kain tadi, memang dah tak nampak ular tu. Tapi lepas kami dah pindah keluar dari kuarters tu, Yaya terdengar mama bercerita dengan ahli keluarga yang lain dan baru lah Yaya tau cerita yang sebenar.

Sebenarnya, mama pun ada nampak ular tu. Mama buat2 tak nampak sebab tak nak Yaya takut. Tapi mama nampak hanya bahagian badan sahaja. Mama kata, ular tu besar, macam saiz peha orang dewasa, kulit ular tu warna hitam dan berkilat. Tak lama lepas tu, bila elektrik dah ada balik, mama cuma nampak baju hitam yg bercampur dengan kain2 yang lain tu betul2 kat tempat ular tu muncul (part yang ni saya tak ingat). So apalagi, esoknya bila dah siang sikit mama terus bakar kain hitam tu. Dan bulan januari yang lalu, kami sekeluarga melawat rumah nenek sebelah mama, waktu tu aunty Yaya ni bercerita pasal bilik mereka yang dimasuk ular kecil tengah malam. Serta merta cerita ular jadian 15 tahun yang lalu tu terbuka balik. Kenangan betul la ular tu.

Kisah yang ni pula berlaku kepada jiran2 yaya waktu masih tinggal di kuarters. Tak tau la kenapa banyak2 cerita yang yaya dengar, semua cerita pasal jadi-jadian. Macam yang yaya bagitau mula2 tu, tandas perlu kongsi dengan jiran lain. Ada la seorang pak cik ni, nak masuk tandas. Tapi ada orang. Tunggu punya tunggu, orang kat tandas tu tak keluar. Pakcik ni mengalah dan cari tandas lain. Orang seterusnya pun begitu juga. Bila orang dlam tandas tu ditanya, memang suara manusia yang menjawab.

Begitulah kejadian ni berterusan hari tu sampai hari dah makin petang dan orang pun mula buka mulut pasal ni. Bila pintu diketuk, pintu tak buka2. Sampai diorang decide untuk panjang didnding tandas tu. Yang peliknya, hanya ada 3 ekor anak kucing dalam tanadas tu. Ada juga cerita yang rumah mereka tiba2 ada nenek tua sedang duduk dalam rumah, bila tengok balik tiba2 bertukar jadi ulat bulu. Pelik. Tapi cerita ni yaya tak tahu sejauh mana betulnya.

Kisah yang ni pulak ketika Yaya dah masuk sekolah tadika. Waktu ni, yaya dah ada dua orang adik lelaki. Yaya , mama dan adik2 lelaki tinggal di rumah nenek sebelah mama. Abah kerja, tak ingat kerja apa, tapi abah balik hanya beberapa kali dalam seminggu. Rumah nenek besar, dan kalau hujung minggu sebenarnya rumah nenek paling happening. Kawan, sepupu2, adik beradik mama akan datang rumah nenek. Kalau hari2 biasa, lepas balik sekolah, yaya yang akan jalan pegi rumah kawan, hehe. Tapi malam akan sunyi dan yaya memang tak suka suasana malam di rumah nenek. Dan kebiasaannya, akan ada masa di mana hanya ada nenek dan kami berempat. Atok pegi surau, uncle ( adik bongsu mama) jalan, biasalah lelaki dan waktu ni uncle masih single.

Sebenarnya, Yaya ada tabiat tau. Yaya tak suka duduk lantai. Bila tak nampak bangku baru yaya akan duduk, selagi masih ada bangku selagi tu lah yaya tetap akan pilih bangku. Tabiat ni bertahan sampai umur yaya 16, sampai kaki yaya ni kejap ja dah kebas bila duduk lantai. Tapi alhamdulllah, sekarang yaya dah biasa duk lantai, hehe. So malam tu, macam biasa hanya ada nenek, mama, yaya dan adik2. Waktu tu tengah makan malam. Mama dengan nenek makan kat lantai. Adik2 yaya, mungkin dah tidur (maaf, ni pun tak ada dalam memori yaya).

Yaya macam biasa, bawa pinggan pegi meja. Dulu, yaya selalau rasa yang rumah nenek ni besar, dapur besar,meja besar, bangku panjang biarpun hanya rumah kayu. Bila berjalan ke arah meja tu, memang rasa agak jauh juga lah sebab mungkin langkah yaya yang kecil . Meja tu terletak kat hujung, betul2 sebelah tingkap. Luar tingkap tu kamar mandi, dan ada pokok jambu. Bawah dapur tu, ada kandang ayam, berhampiran dengan meja yaya.

Tapi yaya tak takut sebab bilah toleh kiri ada nenek dan mama yang makan kat lantai. Sebab yaya kecil, yaya ambil masa nak duduk atas bangku. Perlu panjat, pastu masuk kaki dalam meja. Meja tu pula besar, jadi agak gelap kat bawah meja sebab cahaya lampu tak dapat masuk. Tengah2 makan tu, tak tau kenapa yaya nak tengok bawah meja. Kali ni yaya jadi takut sebab waktu yaya pandang bawah meja tu, yaya ternampak sesuatu betul2 depan kaki yaya. Ada sepasang mata merah seperi api tengah pandang yaya.

Saiz mata tu agak besar sedikit daripada mata manusia biasa dan agak tajam. Sempat lagi yaya tengok benda tu sekejap sebelum yaya tiba2 rasa takut. Apalagi, yaya berusah keluar dari bangku tu cepat2 dan pegi tempat mama dan nenek. Yaya bagitau nenek, tapi nenek cakap tak ada apa2. Sampai sekarang meja dan bangku tu masih ada, tapi sebeb nenek tambah dapur dan ruang tamu, jadi meja dan bangku tu dah pindah dapur baru. Tapi , setiap kali yaya naik dapur lama tu, yaya akan teringat balik sudut hujung tu. Serius, perkara yg yaya akan ingat sampai bila2.

Hmm baik, rasanya itu sahaja yang yaya dapat kongsi buat masa ni. Maaf jika panjang tapi isinya kurang. Nak sambung lagi, tapi mata ni dah berat. Nak suruh tidur latuu.

yaya

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *