Zahra

Zahra sorang remaja yang baru saja mendapat tawaran sambung belajar di sebuah universiti terkemuka tanah air. Universiti menyediakan segala kemudahan kecuali rumah untuk para pelajar. Zahra terpaksa mencari sendiri rumah sewa setelah pendaftaran dibuat di universiti itu, Normalnya pelajar baru akan dapat hostel untuk tahun pertama atau sekurangnya satu sem yang pertama. Zahra mencari sendirian rumah di sekitar kawasan yang berdekatan dengan universiti nya, senang dan dekat nak pergi kelas sangkanya.

Bagai Air beriak tanda tak dalam, nasib baik datang tanda rezeki, Zahra berjaya menemui sebuah rumah bersejarah yang masih dijaga dengan baik. Awalnya, Zahra berasa gembira kerana mendapatkan tempat tinggal yang indah dengan harga yang berpatutan. Dia kemudiannya bertemu dengan Linda, seorang mahasiswi tahun pertama seperti dirinya yang juga sedang mencari tempat tinggal. Beza nya adalah Linda ada yang membantu menguruskan keadaan iaitu kedua orang tua nya. Nampak riak wajah Zahra sedih yang mengenangkan perjalanan ke tempat yang jauh dari kampung halamannya seorang diri, Zahra hanya sendirian, tiada siapa yang menghantar dan tiada siapa yang fikirkan tentang dirinya. Tapi Zahra masih mampu mengawal emosi dan mengajak Linda sekali untuk tinggal bersamanya di rumah itu, sekurangnya dia tidak keseorangan lagi. Tanpa banyak bicara Linda dan kedua orang tuanya bersetuju untuk Linda menjadi rakan serumah dengan Zahra.

Pertama kali mereka melangkah masuk ke dalam rumah itu, ada satu perasaan aneh yang Zahra rasakan. Entah itu disebabkan suasana rumah yang begitu sunyi atau mungkin keunikannya yang menawan. Linda nampaknya tidak terlalu terpengaruh dengan suasana tersebut, tetapi Zahra merasakan adrenalinnya berpacu setiap kali melangkah di dalam rumah itu.

Setelah beberapa hari berada di rumah dan kelas pun sudah bermula, ketika sarapan Zahra mula membuka mulut membuka topik yang dia rasakan tidak selesa itu.

“Lin, kau rasa apa yang aku rasa? Rasanya macam ada something je kat rumah ni.”

“Aduh, janganlah kau percaya cerita-cerita seram yang kita dengar. Mungkin hanya khayalan semata je, senior-senior tu pun saje je nak takutkan kita lah aku rasa.” Balas Linda sambil bangun menuju ke sinki untuk membasuh mangkuk dan cawan, dimintanya mangkuk dan cawan yang telah digunakan Zahra untuk dibasuh sekali.

“Uish, rajin nye kau.”Perli Zahra

“Bukan rajin tapi nak jimat air dengan masa, kau dah siap belum?” jawab Linda

“Dah.” Ringkas Zahra menjawab sambil bangun menuju keluar rumah dan mengambil kasut untyuk dipakai.

Seiring berlalunya waktu, Zahra mula mengalami perkara-perkara yang pelik dalam rumah itu. Dia selalu mendengar bunyi langkah kaki di tingkat atas ketika dia berada di ruang bawah. Pada waktu malam, lampu-lampu di dalam rumah selalu berkelip secara rawak, dan suasana rumah menjadi sangat sejuk.

Satu malam ketika mereka sedang menonton TV di ruang tamu, Zahra rasa macam ada orang ditingkat atas “Lin, aku rasa ada orang kat atas. Kau dengar tak bunyi kaki tu?”

“Jangan buat diri kau takut sendiri, Zahra. Mungkin masalah elektrik, kan lampu pun berkelip-kelip kat atas tu. Tuan rumah pun senyap je .” kata Linda.

“Tuan rumah? Senyap? Maksud kau?” Tanya Zahra.

“Yelah, aku suruh dia betulkan lampu-lampu tu. Tu baru lampu kalau peti ais ke buat hal kan dah masalah, barang-barang dalam tu rosak kang, kita nak makan apa. Aku bukan banyak duit nak makan luar hari-hari.”panjang Linda membebel.

“Abis tu, apa kata tuan rumah?” Tanya Zahra lagi

“Dia kata nak datang tengok tapi ni dah nak masuk seminggu tak datang-datang jugak. Nasib baik sewa murah, kalau tak aku dah ajak kau cari rumah lain dah.” Sambung Linda sambil naik ke tingkat atas.

Linda menganggap bahawa Zahra mungkin terlalu terpengaruh oleh cerita-cerita seram yang selalu diceritakan di kalangan pelajar baru. Namun, Zahra yakin bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam rumah itu. Dia pun mulai mengelak daripada berada di dalam rumah sebanyak mungkin. Malam-malam menjadi mencekam baginya, terutama ketika dia terpaksa berada di dalam biliknya seorang diri.

Suatu malam, ketika Linda keluar bersama kawan-kawannya kelas nya, Zahra menghabiskan masa dalam perpustakaan kampus dan menyelesaikan asignment yang ada. Tetapi, waktu perpustakaan ada waktu operasi yang hanya sehingga pukul 9 malam sahaja. Nak tak nak terpaksa juga Zahra keluar dari situ dan membuat keputusan untik balik saja kerumah dan ketika dalam perjalanan balik, Zahra merasa ada yang mengikutinya. Dia merasa seperti ada bayangan gelap yang sentiasa mengikuti dari belakangnya. Walaupun mencuba meyakinkan dirinya bahawa itu hanyalah imaginasi semata-mata, Zahra terus berjalan.

“hrmm Ini bukan khayalan semata ni. Aku pasti ada yang ikut ni” Kata Zahra dalam hati.

Dek kerana perasaan yang menyeramkan itu, Zahra membuat keputusan menunggu Linda di kedai mamak yang berhampiran dengan rumah mereka.

“kau asal tunggu aku kat sini? Tak tunggu kat rumah je?” Tanya Linda bila sampai je dekat dengan Zahra.

“Aku rasa lain lah malam ni, tadi kat library pun rasa semacam je.” Jawab Zahra lemah.

“tu lah kau, aku ajak keluar sekali taknak. Kalau kau ikut tadi takde lah kau kena macam ni”. Linda mula membebel.

Zahra bukan tak nak ikut, tapi dia fikir takut rakan-rakan Linda tak selesa kalau dia ikut sama. Selepas mereka minum dan berborak seketika, mereka pun balik kerumah.

Keesokan harinya, Zahra cuba memberitahu Linda tentang apa yang dialaminya, namun Linda hanya tersenyum dan menganggapnya sebagai kisah misteri biasa. Namun, Zahra mula percaya ada sesuatu yang tidak kena dengan rumah itu apabila Linda sendiri mula bercakap dia merasakan kehadiran yang sesuatu yang tak dapat dilihat oleh mata kasar di dalam rumah itu. Dia merasakan seperti seseorang sentiasa mengintai di sudut-sudut rumah itu.

Zahra mula bertanya “Lin, kau cakap sebelum kau tak rasa apa-apa? Sekarang, kau rasa apa?”

“Hmm, pelik rasanya, tetapi mungkin kita terlalu tertekan dengan pengalaman baru ini. Jangan biarkan fantasi kita menguasai kita. Aku cuba menidakkan perasaan takut tu” jawab Linda.

“Habis sekarang?” Soal Zahra lagi.

“Takut dah mula menang dalam diri. Come onlah aku pun manusia biasa jugak.” Jawab Linda dengan muka menahan malu kerana meluahkan rasa takutnya.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila Zahra dan Linda sering mendengar bunyi aneh pada waktu malam. Kadang-kadang, mereka mendengar bisikan rendah, dan kadang-kadang mereka berasa seperti seseorang cuba bercakap dengan mereka. Zahra semakin yakin ada kuasa ghaib yang menjaga rumah itu.

“Linda, dengar! Apa tu? Bisikan itu semakin jelas malam ini.” Soal Zahra

“Dengar, mungkin hantu saja nak menyakat kita kot. Kita kena kental untuk hadap perkara ini bersama-sama.” Jawab Linda untuk menyedapkan hati mereka berdua.

Pada suatu malam, ketika Zahra dan Linda berada di dalam bilik, pintu bilik itu tiba-tiba terkunci sendiri. Mereka berdua cuba membuka pintu dengan pelbagai cara, namun tidak berganjak walau seinci pun. Keadaan bertambah tegang apabila terdengar bunyi tapak kaki semakin hampir dari koridor luar.

“Linda, macam mana ni? Kita terperangkap dalam bilik ni! Siapa pulak kat luar tu” Zahra mula ketakutan.

“Rilex jap,kita cari jalan sama-sama.” Balas Linda.

Ketakutan menguasai mereka. Zahra dan Linda cuba bertenang, namun kerisauan mereka bertambah apabila bunyi tapak kaki semakin hampir. Tercungap-cungap Zahra cuba mencari jalan untuk keluar dari bilik itu. Akhirnya dengan beraninya Zahra merangkak keluar melalui tingkap bilik.

Zahra dengan teketar-ketar berkata “Kita kena keluar dari sini, Linda! Cepat!”

Linda mengangguk tanda setuju dan berkata ” setuju. Keluar je ikut tingkap ni.”

Nampaknya, selepas mereka berdua berjaya keluar dari bilik itu, suasana dalam rumah semakin tegang dan menakutkan. Peristiwa yang mencemaskan semakin memuncak dengan kemunculan bayang-bayang hitam yang menghantui Zahra dan Linda ketika berada luar tingkap, tanpa berfikir panjang mereka terjun saja kebawah, untung tidak patah kaki.

Zahra dengan tergagap-gagap berkata “L-Linda, apa jadi dengan aku? Aku rasa macam ada sesuatu yang cuba masuk dalam badan aku, arrgghhhh!” Zahra mengerang kesakitan.

“Zahra, cuba bertenang! Aku akan dapatkan bantuan!”

Zahra merasakan tubuhnya tidak terkawal, dan matanya menjadi merah. Ia mengeluarkan bunyi aneh dan bunyi serak yang tidak dapat dikenali. Linda cuba mendapatkan bantuan daripada Ustaz yang duduk berdekatan dengan rumah mereka membantu mereka. Kebetulan Ustaz tersebut Ustaz yang mengajar mereka di kampus.

Linda dengan tergesa-gesa berlari ke rumah Ustaz “Ustaz! Ustaz kena datang cepat! Zahra…dia…ada sesuatu!”

“Bertenang Linda.Saya akan datang segera.!” Jawab ringkas Ustaz. Ustaz juga merasakan ada sesuatu yang lain pada malam itu dan mengajak isterinya untuk menemain Linda serta boleh tengokkan juga keadaan Zahra nanti.

Apabila ustaz tiba, dia segera memulakan ruqyah dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Zahra terus dirasuk roh jahat yang mengawal rumah, dan badannya bergerak tanpa kawalan.

“Wahai Jin jahat, tinggalkan badan ini! Dengan nama Allah, saya perintahkan kamu pergi!”

Roh jahat yang menguasai Zahra merintih dan cuba melawan, namun Ustaz terus kuat berruqyah. Akhirnya, dengan izin Allah, roh jahat itu meninggalkan jasad Zahra.

Zahra jatuh lesu, dan keadaannya yang agak kemah itu. Linda mencapainya dengan rasa lega.

Linda menangis melihat keadaan rakan nya itu. “Zahra, kau okay tak?”

“Ya… aku okay. Terima kasih, Linda. Dan terima kasih Ustaz.” Kata Zahra lemah

Selepas kejadian kerasukan itu, Zahra dan Linda semakin yakin ada roh jahat di dalam rumah itu. Mereka dengan bantuan Ustaz lebih berusaha membersihkan rumah daripada kehadiran roh jahat. Walaupun perjalanan mereka penuh dengan gangguan dan halangan, mereka masih lagi tinggal disitu, rumah mereka sering dapat kunjungan dari keluarga Ustaz, sesekali isteri Ustaz akan bermalam dengan mereka dirumah itu. Gangguan masih ada tapi tidak terlalu ketara dan kerap, Cuma kelibat-kelibat saja yang kelihatan. Itu pun bukan lah setiap hari.

Penulis : PenaKreatif

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 15 Average: 2.9]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.